Monday, August 06, 2018

Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion


Apple Inc muncul firma tersenarai awam pertama bernilai AS$1 trilion (RM4.08 trilion) di dunia sekali gus kemuncak pencapaiannya sejak sedekad lalu yang dipacu oleh produk telefon pintar, iPhone.

Apple Inc Syarikat Pertama Bernilai AS$1 Trilion

Saham syarikat teknologi itu melonjak 2.9 peratus untuk ditutup pada harga AS$207.39 (RM846) sesaham, sementara modal terkumpul pula mencecah AS$1.002 trilion (RM4.09 trilion).

Nilai Apple juga meningkat 9 peratus, didorong oleh laporan pendapatan suku kewangan berakhir Jun 2018 lepas yang melebihi jangkaan dan pembelian saham sendiri bernilai AS$20 bilion (RM81.59 bilion).

Dalam perutusannya kepada lebih 120,000 pekerja Apple seperti yang dilihat agensi berita Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook berkata, penilaian AS$1 trilion itu merupakan ‘pencapaian besar’ yang boleh dibanggakan oleh kakitangannya.

Namun begitu, kata Cook, ia bukanlah ukuran paling utama dalam menilai kejayaan Apple.

“Pulangan kewangan ini adalah hasil inovasi ­Apple yang mengutamakan produk dan pelanggan serta sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kita,” kata Cook dalam perutusan tersebut.

Diasaskan di dalam garaj milik pengasas bersama, Steve Jobs dalam tahun 1976, pendapatan Apple meningkat lebih besar dari­pada keluaran ekonomi beberapa negara termasuk Portugal dan New Zealand.

Nilai Apple juga kini lebih tinggi berbanding gabungan syarikat gergasi AS terdiri daripada ­Exxon Mobil Corp, Procter & Gamble Co dan AT&T Inc.

Saham pengeluar iPhone itu melonjak lebih 50,000 peratus sejak penawaran awam pertamanya pada tahun 1980.

Jobs meninggal dunia pada tahun 2011 dan digantikan oleh Cook.

Beliau berjaya meningkatkan keuntungan Apple sebanyak dua kali ganda tetapi berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan mendiang melalui inovasi iPhone.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon