Thursday, August 09, 2018

Berapa Banyak Air Sebenarnya Yang Kita Patut Minum Setiap Hari?


Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Berapa Banyak Air Sebenarnya Yang Kita Patut Minum Setiap Hari?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai legenda yang telah diterima sebagai fakta.

Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum?

Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas.

Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa?

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air, sekiranya menahan dari membuang air kecil ataupun situasi elektrolit tidak seimbang.

Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda.

Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, ada satu petua untuk anda.

Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon