Monday, August 06, 2018

Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh Diri


Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa mengenai cabaran baharu yang semakin tular kerana menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Awas! Bahaya Momo Challenge Galakkan Kanak-kanak Membunuh Diri

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar 'Momo'.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook dan sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon