Saturday, August 12, 2017

Sambutan Hari Gajah Sedunia, World Elephant Day

Sambutan Hari Gajah Sedunia, World Elephant Day

Sambutan Hari Gajah Sedunia, World Elephant Day, disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan gajah di seluruh dunia.

Gajah

Sambutan Hari Gajah dimulakan secara rasmi pada 12 Ogos 2012 oleh Patricia Sims bersama dengan Elephant Reintroduction Foundation dan kini telah disokong serta diiktiraf oleh lebih dari 65 organisasi hidupan liar dan individu di seluruh dunia.

Sambutan Hari Gajah Sedunia bermatlamat untuk memupuk kesedaran, berkongsi pengetahuan dan jalan penyelesaian bagi tindakan segera untuk pemuliharaan dan perlindungan gajah liar terutama Gajah Afrika dan Asia yang diancam pengurangan populasi yang mendadak.

Menurut "IUCN Red List of threatened species", Gajah Afrika dalam kategori "Vulnerable" kerana ada lebih kurang 400,000 ekor manakala Gajah Asia dalam kategori "Endangered" kerana hanya ada kurang dari 40,000 ekor.

Ancaman Terhadap Gajah

Kekurangan populasi gajah yang mendadak diseluruh dunia berlaku akibat terdapatnya beberapa ancaman terhadap kehidupan gajah diseluruh dunia.

Diantaranya adalah:
  • Perubahan cuaca akibat pemanasan global telah mengurangkan sumber air untuk gajah.
  • Serangan pemangsa ke atas anak-anak gajah.
  • Baka yang terhad berikutan kadar kelahiran yang menurun.
  • Pemburuan haram untuk mendapatkan gading dan daging gajah
  • Kawasan habitat yang semakin sempit akibat pembukaan hutan.
  • Penjualan anak-anak gajah.
  • Pembunuhan gajah untuk keselamatan manusia, pertanian serta ternakan.
  • Pembinaan dan kemodenan mengganggu habitat semulajadi gajah.

Gajah merupakan binatang yang dicipta bagi mengimbangai kehidupan dan kelangsungan alam ini.

Gajah wajar dilindungi agar kehidupan kita di dunia ini akan lebih sejahtera.

Selamat menyambut Hari Gajah Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Ogos)

Tarikh 12 Ogos merupakan hari ke 224 (hari ke 225 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 141 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Quagga

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ibu dan Hari Lahir Permaisuri Sirikit di Thailand dan Hari Belia Antarabangsa.

Peristiwa

30 SM - Pemerintah terakhir dinasti Ptolemy Mesir, Cleopatra VII Philopator membunuh diri, kononnya dengan patukan ular asp.

1099 - Perang Salib Pertama berakhir dengan Pertempuran Ascalon dan pengunduran angkatan Fatimiyyah di bawah Al-Afdhal Syahansyah ke Mesir.

1676 - John Alderman menembak dan membunuh Metacomet kedua di Wampanoag, sekaligus menamatkan Perang Raja Philip.

1851 - Pencipta A.S. Isaac Singer diberikan paten untuk mesin jahitnya.

1883 - Quagga, suatu subspesies kuda belang dataran, pupus apabila spesimen yang terakhir mati di Natura Artis Magistra di Amsterdam.

1953 - Sejarah senjata nuklear: Bom termonuklear Soviet Joe 4 diledakkan di Semipalatinsk, RSS Kazakh.

1981 - Versi asal dan leluhur pelantar perkakasan serasi IBM PC, Komputer Peribadi IBM diperkenalkan.

1985 - Penerbangan 123 Japan Airlines terhempas di Wilayah Gunma, Jepun, membunuh 520 daripada 524 penumpang dan anak kapal dalam kemalangan kapal terbang tunggal terburuk dalam sejarah.

1990 - Ahli paleontologi Sue Hendrickson menjumpai rangka paling lengkap seekor Tyrannosaurus rex berhampiran Faith, Dakota Selatan, A.S.

Kelahiran

1762 - George IV, Raja United Kingdom.

1902 - Mohammad Hatta, seorang Presiden Indonesia pertama.

1907 - Benjamin Henry Sheares, Presiden Singapura ke-2.

1910 - Yusof bin Ishak, Presiden Singapura pertama.

1924 - Muhammad Zia-ul-Haq, Presiden Pakistan ke-6.

1983 - Klaas-Jan Huntelaar, pemain bola sepak FC Schalke 04.

1990 - Mario Balotelli, bekas pemain bola sepak Manchester City F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Ogos)

sumber: wikipedia

Friday, August 11, 2017

7 Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Anak Anda

7 Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Anak Anda

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut atau HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama dan sangat mudah berjangkit.

Cegah Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti dibawah.

1. Elakkan Tempat Awam

Seelok-eloknya, kurangkan aktiviti di luar buat sementara waktu. Jangan membawa anak yang sakit ke tempat-tempat awam, sekolah, taska, tadika, pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

2. Ketahui Tandanya

Tanda-tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
Tanda-tanda HFMD.

Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan mengetahui tanda-tanda penyakit ini. Dengan itu, anak yang mempunyai tanda jangkitan dapat dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Ia juga dapat mengelakkan daripada menular kepada kanak-kanak lain.

3. Amalkan Langkah Kebersihan Dengan Teliti

Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh, merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.

4. Mencuci Alatan Dan Mainan

Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) pada permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

5. Cermat Melupuskan Najis

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

6. Jangan Berkongsi Barang

Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain. Jika perlu, bekalkan anak dengan bekas makanan masing-masing di sekolah.

7. Saringan Pihak Sekolah Dan Pusat Jagaan

Pihak Pengusaha TASKA, TADIKA dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya mengambil langkah-langkah yang sama seperti di atas.

Di samping itu, saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) dilakukan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Anak Anda (HFMD) Menular Dengan Sangat Cepat!

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari 10 tahun terutamanya, di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska, tadika.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa peka jika terdapat sebarang tanda pada anak anda.

Orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska/tadika/sekolah ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Jangan lupa maklumkan juga kepada pihak tadika atau pusat jagaan sekiranya anak anda terkena penyakit tersebut.

Tindakan ini dapat membantu mereka membasmi penyakit tersebut dengan berkesan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Simptom, Pencegahan Serta Rawatannya

sumber: siraplimau

Fungsi Terbaharu Melihat Video ‘Trending’ Melalui Facebook Watch

Fungsi Terbaharu Melihat Video ‘Trending’ Melalui Facebook Watch

Sebelum ini anda mungkin pernah membaca Facebook bersedia untuk memaparkan iklan pada paparan video, namun bagaimana cara penyediannya masih belum diketahui sehinggalah Facebook mengumumkan fungsi ‘Watch’.

Facebook Watch

Sebuah halaman khas buat orang ramai menonton video yang dikeluarkan secara eksklusif oleh page atau daripada Facebook khusus buat para pengguna.

Melalui fungsi terbaru ini, Facebook juga dilihat cuba untuk ‘meniru’ apa yang dilakukan YouTube dengan memaparkan video yang trending ketika ini.

Angka perkongsian yang tinggi bakal tersiar di halaman ini.

Dijangkakan halaman ini antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sememangnya kerap mengikuti video yang kerap trending di Facebook.

Selain itu, untuk membuatkan Facebook Watch tampil berbeza, Facebook turut melabur kepada beberapa rancangan terkemuka untuk mengeluarkan rancangan mereka di Facebook Watch secara eksklusif.

Nampaknya persaingan untuk penstriman video secara online bakal lebih kompetitif selepas ini dengan kehadiran Youtube Red dan Facebook Watch.

Dengan kehadiran Facebook Watch paparan video yang dikeluarkan secara original daripada pengguna atau page bakal terpelihara oleh Facebook.

Setidaknya, uploader asal bakal menerima kredit seperti yang diharapkan sekaligus mengelakkan daripada isu cetak rompak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

sumber: thevocket

Elizabeth Tan Nafi Konon Mahu Bunuh Diri

Elizabeth Tan Nafi Konon Mahu Bunuh Diri

Minggu ini media tempatan kecoh melaporkan penyanyi Elizabeth Tan pernah mengalami kemurungan sehingga hampir membunuh diri.

Elizabeth Tan

Terkini, penyanyi Knock Knock itu telah menafikan pula dirinya terlalu tekan akibat putus cinta hingga terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Akui Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu, sejak beberapa tahun lalu dia berdepan dengan beberapa isu yang membawa kepada masalah tekanan perasaan yang memaksanya untuk berehat seketika.

“Saya baru mendapat tahu ada beberapa tajuk (berita) mengatakan saya kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri. Tajuk itu tidak betul, jadi saya harap semua jangan salah faham.

“Memang betul saya mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ini, sebab itulah saya berehat seketika awal tahun ini. Namun ia bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta.

“Saya berdepan beberapa masalah sejak tiga tahun lalu, yang sudah lama dipendam dan isu cinta itu hanya menjadi pencetus kepada semuanya.

“Saya semakin baik sekarang. Masa memang merawat kedukaan. Paling penting, saya banyak belajar daripada semua pengalaman pahit,” tulis penyanyi itu di Instagramnya, semalam.

Kata Lizzy, 23, kepada BH Online, dia bersyukur apabila dirinya cepat tersedar dan segera mendapatkan bantuan daripada keluarga dan sahabat.

“Saya cuba bangkit meneruskan kehidupan. Kejadian yang saya lalui turut membuatkan diri ini lebih matang.

“Pernah satu ketika, saya duduk berjam-jam mengimbas kesilapan dan kelemahan diri, termasuk situasi kemurungan dialami. Saya hampir membuat tindakan bodoh membabitkan nyawa sendiri.

“Berpisah dengan teman lelaki juga menjadi sebahagian alasan mengapa saya jadi begitu. Saya percaya, kalau tidak ditangani secara bijak, kemurungan akan membawa kesan lain.

“Masalah itu sesuatu serius dan tidak boleh dipandang ringan. Ia perlu dikongsi dan tindakan saya tidak terus memendam hal kemurungan ini mampu menyelamatkan diri daripada terus bertindak bodoh,” katanya.

Sementara itu, Lizzy meletakkan penghargaan kepada ibunya kerana tetap memberi sokongan kepadanya tatkala dia sedang kesedihan.

“Saya terharu dengan apa yang dilakukan ibu. Dia banyak memberi dorongan dan kata semangat. Malah, ibu sanggup mengambil cuti untuk menjaga saya ketika saya bergelut dengan diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy kini tampil dengan single terbaru ciptaan sendiri berjudul Darling yang turut menjadi runut bunyi drama bersiri 20 episod terbitan Skop Productions Sdn Bhd, My Darling Inspektor Daniel.

Ia turut dibintangi bersama pelakon popular tanah air, Aaron Aziz, Erra Fazira dan Siti Elizad.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Menuduh Orang Murtad Hanya Menjauhkan Manusia Daripada Agama

Menuduh Orang Murtad Hanya Menjauhkan Manusia Daripada Agama

Menuduh orang lain sebagai murtad tanpa bukti ibarat mengulangi sejarah Katolik dan raja menghukum pembaharu di Eropah, kata mufti Perlis.

Dr_Asri

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan Islam ditegakkan melalui dialog dan hujah, bukan sewenang-wenangnya menghukum "atas nama Tuhan".

Mengikut jejak gereja yang "tidak bijak" itu boleh menjauhkan lagi manusia daripada agama dan bukannya menguatkannya seperti diharapkan, katanya lagi.

"Menuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik.

"Islam adalah agama dialog dan hujah. Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara.

"Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama."

Sikap sedemikian, tambahnya, menyebabkan gereja Katolik dipertikaikan orang dan pemerintah yang bersama agamawan ditinggalkan rakyat.

Mohd Asri mengulas kemajuan Universiti Oxford yang bebas mendiskusi bidang ilmu dan mengangkat mereka yang dihukum sesat sebagai "mati syahid".

"Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katolik," katanya.

"Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?"

Beliau menerbit artikel lamanya itu bagi mengulas laporan media yang mendakwa kelompok Melayu yang dikatakan murtad akhir-akhir ini.

Walau tidak jelas, ia dipercayai susulan beberapa orang Islam yang didakwa menjadi ateis dan menyertai pertemuan Atheist Republic.

Kumpulan itu, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, mempunyai cawangan di banyak negara, termasuk Indonesia dan Filipina.

Orang Islam, ahli politik dan mufti risau jika gejala ini tidak dibendung, lebih ramai akan terlibat meninggalkan agama.

Dalam tulisan sama, Mohd Asri berkata penentang pembaharuan Kristian sering menggunakan nama Jesus dan istana.

"Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama," coretnya.

Menurut Dr Asri lagi, sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan undang-undang dan serbuan daripada JAIS.

“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia, sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Malaysia Memusuhi Homoseksual Dan Pelaku Murtad?

sumber: TMO

Sejarah Penciptaan Basikal Yang Sangat Menarik Untuk Anda Ketahui

Sejarah Penciptaan Basikal Yang Sangat Menarik Untuk Anda Ketahui

Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818.

Sejarah Basikal

Namun, ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti.

Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara.

Sejarah Perkembangan Basikal

1817

Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne.

Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh).

Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai.

1839

Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri.

Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang.

Basikal ini sangat iaitu seberat 56 punds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.

1863

Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal.

Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai "boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.

1870

James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan.

Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dalam apa bila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar unutk ditunggang.

1884

H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety.

Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jikan dibandingkan dengan basikal Ordinary.

1885-1900

John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety.

Basikal ini sangat menarik keran ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”.

Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.

1888

John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.

1890-an

Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar.

Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt.

Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.

Circa 1900

Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit.

Circa 1910

Basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.

1940-an

“Kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.

1963

Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi.

Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an.

1960-an

Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.

1970-an

Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak.

Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.

1984

Roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.

1986

Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renag dan senam robik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral

sumber: sejarahbasikal

Sambutan Hari Koperasi Negara

Sambutan Hari Koperasi Negara

Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hari Koperasi

Hari Koperasi Negara disambut pada Ogos setiap tahun sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya.

Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Objektif Hari Koperasi Negara

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

8 Fungsi dan Aktiviti Koperasi

1. Fungsi Kewangan & Perbankan

Koperasi dengan fungsi kewangan dan perbankan telah mempelopori perkembangan gerakan koperasi sejak tahun 1920an.

Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang berpatutan.

Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai secara islam (Ar-Rahnu), pelaburan dan perkhidmatan insuran.

Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun dan swasta.

Pada masa ini 2 buah koperasi yang khusus menjalankan fungsi perbankan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.

2. Fungsi Perumahan

Tumpuan koperasi jenis ini ialah menjalankan projek-projek perumahan untuk anggota-anggotanya.

Kebanyakan projek bertumpu kepada rumah berkos rendah dan sederhana.

Harga jualan rumah-rumah ini adalah di dalam lingkungan keupayaan anggota dan pada umumnya sekitar 20% hingga 30% lebih rendah daripada harga yang lazimnya ditawarkan di pasaran.

3. Fungsi Pengguna

Tujuan utama koperasi fungsi pengguna adalah untuk membantu anggota-anggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Di antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini adalah seperti pasar mini, pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain.

Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar.

Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.

4. Fungsi Pengangkutan

Sebahagian besar koperasi fungsi pengangkutan adalah terdiri daripada koperasi di rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti mengangkut hasil pertanian ke kilang pemprosesan.

Selain daripada koperasi peserta rancangan, koperasi lain yang menjalankan fungsi pengangkutan adalah seperti koperasi pengusaha teksi, pengusaha bas dan lori.

5. Fungsi Peladangan

Koperasi yang didaftarkan di bawah fungsi peladangan menjalankan aktiviti pembangunan dan pengurusan tanah pertanian.

Di antara tanaman utama yang diusahakan oleh koperasi-koperasi ini ialah getah, kelapa sawit, nanas, koko dan sayur-sayuran.

6. Fungsi Perindustrian

Sebahagian besar koperasi fungsi perindustrian adalah terdiri daripada koperasi-koperasi yang menjalankan kegiatan industri kecil yang lebih dikenali sebagai Koperasi Industri Kampung (KIK).

KIK ditubuhkan bertujuan mengumpulkan sumber-sumber untuk mengeluar, memasar dan menghasilkan barangan daripada hasil anyaman, barangan hiasan tembikar dan perak dan barangan perabot.

7. Fungsi Pembinaan

Koperasi fungsi pembinaan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jambatan kecil, jalan-jalan dan kerja penyelenggaraan umum.

Di antara koperasi-koperasi yang terlibat dengan kegiatan pembinaan ialah Koperasi Pembangunan Daerah (KPD), koperasi di rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA.

8. Fungsi Perkhidmatan

Koperasi fungsi perkhidmatan merupakan koperasi-koperasi yang di dalam aktiviti dan kegiatan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan.

Di antara perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini ialah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/lot-lot gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan seumpamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: skm

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Ogos)

Tanggal 11 Ogos merupakan hari ke 223 (hari ke 224 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 142 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Francis Light
Francis Light.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Chad (1960).

Peristiwa

3114 SM - Epok dalam kalendar Kiraan Panjang perduapuluhan Maya dan beberapa kebudayaan Mesoamerika lain terjadi.

1492 - Di Gereja Kecil Sistine, sidang sulit Paus pertama melantik Rodrigo Borgia sebagai Paus Alexander VI bagi menggantikan Paus Innocent VIII.

1786 - Kapten Francis Light mengasaskan koloni British di Pulau Pinang.

1919 - Republik Weimar mula memakai perlembagaannya.

1952 - Raja Talal dari Jordan turun takhta disebabkan masalah kesihatan dan diwarisi putera sulungnya Hussein.

1970 - Permohonan cap dagangan untuk perkataan Spork diterbitkan oleh Pejabat Paten dan Cap Dagang A.S.

1999 - Puting beliung melanda pusat bandar Salt Lake City, merosakkan lebih 120 rumah dan mencederakan lebih 100 orang.

2008 - Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.

2010 - Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.

2012 - Lebih 300 orang terbunuh dan 3,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi berhampiran Tabriz, Iran.

2012 - Presiden Mesir Mohammed Mursi mengarahkan Menteri Pertahanan Mohamed Hussein Tantawi meletak jawatan dan membatalkan pindaan perlembagaan oleh tentera.

Kelahiran

1943 - Pervez Musharraf, Perdana Menteri Pakistan ke-17.

1953 - Hulk Hogan, seorang pegulat, pelakon dan profesional Amerika Syarikat.

1976 - Iván Córdoba, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Ogos)

sumber: wikipedia

Thursday, August 10, 2017

Sikap Orang Sabah Yang Akan Buat Anda Kagum Dan Sewajarnya Dicontohi

Sikap Orang Sabah Yang Akan Buat Anda Kagum Dan Sewajarnya Dicontohi

Sabah adalah model negeri multi racial yang wajib dicontohi oleh semua pihak dan baru-baru ini, aku berpeluang berprogram bersama adik-adik dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Sikap Orang Sabah

Bilangan mereka lebih kurang 1,000 orang. 40% dari mereka beragama Kristian, 60% pula Muslim. Yang beragama Kristian rata-rata dari kaum Kadazan Dusun.

Jujur aku katakan, para pelajar di sini sangatlah menghormati guru dan orang luar yang datang. Cikgu Ahmad, selaku kaunselor sekolah berkongsi, kadang-kadang penat beliau menjawab salam pelajar sepanjang perjalanan.

Ada satu slot, aku minta para pelajar cari BFF yang paling mereka sayangi. Tanpa prejudis, terus saja dicapai tangan sahabat karib mereka.

Tak kiralah temannya itu bangsa apa, agama yang dianuti, tidak ada masalah. Berbeza sekali dengan semenanjung, sudahlah pelajar cina duduk dengan cina, india dengan india, melayu pula dengan melayu.

Slot malam pula pelajar perempuan non muslim semuanya memakai baju kurung. Aku tanya mereka, pinjam baju kawan yang Muslim ke. Mereka jawab 'tida bah' baju kami ni. Siap ada beberapa pasang lagi tu.

Itu yang perempuan. Yang lelaki pula pakai baju melayu. Jika pelajar lelaki muslim tak pakai songkok dan kopiah, mesti aku tak dapat bezakan yang mana Muslim, yang mana non-Muslim.

Paling best program di Sabah dan Sarawak adalah, ruang dakwah kau terbuka sangat luas. Kau tak perlu selindung untuk gunakan term agama dalam penyampaian.

Mereka tak pernah berbalah hal kalimah Allah, ucapan Assalammualaikum, Inshaallah, Alhamdulillah, nama para Nabi dan lain-lain.

Sikap Orang Sabah

Bila kau sebut jom sama-sama baca Al-Fatihah, pelajar non muslim dah tahu ia doa. Mereka terus genggam tangan dan berdoa mengikut kepercayaan mereka. Hal seperti ini wajar dicontohi oleh kita semua.

Inilah yang patut berlaku di dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Jika para pemimpin politik memacu negara tanpa memainkan isu rasis, sentimen agama, kau bangsa pendatang, aku bangsa asal, inshaallah negara akan makin disegani di mata dunia.

Brother Fairuz
MFA Smart Training & Consultancy

Artikel di atas adalah hasil tulisan oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi, seorang trainer, speaker, penulis dan emcee. Disiarkan buat pertama kali di blog TheVocket.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sejarah Gerakan Penubuhan Koperasi Membela Masyarakat Tertindas

Sejarah Gerakan Penubuhan Koperasi Membela Masyarakat Tertindas

Gerakan Koperasi bermula dan berkembang di atas kesedaran sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang dieksploitasi atau ditindas bagi membela nasib serta hak mereka dalam kehidupan.

Sejarah Gerakan Koperasi

Sejarah gerakan formal ini bermula pada kurun ke-18 di saat tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

Lahirnya tokoh-tokoh perindustrian seperti Hargreaves (pencipta alat penyulaman), Richard Artwright (pencipta rangka air yang menggunakan kuasa air), Samuel Cromption, James Watt (pencipta jentera wap) dan Edmund Cartwright (pencipta perkakasan penenunan) telah menggalakkan pertumbuhan bandar-bandar industri.

Perkembangan ini telah menarik ramai tenaga pekerja terutama dari sektor pertanian yang sememangnya telah dieksploitasi oleh tuan-tuan tanah untuk beralih arah bekerja di sektor perindustrian.

Transformasi pekerjaan dari sektor pertanian ke sektor perkilangan telah menyebabkan pemilik-pemilik kilang pula mengambil peluang mengeksploitasi kebanjiran tenaga buruh ini menerusi bayaran upah rendah, masa bekerja yang panjang dan kemudahan atau keadaan bekerja yang amat menyedihkan.

Senario ini diburukkan lagi dengan suasana politik di waktu itu di mana kerajaan dikawal oleh tuan-tuan tanah serta pemilik-pemilik kilang yang kaya raya.

Kebanyakan dasar-dasar yang digubal, bertujuan memihak kepada golongan hartawan ini dan secara tidak langsung menindas dan menghimpit kehidupan rakyat.

Antaranya, dalam tahun 1815, Parlimen England telah meluluskan Corn Law yang mencegah pengimportan jagung.

Penggubalan undang-undang ini telah menyebabkan kenaikan harga roti yang mendadak dan secara tidak langsung meletakkan paras kemiskinan yang sangat tinggi di kalangan rakyat.

Tekanan dan situasi buruk yang dihadapi rakyat terutamanya di kalangan buruh-buruh kilang telah membuatkan mereka mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah tersebut.

Maka muncullah tokoh iaitu Robert Owen (1771-1858) yang dikenali sebagai ‘Bapa Koperasi’ sebagai penjana idea kepada gerakan koperasi moden bagi mengurangkan kesan-kesan ketidakadilan dan penindasan ketika itu.

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pekerja kilang, dan seterusnya menjadi usahawan sehingga berjaya memiliki kilang tekstil, dan kemudian menjadi pemimpin masyarakat, beliau menyedari akan perlunya suatu sistem masyarakat yang lebih dinamik diwujudkan dan layanan yang lebih adil diberikan kepada golongan pekerja.

Beliau bercita-cita mahu mewujudkan perkampungan di seluruh negaranya yang dinamakan Dunia Baru Yang Bermoral bagi menggantikan suasana kehidupan semasa yang dianggapnya penuh penyelewengan dan penindasan.

Dengan fahaman atau kepercayaan bahawa perlu diwujudkan sebuah komuniti koperasi dahulu dan selepas itu diiringi dengan aktiviti atau perniagaan, beliau telah menubuhkan satu perkampungan yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong (Villages of Co-operation pada tahun 1799) dan sebuah institute pendidikan moral (Institution for the Formation of Character pada tahun 1816) yang kedua-duanya terletak di New Lanark, Scotland, dan juga perkampungan koperasi di Hampshire, England (1893).

Walaupun usaha Robert Owen menemui kegagalan, namun idea beliau yang berunsur koperasi telah dapat mempengaruhi sebilangan rakyat dan membuka jalan ke arah pewujudan Gerakan Koperasi yang lebih sistematik.

Usaha meneruskan Gerakan Koperasi ini turut mendapat perhatian seorang ahli akademik dan penulis tempatan iaitu Dr. William King (1786-1965).

Pada tahun 1828, Dr. William King telah menerbitkan buletin bulanan “The Co-operator”, iaitu sebuah penerbitan yang dianggap berjaya menyebarkan semangat baru dan kefahaman berkoperasi di kalangan masyarakat England pada masa itu.

Buletin “The Co-operator” telah berjaya diterbitkan sebanyak 28 edisi selama tiga tahun iaitu dari tahun 1827 hingga 1830.

Buletin yang berkonsepkan koperasi secara amali dan nilai-nilai dalam agama Kristian telah tersebar seluruh England hinggakan di mana buletin itu sampai, pasti akan ditubuhkan koperasi di kawasan tersebut.

Koperasi pertama yang ditaja oleh Dr. William King adalah Brighton Co-operative Trading Association pada tahun 1827, namun koperasi ini turut menemui kegagalan.

Perkembangan gerakan kerjasama oleh kedua-dua tokoh di atas tidak berupaya menampakkan hasil sebagaimana yang dinginkan.

Ini berlaku bukan hanya disebabkan gerakan koperasi ini timbul di era Revolusi Perindustrian berlangsung, tetapi gagal apabila prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong dalam meningkat sosioekonomi masyarakat tidak dihayati sepenuhnya oleh anggota.

Malah pergantungan anggota dalam mendapatkan bantuan dan pertolongan dengan tertumpu pada individu atau pemimpin gerakan ini sahaja menyumbang kepada kegagalan gerakan ini.

Di samping ketiadaan pengiktirafan status dari segi undang-undang, ketiadaan ilmu-ilmu perniagaan di kalangan anggota, ketiadaan sokongan dari hartawan-hartawan dan ketamakan anggota hingga membubarkan koperasi menjadi syarikat persendirian juga antara punca kegagalan gerakan koperasi pertama ini.

Idea berkoperasi ini seterusnya telah diadaptasi oleh golongan artisan di mana 28 orang penenun bersepakat menyumbangkan modal sebanyak £1.00 seorang melalui penubuhan Rochdale Pioneers Society Limited pada tahun 1844.

Mereka yang juga dikenali sebagai Pelopor Rochdale, telah menggariskan prinsip-prinsip koperasi yang kemudiannya diakui sebagai falsafah Gerakan Koperasi di seluruh dunia.

Bermodalkan £28.00 yang terkumpul, pada 21 Disember 1844, mereka telah menubuhkan kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia melalui pendekatan jualan mengikut pasaran, jual beli secara tunai dan pembahagian untung berdasarkan kepada jumlah pembelian yang dibuat oleh anggota.

Dalam beberapa tahun sahaja, koperasi ini telah mencapai kejayaan besar dari aspek keanggotaan, modal dan perniagaannya.

Daripada kejayaan inilah, gerakan koperasi mula berkembang ke seluruh England dan kemudian ke serata dunia termasuklah Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: skm