Wednesday, August 08, 2018

4 Sebab Kenapa Manusia Tinggal Berdekatan Gunung Berapi Walaupun Sangat Berbahaya

4 Sebab Kenapa Manusia Tinggal Berdekatan Gunung Berapi Walaupun Sangat Berbahaya

Walaupun peristiwa letusan gunung berapi ini sangat berbahaya, namun mungkin anda perasan terdapat kawasan penempatan atau perkampungan yang dibina berdekatan dengan gunung berapi yang masih aktif.

Apakah rasionalnya pembinaan kawasan penempatan ini? Logiknya, bukankah lebih baik penempatan tersebut dibina jauh daripada kawasan gunung berapi yang masih aktif?

Percayakah anda, di kawasan berhampiran gunung berapi ini sebenarnya terdapat beberapa kelebihan yang menggalakkan manusia membina kawasan penempatan dikawasan tersebut.

Berikut merupakan antara sebab mengapa manusia membina penempatan di kawasan berhampiran gunung berapi.

1. Tempat tumpuan pelancong

Keindahan Gunung Berapi

Walaupun kebanyakan manusia akan mengelakkan dari pergi ke tempat berdekatan gunung berapi yang masih aktif, terdapat juga sebahagian besar yang gemar datang ke sini untuk menyaksikan sendiri secara dekat peristiwa letusan gunung berapi ataupun melihat sendiri kesan-kesan selepas peristiwa letusan gunung berapi.

Statistik juga menunjukkan di kawasan-kawasan yang mengandungi banyak gunung berapi aktif, terdapat peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan.

Di Asia Tenggara, Gunung Mayon yang terletak di Filipina merupakan antara kawasan gunung berapi aktif yang menjadi tumpuan pelancong daripada seluruh dunia.

Selain itu, pelancong juga kebiasaannya ke kawasan berdekatan gunung berapi aktif ini dimana mereka boleh melihat kejadian geyser, iaitu air pancut yang keluar dari bawah tanah dan mandi-manda kolam air panas.

Di Iceland pula, pelancong dapat melihat sendiri struktur muka buminya yang unik dimana mereka dapat melihat gunung berapi yang dikelilingi glasier, sesuatu yang tidak dilihat di tempat lain.

2. Tanah yang subur

Gunung Berapi subur

Secara umumnya, tanah berdekatan dengan gunung berapi sebenarnya sangat subur dan pelbagai mineral penting untuk tumbuhan.

Apabila letusan gunung berapi terjadi, ianya akan mengeluarkan lava yang akan mengalir dan melitupi kawasan berhampiran gunung berapi.

Kebiasaannya, proses mendapan lava ke dalam tanah ini akan mengambil masa yang sangat lama, sesetengah pendapat mengatakan hingga ribuan tahun.

Apabila perkara ini berlaku maka tanah-tanah ini akan kaya dengan mineral dan subur untuk aktiviti penanaman.

Antara contoh kawasan penempatan berhampiran kawasan gunung berapi adalah di Lembah Rift di Afrika, Vesuvius di Itali dan berdekatan Gunung Elgon di Uganda.

3. Sumber tenaga dan haba

Gunung Berapi sumber tenaga

Haba dan gas yang terdapat di kawasan gunung berapi ini mempunyai tenaga geotermal yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Selain itu, haba semulajadi ini boleh digunakan sebagai sumber air panas untuk mandian dan sumber haba untuk memanaskan rumah.

Sekiranya tiada wap yang dijumpai untuk menjana tenaga, maka penduduk boleh mencari sumber wap ini secara manual dengan membuat 2 lubang berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian, tuang air sejuk dalam salah satu lubang ini dan wap akan terhasil dan keluar melalui lubang yang satu lagi.

New Zealand dan Iceland merupakan antara contoh negara yang mendapat manfaat daripada tenaga geotermal ini.

Malah, dikatakan 2 per 3 sumber tenaga elektrik yang diperlukan rakyat Iceland dapat dipenuhi melalui sumber tenaga geotermal ini sahaja.

Ini merupakan satu cara penjimatan kerana tenaga geotermal ini boleh diperolehi secara semulajadi di kawasan berhampiran gunung berapi.

4. Budaya dan agama

Dewa-Gunung-Berapi

Faktor budaya dan agama juga mempengaruhi pembinaan penempatan penduduk di sekitar gunung berapi.

Sebagai contoh di Hawaii, terdapat etnik-etnik yang membina penempatan berdekatan kawasan gunung berapi kerana mempercayai gunung tersebut merupakan tempat tinggal dewa yang disembah oleh nenek moyang mereka.

Oleh itu, adalah sukar bagi generasi kini untuk berpindah jauh daripada kawasan gunung berapi yang dianggap suci itu.

Bagi sesetengah entik pula, mereka beranggapan tiada keperluan untuk mereka berpindah ke kawasan lain memandangkan kawasan penempatan mereka sudah dibina sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Luca Modric Bernilai RM3.45 Bilion!

Luca Modric Bernilai RM3.45 Bilion!

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan sebarang perjanjian untuk mendapatkan Luka Modric perlu diselesaikan dengan pembayaran klausa pelepasan 750 juta euro (RM3.45 bilion).

Luca Modric Bernilai RM3.45 Bilion!

Nilai Modric meningkat dengan mendadak selepas Piala Dunia di Russia apabila membantu Croatia melangkah ke final sebelum tewas 2-4 kepada Perancis.

Prestasi menakjubkan yang ditampilkan pemain tengah berusia 32 tahun itu menyaksikannya dinobatkan pemenang anugerah Bola Emas (Pemain Terbaik Kejohanan).

Antara yang berminat mendapatkan khidmatnya ialah kelab Itali, Inter Milan yang berharap Modrid sudah bersedia untuk memberitahu juara Eropah itu dia mahu mencari cabaran yang baharu.

Tetapi Perez kemudian tampil menghancurkan segala harapan buat pasukan yang berminat mendapatkan bintangnya itu dengan meletakkan harga yang tidak masuk akal.

“Satu-satunya kemungkinan Modric akan berpindah ialah dengan membayar 750 juta euro (RM3.45 bilion),” kata Perez kepada wartawan.

Tonggak tengah yang terkenal dengan ketenangan dan cukup kreatif itu sedang menikmati cuti Piala Dunia dengan kontraknya di Real akan tamat pada Jun 2020.

Komen Perez itu dijangka akan memberi khabar duka berganda buat Inter selepas cubaan mereka untuk mendapatkan pemain Bayern Munich, Arturo Vidal juga difahamkan akan mengalami kegagalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, August 07, 2018

Little Jare Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia!

Little Jare Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia!

Bolehkah kanak-kanak perempuan Nigeria berusia lima tahun ini mengikut jejak langkah model Perancis, Thylane Blondeau?

Little Jare, Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia!

Little Jare digelar sebagai 'malaikat' 'benar-benar menakjubkan' dan 'seperti anak patung' oleh pengikutnya di Instagram.

Pada minggu lalu seorang jurugambar perkahwinan Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya, lapor The Sun.

Gambar tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen yang mengagumi kecantikan asli Jare.

Malah, gambar itu turut mendapat perhatian yang sama dengan gambar Blondeau, model Perancis ketika usianya enam tahun yang menurut Bamuyiwa, Jare bukanlah model cilik profesional.

Jare dan dua lagi kakaknya, Jomi, 7, dan Jobs, 10, sering berpose di depan kamera. Tiga beradik itu mempunyai akaun Instagram dengan nama The J3 Sisters.

Little Jare, Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia!
Thylane Blondeau.

Mereka mempunyai hampir 91,300 pengikut meskipun hanya beberapa sahaja gambar dimuatnaik di media sosial itu.

"Saya mahu sesiapa sahaja melihat potensi Jare. Saya mahu gambar itu bercakap dengannya ketika dia mencapai usia remajanya," kata Bamuyiwa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Punca Zakar Lembik Ketika Berjimak

Punca Zakar Lembik Ketika Berjimak

Zakar lembik ketika berjimak boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor, samada dari faktor luaran, iaitu faktor fizikal atau faktor dalaman, iaitu faktor psikologi.

Punca Zakar Lembik Ketika Berjimak

Bayangkan, ketika suami sedang mendayung di ranjang dan isteri semakin mencapai puncak, tiba-tiba zakar hilang ereksi dan menjadi lembik. Lebih teruk lagi jika zakar suami gagal untuk kembali mencapai ereksi.

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

1. Hilang ghairah seks

Salah satu faktor yang boleh membuatkan zakar hilang ereksi ketika aktiviti seks ialah hilangnya ghairah seksual suami terhadap hubungan seks bersama isteri, iaitu nafsu suami menurun dengan tiba-tiba ketika aktiviti seks.

Faktor ini jarang sekali berlaku dan adalah kes terpencil.

Menurut pakar seksual, suami boleh hilang ghairah seks terhadap isteri disebabkan oleh beberapa sebab, antaranya ialah masturbasi yang berlebihan atau terlalu ketagih dengan filem lucah.

2. Stres dan tekanan

Faktor gangguan psikologi adalah salah faktor yang menyumbang kepada zakar lembik ketika berjimak.

Jika suami mengalami kehilangan ereksi secara tiba-tiba, besar kemungkinan suami mengalami masalah dari segi psikologi, berupa tekanan, stres ataupun depresi.

Perkara ini boleh terjadi kerana suami terlalu tertekan untuk memuaskan isteri di ranjang dan akibat terlalu fokus serta gusar isteri tidak akan mencapai kepuasan dalam hubungan seks, suami tertekan dan cuba sedaya upaya untuk memuaskan isteri.

Jika faktor ini adalah penyebab kepada disfungsi ereksi kepada suami, penyelesaian terbaik ialah isteri perlu berbincang dengan suami dan meyakinkan beliau bahawa jangan terlalu risau yang suami tidak dapat memuaskan isteri di ranjang.

Komunasi yang sihat perlu di dalam rumahtangga, begitu juga dalam hubungan seks.

Isteri perlu bijak memainkan peranan dan memberi kata semangat kepada suami untuk membuat suami berupaya memberikan yang terbaik ketika berjimak.

Walau bagaimanapun, jangan terlaku menekan suami dan menunjukkan yang anda sangat mengharapkan kepuasan.

Ini penting untuk membuatkan suami menjadi santai dan dapat menghilangkan bebanan suami.

3. Kurang bertenaga

Dari aspek fizikal pula, zakar lembik ketika berjimak boleh dikategorikan kepada dua aspek utama, iaitu kesihatan fizikal dan penyakit serius.

Hubungan seks memerlukan tenaga yang banyak, malah kalori yang dibakar semasa hubungan seks sering dibandingkan dengan berjoging atau aktiviti sukan lain. Oleh itu anda perlu berada pada tahap kesihatan puncak untuk beraksi dengan hebat di ranjang.

Begitu juga dengan kandungan hormon, terutama hormon testosteron yang amat penting untuk kaum lelaki.

Elakkan dari mengambil makanan yang boleh merendahkan tahap hormon testosteron seperti makan berlemak atau makanan berasaskan soya.

Banyakkan mengambil makanan yang boleh membantu ereksi, iaitu makanan yang kaya dengan sumber yang boleh melancarkan aliran darah, yang akan membantu aliran darah ke zakar.

4. Penyakit kronik

Terdapat juga beberapa penyakit yang mempengaruhi kemampuan zakar untuk mengalami ereksi seperti kencing manis atau jantung yang boleh dikategorikan sebagai penyakit yang memberi kesan secara langsung kepada keupayaan suami untuk beraksi di ranjang.

Rokok juga boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan seks lelaki dan mereka yang merokok secara berlebihan sering mengalami masalah aliran darah akibat kandungan bahan berbahaya dalam rokok.

5. Amalkan gaya hidup sihat

Jika dilihat daripada faktor-faktor yang menyebabkan zakar lembik ketika berjimak, boleh dirumuskan bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya para suami mengamalkan gaya hidup sihat.

Gaya hidup yang sihat akan membuatkan anda lebih bertenaga, menghindari penyakit dan kurang menghadapi stres dan tekanan.

Jika anda masih tak tahu, senaman boleh membuat anda gembira. Setiap kali bersenam dan mengeluarkan peluh, tubuh akan mengeluarkan endorphin yang akan memberi perasaan puas dan gembira.

Diet yang sihat juga akan membuatkan anda lebih bertenaga dan dapat membantu meningkatkan ereksi pada zakar.

Oleh itu, mulakan gaya hidup yang sihat untuk meningkatkan kualiti hubungan seks suami isteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Bayangkan sepasang telapak tangan dengan jari jemari gergasi di kiri kanan laluan ketika melintas salah satu tarikan pelancongan baharu di Vietnam yang mula mendapat perhatian dunia apabila dibuka kepada umum.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Rata-rata media di seluruh dunia menyiarkan artikel keunikan rekabentuk jambatan itu, sepanjang 150 meter yang dibina di pinggir gunung di Da Nang dan ‘dipegang’ sepasang tangan emas gergasi.

Terletak pada ketinggian 1,400 meter di atas paras laut di gunung Ba Na, Jambatan Emas ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

Menelan pelaburan RM8 bilion, kerajaan Vietnam memperuntukan dana itu untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese.

Rekaan jambatan berkenaan hasil idea syarikat TA Landscape Architecture, manakala ukiran tangan itu sebenarnya bukan diperbuat daripada batu.

Keunikan Tangan Gergasi 'Pegang' Jambatan Di Vietnam

“Tulang rangka tangan itu disaluti jaringan keluli, kemudian kami letakkan gentian kaca.

"Keseluruhan pembinaan jambatan ini mengambil tempoh selama setahun,” kata wakil jurucakap syarikat berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, August 06, 2018

Apple iPhone Bakal Perkenal Dwi-Sim Card

Apple iPhone Bakal Perkenal Dwi-Sim Card

Teknologi dwi-sim bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena telefon pintar malah, teknologi ini sudah hampir 10 tahun diperkenalkan.

Apple iPhone Dwi-Sim

Bagi telefon pintar flagship, dapat dilihat teknologi ini semakin diterima serta mula disertakan pada beberapa jenama.

Terbaru, dikatakan Apple kemungkinan berminat untuk menyertakan teknologi dwi-sim ini pada iPhone. Kenyataan ini dikuatkan lagi setelah kemaskini terbaru iOS beta memperlihatkan penyediaan teknologi ini.

Penawaran Apple iPhone dengan dwi-sim bakal disediakan pada model 6.1-inci.

Penyediaan dwi-sim sekali gus bakal menjadikan model terbaru ini sebagai model pertama dengan dwi-sim daripada iPhone.

Buat pengguna Android, ini bukanlah perkara yang baru bagi sesetengah daripada anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh Diri

Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh Diri

Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa mengenai cabaran baharu yang semakin tular kerana menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh Diri

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar 'Momo'.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook dan sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion

Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion

Apple Inc muncul firma tersenarai awam pertama bernilai AS$1 trilion (RM4.08 trilion) di dunia sekali gus kemuncak pencapaiannya sejak sedekad lalu yang dipacu oleh produk telefon pintar, iPhone.

Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion

Saham syarikat teknologi itu melonjak 2.9 peratus untuk ditutup pada harga AS$207.39 (RM846) sesaham, sementara modal terkumpul pula mencecah AS$1.002 trilion (RM4.09 trilion).

Nilai Apple juga meningkat 9 peratus, didorong oleh laporan pendapatan suku kewangan berakhir Jun 2018 lepas yang melebihi jangkaan dan pembelian saham sendiri bernilai AS$20 bilion (RM81.59 bilion).

Dalam perutusannya kepada lebih 120,000 pekerja Apple seperti yang dilihat agensi berita Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook berkata, penilaian AS$1 trilion itu merupakan ‘pencapaian besar’ yang boleh dibanggakan oleh kakitangannya.

Namun begitu, kata Cook, ia bukanlah ukuran paling utama dalam menilai kejayaan Apple.

“Pulangan kewangan ini adalah hasil inovasi ­Apple yang mengutamakan produk dan pelanggan serta sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kita,” kata Cook dalam perutusan tersebut.

Diasaskan di dalam garaj milik pengasas bersama, Steve Jobs dalam tahun 1976, pendapatan Apple meningkat lebih besar dari­pada keluaran ekonomi beberapa negara termasuk Portugal dan New Zealand.

Nilai Apple juga kini lebih tinggi berbanding gabungan syarikat gergasi AS terdiri daripada ­Exxon Mobil Corp, Procter & Gamble Co dan AT&T Inc.

Saham pengeluar iPhone itu melonjak lebih 50,000 peratus sejak penawaran awam pertamanya pada tahun 1980.

Jobs meninggal dunia pada tahun 2011 dan digantikan oleh Cook.

Beliau berjaya meningkatkan keuntungan Apple sebanyak dua kali ganda tetapi berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan mendiang melalui inovasi iPhone.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Borneo sememangnya terkenal dengan keunikannya, baik dari segi kebudayaan, tradisi, adat resam dan kaya dengan pelbagai hasil alam floranya.

Kekayaan hasil bumi ini boleh dilihat dari segi kepelbagaian jenis buah-buahan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah 4 jenis buah yang enak dimakan dan hanya boleh ditemui di Sabah dan Sarawak.

1. Buah Dabai

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah dabai yang sudah masak biasanya berwarna kehitaman (berwarna putih sebelum masak). Warna kehitaman itu juga petanda bahawa ia sudah boleh dipetik daripada pokoknya.

Sebenarnya buah dabai ini agak keras, jadi, untuk menikmati buah tersebut, biasanya ia akan direndam dalam air suam untuk beberapa minit bagi melembutkan isinya.

Sesudah itu, ia boleh dimakan dan anda juga boleh memilih untuk mencicahnya dengan garam atau kicap bercampur gula bagi menambahkan lagi rasanya.

Memang sedap dan rasa lemak-lemak manis akan membuatkan anda cukup berselera.

Bahkan di Sarawak terdapat juga menu nasi goreng dabai, itu pun jika musim adanya buah dabai sahaja.

Apa yang lebih menarik tentang buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum yang juga punyai jolokan buah zaitun Sarawak, ia didapati kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Penerokaan potensi buah dabai juga membawa kepada penghasilan dan pengeluaran pelbagai produk komersial seperti ais krim dabai, sos pencicah dabai dan sebagainya.

2. Buah Bambangan @ Buah Mawang

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah bambangan @ mawang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Haruman buah bambangan yang sudah masak ini cukup kuat sekali.

Sungguh pun kulitnya belum dikopek, haruman buah yang sudah masak boleh dihidu tatkala masih berada jauh darinya.

Buah bambangan mempunyai kulit yang tebal dan isinya pula berwarna kuning keemasan.

Buah bambangan yang sudah masak boleh dimakan terus. Isinya cukup manis dan harumannya akan berikan kepuasan kepada siapa-siapa saja yang menikmatinya.

Ada juga yang memakan buah ini dengan mencicahnya dengan kicap, garam atau sambal serta dibuat jeruk. Memang sedap!

3. Buah Tarap @ Buah Lumuk

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Buah tarap atau buah lumuk sememangnya digemari oleh warga Borneo kerana aroma isi buahnya. Pokok buah ini banyak didapati di Sabah dan Sarawak.

Buah tarap mempunyai lapisan kulit berduri yang menyerupai buah durian, namun, permukaan duri-duri ini sebenarnya lembut.

Ada juga yang mengatakannya menyerupai buah cempedak atau nangka namun, sebenarnya rasa buah tarap dengan buah cempedak atau nangka adalah jauh berbeza.

Permukaan kulit buah tarap yang sudah masak adalah lembut dan ia boleh dikopek begitu saja.

Setelah kulitnya dikopek, isi buah tarap boleh dijamu terus. Biji buah tarap juga boleh dimakan setelah ia digoreng.

4. Durian Merah atau Pakan

4 Jenis Buah Unik Yang Hanya Terdapat di Sabah Dan Sarawak

Sekiranya di Semenanjung Malaysia terkenal dengan durian Musang King, di Sabah dan Sarawak pula kita terkenal dengan durian yang mempunyai isi berwarna oren yang dinamakan sebagai durian Pakan atau durian merah atau durian “ngekak” oleh komuniti setempat.

Durian ini sememangnya menjadi kegemaran anak-anak Borneo dan sentiasa dinantikan setiap kali menjelangnya musim buah-buahan.

Durian Pakan tumbuh liar di hutan dan ia biasanya berbuah serentak dengan musim durian di Sabah dan Sarawak.

Luarannya adalah seperti durian biasa, cuma saiz setiap biji durian adalah lebih kecil daripada durian biasa.

Rasa durian ini pula adalah jauh berbeza dengan durian yang biasa kita makan. Ia mempunyai aroma tersendiri, tidak mempunyai bau “gas” yang kuat seperti durian biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: borneodihati

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Melayu bukan pendatang di negara ini apabila kajian menunjukkan mereka berada di kawasan ini puluhan ribu tahun lalu lagi.

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Etnik Melayu memiliki kumpulan DNA mitokondria (mtDNA) kedua tertua di dunia selepas etnik Afrika, apabila kira-kira 60,000 ke 75,000 tahun lalu, berlaku penghijrahan orang rendah dari Afrika ke pelantar Sunda, kini dikenali Asia Tenggara.

Merujuk kajian Stephen Oppenheimer, profesor Universiti Oxford, beliau menghuraikan perkara itu dalam forum asal-usul Melayu.

Kajian Pertubuhan Genom Manusia (Hugo) yang diterbitkan pada 2013 menunjukkan moyang Melayu, yakni Semang dan Senoi, berhijrah dari Champa yang kini terletak di bahagian Vietnam dan Kemboja.

Nenek moyang mereka asalnya suku kaum Afrika yang pertama berhijrah ke kawasan darat sekitar Arab Saudi dan Timur Tengah.

Suku Semang dan Senoi berkembang menjadi suku-suku kaum lain termasuk orang peribumi seperti Orang Asli, Iban, Dayak dan banyak lagi.

Karya Oppenheimer pada 1998, “Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia ”, menunjukkan Melayu antara kaum terawal di dunia.

Zaharah berkata bukti sains juga menunjukkan Melayu memiliki mtDNA berusia 63,000 tahun, manakala etnik Cina hanya 43,000 tahun.

Namun, beliau menegaskan Cina bukanlah cabang keturunan Melayu. Sesuatu etnik mengambil masa ribuan atau puluhan ribu tahun untuk berubah.

Asal-usul orang Greek juga datang dari Champa tetapi mereka tidaklah menjadi Melayu.

Bahasa Melayu atau Rejang, satu cabang Sanskrit yang berasal dari pelantar Sunda sebelum dibawa ke benua India.

Kerana warga India banyak belajar Sanskrit, ramai terfikir bahasa itu berasal dari sana dan Melayu meminjam banyak kata Sanskrit.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Sanskrit masuk ke pelantar Sunda dulu sebelum ia tersebar ke India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: projekmm

Sunday, August 05, 2018

4 Teknik Ciuman Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

4 Teknik Ciuman Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

Bercium adalah satu seni yang memainkan peranan penting ketika menggoda pasangan anda, ataupun ketika berasmara. Bercium dengan teknik adalah kunci untuk menentukan sama ada pasangan anda akan puas atau sebaliknya.

4 Teknik Ciuman Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

Ramai para suami yang gagal memanfaatkan seni bercium dan seringkali mengabaikan teknik bercium ketika foreplay, mahupun ketika hubungan seks.

Amat rugi sekali kerana jika anda mengetahui teknik ciuman yang tepat, hubungan asmara anda akan menjadi lebih hebat dan asyik.

Teknik ciuman yang betul akan buat hubungan asmara lebih hebat dan asyik.

4 Teknik Yang Buat Isteri Hilang Kawalan Diri

Di sini saya berikan 4 teknik ciuman rahsia yang boleh anda amalkan untuk membuatkan isteri anda hilang kawalan diri dengan ciuman anda.

Teknik Ciuman Rahsia 1 – Kenali Lokasi Hotspot

Apabila membincangkan hotspot, sudah pasti anda terbayangkan bahagian sensitif pada badan isteri anda seperti payudara, faraj, leher dan sebagainya.

Salah! Hotspot yang saya maksudkan di sini ialah bahagian sensitif pada wajah isteri anda.

Terdapat tiga bahagian sensitif pada wajah isteri anda boleh anda gunakan sebagai permulaan ciuman.

Bahagian-bahagian ini adalah pada tepi mata, tepi bibir dan belakang cuping telinga. Jadi sebelum anda menerkam bibir isteri anda, kucup dengan lembut dan menggoda bahagian-bahagian ini.

Saya jamin isteri anda sendiri yang akan menerkam bibir anda kerana tidak tahan apabila bahagian-bahagian sensitif pada wajahnya di belai bibir anda.

Teknik Ciuman Rahsia 2 – Permainan Menggoda

Apabila anda sudah tiba ke bahagian bibir, jangan terus mencium bibir isteri anda berterusan, sebaliknya kucup sedikit dan tarik bibir anda, teruskan pada bahagian hotspot yang dibincangkan sebelum ini.

Atau ucapkan kata-kata romantik sebelum mencium semula bibir isteri. Anda juga boleh menjilat lembut bibir isteri anda dengan lidah dan tarik kembali ciuman anda.

Gunakan imaginasi anda untuk menggoda isteri anda dengan permainan ini.

Teknik Ciuman Rahsia 3 – Variasikan Ciuman

Jangan jadikan ciuman anda ciuman yang membosankan, berikan sedikit variasi ketika bercium.

Contohnya, satu ketika anda mencium dengan rakus kemudian dengan pantas lembutkan ciuman anda.

Pastikan anda melihat ke mata isteri anda dengan penuh kasih sayang ketika bercium kerana ini akan membuatkan isteri anda ‘cair’.

Teknik Ciuman Rahsia 4 – Bukan Sekadar Bibir

Ciuman terbaik bukan hanya menggunakan bibir. Untuk melakukan teknik ciuman yang hebat, belajar untuk menggunakan jari, hidung dan nafas anda ketika bercium.

Jari boleh digunakan untuk mengusap pipi, leher atau tubuh isteri anda ketika bercium.

Hembusan nafas boleh digunakan pada bibir, telinga dan leher isteri anda untuk memberikan sensasi baru kepadanya.

Sebagai contoh, basahkan leher isteri anda dengan lidah, kemudian hembus dengan lembut pada bahagian tersebut.

Lihat reaksi isteri. Jangan terkejut jika dia mendesah kesedapan hanya dengan hembusan.

PENUTUP

Jika isteri menolak ketika anda ingin bersama, gunakan teknik-teknik ini untuk menggoda dan membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk digomol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat


Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Tahukah anda perkataan Tourism pertama kali digunakan secara rasmi pada tahun 1937 yang pada ketika itu, Liga Negara-negara diwujudkan di Eropah

Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Merujuk perkataan itu sebagai perjalanan ke luar negara lebih daripada 24 jam. Perjalanan ini termasuk dalam negara itu sendiri.

Sebenarnya, pelancongan bermula sejak beberapa abad lalu dan ia berlaku dalam pelbagai peringkat. Ada yang di dokumenkan dan ada yang tidak.

Kisah pengembaraan Marco Polo pada kurun ke 13 merupakan satu bentuk perjalanan melancong yang didokumenkan dan terkenal di seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM