Friday, June 05, 2020

Ini Cara Pam Tayar Kenderaan Yang Betul

Ini Cara Pam Tayar Kenderaan Yang Betul

Bolehkah tayar dipam mengikut PSI (pound per square inch, paun inci persegi) maksimum seperti dinyatakan pada dinding sisi (sidewall) tayar? Ini kerana ada juga kenyataan yang mendakwa PSI maksimum bukanlah tekanan tepat yang membolehkan tayar kereta berfungsi paling optimum.

Panduan angin tayar

Faktanya, tekanan tayar yang tepat amat penting bagi kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar, kerana jika anda perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar, anda pasti perasan perkataan 'Max. Press. 35 PSI'.

Nombor itu memberitahu anda tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.

Panduan tekanan tayar

Kata 'sejuk' di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh.

Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.

APA BERLAKU JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?

1. Karakter Pengendalian Berubah

Tayar yang dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Tahap membelok akan bertambah baik, tetapi anda berdepan risiko ketika pembrekan jajap (threshold braking). Sekali anda membelok pantas atau mengejut, belakang kereta boleh terseret.

2. Jangka Hayat Tayar Merosot

Apabila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan jadi lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.

Jadi, apakah tekanan tayar terbaik? Apa Tekanan Tayar Optimim?

Anda boleh mengetahui tekanan tayar optimum atau seperti disarankan pengeluar pada pelekat di frem pintu, atau dalam manual pengguna. Sesetengah model menempatkan pelekat pada pintu but, glove box dan lain-lain.

Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda.

Jika berkurangan, anda akan mendapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.

Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.

BILAKAH MASA MENGEPAM TAYAR TERBAIK?

Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
  • Setiap kali mengisi minyak.
  • Setiap kali suhu berubah 10º.
  • Sekali bagi setiap 30 hari.

Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.

Tips: 30 Hari

Bagaimanakah mahu mengingat jumlah tekanan angin yang tepat? Anda mungkin tidak mahu sentiasa melihat pelekat pengingat setiap kali mahu mengisi angin.

Begini, anda cuma perlu ingat jumlah hari dalam sebulan, iaitu antara 30-31 hari. Ya, itulah jumlah tekanan angin yang perlu diisi untuk kereta.

Ia mungkin tidak setepat yang disarankan pengeluar, tetapi ia masih berada dalam julat toleran atau 'selamat' yang boleh anda praktikkan.

Jadi, tidaklah perlu risau jika terkurang atau terlebih mengepam angin tayar jika mengikuti tip ingat ini.

Malah, tips ini boleh membantu anda mengingat jumlah sebenar tekanan tayar kereta anda. Anda cuma perlu ingatkan jumlah hari dalam sebulan dan daripada jumlah itu anda mungkin dapat mengingati semula tekanan tayar sebenar kereta anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

SBDJ Siri 149: Syaitan Jadi Dampingan

SBDJ Siri 149: Syaitan Jadi Dampingan

Setiap kali bahu saya bergesel dengan bahu Nurul Hayat timbul rasa cemas. Bila rasa cemas itu berakhir, timbul rasa ghairah yang tidak menentu, hati saya berdebar. Pada ketika masa itu juga saya terus menatap kulit muka Nurul Hayat yang kemerah-merahan.

SBDJ siri 139

Di saat anak mata tertacap ke kulit mukanya, diam-diam saya melayani perasaan, saya khayalkan yang saya sedang membelai rambut hitamnya dengan penuh mesra.

Bintik-bintik peluh yang membasahi pipinya saya kesat dengan hujung jari kelingking.

Nurul Hayat ketawa dengan penuh mesra merestui apa yang saya lakukannya terhadapnya.

Saya bayangkan, bila dia ketawa wajahnya bertambah jelita. Lekuk lesung pipitnya kian jelas dan nampak mendalam. Bibirnya yang nipis amat mendebarkan.

Pendek kata apa yang ada pada diri Nurul Hayat tetap indah dan menarik.

Kemudian, saya bayangkan hujung hidung saya terbenam ke kulit pipinya. Nurul Hayat ketawa dan mengeliat kegelian. Dia terus memeluk dan merangkum tubuh saya.

"Heeiii..."

Serentak dengan jeritan kecil itu, terasa rusuk kiri saya di siku dengan kuatnya hingga perutnya terasa senak dan saya hampir tersungkur ke depan. Nasib baik saya sempat berpaut pada bibir bot.

"Kenapa kamu rebahkan badan kamu ke dada aku," tutur Nurul Hayat dengan wajah yang masam.

Saya mula menyedari apa yang telah saya lakukan. Khayalan membuat saya terlupa keadaan keliling.

Saya rasa malu yang amat sangat. Rasanya sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan Nurul Hayat. Harga diri dan maruah bagaikan sudah hancur berderai.

Bila Nurul Hayat merenung saya tepat-tepat, saya tersipu-sipu. Saya buat muka tebal dan cuba tersengih macam kerang busuk.

Cuma itu saja yang berdaya saya lakukan untuk menutup malu.

Inilah akibatnya kalau suka berkhayal, tunggul disangka manusia.

Budi bahasa, sopan santun semuanya hilang dan tenggelam dalam dunia angan-angan yang tidak bertepi.

Memang tidak salah kata orang tua-tua, kalau perasaan ghairah dilayan, akan menjadi bencana, menjadikan taraf manusia kepada taraf binatang.

"Kenapa dengan kamu Tamar, tiba-tiba lembik macam ayam mabuk tahi. Apa dah jadi Tamar," muka Nurul Hayat nampak merah padam, dia marah sangat.

"Aku terasa nak pening, perut rasa mual. Bot yang aku naiki ni, terasa tunggang balik," itu saja dalih yang mampu saya luahkan.

Semoga dengan pembohongan itu, Nurul Hayat akan bersimpati dengan saya.

"Kamu jangan bohong dengan aku, Tamar."

"Kenapa aku mesti bohong, aku bercakap perkara yang benar," kata saya sambil membuat muka sedih.

Nurul Hayat termenung sejenak. Saya terus buat pura-pura sakit dan secara kebetulan rasa senak akibat disiku oleh Nurul Hayat masih terasa, jadi mudahlah saya berlakon.

"Sekarang apa rasanya?"

"Dah beransur kurang."

"Sekarang sandarkan badan kamu, luruskan kaki. Tenangkan fikiran kamu dan jangan ingat apa-apa," lanjut Nurul Hayat.

Saya segera melakukan apa yang disuruhnya. Nurul Hayat gembira kerana saya patuh dengan perintahnya.

Dengan perlahan-lahan Nurul Hayat mengesot ke kanan hingga jarak antara kami terpisah agak jauh. Jarak lutut saya dengannya terpisah kira-kira sekaki.

"Kenapa mengesot jauh," kata saya.

"Bukan apa-apa, biar senang kamu berehat nanti kalau kamu terasa pening, kamu tak merebahkan kepala kamu ke arah dadaku," katanya dengan senyum.

Tidak dapat saya takrifkan erti senyum itu sama ada ikhlas atau sekadar untuk senyum saja. Apa yang pasti saya terasa seperti disindir.

Kami terus membisu, cuma bunyi deru enjin bot saja yang mengasak lubang telinga kami.

REDUP

Sinar matahari kian tunduk, suasana terasa redup dan menyenangkan. Bot yang bergerak menghasilkan angin lembut membuatkan badan terasa segar sekali.

Saya masih belum dapat meneka apa yang tersirat di dalam kepala dan hati Nurul Hayat.

Saya kira dalam menghadapi situasi begini, ada baiknya saya diam dan membisu seribu bahasa.

Dengan tidak disangka-sangka Nurul Hayat terus bangun. Saya tergamam bila melihat dia berdiri sambil sepasang tangannya mencekak pinggang.

Dia renung ke arah ekor bot berkali-kali, macam ada sesuatu yang dicarinya. Pandangannya beralih pula ke arah kiri dan kanan tebing sungai.

Melihat keadaan dan gerak-geri Nurul Hayat menimbulkan seribu keraguan dalam diri. Saya segera bangun dan mengikut kelakuan yang dibuatnya. Saya juga tidak tahu kenapa saya harus jadi pak turut.

"Kamu tak suka duduk di sini? Tak suka bercakap-cakap dengan aku?" saya cuba memecahkan suasana yang agak tegang.

"Aku sedang memikirkan, apakah perlu memberitahu kamu nama-nama kampung yang ada di sepanjang tebing sungai."

"Aku fikir, kamu perlu menerangkan kepada aku Nurul."

"Sebabnya?"

"Aku pendatang baru ke daerah ini."

Nurul Hayat menggigit bibir setelah mendengar penjelasan dan alasan yang aku kemukakan kepadanya.

"Tapi..." saya tak meneruskan kata-kata itu.

Nurul Hayat nampak rasa semacam tetapi matanya masih tertumpu ke arah pepohon yang tumbuh di kiri kanan sungai.

"Ada sesuatu yang nak kamu tanyakan pada aku?" Nurul Hayat memancing, supaya saya meneruskan pertanyaan yang terhenti.

"Ada."

"Apa dia Tamar?"

"Mudah saja. Aku harap kamu boleh menunaikannya, Nurul."

"Cakaplah terus terang, apa dia Tamar?"

"Aku mahu kamu tunjukkan atau bawa aku ke kampung orang asli KUBU, khabarnya orang KUBU handal dalam ilmu dunia," turut saya penuh harapan.

Nurul hayat termenung sambil mengerutkan kening. Kemudian dengan tenang dia menatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas beberapa kali.

"Kamu bergurau, Tamar."

"Tidak, aku serius."

"Kamu jangan merepek Tamar. Kampung kaum KUBU tu jauh di pendalaman. Kalau kamu masuk kampung mereka, alamat kamu bertapalah di situ."

"Kamu jangan menakut-nakutkan aku Nurul."

"Aku bercakap perkara yang benar Tamar. Kalau kamu betul-betul mahu, boleh aku cakapkan dengan ayah aku, barangkali dia boleh menolong kamu. Aku yakin, ayah aku tahu di kawasan mana kampong orang KUBU."

"Ah, aku tak mahu, aku cuma bergurau saja, aku nak usik kamu, Nurul."

"Kamu takut," suara Nurul Hayat merendah dan dia terus ketawa.

Saya juga ikut ketawa tanpa sebab. Aneh, kenapa saya ketawa melulu? Timbul pertanyaan dalam diri dan dengan tenang saya tarik nafas dalam-dalam.

Memang pada mulanya, saya berhasrat mahu meninjau perkampungan kaum KUBU tetapi, bila Nurul Hayat mahu meminta pertolongan Fuad Hassan bagi menjayakan tujuan tersebut, hasrat saya segera terbantut.

Bila Fuad Hassan tahu dengan sendirinya Datuk tahu, sebelum saya menerima apa-apa ganjaran dari Datuk ada baiknya saya batalkan hasrat di hati.

"Elok juga kamu batalkan keinginan kamu tu, kalau kamu teruskan banyak risikonya, Tamar."

Saya segera anggukkan kepala.

"Aku kira Datuk kamu sendiri keberatan membenarkan kamu pergi ke kampung suku KUBU tu," sambung Nurul Hayat membetulkan hujung selendangnya yang terlipat di celah ketiak.

PANAH

Air sungai Batanghari yang dipanah matahari nampak berkilau-kilau bersama gelombang yang beralun perlahan.

Anak-anak ikan kelihatan bergerak lancar dalam air dalam usaha menyelamatkan diri dari disambar ikan-ikan besar.

Saya terpegun melihat semuanya itu. Jarang-jarang saya dapat menikmati suasana demikian.

Bot terus membelah sungai Batanghari dengan aman. Saya dan Nurul Hayat masih berdiri.

Sesekali terdengar suara Datuk dan Fuad Hassan dalam nada yang kadang-kadang meninggi dan kadang-kadang rendah.

Entah apa yang mereka bualkan, tidak dapat dipastikan. Tetapi, bot yang dikendalikan oleh Fuad Hassan tetap bergerak dengan sempurna.

"Kamu tahu Tamar," turut Nurul Hayat.

"Apa dia?"

"Tentang ilmu orang KUBU."

Saya tergamam sebentar. Memang di luar jangkaan yang Nurul Hayat mahu mengungkit kembali tentang hal orang KUBU yang pada hemat saya kisahnya sudah tamat.

"Ilmu orang KUBU memang menjadi, maklumlah hantu syaitan jadi dampingan mereka," sahut Nurul Hayat.

"Maksud kamu..." saya memotong cakapnya.

"Kita tak boleh buat sembarangan dengan mereka. Kita harus bersikap hati-hati dengan mereka.

"Jangan sesekali kita membuat sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mereka, jangan kita kacau mereka."

"Kalau kita kacau, kalau kita usik macam mana?"

"Buruk padahnya. Dulu ada orang muda di kampung aku bawa tikar bantal tak balik-balik. Kaum kerabatnya tak tahu sama ada budak muda itu hidup atau mati."

"Kalaulah betul cerita kamu ni, memang hebat ilmunya," kata saya sambil menggigit bibir.

"Macam mana kisahnya sampai jadi macam tu?" saya cuba cungkil rahsia.

NURUL Hayat menggaru kulit pipinya yang kemerahan dengan hujung jari kelingkingnya.

"Semuanya kerana pulut. Bukankah orang tua-tua dah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

"Sebenarnya, anak muda itu ada bau-bau bacang dengan keluarga emak aku," Nurul Hayat berhenti bercakap.

Dia garu pangkal lengannya berkali-kali. Hati saya berdebar kembali bila melihat kulit lengannya yang putih gebu. Saya jeling dengan semahu-mahunya.

"Mata kamu jahat, Tamar!" protes Nurul Hayat bila menyedari mata saya meratah kulit lengannya yang terbuka.

Cepat-cepat dia membetulkan lengan bajunya untuk menutup kulit lengannya. Jelingan saya berakhir.

"Kulit kamu putih melepak, kamu cantik Nurul," kata saya berjenaka.

"Ini kamu kenal," Nurul Hayat genggam penumbuk lalu menghalakan ke arah saya.

Dia cuba membuka silat, hati saya gementar dan cemas.

"Maafkan aku Nurul. Aku cuma bergurau."

"Aku tak suka gurau begitu, batang tubuh aku bukannya gurauan tau," nada suaranya keras.

"Maafkan aku Nurul, lain kali aku tak buat lagi," kata saya.

"Dengan orang lain, kamu boleh bergurau tapi, aku bukan orangnya," kemarahannya terus berlanjutan. Saya jadi serba salah.

"Maafkan aku Nurul," rayu saya lagi.

"Hummmmm," Nurul Hayat mendengus, wajahnya bertambah masam.

Buat beberapa ketika saya merenung ke dada sungai. Semoga Nurul Hayat tidak melepaskan tendangan atau tumbukan silat yang boleh membuatkan tubuh saya terbuang ke dalam sungai Batanghari.

Itu doa dan harapan yang berbunga dalam hati kecil saya.

"Maafkan aku, Nurul," saya merayu untuk ke sekian kalinya.

"Baiklah, lain kali kamu buat lagi kamu tahulah padahnya."

Saya amat gembira mencari keturunan di bumi Jambi. Kalau aku hulurkan tali cinta, belum pasti engkau mahu menerimanya.

Itu yang beralun dalam hati nurani saya yang tidak mampu diluahkan meskipun Nurul Hayat berdiri di sisi.

"Begini ceritanya Tamar. Pemuda kacak itu kegemarannya memburu kijang dan memikat burung. Kadang-kadang dia masuk jauh ke dalam hutan sampai ke sempadan perkampungan orang KUBU," gaya Nurul Hayat bercerita membuat saya terpaku.

"Selalunya semua hasil buruan yang diperolehi disedekahkan kepada janda-janda yang susah dan banyak anak, diberikan kepada anak yatim.

"Kalau semasa memburu dia terjumpa kayu cendana, rotan dan macam-macam lagi hasil hutan, segera di bawa pulang ke rumahnya untuk di jual kepada peraih dari luar.

"Wang dari hasil jualan barang-barang tersebut digunakan untuk memperindah masjid, mengecat atau mengganti mana-mana bahagian masjid yang rosak. Membeli sejadah dan lain-lain keperluan untuk kepentingan para jemaah.

"Kalau penduduk mahu mengadakan kenduri menyambut awal Muharam, Maulidur Rasul dan sebagainya, mereka tidak perlu membeli lembu atau kambing kerana pemuda kacak akan membawa rusa atau kijang (hasil buruannya) sebagai lauk pauk untuk para jemaah.

"Kerana sikap murah hati, ringan tulang, rajin melakukan kerja-kerja amal tanpa mengenal penat lelah, nama pemuda kacak jadi sebutan setiap masa.

MENURUN

"Sekarang, kamu tentu sudi menceritakan kepada aku tentang pemuda yang menjadi tawanan anak dara KUBU," saya bertanya.

Dua tiga kali Nurul Hayat menggosok pangkal hidungnya hingga kelihatan kemerah-merahan, menimbulkan rasa geram di hati.

"Kalau tak salah ingatan aku, perkara itu terjadi kira-kira tujuh tahun lalu," Nurul Hayat memulakan cerita dengan tenang dan teratur.

"Masa itu umur aku baru tiga belas tahun. Kejadian tu jadi buah mulut orang-orang kampung berbulan-bulan lamanya.

"Macam-macam usaha dan ikhtiar dibuat untuk memanggil pemuda malang itu pulang. Semuanya gagal," tambah Nurul Hayat sambil matanya merenung tajam ke arah tebing sebelah kanan, macam ada sesuatu yang dicarinya.

"Kau pernah tengok pemuda itu?" soal saya bersama rasa cemburu.

"Pernah."

"Lawa orangnya?" tanya saya penuh debar.

"Lawa dan kacak, berkulit putih merah, tinggi dan badan penuh berisi. Handal bersilat dan main senjata, pandai berqasidah dan mengaji Quran, ramai anak dara kampung yang tergila-gilakan suaranya. Dia jadi pujaan sekampung."

"Termasuk kau," potong saya dengan resah.

"Aku tidak tertarik dengannya, umur aku baru tiga belas tahun, aku anggap dia macam abang.

"Umurnya masa itu kalau tak silap aku sudah dua puluh lapan tahun. Walau pun ada hubungan keluarga, aku dapat bercakap dua kali saja dengannya. Emak dan bapa aku cukup keras mengawal aku," Nurul Hayat ketawa sebaik saja dia berhenti bercerita.

Barangkali dia merasakan zaman kecilnya penuh keanehan.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Gadis yang terpacak di sisiku adalah dara pingitan yang tersisih dari pandangan jejaka kampung.

Mereka tidak dapat melihat wajah ayu atau mendengar suaranya kecuali lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya.

Rasanya inginku miliki dirimu Nurul tetapi, aku anak dagang.

"Tetapi, di samping memiliki sifat terpuji dia juga menyimpan sifat-sifat yang kurang sopan. Hanya kaum keluarga yang terdekat saja yang tahu sifat buruk pemuda kacak itu."

"Apa dia perangai yang tak baik tu," saya terus mendesak bila melihat Nurul Hayat berhenti bercakap.

Dia seperti enggan bercerita, macam mahu menyembunyikan sesuatu dari saya.

"Suka mengintai anak dara mandi," kata Nurul Hayat.

"Mengintai anak dara mandi," ulang saya agak terkejut.

"Iya," katanya bersama senyum sinis.

"Agaknya, kamu ada perangai macam dia," tambah Nurul Hayat.

Saya tidak memberikan sebarang komen dan Nurul Hayat meneruskan cerita.

BURUNG

Pada suatu hari, pemuda kacak membawa denak pemikat untuk memikat burung merbuk. Dia menyusuri tepi sungai menghala ke hulu.

Dia masuk ke arah sebatang anak sungai yang kualanya bertembung dengan sungai Batanghari.

Tiba-tiba dia terserempak dengan anak dara KUBU mandi telanjang dalam sungai dan bagaikan orang mengantuk disorong bantal, begitulah terjadi pada si kacak.

Dia membatalkan hasratnya mahu memikat burung merbuk. Denak pemikat diletakkan di dahan pokok dan dia meniarap di balik pokok besar mengintai bentuk tubuh anak dara KUBU yang jelas kelihatan di balik air sungai yang jernih bagaikan cermin.

Bila si anak dara selesai mandi dia masih belum bergerak dari tempat persembunyiannya.

Dia melihat setiap gerak-geri si anak dara dengan penuh minat bila anak dara KUBU selesai menutup bahagian buah dada dan bahagian sulitnya, pemuda kacak gelengkan kepala beberapa kali.

Anak dara KUBU renung kiri kanan, atas bawah sebelum memulakan langkah pulang. Bila sudah yakin tidak ada musuh yang akan mengganggunya, maka si anak dara KUBU pun melangkah.

Disaat anak dara KUBU melintas di depannya, pemuda kacak keluar dari tempat persembunyian dan terus mengusik lalu berkata:

"Hai, tiga hari tiga malam mandi, badan awak busuk juga, tak ada siapa yang mahu."

Anak dara KUBU merenung ke kanan lalu mengambil tiga helai daun pokok renek. Dia menoleh ke kiri pula dan tiga helai daun bersama ranting diambil.

Semua daun dan ranting diramas dan dikepal bulat sebesar penumbuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun.

Aneh sekali, daun yang sudah dikepal bulat bertukar dari hijau menjadi putih dan keras macam batu. Daun yang dikepal dibaling ke arah pemuda yang bermulut celopar.

"Kena badan pemuda tu?" saya memintas cerita Nurul Hayat.

"Tak kena tapi, kena pokok tempat pemuda itu berlindung, cara anak dara KUBU membaling kepalan daun hutan sungguh ganjil," Nurul Hayat menggosok kelopak mata kiri dengan jari telunjuk.

Mungkin matanya terasa gatal. Selesai gosok mata dia terus merenung permukaan air sungai, kemudian dia dongakkan wajahnya ke dada langit merenung awan gemawan yang berarak lembut.

"Ganjil macam mana?" soal saya tak sabar.

"Ia tidak merenung pemuda yang mengusik malah dia berdiri membelakangkan pemuda. Dia balingkan kepalan daun hutan dari depan ke belakang lalu kena pokok tempat pemuda menyorok.

"Si pemuda terus ketawakan perbuatan si gadis dengan menjerit BUSUK, BUSUK, BUSUK..."

"Pemuda itu memang jahat," saya juihkan bibir ke depan.

Dan mata saya tetap menjeling ke dada Nurul Hayat dengan harapan hujung selendang yang menutup bahagian dadanya akan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Dengan itu memberi kesempatan kepada saya untuk menatap buah dadanya yang membengkak pejal di sebalik baju yang membalut tubuhnya.

Ternyata harapan saya itu tidak menjadi kenyataan.

INDAH

Setelah puas menikmati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan kedua belah tebing sungai Batanghari, Nurul Hayat menyambung kembali ceritanya yang terhenti.

"Mungkin tidak mahu perbualan menjadi panjang, gadis KUBU dengan membelakangi pemuda terus memintal-mintal hujung rambut dengan senyum, kemudian berlalu dari situ. Dalam beberapa detik saja gadis KUBU hilang dari pandangan mata pemuda nakal."

"Agaknya anak dara KUBU tu tentu cantik, kulitnya tentu merah macam kulit kamu," kata saya.

"Jaga mulut tu, nanti buruk padahnya. Soal orang kulit putih merah hitam legam ke, bukan soalnya, kita bercakap fasal ilmu orang KUBU."

"Maafkan aku."

"Berapa kali maaf," Nurul Hayat jegilkan biji mata ke arah saya.

Macam tadi juga, saya terus pamerkan sengih kerang busuk kepadanya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 149/284

BACA: SBDJ Siri 148: Membuang Ancak
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Pemuda al-Qassam, Generasi Pemburu Syahid

Pemuda al-Qassam, Generasi Pemburu Syahid

Kewujudan para pemuda gagah dan mencintai syahid yang memperjuangkan kemuliaan Islam di bumi Gaza dan Tebing Barat untuk membebaskan bumi Palestin dari kejahatan Zionis Yahudi bukanlah suatu yang rahsia lagi.

Pemuda al-Qassam

Merekalah sebenarnya angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan hadapan yang mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya'bad, Palestin, bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang tinggi dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Semangat Jihad

Tujuan utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat.

Briged ini bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Mempunyai ahli batalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang setiap masa di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.

Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah:
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  • Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza, ia bukanlah kerana serangan tentera Israel sebaliknya adalah latihan al Qassam.

Briged al Qassam juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri.

Roket ini sering membawa kemusnahan kepada musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Bersujud syukur selepas menjalani operasi

Setiap kali selesai, semua pemuda-pemuda ini akan berkumpul dan bersujud syukur sebagai amalan penting pada setiap kali tamat selesai latihan.

Pastinya, mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera Zionis Israel yang mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih.

Merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti sabda Rasulullah SAW.

Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  • Diampuni dosanya sejak mula pertama darahnya meluncur keluar.
  • Melihat tempatnya di dalam syurga.
  • Dilindungi dari azab kubur.
  • Terjamin keamanannya dari malapetaka besar.
  • Merasakan kemanisan iman.
  • Dikahwinkan dengan bidadari.
  • Dapat memberikan syafa'at kepada 70 orang kerabatnya.

Wallau a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 04, 2020

2 Tindakan 'Terbaik' Malaysia Berjaya Bendung Covid-19

2 Tindakan 'Terbaik' Malaysia Berjaya Bendung Covid-19

Pengasingan individu yang positif COVID-19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara adalah dua tindakan 'unik' Malaysia yang terbukti berjaya membendung penularan wabak itu di negara ini.

Malaysia Terbaik Cegah Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia juga adalah negara pertama dan paling cepat dalam kalangan negara di rantau ini yang mengawal pergerakan rakyat melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, bagi memutuskan rantaian virus itu dalam kalangan masyarakat.

"Kes positif kita asingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan walaupun tidak bergejala atau bergejala ringan kerana mereka ada kebolehjangkitan.

"Ini berbeza dengan di luar negara, yang mana bagi mereka yang tiada gejala atau bergejala ringan, mereka hanya dikuarantin dan diasingkan di rumah saja.

"Bagi rakyat yang pulang dari luar negara, kita pastikan mereka dikuarantin selama 14 hari dan kita jalankan ujian swab pada hari pertama dan ke-13. Dengan pengawalan sebegini, kita dapat membendung penularan sama ada di dalam negara dan dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang dihoskan menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dan disiarkan secara langsung di beberapa stesen TV dan laman Facebook KKMM.

Dr Noor Hisham berkata, apabila PKP satu, dua dan tiga dilaksanakan, terbukti pada 18 April 2020 lalu, kes COVID-19 tidak mencapai kemuncak 6,300 kes seperti yang diramalkan JP Morgan, sekali gus membuktikan Malaysia berjaya melandaikan lengkuk kes jangkitan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerima nasihat Kementerian Kesihatan, selain memberi kepercayaan kepada penjawat awam sebelum membuat keputusan melaksanakan PKP melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

"Tindakan ini diambil walaupun negara jiran belum lagi melaksanakannya. Kita mengawal sempadan dan rakyat luar tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, sebelum kita melihat bagaimana untuk kita dapat memutuskan penularan jangkitan dalam negara," katanya.

Cegah Covid-19

Dr Noor Hisham memaklumkan, walaupun masih tiada kes COVID-19 di Malaysia ketika peringkat awal kemunculan virus berkenaan di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu, Malaysia sudah memulakan persediaan seawal Januari lalu melalui perancangan strategik dengan mengenal pasti kaedah mengesan jangkitan, menambah baik respon kepada virus baharu dan persediaan kemudahan perubatan.

Sementara itu, ditanya mengenai jadual harian beliau dan pasukan Kementerian Kesihatan sejak COVID-19 melanda negara, Dr Noor Hisham berkata, pasukannya memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pada jam 8 pagi.

"Selepas jam 9 pagi, kita bermesyuarat dengan Menteri Kanan dan menteri-menteri, dan melihat tindakan secara bersepadu membabitkan pendekatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhan.

"Kadangkala, kita bermesyuarat dengan Perdana Menteri sehingga jam 1 tengah hari atau 2 petang dan kemudian kembali ke kementerian untuk melihat data kita. Perancangan kita adalah berdasarkan data.

"Kita juga selalu bermesyuarat sehingga tengah malam terutama jika kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD)," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Menurut Kajian Wanita Lebih Bahagia Jika Pasangan Tidak Kacak!

Menurut Kajian Wanita Lebih Bahagia Jika Pasangan Tidak Kacak!

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Florida State University mendapati bahawa dalam sesebuah perhubungan yang berjaya, kebiasaannya pasangan wanita akan lebih cantik dan menawan daripada pasangan lelaki.

Pasangan Tidak Kacak
Gambar hiasan.

Dalam bahasa mudahnya, wanita akan lebih gembira dengan lelaki yang kurang kacak dan kurang menarik!

Dalam kajian yang melibatkan 113 pasangan yang baru sahaja berkahwin, hasil menunjukkan jika pasangan lelaki mendapati dia kurang kacak dan tidak menarik, lelaki tersebut akan berusaha dengan cara yang lain untuk menambat hati wanita.

Sebagai contoh, membersihkan rumah, berpakaian kemas dan pandai dalam mengambil hati pasangan.

Berbanding dengan lelaki kacak yang sesetengah daripada mereka hanya menggunakan paras rupa sahaja untuk menambat hati pasangan.

Malah, pasangan wanita juga merasakan mereka tidak perlu lagi bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik jika mempunyai pasangan yang kurang menarik.

Betul ke? Cuba periksa pasangan di sekeliling anda.

PASANGAN CURANG TIDAK SEMESTINYA DENGAN ORANG LEBIH CANTIK ATAU KACAK

Namun, sebenarnya banyak kes pasangan di luar sana yang curang dengan seseorang yang dianggap tidaklah "lebih baik" dari pasangan sahnya.

Malah ada juga yang curang dengan seseorang yang "lebih teruk" dari pasangan asal! Contohnya seperti seorang isteri curang dengan lelaki yang menganggur, sedangkan suaminya bergaji besar.

Ada juga suami yang curang dengan wanita yang lebih tua dan tidak bekerja, sedangkan isteri mereka lebih muda, cantik dan berkerjaya.

Jadi, anggapan yang mengatakan setiap orang hanya akan curang dengan orang yang lebih menarik dari pasangan masing-masing adalah tidak benar.

Sebuah kajian dari laman web Victoria Milan telah membuktikan perkara ini.

Laman web tersebut telah menyediakan perkhidmatan untuk orang yang sudah berkahwin, bagi mencari hubungan sulit "di luar" pernikahan mereka.

Victoria Milan kemudiannya telah melakukan polling terhadap 4,000 orang ahli laman webnya itu dan mendapati kebanyakan orang yang menggunakan perkhidmatan laman web tersebut menganggap isteri dan suami mereka JAUH lebih menarik daripada "kekasih gelap" mereka.

Menariknya, responden lelaki mengatakan selain penampilan, isteri mereka juga jauh lebih superior berbanding kekasih gelap mereka.

Hanya 30% responden lelaki yang memiliki kekasih gelap lebih muda dari isteri mereka. Manakala hanya seperempat dari para lelaki tersebut mengatakan "kekasih gelap" mereka lebih menarik dari pasangan asal.

Jadi, kenapa mereka curang? Responden lelaki ini mengaku mereka curang kerana "kekasih gelap" mereka lebih ghairah berbanding pasangan, malah lebih memberi perhatian dan mahu mendengar berbanding isteri mereka.

Sementara itu buat wanita pula, lebih dari setengah responden wanita mengatakan bahawa suami mereka jauh lebih tampan daripada kekasih gelap yang mereka pilih.

Namun, 50% dari mereka juga mengatakan kekasih gelap mereka memiliki badan yang lebih tegap berbanding si suami.

Tak jauh berbeza dari responden lelaki, responden wanita juga mengatakan kekasih gelap mereka adalah pendengar yang lebih baik, malah lebih passionate berbanding suami.

Ditambah lagi, 89.6% dari responden wanita mengatakan kekasih gelap mereka lebih bijak menghargai berbanding suami sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

15 Makanan Untuk Pesakit Darah Rendah

15 Makanan Untuk Pesakit Darah Rendah

Perubahan tekanan darah menjadi rendah secara tiba-tiba adalah sangat berbahaya kerana kesan apabila kepala berpinar dan pening boleh menyebabkan otak gagal menerima aliran darah yang mencukupi.

Makanan Pesakit Darah Rendah

Ramai berpendapat bahawa tekanan darah rendah terjadi disebabkan anda tidak suka makan atau tidak berapa makan banyak.

Itu boleh jadi sebabnya juga tetapi anda boleh makan makanan yang disarankan untuk mengatasi masalah darah rendah.

Apakah makanan untuk darah rendah yang boleh anda amalkan setiap hari? Jom kami kongsikan 15 jenis makanan untuk darah rendah wajib anda tahu.

1. Telur

Telur mempunyai vitamin B12 yang menjadikan anda kuat dan bertenaga. Sebagai pesakit tekanan darah rendah, telur adalah makanan utama penting untuk anda makan. Ia juga dapat mengurangkan anemia dan tekanan darah rendah anda.

2. Sayur Bayam

Bayam kaya vitamin E, asam folat, lutein dan natrium. Khasiat bayam adalah mencegah kerosakan sel, melawan radikal bebas dan bersifat antioksidan.

Sayur bayam juga menjadikan darah anda sihat dan badan lebih bertenaga. Amalkan sayur bayam seminggu 2 kali atau setiap hari, tiada masalah.

Anda boleh makan bayam hijau dan bayam merah. Khasiatnya juga lebih kurang sama dan sesuai sebagai makanan untuk darah rendah.

3. Delima

Perbanyakkan makan buah delima sama ada delima muda atau tua yang sudah merekah, kerana ia sangat antioksida dan mempunyai vitamin yang banyak.

Anda tidak akan letih, pening dan mudah pengsan lagi dengan pengambilan buah delima.

4. Daging Merah

Selain telur, daging merah adalah makanan kedua terbaik untuk darah rendah. Daging merah juga boleh mengatasi anemia dan meningkatkan tenaga.

Makanan untuk darah rendah terbaik ini boleh anda ambil dalam kuantiti yang secukupnya atau banyak asalkan tidak lemak berlebihan.

5. Seledri

Seledri adalah daun yang boleh anda tambah dalam masakan atau minuman, juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa.

Kandungan natrium sebanyak 96 mg dan kaya dengan pelbagai vitamin dapat mengatasi masalah darah rendah.

Anda boleh mengamalkan seledri daun dan batangnya kerana keduanya sangat berkhasiat untuk diamalkan.

6. Lemon

Lemon bukanlah semata-mata penghapus lemak, tetapi juga dapat mengatasi darah rendah, juga kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksidan.

Anda boleh menjadikan lemon sebagai jus ataupun boleh tambah dalam masakan yang bersesuaian.

Jika dimakan begitu sahaja, masam sangat rasanya. Darah anda akan lebih terkawal justeru dapat mengatasi tekanan darah rendah.

7. Madu

Apa kata anda amalkan makanan untuk darah rendah yang ringkas ini? Dengan 2 sudu madu setiap hari, tekanan darah rendah anda akan berkurangan.

Madu adalah makanan sunnah yang pastinya mempunyai khasiat terkuat untuk darah dan tenaga.

8. Ikan Bakar

Ikan bakar boleh mengatasi darah rendah jika anda sering memakannya. Pastikan ikan yang anda masak adalah ikan yang tidak menyebabkan gatal-gatal.

Gunakan ikan yang sering dimakan oleh mereka yang berpantang seperti ikan selar.

9. Hati Ayam

Makanan untuk darah tinggi yang boleh anda amalkan adalah hati ayam, kerana ia mengandungi vitamin B12 dan kaya dengan asam folat.

Banyak menu makanan yang boleh anda gunakan bagi hati ayam. Mungkin dengan resepi yang sedap, anda akan mudah untuk makan selalu.

10. Timun

Ramai yang tidak sangka bahawa timun boleh mengatasi darah rendah. Timun boleh dijadikan acar, kerabu, makan bersama nasi lemak, sebagai ulam-ulaman dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, timun mempunyai 96% air yang bakal menjadikan tubuh anda bertenaga, menguatkan imun tubuh dan mengatasi darah rendah.

11. Asparagus

Makanan untuk darah rendah seterusnya adalah asparagus, yang boleh dimakan dalam masakan sayur dan lauk-pauk yang lain.

Ia menjadi amalan masyarakat cina dalam masakan, penuh dengan asam folat yang membantu menguatkan tekanan darah.

12. Kismis

Kismis boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh direndam ke dalam air masak selama 10 hingga 20 minit.

Kismis yang direndam boleh dibiarkan semalaman dan boleh diminum pada keesokan pagi. Anda boleh lakukannya selama seminggu.

13. Tomato

Tomato sangat berkhasiat sehingga ada yang memakannya begitu sahaja sebagai ulam, kerana dengan kandungan air 94%, makanan untuk darah tinggi ini dapat mengawal tekanan darah rendah anda dengan mudah.

Untuk mengelakkan tekak terasa mual, anda boleh amalkan makan tomato digaul bersama dengan mayonis.

14. Zaitun

Anda boleh mencuba makan buah zaitun juga untuk mengatasi darah rendah, kerana ia adalah makanan yang penting untuk darah rendah.

15. Tembikai

Siapa yang tak kenal buah tembikai? Buah yang mengandungi air yang banyak ini adalah makanan untuk darah rendah dan mudah didapati.

Selain dapat mengatasi darah rendah, tembikai juga dapat melawan bakteria dan kuman dalam tubuh serta menghapuskan penyakit-penyakit lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bidadari

Kenali Wasabi, Ramuan Sushi Yang Sangat Rare Dan Mahal

Kenali Wasabi, Ramuan Sushi Yang Sangat Rare Dan Mahal

Jika anda seorang penggemar makanan Jepun tentunya kenal dengan wasabi, sejenis makanan berwarna hijau yang selalunya dijadikan sos pencicah dan dimakan bersama sushi. Tetapi, tahukah anda wasabi diperbuat daripada apa? Sebenarnya wasabi dihasilkan daripada bahagian akar pokok dan pokok wasabi ialah sejenis herba Jepun.

Wasabi sangat mahal
Wasabi.

Ada yang kurang menggemari wasabi kerana rasanya yang pedas, tajam dan kuat, tetapi tidak kurang juga yang menyukainya untuk menyeimbangkan rasa hanyir sushi.

Wasabi adalah antara tumbuhan yang sangat sukar untuk ditanam, kerana selain mengambil masa setahun 3 bulan untuk matang, wasabi sangat sensitif dengan cuaca dan memerlukan air yang banyak untuk terus hidup.

Dan tahukah anda bahawa pes hijau yang anda makan selama ini bersama-sama sushi bukanlah wasabi yang sebenar?

Cuba semak bahan-bahan pada paket tersebut dan anda akan dapat lihat ia merupakan gabungan sorbitol (pemanis), lobak pedas dan mungkin peratusan kecil wasabi sebenar.

Wasabi sebenar sangat sukar ditemui dan harganya boleh mencecah RM1,000 sekilogram.

Jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan wasabi dan mengapa ia sangat mahal?

Wasabi adalah tumbuhan hijau kecil dalam keluarga Brassica yang bermakna ia mempunyai kaitan dengan banyak tumbuhan murah dan mudah didapati seperti lobak pedas, kubis dan brokoli.

Namun, tidak seperti tumbuhan-tumbuhan lain, wasabi tersangat mahal dan boleh mencapai harga 25 kali ganda berbanding lobak pedas segar.

Dan sebab utama bagi harga yang sangat mahal ini adalah kerana proses penanamannya yang terkenal sebagai tanaman paling sukar ditanam secara komersial di dunia.

Satu-satunya tempat di dunia di mana ia boleh ditemui tumbuh secara semula jadi adalah di sepanjang sungai pergunungan di Jepun yang mana kawasan ini mempunyai keadaan yang sangat spesifik untuk wahabi tumbuh.

Wasabi memerlukan bekalan mata air yang berterusan, sukakan kawasan yang rendang dan tanah berbatu serta hanya boleh tumbuh dengan suhu sekitar 8 hingga 20 darjah celcius sepanjang tahun.

Kelembapan yang terlalu tinggi atau mineral yang tidak bersesuaian juga boleh menyebabkan masalah untuk tumbuhan ini dan ia mudah terdedah kepada haiwan perosak serta penyakit.

Walapun wasabi kebanyakannya tumbuh dan ditanam di Jepun, The Wasabi Company adalah syarikat pertama yang menanam tumbuhan ini secara komersial di Eropah.

Apabila kesemua syarat-syarat untuk menanam wasabi dipenuhi, ia masih memerlukan masa yang lama iaitu 18 bulan sebelum boleh dituai.

Malah, proses ini memakan masa yang sangat lama kerana semuanya harus dilakukan menggunakan tangan. Tiada mesin yang boleh digunakan untuk menuainya.

Rasa Wasabi

Sushi Wasabi

Mesti anda tertanya-tanya apakah rasa wasabi yang sebenar dan adakah ia berbeza dengan pes yang biasa kita makan?

Menurut mereka yang pernah merasa wasabi sebenar, ia mempunyai rasa yang lembut, manis dan semulajadi serta sangat berbeza dengan pes wasabi.

Terdapat satu lagi sebab mengapa anda jarang menjumpai produk wasabi di pasar raya atau restoran.

Rempah wasabi berasal daripada tindak balas kimia yang berlaku apabila anda memecahkan sel-selnya tetapi tindak balas ini adalah sangat singkat.

5 minit selepas anda memarus wasabi, rasa pedas wasabi akan memuncak dan jika ia dibiarkan selama 30 minit, hampir kesemua rasanya akan hilang.

Sebaik sahaja anda dapat merasa wasabi sebenar, baru anda akan memahami perbezaannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Bahaya Pembawa Senyap Covid-19 Dan Ketahui Bagaimana KKM Mengatasinya

Bahaya Pembawa Senyap Covid-19 Dan Ketahui Bagaimana KKM Mengatasinya

Jumlah virus yang terkandung dalam badan individu tanpa gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas setakat ini didapati rendah, sekali gus mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Pembawa Senyap Covid-19

Bagaimanapun, jumlah atau muatan virus dalam badan individu yang turut dikategorikan sebagai 'pembawa senyap' itu dikesan meningkat secara mendadak, dua hari sebelum gejala COVID-19 mula menjelma.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu tanpa gejala lazimnya berupaya menyebarkan wabak berkenaan pada minggu pertama tempoh pengeraman.

"Tetapi kalau kita asingkan mereka untuk tempoh lapan hingga 10 hari atau kuarantin 14 hari, maka kebolehjangkitan akan berkurangan atau hampir menjadi sifar selepas 14 hari.

"Jadi, sekarang kita kena bezakan yang tiada gejala ini, sama ada terus tiada gejala, tiada masalah sebab tiada kebolehjangkitan.

"Tetapi kita bimbang terhadap kes pragejala yang mana kebolehjangkitan mereka tinggi kerana virus banyak dalam badan mulai dua hari sebelum gejala dikesan," katanya pada sidang media harian COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perangkaan semasa kes yang menunjukkan golongan individu tanpa gejala, tetapi positif COVID-19 di Malaysia adalah lebih ramai, termasuk membabitkan kumpulan tahfiz, pasar awam, pusat jagaan warga emas, pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI).

Statistik merekodkan 86 peratus individu dalam kumpulan tahfiz didapati tidak bergejala, pasar awam (86.4 peratus), pusat jagaan warga emas (84.6 peratus) dan PATI (kira-kira 80 peratus).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 03, 2020

Hidayah Allah Buat 'Free Thinker', Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Hujung Nyawa!

Hidayah Allah Buat 'Free Thinker', Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Hujung Nyawa!

"Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker , dia hanya diam.

Allahyarham Tan Foo Hock
Allahyarham Tan Foo Hock (kanan).

"Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa (26/5/2020) lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah," kata Suzie Tan, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian.

Tan Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya, meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei 2020 lalu.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

"Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," demikian kata Suzie kepada Harian Metro.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

"Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

"Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

"Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

"Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu," katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

"Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

"Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, 'Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam' sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah.

"Kakak saya kata, arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

"Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.

"Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya," katanya.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kartel Sinaloa, Organisasi Dadah Terbesar Dan Paling Ganas Di Dunia

Kartel Sinaloa, Organisasi Dadah Terbesar Dan Paling Ganas Di Dunia

Perang dadah di antara kartel dan kerajaan Mexico telah melalui suatu masa yang sangat panjang dan isu ini tidak pernah diselesaikan, malah beribu orang telah menjadi korban termasuk ahli politik, pelajar, wartawan dan orang awam.

Sinaloa Cartel

Lebih 300,000 orang telah menjadi korban sejak perang anti dadah dimulakan pada 2006 dan budaya ini terus-menerus menguasai Mexico dan semakin ramai telah menjadi korban nyawa dalam usaha untuk membanteras kartel yang semakin hari, semakin berkuasa.

Negara jiran, Amerika Syarikat telah menghabiskan berbilion dolar untuk membantu Mexico memerangi perang, tetapi sehingga sekarang kartel dadah terus menjadi kuat dan semakin berkembang.

Salah satu usaha Donald Trump untuk memerangi dadah adalah membina tembok tinggi untuk menghalang dadah masuk ke Amerika Syarikat, walaupun kebanyakan orang melihat tembok ini hanya berfungsi sebagai diskriminasi kepada negara jiran.

Amerika Syarikat bertungkus lumus mahu memerangi dadah disebabkan negara uncle sam adalah lubuk paling besar untuk pasaran dadah.

Drug Enforcement Administration (DEA) dalam laporan yang dikeluarkan menyatakan bahawa dadah seperti heroin, methamphetamine, dan cocaine banyak diimport masuk secara haram ke AS.

Tapi sebenarnya, kartel Mexico memegang pasaran heroin dan methamphetamine, manakala untuk kokaine, kebanyakannya datang dari Bolivia, Colombia dan Peru.

Sinaloa Kartel, Organisasi yang sukar dijatuhkan

Joaquín 'El Chapo' Guzmán

Amerika Syarikat menyatakan bahawa Kartel Sinaloa adalah sebuah organisasi terbesar dunia dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ditubuhkan pada 1980-an dan selama penubuhan mereka, Kartel Sinaloa telah dipimpin oleh seorang 'tokoh' dadah terkenal, Joaquín 'El Chapo' Guzmán.

Untuk pengetahuan anda, El Chapo itu bermaksud pendek, pernah dianggap sebagai lelaki terkaya di dunia.

Kehidupan El Chapo adalah berkisarkan pengedaran dadah dan dia juga telah menjadi subjek dalam pelbagai siri buku dan juga drama televisyen.

Selama dipimpin oleh El Chapo, Kartel Sinaloa mendapat reputasi yang tinggi dan dianggap sebagai kartel paling ganas di Mexico.

Mereka telah menjalinkan hubungan yang kuat untuk mendapat akses kepada senjata-senjata berbahaya, seperti peluru berpandu dan senjata api AK-47.

Mereka telah menculik, menyeksa dan menyembelih ahli-ahli kumpulan lain yang tidak bersefahaman dengan mereka.

Pantang sahaja bertemu, kartel di Mexico akan berperang bagi menuntut kawasan jajahan mereka.

CNN pernah menulis bahawa pada tahun 2014 sahaja, El Chapo telah membunuh kira-kira 2,000 ke 3,000 orang yang tidak bersefahaman dengan kumpulan ini.

El Chapo pernah ditangkap pada pada Mei 1993 dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di atas kesalahan mengedar dadah, menculik dan membunuh.

Tetapi dia berjaya meloloskan diri dengan merasuah pegawai-pegawai di penjara dan menurut Malcolm Beith, El Chapo menghabiskan $2.5 juta untuk merasuah semua orang yang terlibat.

Tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Mexico menangani isu El Chapo, Amerika Syarikat pada tahun 2004 mengumumkan wang sebanyak $5 juta akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat ke atas El Chapo.

AS juga telah membekukan semua aset sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan El Chapo, termasuk isteri beliau yang melahirkan anak kembar mereka di Los Angelas pada 2011.

Salah seorang anak El Chapo, Edgar meninggal dunia pada Mei 2008 selepas di tembak di kawasan parkir kereta.

El Chapo sekali lagi berjaya ditangkap dan ditempatkan di penjara dengan sekuriti paling ketat di Toluca, Mexico.

Seperti biasa, dia sekali lagi berjaya meloloskan diri dengan cara paling terkenal, dengan menggunakan terowong bawah tanah yang dikorek di sebuah rumah berhampiran penjara.

Selepas berjaya melarikan diri dengan cara paling licik di dunia, El Chapo sempat berjumpa dengan Sean Penn dan telah ditemuramah oleh majalah popular, Rolling Stone, di mana dia mengakui mempunyai kapal terbang, kapal selam dan berjuta harta.

Dalam temuramah tersebut, El Chapo mengakui bahawa dia telah menjadi lelaki paling berkuasa apabila menguasai pasaran dadah dan menjadi antara orang yang paling ditakuti.

Tetapi pada tahun 2016, El Chapo ditangkap sekali lagi oleh pihak berkuasa Mexico dalam satu kejadian tembak menembak yang telah membunuh lima orang yang paling rapat dengan El Chopa.

Dia dihantar terus ke Amerika Syarikat pada 2017 selepas kerajaan AS memohon kepada kerajaan Mexico untuk mengadili El Chapo di mahkamah Amerika Syarikat.

Dalam keterangan mahkamah, El Chapo mengakui bahawa dia pernah merasuah bekas Perdana Menteri Mexico, Peña Nieto sebanyak $100 juta tetapi dinafikan oleh pihak Nieto.

Guzmán telah disabitkan dengan 10 tuduhan, termasuk terlibat dalam usaha jenayah yang berterusan, konspirasi narkotik, pengedaran dadah antarabangsa jenis kokain, heroin, ganja dan ubat-ubatan haram. Dia juga disabitkan dengan kesalahan penggunaan senjata api.

Pada Julai 2019, El Chapo dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, keputusan yang telah mengakibatkan keganasan berterusan di Mexico apabila beberapa kumpulan mengambil kesempatan untuk menguasai Sinaloa.

Tetapi, Kartel Sinaloa menjadi semakin kuat dan terus menguasai barat laut Mexico dan sekarang diketuai oleh anaknya, Ovidio Guzmán Lopez.

Ovidio Guzmán Lopez

Apabila anaknya ditangkap oleh pasukan keselamatan Mexico pada Oktober 2019, tentera yang mewakili Kartel Sinaloa telah bertindak ganas dengan mengisytiharkan perang ke atas pasukan tentera kerajaan.

Anggota-anggota Kartel Sinaloa dikerahkan ke seluruh bandar tersebut yang dilengkapi dengan senjata-senjata gred tentera.

Mereka berperang dengan tentera, membakar kenderaan, bahkan cuba menyerang penjara sebelum pemimpin mereka akhirnya terpaksa dibebaskan oleh kerajaan Mexico.

Pihak berkuasa Mexico memutuskan untuk membebaskan Ovidio berikutan tindak balas dahsyat daripada kartel yang menjadikan bandar itu seperti 'medan peperangan'.

Ia merupakan bukti bahawa Kartel Sinaloa akan terus berkembang dan menjadi lebih kuat, biarpun dengan ketiadaan El Chapo.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket