Thursday, November 02, 2017

10 Raja Dadah Paling Kaya Di Dunia


Penyeludupan dadah adalah salah satu kegiatan haram paling menguntungkan di seluruh dunia, selepas senjata api dan pemerdagangan manusia.

Berikut adalah 10 orang raja dadah terkaya di dunia yang pernah disaksikan dunia.

1. Ismael Zambada Garcia

Ismael Zambada Garcia

Ismael Zambada Garcia, dilahirkan pada 1 Januari 1948, berasal dari Mexico dan mengetuai Sinaloa Cartel bersama El Chapo sehingga 2016.

Beliau kini telah mengambil alih kumpulan berikutan penahanan El Chapo, menjadikan beliau seorang tokoh yang sangat kuat dan kaya di dunia dadah.

Jumlah kekayaannya pada masa ini tidak diketahui.

2. Richard Donnell Ross

Richard Donnell Ross

Richard Donnell Ross, lahir pada 26 Januari 1960, di Troup, Texas, dikenali sebagai “Freeway.”

Beliau telah membina empayar dadah di Los Angeles, di mana beliau mula menjual kokain pada usia 19 tahun selepas gagal mendapat biasiswa kolej.

Jumlah kekayaannya adalah $52 juta.

3. George Jung

George Jung

George Jung, yang dilahirkan pada 6 Ogos 1942, di Boston, Massachusetts, terlibat dalam dunia dadah pada 1970-an.

Dia adalah seorang ahli Medellin Cartel dan hidupnya digambarkan dalam filem Blow oleh Johnny Depp.

Jumlah kekayaannya adalah $100 juta.

4. Rafael Caro Quintero

Rafael Caro Quintero

Rafael Caro Quintero, lahir pada 3 Oktober 1952, di Mexico dan mengasaskan Guadalajara Cartel untuk menghantar sejumlah besar ganja ke Amerika Syarikat.

Beliau kini merupakan antara penjenayah paling dikehendaki dengan nilai kekayaan bernilai $650 juta.

5. Joaquin Archivaldo Guzman Loera

Joaquin Archivaldo Guzman Loera

Joaquin Guzman Archivaldo Loera atau lebih dikenali sebagai El Chapo, adalah salah seorang daripada raja dadah terbesar di Mexico.

Beliau telah berjaya ditangkap semula oleh DEA selepas melarikan diri dengan berani.

Nilai kekayaannya ialah $1 bilion.

6. Carlos Enrique Lehder Rivas

Carlos Enrique Lehder Rivas

Carlos Enrique Lehder Rivas, yang dilahirkan pada 11 September 1949, adalah raja dadah dan pengasas bersama Medellin Cartel.

Dilahirkan di Columbia, Rivas memulakan kerjayanya dengan mengubah suai kereta, tetapi berpindah ke empayar kokain di Bahamas.

Jumlah kekayaannya adalah $2.7 bilion.

7. Gilberto Rodriguez Orejuela

Gilberto Rodriguez Orejuela

Gilberto Rodriguez Orejuela, dilahirkan pada 30 Januari 1939, adalah seorang raja dadah Columbia dan bekas pemimpin Cali Cartel.

Beliau biasanya dikaitkan dengan penyeludupan ganja, tetapi kemudiannya beralih kepada kokain pada tahun 1980-an.

Jumlah kekayaannya adalah $3 bilion.

8. Ochoa Vazquez Brothers

Ochoa Vazquez Brothers

Adik beradik Ochoa Vazquez ialah tiga beradik yang membantu membentuk Medellin Cartel di Columbia.

Mereka menyeludup bertan-tan kokain ke seluruh negara dan di seluruh dunia.

Jumlah kekayaan mereka adalah sebanyak $6 bilion.

9. Dawood Ibrahim Kaskar

Dawood Ibrahim Kaskar

Dawood Ibrahim Kaskar dari India menubuhkan D-Company di Mumbai bersama adiknya.

Beliau dikatakan telah membiayai pengeboman Mumbai pada tahun 1993 dengan wang dadah.

Jumlah kekayaannya adalah $ 6.7 bilion.

10. Frank Lucas

Frank Lucas

Frank Lucas memecahkan monopoli mafia Itali di New York dan mendapat keuntungan daripada jenama baru heroin yang kuat.

Perjalanan hidupnya telah digambarkan dalam filem American Gangster oleh Denzel Washington.

Jumlah kekayaannya adalah $9 billion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: taikotai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon