Wednesday, April 22, 2020

Bagaimana Virus Covid-19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk?


Wabak jangkitan coronavirus yang bermula di Wuhan, China, pada bulan Disember 2019 telah menular ke hampir semua negara, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia.

Bahaya Covid-19

Mengapa penyakit ini sangat menakutkan? Apa sebenarnya yang terjadi kepada badan kita apabila dijangkiti COVID-19 ini? Artikel ini ada jawapannya.

Serangan ke atas paru-paru

Memandangkan virus COVID-19 ini adalah jangkitan pada saluran pernafasan, bahagian pertama yang pasti terjejas ialah paru-paru.

Individu yang dijangkiti COVID-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka dan ketika bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu lain pula melalui titisan air liur.

Simptom-simptom jika anda dijangkiti COVID-19 ini ialah selesema, batuk atau demam.

Virus ini boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan menyebabkan keradangan pada paru-paru.

Jangkitan Covid-19 ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.

Berikut adalah perbezaan antara virus influenza biasa dan virus Covid-19:

Individu seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan ini.

Serangan ke atas arteri koronari adalah sama seperti virus lain yang menyerupai COVID-19 seperti SARS dan juga MERS.

Terdapat tiga peringkat kecederaan pada paru-paru:

Pertama, virus akan merebak dalam tubuh dan apabila virus tersebut tidak dikenali antibodi badan, sistem imun akan terus bertindak secara agresif.

Sekiranya sistem imun terus bertindak balas kepada keradangan yang berlaku, paru-paru akan menjadi rosak.

Malangnya, sistem imun yang bertindak secara agresif terhadap virus akan merosakkan saluran darah dalam paru-paru, menyebabkan kebocoran cecair dalam saluran darah.

Cecair tersebut akan berkumpul dalam poket udara paru-paru atau disebut alveoli, yang kemudiannya akan menyebabkan paru-paru sukar untuk memindahkan oksigen daripada udara ke dalam darah.

Menyerang Saluran Gastrousus

Kesan serangan virus COVID-19 ini bukan sahaja berlaku di dalam paru-paru, ia juga menyerang saluran pencernaan.

Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.

Biasanya, virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.

Respon Imun Yang Berlebihan

Jangkitan coronavirus ini juga boleh menyebabkan tindak balas imun yang kuat dan akibat daripada tindak balas ini, keradangan boleh berlaku kepada organ-organ dalaman tubuh.

Sistem imun tubuh akan aktif terlebih dahulu bagi mengenal pasti lokasi jangkitan apabila jangkitan coronavirus telah memasuki tubuh badan. Ia disebut Cytokine.

Apabila tubuh terdedah kepada jangkitan virus, sistem imun tubuh akan menghasilkan cytokine untuk melawan jangkitan tersebut.

Antibodi tubuh yang terhasil daripada sistem imun kemudiannya akan datang ke tempat di mana cytokine ini terdedah.

Namun, sekiranya terlalu banyak cytokine dilepaskan, ia akan menyebabkan masalah lain pada tubuh.

Cytokine yang berlebihan akan merosakkan organ-organ dalaman lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan juga saluran darah.

Serangan Ke Atas Hati

Hati adalah organ paling penting dalam badan dan ia disambungkan ke saluran darah. Oleh itu, jangkitan coronavirus ke atas hati juga boleh berlaku dengan mudah.

Jangkitan coronavirus ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan.

Hati boleh pulih dengan cepat jika berlaku kerosakan yang normal, namun jika serangan yang berlaku itu terjadi secara berulang-ulang, sel-sel hati yang baharu tidak dapat tumbuh semula dengan cepat lalu menyebabkan hati menjadi rosak.

Buah pinggang

6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.

Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.

Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan daripada setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.

Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru pesakit, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda.

Sememangnya ia adalah satu serangan yang sangatlah dahsyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon