Thursday, August 09, 2018

6 Food Brain Untuk Tingkatkan Kepintaran Otak Anak


Pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak.

6 Food Brain Untuk Tingkatkan Kepintaran Otak Anak

Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.

Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.

1. Blueberi

Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak dan juga meningkatkan daya ingat. Ia mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress).

Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang.

Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K.

2. Delima

Delima (pomegranate) mengandungi zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma.

Ia juga sebagai ejen anti-radang yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh.

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

3. Epal

Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini kerana kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas.

Malah memiliki kandungan kaya vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.

4. Buah kurma

Buah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.

5. Anggur

Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori.

Malah, ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda.

6. Strawberi

Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan.

Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahpama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon