Thursday, August 09, 2018

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia


Pada Julai 5, 2013, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Dengan peraturan ini, peminjam perlu membayar balik hutang serta kadar faedah dalam masa yang singkat.

Oleh itu, bank gemar memberikan pinjaman peribadi kepada mereka yang kaya atau mempunyai skor kredit yang tinggi.

Jadi, bagaimana pula nasib golongan berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membayar perbelanjaan atau memulakan perniagaan kecil sendiri?

Jangan risau, beberapa bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

Ciri-ciri:
  • Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Kategori pinjaman: Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000 manakala Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun.
  • Tempoh kelulusan: 10 minit.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas.

Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Sebelum golongan muda sudah boleh memperolehi pendapatan yang tinggi, mereka sudah dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kenderaan dan juga perbelanjaan telefon bimbit.

Kondisi untuk memohon pinjaman peribadi ini termasuk pendapatan minimum RM1,500 dan kewarganegaraan Malaysia.

Tetapi, pinjaman peribadi ini ada keburukannya juga. Kadar faedah rata pinjaman peribadi ini lebih tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi dari bank-bank lain.

Jika anda memohon untuk kategori pinjaman Tingkat 1, kadar faedah rata setahun ialah 13.38% manakala kadar faedah efektif ialah 24% setahun.

Oleh sebab itu, pinjaman ini terbaik untuk golongan yang boleh menjelaskan pinjaman penuh dalam tempoh yang pendek.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kriteria untuk pendapatan/gaji minimum adalah rendah.
  • Jumlah pinjaman peribadi yang terhad dan kadar faedah yang tinggi.

Walaupun begitu, kebaikannya tetap mengalahkan keburukannya.

Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

2. Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM250,000.
  • Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam.
  • Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi.

Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong , ia mempercepatkan proses penglulusan pinjaman ini.

Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Kadar faedah pinjaman peribadi Mach I.O.U. mencecah sehingga 13.5% setahun, jadi anda perlulah membayar ansuran bulanan tepat pada masa.

Dengan itu, anda akan mendapat 20% pulangan tunai sebagai ganjaran.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar kelulusan yang tinggi.
  • Kadar faedah yang tinggi.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000!

Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

3. Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak.
  • Umur: 18-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta.

Analisi Produk:

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain.

Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda dalam lingkungan tersebut, tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda.

Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi.

Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain.

Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar faedah rendah.
  • Tempoh penglulusan yang panjang.

Walau bagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang paling rendah berbanding bank lain.

Tunggu apa lagi? Mohon untuk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: imoney

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon