Thursday, March 30, 2017

Benarkah Malaysia Memusuhi Homoseksual Dan Pelaku Murtad?


Sejak merdeka, Malaysia telah membangun dengan pesat dan kini diiktiraf oleh Indeks Kemanan Global sebagai salah sebuah negara yang paling aman bukan sahaja di rantau Asia Pasifik, malah juga seantero dunia.

Homoseksual
Gambar hiasan.

Keamanan yang berterusan dan toleransi antara kaum yang agak tinggi mungkin telah menarik minat ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negara ini.

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah dinobatkan sebagai salah satu kota yang paling banyak dikunjungi seperti yang dilaporkan oleh Majalah Forbes tahun lalu.

Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak-hak asasi semua rakyat Malaysia dari sebarang bentuk penindasan.

Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana rakyat Malaysia tidak boleh ditindas berdasarkan agama, kaum, keturunan, tempat kelahiran atau jantina di bawah mana-mana undang-undang.

Oleh itu, adakah pengamal homoseksual dan pelaku murtad benar-benar didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia?

Sekiranya ini benar, apakah undang-undang yang mengatakan sedemikian?

Undang-undang Malaysia

Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, Malaysia secara umumnya tidak pernah mendiskriminasi atau menindas mana-mana rakyatnya yang homoseksual dan/atau telah murtad.

Walau bagaimanapun, Kanun Keseksaan ada memperuntukkan sesiapa yang melakukan hubungan kelamin di luar tabii (memasukkan zakar di mulut atau di dubur seseorang) telah melakukan suatu kesalahan yang boleh menyebabkan pelaku dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua puluh tahun dan sebatan.

Kanun Keseksaan ini terpakai untuk orang-orang Islam dan bukan Islam.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam juga tertakluk kepada peruntukan Akta Jenayah Syariah yang dikuatkuasakan mengikut bidangkuasa kerajaan-kerajaan negeri di dalam Malaysia.

Walaupun setiap negeri ini mempunyai kod syariah mereka tersendiri, peruntukan undang-undang mengenai perkara ini tidak banyak berbeza.

Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 menetapkan bahawa mana-mana lelaki yang melakukan kesalahan liwat dengan lelaki yang lain boleh dikenakan hukuman penjara, denda dan/atau sebatan.

Undang-undang Syariah di negeri-negeri di Malaysia rata-ratanya tidak memperincikan dengan jelas bahawa murtad sebagai suatu kesalahan jenayah.

Walau bagaimanapun, pelaku murtad yang telah disabitkan kesalahan akan dipertimbangkan untuk dihantar ke pusat pemulihan akidah seperti yang termaktub dalam Seksyen 66(1) Enakmen Jenayah Syariah Melaka 1991.

Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Syariah (bagi semua negeri) tidak mengatakan bahawa menjadi seorang homoseksual adalah suatu kesalahan.

Seseorang homoseksual itu hanya boleh disabitkan kesalahan sekiranya dirinya didapati melakukan liwat/sodomi atau seks di luar tabii ke atas individu yang lain.

Lagipula, undang-undang Syariah Malaysia tidak mengklasifikasikan murtad sebagai suatu kesalahan jenayah.

Berdasarkan fakta ini, patutkah Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang menindas dan mendiskriminasi pengamal homoseksual dan pelaku murtad?

BACA INI JUGA:

sumber: aa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon