Saturday, August 12, 2017

Sambutan Hari Gajah Sedunia, World Elephant Day


Sambutan Hari Gajah Sedunia, World Elephant Day, disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan gajah di seluruh dunia.

Gajah

Sambutan Hari Gajah dimulakan secara rasmi pada 12 Ogos 2012 oleh Patricia Sims bersama dengan Elephant Reintroduction Foundation dan kini telah disokong serta diiktiraf oleh lebih dari 65 organisasi hidupan liar dan individu di seluruh dunia.

Sambutan Hari Gajah Sedunia bermatlamat untuk memupuk kesedaran, berkongsi pengetahuan dan jalan penyelesaian bagi tindakan segera untuk pemuliharaan dan perlindungan gajah liar terutama Gajah Afrika dan Asia yang diancam pengurangan populasi yang mendadak.

Menurut "IUCN Red List of threatened species", Gajah Afrika dalam kategori "Vulnerable" kerana ada lebih kurang 400,000 ekor manakala Gajah Asia dalam kategori "Endangered" kerana hanya ada kurang dari 40,000 ekor.

Ancaman Terhadap Gajah

Kekurangan populasi gajah yang mendadak diseluruh dunia berlaku akibat terdapatnya beberapa ancaman terhadap kehidupan gajah diseluruh dunia.

Diantaranya adalah:
  • Perubahan cuaca akibat pemanasan global telah mengurangkan sumber air untuk gajah.
  • Serangan pemangsa ke atas anak-anak gajah.
  • Baka yang terhad berikutan kadar kelahiran yang menurun.
  • Pemburuan haram untuk mendapatkan gading dan daging gajah
  • Kawasan habitat yang semakin sempit akibat pembukaan hutan.
  • Penjualan anak-anak gajah.
  • Pembunuhan gajah untuk keselamatan manusia, pertanian serta ternakan.
  • Pembinaan dan kemodenan mengganggu habitat semulajadi gajah.

Gajah merupakan binatang yang dicipta bagi mengimbangai kehidupan dan kelangsungan alam ini.

Gajah wajar dilindungi agar kehidupan kita di dunia ini akan lebih sejahtera.

Selamat menyambut Hari Gajah Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon