Thursday, August 10, 2017

Sikap Orang Sabah Yang Akan Buat Anda Kagum Dan Sewajarnya Dicontohi


Sabah adalah model negeri multi racial yang wajib dicontohi oleh semua pihak dan baru-baru ini, aku berpeluang berprogram bersama adik-adik dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Sikap Orang Sabah

Bilangan mereka lebih kurang 1,000 orang. 40% dari mereka beragama Kristian, 60% pula Muslim. Yang beragama Kristian rata-rata dari kaum Kadazan Dusun.

Jujur aku katakan, para pelajar di sini sangatlah menghormati guru dan orang luar yang datang. Cikgu Ahmad, selaku kaunselor sekolah berkongsi, kadang-kadang penat beliau menjawab salam pelajar sepanjang perjalanan.

Ada satu slot, aku minta para pelajar cari BFF yang paling mereka sayangi. Tanpa prejudis, terus saja dicapai tangan sahabat karib mereka.

Tak kiralah temannya itu bangsa apa, agama yang dianuti, tidak ada masalah. Berbeza sekali dengan semenanjung, sudahlah pelajar cina duduk dengan cina, india dengan india, melayu pula dengan melayu.

Slot malam pula pelajar perempuan non muslim semuanya memakai baju kurung. Aku tanya mereka, pinjam baju kawan yang Muslim ke. Mereka jawab 'tida bah' baju kami ni. Siap ada beberapa pasang lagi tu.

Itu yang perempuan. Yang lelaki pula pakai baju melayu. Jika pelajar lelaki muslim tak pakai songkok dan kopiah, mesti aku tak dapat bezakan yang mana Muslim, yang mana non-Muslim.

Paling best program di Sabah dan Sarawak adalah, ruang dakwah kau terbuka sangat luas. Kau tak perlu selindung untuk gunakan term agama dalam penyampaian.

Mereka tak pernah berbalah hal kalimah Allah, ucapan Assalammualaikum, Inshaallah, Alhamdulillah, nama para Nabi dan lain-lain.

Sikap Orang Sabah

Bila kau sebut jom sama-sama baca Al-Fatihah, pelajar non muslim dah tahu ia doa. Mereka terus genggam tangan dan berdoa mengikut kepercayaan mereka. Hal seperti ini wajar dicontohi oleh kita semua.

Inilah yang patut berlaku di dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Jika para pemimpin politik memacu negara tanpa memainkan isu rasis, sentimen agama, kau bangsa pendatang, aku bangsa asal, inshaallah negara akan makin disegani di mata dunia.

Brother Fairuz
MFA Smart Training & Consultancy

Artikel di atas adalah hasil tulisan oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi, seorang trainer, speaker, penulis dan emcee. Disiarkan buat pertama kali di blog TheVocket.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Indahnya jika ada hati yang sentiasa terbuka..berfikir positif demi perpaduan kaum..hidup harmoni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon