Ahad, Ogos 12, 2018

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Setiap manusia dilahirkan ke dunia dengan keunikan dan kelebihan tersendiri. Ada yang berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Ada yang berambut lurus dan ada yang berambut kerinting.

Namun, terdapat mereka yang dilahirkan dengan komplikasi rambut yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil "uncombable hair syndrome" (UHS) atau sindrom rambut tak dapat disikat atau dikawal.

Kami ingin berkongsi 5 individu di atas muka bumi yang mengalami sindrom ini.

1. Taylor McGowan - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Taylor McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan kelihatan seperti sainstis, Albert Einstein. Keadaan ini menjadikan Taylor sebagai tumpuan setiap kali dia keluar rumah.

Dia menghidap Uncombable Hair Sydrome (UHS) iaitu keadaan di mana rambutnya sukar dirapikan dan akan sentiasa tercacak.

Disebabkan rambut unik Taylor itu, ibu bapanya memanggil dia dengan gelaran ‘Einstein 2.0’ dan saintis itu juga dikatakan mengalami UHS.

Meskipun ibu bapanya, Cara dan McGowan menggunakan pelbagai cara termasuk menyikat rambut anak mereka itu, namun rambut Taylor tetap menegak.

Setiap kali keluar rumah, sudah pasti Taylor akan menjadi perhatian hingga ada yang bertanya sama ada Taylor terkena renjatan elektrik disebabkan rambutnya tercacak.

2. Shilah Yin - Australia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak comel bernama Shilah Yin ini berasal dari Melbourne, Australia.

Shilah merupakan salah seorang daripada beberapa ratus orang sahaja daripada populasi manusia yang mengalami sindrom rambut "tak dapat disikat" ini.

Ketika dilahirkan, rambut Shilah adalah normal sehinggalah ketika berusia 3 bulan di mana ibu bapanya telah menyedari terdapat penumbuhan yang agak pelik di kulit kepala anak mereka.

Rambut Shilah tumbuh dari kulit kepala dalam beberapa arah yang berbeza membuatkan rambutnya tidak dapat disikat ke bawah.

Sejak dari itu, rambutnya tumbuh dan tegak berdiri dan menjadi semakin ringan.

Tiada sejarah seperti ini dalam keluarga Shilah dan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sindrom ini, keluarga Shilah telah memuatnaik gambar-gambar kanak ini di Instagram.

3. Jaili Lamb - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Melihatkan keadaan Jaili Lamb, ibunya telah menghabiskan masa selama 2 tahun bagi mengubah rambut anaknya yang degil dan tidak dapat disikat.

Namun akhirnya Sara Lamb, 29, telah mendapat tahu bahawa rambut anaknya menjadi tidak menentu disebabkan oleh mutasi genetik yang sangat jarang berlaku.

Rambut Jaili sangat cerah, sangat kusut dan berdiri tegak disebabkan oleh sindrom ini.

Sebelum komplikasi pada Jaili didiagnos, ibu kanak-kanak unik ini telah menghabiskan ribuan ringgit membeli produk rambut untuk membuatkan rambut anaknya lembut dan jatuh seperti rambut manusia normal.

4. Leila Paloste - Finland

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak dari Finland ini, Leila Paloste kelihatan seperti mengalami "bad hair day" setiap hari, terima kasih kepada sindrom pelik ini.

Menurut sumber, tiada seorang pun di Finland yang mengalami sindrom sama seperti Leila yang membuatkan beliau adalah 1 dalam 5.373 juta penduduk Finland yang mengalami komplikasi ini.

Gambar beliau telah dimuatnaik di media sosial bagi mencari mereka yang menghadapi situasi yang sama dan membina satu kumpulan yang menyokong mereka yang mengalami keunikan ini.

5. Boris Johnson - England

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Pasti anda terfikir sindrom ini hanya berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja bukan?

Tidak, ia juga berlaku kepada bekas datuk bandar London, Boris Johnson.

Ramai yang tertanya-tanya penampilan Boris yang agak pelik dengan rambut yang kusut masai dan bagi seorang tokoh, ia kelihatan tidak profesional.

Rambut beliau juga menjadi perbualan dan isu yang dibincangkan oleh media, malah mempunyai akaun twitter khas untuk itu.

Namun, beliau tidak perlu lagi risau mengenai tanggapan masyarakat terhadapnya selepas memberitahu mengenai sindrom yang dialami beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon