Wednesday, March 15, 2017

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day, diraikan pada tanggal 15 Mac setiap tahun di seluruh dunia se­jak 1983, sebagai satu langkah dan lambang pe­nya­tuan semangat permuafakatan dan kerjasama semua pi­hak dalam menggerakkan isu kepenggunaan di peringkat antarabangsa.

Hak Pengguna

Sokongan dan penghargaan kepada rakyat de­ngan memperkasakan hak dan kuasa pengguna melalui sam­butan dan pelaksanaan penguatkuasaan adalah satu perkara yang wajar dipuji.

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini pertama kali disambut pada 15 Mac 1983 dengan tarikh 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari sambutan bagi memperingati tarikh hak-hak pengguna yang diperkenalkan dan diumumkan oleh Presiden John F. Kennady pada tahun 1962.

Di banyak ne­ga­ra isu melibatkan pengguna ini bu­kanlah satu perkara po­pu­lar ke­ra­na melibatkan ba­nyak pihak yang mempunyai kepentingan pe­ri­ba­di.

Malah terdapat kerajaan be­be­ra­­pa negara tanpa mengira maju atau miskin, kebiasaannya akan me­nyembunyikan perkara-perkara berkaitan pengguna hanya kerana mahu melindungi pihak peniaga yang sering memalsukan fakta atau kandungan sebenar bahan keluaran mereka.

Lebih malang kerana da­lam kebanyakan perkara, ma­sih banyak hal yang berkaitan peng­gu­na bukan sahaja tidak boleh diselesaikan malah berlarutan tan­pa penyelesaian.

Dalam sebuah masyarakat moden dan bertamadun tinggi, rakyatnya perlu menjuarai hak mereka sebagai pengguna. Jika kita benar-benar serius sudah sampai masanya kita semua bangkit menggunakan kuasa kita sebagai pengguna.

Hak-Hak Anda Sebagai Pengguna

Ketika ini terdapat 8 hak asasi pengguna yang telah diterima pakai diseluruh dunia dan diambil kira dalam undang-undang berkaitan pengguna sama ada untuk digubal, dipinda atau dikaji semula. Ketahuilah akan hak-hak anda sebagai pengguna.

Berikut adalah 8 hak anda sebagai pengguna yang wajar kita semua ketahui:

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini.

Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.

Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.

Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak untuk bersuara

Perkara ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.

Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Perkara ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna.

Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.

Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Hak Pengguna Untuk Pemakanan Sejagat

Di Malaysia, Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini dikelola di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

sumber: utusan | relaksminda

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon