Jumaat, April 13, 2018

80,000 Malaikat Iringi Ayat Kursi


Tidak semena-mena syaitan dan iblis tiba-tiba menjadi kelam kabut, tidak keruan seolah-olah diganggu sesuatu yang amat menakutkan namun, iblis dan syaitan tidak tahu apa yang menyebabkan mereka menjadi begitu.

80,000 Malaikat Iringi Ayat Kursi

Mereka terus huru-hara tanpa sebab sehinggakan ketua mereka memerintahkan seluruh iblis dan syaitan menjelajah ke setiap pelusuk langit dan bumi mencari apa yang menyebabkan keadaan tidak menyenangkan itu.

Syaitan dan iblis kepanasan seperti berada di tepi unggun api tetapi tiada apa-apa berhampiran mereka.

Dalam pencarian itu, akhirnya iblis dan syaitan menemui puncanya.

Rupa-rupanya Allah telah menurunkan ayat Kursi menerusi wahyu kepada Rasulullah SAW di Madinah.

Bahang ayat Kursi, penghulu kepada segala ayat dalam Al-Qur'an menyebabkan iblis dan syaitan menjadi kelam kabut kepanasan.

Jibrail a.s. yang diperintahkan Allah membawa ayat ini untuk diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, telah diiringi oleh 80,000 malaikat dan dalam riwayat lain mengatakan 40,000 malaikat mengiringinya.

Bayangkan, betapa ramainya malaikat yang mengiringi ayat Kursi ketika hendak diturunkan kepada Baginda, membuktikan bahawa ayat Kursi bukan sebarangan ayat.

Persoalannya, kenapa iblis dan syaitan menggelabah dan huru-hara apabila Allah SWT menurunkan ayat Kursi?

Ayat Kursi adalah pendinding kepada iblis dan syaitan apabila dibaca dan diamalkan.

Ayat Kursi sangat agung kerana iblis dan syaitan akan terbakar jika dibacakan ayat ini dan ia merupakan senjata utama melawan iblis dan syaitan.

Makna Ayat Kursi

Allah, tidak ada tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah. Dia tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.

Dia tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur, baginya apa yang ada di langit dan bumi.

Tidak ada yang sanggup (berupaya) memberi syafaat (pertolongan) melainkan dengan izinNya jua.

Dia mengetahui semua yang telah berlaku dan akan berlaku.

Tidak ada (makhluk) yang dapat (mempunyai) pengetahuanNya kecuali dengan kehendakNya.

Kuasa pemerintahanNya meliputi seluruh langit dan bumi.

Tidak ada kesulitan bagiNya untuk memelihara keduanya (langit dan bumi) dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Adil.

Amalan ayat Kursi

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Sesiapa membaca ayat Kursi selepas tiap kali solat fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddikin, pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang mana tiadalah yang menghalangnya daripada memasuki Syurga selepas mati."

Ayat Kursi juga mempunyai pelbagai khasiat antaranya dapat menyembuhkan orang tidak siuman.

Caranya adalah dengan membaca ayat Kursi sebanyak 11 kali pada kepala orang tersebut sambil menghembuskan nafas ke kepalanya seberapa banyak yang boleh.

Sekiranya ada hajat yang penting, bacalah ayat Kursi 100 kali pada waktu tengah malam selepas menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah SWT, mudah-mudahan dikabulkan.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon