Rabu, Julai 18, 2018

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Selepas tamat Piala Dunia, saingan Liga Perdana Inggeris pula akan bermula dalam tempoh kurang dari sebulan sahaja lagi. Ini bermakna perkara paling utama yang berlegar dalam pemikiran peminat bola sepak di seluruh dunia dalam tempoh tiga minggu dari sekarang ialah perpindahan pemain.

Dan selepas berakhirnya kejohanan bola sepak paling berprestij itu, terdapat beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan serta prestasi sepanjang beraksi di Russia.

Berikutan itu, pemerhati sukan Sportmail melihat sekurang-kurangnya 10 bintang bola sepak yang bermain Piala Dunia 2018 mungkin berhijrah ke kelab lain dalam tempoh beberapa minggu lagi.

1. IVAN PERISIC
Negara: Croatia
Kelab sekarang: Inter Milan

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain sayap yang menyinar dan banyak membantu Croatia memenangi banyak perlawanan sehingga layak kali pertama ke final dan menjaringkan tiga gol.

Namun, bintang berusia 29 tahun itu hanya mempunyai satu lagi peluang selepas menolak tawaran lumayan Manchester United pada jendela perpindahan musim lalu dan memilih untuk kekal di Inter Milan. Mungkin sudah tiba masanya dia memikirkan semula keputusannya itu.

Pengurus United, Jose Mourinho masih berharap Perisic akan mengubah fikirannya.

Malah, ketika bercakap kepada pemberita di Russia selepas Croatia berjaya menewaskan England, beliau berkata, “Perisic ialah seorang pemain tengah yang berbeza. Biasanya apabila anda melihat pemain, mereka cuma mampu berlari pantas dan kreatif.

"Tetapi, Pesisic adalah seorang pemain yang memiliki kemahiran fizikal dan sangat mahir.

"Dia juga sangat hebat dan luar biasa ketika merebut bola di udara.”

Jadi, tidak hairanlah jika Mourinho sanggup mengkaji semula tawaran bernilai 45 juta pound untuk mendapatkan khidmat pemain Croatia itu menjelang akhir musim panas ini.

2. EDEN HAZARD
Negara: Belgium
Kelab: Chelsea

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Perkara pertama yang harus difikirkan oleh bos baru Chelsea, Maurizio Sarri ketika memulakan tugasnya di musim panas ialah mengenai masa depan Eden Hazard.

Penyerang Belgium berkenaan mempamerkan aksi cemerlang dan memberangsangkan di Piala Dunia 2018 dan menduduki tempat kedua dalam perebutan 'Bola Emas' di belakang Luca Modric yang dinobatkan selaku pemain terbaik.

Namun, sekarang Chelsea masih belum nampak peningkatan berterusan ditunjukkan Hazard.

Adakah Hazard akan terus kekal untuk mengharungi saingan musim Liga Europa dan sebarang perubahan berlaku Stamford Bridge yang kini dalam misi mempertahankan gelaran Liga Perdana atau sesuatu yang besar dan mengejutkan akan berlaku selepas ini.

Real Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Hazard dan terdapat kekosongan untuk bintang baru itu di Santiago Bernabeu selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Juventus.

Bercakap selepas Belgium menang penentuan tempat ketiga Piala Dunia ke atas England, Hazard berkata, “Saya menghabiskan masa enam tahun bersama Chelsea.

"Saya beraksi dengan begitu cemerlang di Piala Dunia, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk mengubah sesuatu.

“Chelsea akan membuat keputusan. Jika mereka mahu melepaskan saya, saya perlu tahu destinasinya.

"Selepas enam tahun mengharungi tahun penuh bermakna dengan Chelsea, sekarang mungkin sudah tiba masanya untuk menimba pengalaman berbeza.”

Adakah Sarri akan terus menyimpan pemain yang mahu berhijrah ke kelab lain?

Adakah Hazard terus kekal andainya Chelsea berkeras mahu mengekalkannya?

3. THIBAUT COURTOIS
Negara: Belgium
Kelab: Chelsea

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Apapun yang berlaku kepada Hazard mungkin akan mempengaruhi penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang menang 'Sarung Tangan Emas' sebagai penjaga gol terbaik Piala Dunia 2018.

Biarpun Courtois masih mempunyai kontrak 12 bulan dengan Chelsea, namun beliau sudah memberikan gambaran awal untuk berhijrah jika Hazard berbuat demikian.

Courtois pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hazard adalah kawan baiknya dan ‘ke mana saja Eden (Hazard) pergi, dia akan mengikut jejak langkahnya.’

Real Madrid memang sudah menghubunginya sebelum ini dan ahli keluarga Courtois termasuk dua anaknya kini menetap di Sepanyol.

4. OUSMANE DEMBELE
Negara: Perancis
Kelab: Barcelona

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Adalah adil untuk mengatakan rancangan perpindahan tidak menjadi selepas Ousmane Dembele ditawarkan harga £135.5 juta untuk berpindah ke Barcelona dari Borussia Dortmund.

Masalah kecederaan Hamstring dan pahanya menghantuinya selepas penampilan di La Liga, namun dia tetap menunjukkan bakatnya.

Dia diturunkan tiga kali sebagai pemain gantian dan sekali selaku kesebelasan utama oleh Perancis di Piala Dunia, namun tidak bermain ketika peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, pengurus Perancis, Didier Deschamps mengkritik mentaliti Dembele sebelum Piala Dunia bermula lagi dengan mengatakan pemain Barcelona berkenaan banyak mendatangkan masalah kepada rakan sepasukan di Dortmund dan pasukan kebangsaan.

Dembele sudah lama dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman dari Barcelona, namun kelab Catalan memerlukan seseorang untuk menggantinya di barisan hadapan.

5. ALISSON BECKER
Negara: Brazil
Kelab: Roma

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Sebelum Alisson Becker pergi ke Russia bersama pemain terkemuka Brazil, terdapat banyak cerita mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid dan Liverpool.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memang berminat mendapatkan khidmat penjaga gol berkenaan tetapi masih belum menetapkan harganya.

Klopp juga berminat melihat apa yang berlaku kepada Courtois dan Real Madrid, supaya Liverpool tidak perlu bersaing untuk mendapatkan khidmatnya.

Biarpun, mungkin cara Liverpool nampak kejam namun Alisson dilihat sudah bersedia untuk berhijrah ke kelab baru sama ada di England atau Sepanyol.

6. DOMAGOJ VIDA
Negara: Croatia
Kelab: Besiktas

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Biarpun sering dihambat kontroversi dan masalah, namun Domagoj Vida dan rakannya di barisan pertahanan Dejan Lovren, sudah memenangi hati peminat bola sepak dengan aksi memukau di Russia.

Pemain berusia 29 tahun berkenaan juga sekali lagi dikaitkan dengan Liverpool dalam media Turki manakala Everton dan Leicester dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmatnya dengan difahamkan Besiktas bersedia melepaskan Vida dengan bayaran perpindahan tidak kurang dari £30 juta.

Vida disiasat FIFA selepas pendedahan video dia menjerit 'Glory to Ukraine' ketika meraikan kejayaan Croatia menewaskan Russia, di mana dia turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

7. CRISTIAN PAVON
Negara: Argentina
Kelab: River Plate

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Argentina mempunyai tugas berat untuk membina semula pasukan kebangsaan selepas tersingkir di pusingan kedua Piala Dunia 2018.

Tetapi sesiapa saja bakal pengganti Jorge Sampaoli sebagai pengurus akan memilih Cristian Pavon - tonggak utama Argentina.

Pemain serba boleh berusia 22 tahun itu boleh bermain di pelbagai posisi termasuk sayap, penyerang dan membuat empat penampilan di Piala Dunia 2018 termasuk tiga kali sebagai pemain gantian dan sekali selaku kesebelasan utama.

Dia memang dikaitkan dengan Arsenal biarpun memilih untuk kekal di Argentina, tetapi tidak mustahil dia akan berpindah ke Eropah.

8. JUAN FERNANDO QUINTERO
Negara: Colombia
Kelab: River Plate (pinjaman dari Porto)

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Juan Fernando Quintero adalah salah seorang tonggak utama Colombia ketika saingan 16 pasukan terbaik dan sudah menetapkan bayaran perpindahan berjumlah £22 juta jika ada kelab lain berminat menggajinya.

Dia dipinjamkan ke River Plate dari Porto dan Presiden River Rodolfo D'Onofrio berkata, “Saya tahu ada tawaran dibuat oleh Quintero. Dia gembira untuk bermain di River."

"Jika mana-mana kelab mahu mendapatkan khidmatnya mereka perlu membayar £22 juta.”

Difahamkan, Tottenham dan Real Madrid berminat mendapatkan khidmatnya.

9. ALEKSANDR GOLOVIN
Negara: Russia
Kelab: CSKA Moscow

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain tengah berusia 22 tahun ini adalah salah seorang pemain terbaik yang banyak membantu Russia layak ke suku akhir Piala Dunia.

Chelsea berminat mendapatkan khidmatnya dengan bayaran perpindahan bernilai £27 juta, namun Juventus turut berminat.

10. HIRVING LOZANO
Negara: Mexico
Kelab: PSV Eindhoven

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain berprestij di Mexico yang menghiburkan, Hirving Lozano dikaitkan dengan Tottenham dan Manchester United selepas Piala Dunia yang mengagumkan.

Dia bermain di semua empat perlawanan Mexico dan menjaringkan satu gol.

Dia menuju ke Russia selepas cemerlang di Belanda dengan PSV Eindhoven, menjaringkan 17 gol dalam 29 perlawanan. Dia boleh bermain di bahagian sayap atau serangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon