Monday, March 09, 2020

Istana Drottningholm Sweden Berhantu!

Istana Drottningholm Sweden Berhantu!

Ratu Silvia dari Sweden menegaskan bahawa istana yang didudukinya berhantu, kerana didiami rakan-rakan kecil (hantu) yang peramah tetapi kadang-kadang menyebabkan anda tidak berasa berseorangan, katanya.

Istana Drottningholm Berhantu
Drottningholm Palace.

Istana Drottningholm, yang berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dibina pada 1600-an di pulau Lovon di Stockholm.

Ia adalah kediaman tetap Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia, anak kepada ahli perniagaan Jerman dan wanita Brazil.

Iparnya, Puteri Christina, turut menyokong dakwaan Istana Drottningholm berhantu.

"Terlalu banyak tenaga dalam rumah ini. Ia pasti pelik jika tidak muncul dalam bentuk samaran.

"Ada kisah mengenai hantu dalam rumah lama. Mereka sudah mempengaruhi orang ramai sejak beberapa abad. Tenaga itu kekal," katanya.

The Old Vicarage

The Old Vicarage
Borgvattnet Vicarage.

Old Vicarage yang dibina pada tahun 1876 terletak di sebuah perkampungan kecil Borgvattnet mempunyai reputasi sebagai rumah paling berhantu di Sweden, apabila penemuan pertama hantu di situ dilaporkan oleh seorang paderi pada tahun 1927.

Ketika kejadian, paderi itu sedang naik ke loteng rumah untuk mengambil baju basuhannya namun mendapati kesemua pakaiannya telah dicabut dari tempat jemuran.

Banyak lagi kejadian yang dilaporkan berlaku di situ seperti penampakan lembaga wanita tua berpakaian baju perang dan bunyi-bunyi aneh yang tidak dapat dijelaskan.

Pernah seorang tetamu yang menginap di situ terkejut ketika terjaga dari tidur di tengah malam, apabila mendapati ada 3 wanita tua sedang memerhatinya.

Seorang lagi paderi lain yang pernah tinggal di situ mendakwa dia sering ditarik dari kerusi oleh sesuatu yang tidak kelihatan.

Peristiwa ghaib yang berterusan dalam dekad berikutnya dengan hampir setiap paderi baru atau keluarga atau tetamu yang mendakwa mengalami gangguan entiti paranormal.

Perkara itu yang telah menjadi bualan mulut, menyebabkan berlakunya jeritan histeria di kalangan gadis dan wanita disitu apabila telah mendengar bisikan, terlihat bayangan mahluk halus dan kerusi goyang yang mennyeramkan.

Legenda menceritakan asal-usul mengenai seekor hantu pembantu rumah yang sarat mengandung telah mati didera dan bayinya ditanam di belakang rumah.

Pada awal 1980-an, lokasi yang berhantu ini terkenal dan menarik perhatian ramai paderi termasuk pendeta bernama Tore Forslund, iaitu "ghostpriest", malangnya beliau tidak lama bermastautin di situ kerana dikatakan sakit teruk akibat gangguan yang dahsyat dari alam ghaib.

Sehingga kini, rumah itu dibiarkan dan menjadi tarikan pelancong yang ingin merasakan suasana seram didalamnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1.6 Juta Wanita Berusia 30an Di Johor Dan Selangor Masih Bujang!

1.6 Juta Wanita Berusia 30an Di Johor Dan Selangor Masih Bujang!

Walaupun tidak diketahui berapakah umur seseorang itu untuk digelar sebagai andartu, namun dalam kepercayaan masyarakat di Malaysia, jika sudah berusia antara 30 hingga 40 tahun dan belum berkahwin, mereka biasanya akan dipanggil dengan gelaran itu.

Cantik tapi andartu
Gambar hiasan.

Namun, keputusan untuk berkahwin lambat bukanlah sesuatu yang janggal dalam masyarakat masa kini terutamanya dikalangan wanita di negara kita.

Dengan beberapa faktor seperti tekanan pekerjaan dan ekonomi, berkahwin lambat kini menjadi sesuatu yang normal terutamanya mereka yang berusia 30 tahun ke atas.

Ini dibuktikan melalui kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas) yang dikeluarkan oleh sinar harian mendapati, hampir 2 juta wanita berusia 30 tahun ke atas di Selangor dan Johor masih belum berkahwin.

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin dengan jumlah melebihi satu juta atau lebih tepat lagi 1,014,327 orang.

Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lelaki di Selangor yang berusia 30 tahun ke atas dengan hanya 148 ribu sahaja daripada mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Senario yang hampir sama juga berlaku di Johor dengan bilangan wanita berusia 30 tahun ke atas masih belum berkahwin mencecah sehingga 636,537 orang.

Manakala, hanya 104,416 orang lelaki berusia 30 tahun ke atas dan masih belum berkahwin di negeri yang berada di selatan tanah air itu.

Walaupun laporan tersebut tidak menyatakan punca golongan wanita ini memilih untuk berkahwin lambat, namun ia jelas menunjukkan angka dan perbezaan yang sangat besar berbanding lelaki dikalangan umur yang sama.

Kenapa Ramai Wanita Kahwin Lambat?

1. Kecewa Dalam Percintaan

Ini mungkin salah satu faktor utama penyebab ramai wanita sanggup bergelar 'andartu' kerana serik untuk bercinta lagi sebab telah hilang kepercayaan kepada lelaki.

2. Fobia Dengan Perkahwinan

Yang ini mungkin kerana pernah mengalami sejarah hitam dalam keluarga tentang alam perkahwinan. Misalnya, ibu bapa pernah bercerai atau selalu bergaduh, dijadikan penyebab mereka takut untuk menempuh alam perkahwinan.

3. Komited Dengan Kerjaya atau Pelajaran

Terlalu komited dengan kerjaya sampai tiada masa untuk diri sendiri dan mencari pasangan hidup. Asyik ingat kerja dan bagi yang 'gila' belajar pula, taknak berkahwin selagi tak dapat PhD.

4. Kerja Hebat dan Berpelajaran Tinggi

Ada juga wanita bekerjaya dengan jawatan dan berpelajaran tinggi, maka lelaki pun takut nak dekat.

5. Terlalu Memilih

Ada juga yang terlalu memilih. Nak yang kaya, yang hensem, yang macho dan macam-macam lagi ciri yang hebat-hebat. Tak sedar diri tu sendiri bias-biasa saja.

6. Jodoh Belum Sampai

Olen Sabah Cari Jodoh
Gambar hiasan.

Mungkin alasan sebab mereka tak bersedia lagi. Mungkin juga Allah nak menguji mereka. Yang pasti, setiap manusia ada jodohnya dan telah ditetapkan pasangan masing-masing. Hanya perlu berusaha untuk mencari jodoh tersebut. Tapi yang ini semua ketentuan Allah.

7. Komitmen Pada Keluarga

Yang ini mungkin bagi wanita-wanita yang terlalu mementingkan keluarga. Mahu menyara keluarga terlebih dahulu sehingga berada pada tahap yang cukup selesa.

Lepas tu baru mereka memikirkan tentang diri dan masa depan mereka. Tanpa disedari masa, umur sudah mencapai tahap berusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, March 08, 2020

Chia Seed Makanan Superfood Berkhasiat Tinggi Membantu Menyihatkan Badan

Chia Seed Makanan Superfood Berkhasiat Tinggi Membantu Menyihatkan Badan

Chia Seed yang seakan-akan menyerupai biji selasih (Basil Seed) adalah biji-bijian kecil yang mengandungi banyak khasiat, kerana mempunyai banyak manfaat sehingga ia digelar Super Food, berasal dari tumbuhan diberi nama Salvia Hispanic, boleh dimakan tanpa perlu direndam terlebih dahulu dan merupakan makanan asas masyarakat Aztec ribuan tahun lalu.

Khasiat Chia Seed
Chia Seed.

Ramai menjadikan Chia Seed sebagai salah satu bahan dalam menu diet kerana selain dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan, ia juga tidak pahit atau masam dan tidak menjejaskan khasiat makanan lain.

Menurut kajian, biji chia (Chia Seeds) sememangnya memberikan pelbagai khasiat untuk tubuh yang diiktiraf di seluruh dunia tetapi untuk sebahagian orang yang mengambilnya, ia masih boleh memberikan beberapa kesan sampingan yang tidak baik.

Jika anda merupakan seorang yang ada alahan atau alergik pada biji-bijian atau kekacang, anda dinasihatkan untuk bertanya pada doktor atau pegawai kesihatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Selain itu jika anda juga mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis dan mengambil ubat-ubatan, anda juga turut dinasihati mendapatkan pandangan pegawai kesihatan.

Diet

Tergolong dalam kelompok superfood, kajian USDA National Nutrient mendapati 100 gram chia seed memenuhi 91% keperluan diet harian memandangkan biji ajaib ini kaya protein, serat, thiamin, vitamin A, vitamin C, vitamin E, folat, kalsium, lemak, mangan, magnesium, fosforus, zink, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, potasium, omega 3, niasin dan riboflavin.

Kajian Klinikal Chia Seed

Terdapat beberapa penyelidikan telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan biji chia ini dan salah satunya melalui "Journal British Nutrition".

Penyelidikan ini sangat menarik kerana para saintis telah menjalankan dua kajian pada masa yang sama dan menemui beberapa data yang mendalam:
  • Ujian pertama menilai bagaimana tikus Wistar yang sihat bertindak balas terhadap tiga minggu diet kaya dengan sukrosa (SRD) di mana biji chia membentuk sumber lemak utama bagi diet.
  • Ujian kedua dibuat ke atas tikus yang sihat dan ia diberi makan SRD selama tiga bulan supaya ia mengalami dislipidemia dan rintangan insulin.
  • Kemudian, mereka memberi makan tikus-tikus yang berpenyakit ini dengan SRD dan biji chia untuk dua bulan lagi.

Hasilnya mengejutkan:

Semasa kajian pertama, memakan biji chia sepenuhnya menghalang permulaan pembentukan kolesterol (dyslipidemia) dan rintangan insulin.

Malah, paras gula dalam darah pada tikus ini tidak berubah sama sekali walaupun mempunyai 65 peratus daripada diet terdiri daripada gula selama tiga minggu.

Semasa kajian kedua, selepas tikus yang mengalami dislipidemia dan diabetes diberi makan biji chia dan SRD selama dua bulan, tikus pulih sepenuhnya dari penyakit tersebut.

Penyelidik juga mendapati bahawa penambahan makanan biji chia juga mengurangkan "visceral adipose tissue", tisu "lemak perut" yang memberi kesan terhadap metabolisme badan dan merupakan komponen obesiti.

Secara ringkasnya, benih chia terbukti merawat kencing manis, dan ia telah termasuk dalam senarai sebagai salah satu manfaat bagi benih chia.

Chia Seed Tinggi Kalsium

Walaupun kecil, 100 gram chia seed mengandungi lebih kurang 631mg kalsium. Ini bermaksud, 3 sudu makan chia seed sudah pun melebihi jumlah kalsium yang terkandung dalam segelas susu.

Cara makan Chia Seed

Chia seed kering boleh ditambah untuk dijadikan:
  • Smoothies
  • Jus buah-buahan
  • Dicampur menjadi yogurt
  • Dicampur dalam oat
  • Ditabur atas salad

MANFAAT CHIA SEED

1. Mengawal jerawat supaya tidak teruk

Biji ini mempunyai sifat anti-radang, yang mengembalikan kelembapan kulit, mengurangkan kemerahan kulit dan mencegah jerawat.

2. Kelembapan

Minyak yang diekstrak daripada biji chia mempunyai manfaat yang menakjubkan untuk kulit yang secara klinikal terbukti meningkatkan penghidratan kulit. Ia mengurangkan kehilangan air secara trans epidermis dan menghalang kehilangan kelembapan walaupun pada kulit yang kering.

3. Serum semulajadi

Minyak biji Chia juga boleh menjadi pengganti yang sangat baik untuk serum. Ia juga menghalang mekap daripada cair atau merekah. Pengambilan biji chia secara teratur membantu menggalakkan fungsi sel dan meningkatkan kecerahan kulit.

4. Mencegah tanda-tanda penuaan

Minyak biji Chia mengandungi tahap antioksida dan phytonutrien yang tinggi malah, ia mengandungi 30% lebih antioksidan daripada beri biru. Ia terdiri daripada asid Alpha-Lipoic, antioksidan yang kuat yang mengurangkan garis halus, kedutan dan liang yang besar.

KHASIAT CHIA SEED

1. Kesihatan jantung

Asid lemak penting dalam biji chia meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan "triglycerides" dan kolesterol dalam darah.

Peningkatan kolesterol baik akan meningkatkan kesihatan jantung, mencegah penyakit strok, kerana pengambilan biji chia secara teratur dapat menurunkan tekanan sistolik dan diastolik.

2. Tahap gula dalam darah

Biji Chia dianggap sebagai rawatan semula jadi untuk diabetes jenis 2. Ia mengurangkan ketahanan insulin dan mengurangkan tahap insulin yang tinggi dalam darah.

Biji Chia mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah iaitu 1, yang membantu mengurangkan kadar di mana karbohidrat ditukar menjadi gula.

3. Tenaga

Kombinasi protein, vitamin dan mineral yang lengkap memastikan tahap tenaga kekal mantap sepanjang hari. Satu sudu hidangan bagi biji chia menyediakan tenaga selama hampir 24 jam. Ia juga membantu atlet dengan memberikan tenaga untuk tempoh yang lebih lama.

4. Penjanaan otot dan tisu

Asid lemak penting yang terdapat dalam biji chia meningkatkan metabolisme, menguatkan jisim otot. Biji Chia membantu penjanaan semula otot dan tisu yang rosak. Ia mengandungi protein dan asid amino yang seimbang yang membantu mengekalkan jisim otot tanpa lemak.

5. Mengurangkan berat badan

Biji Chia dijadikan sebagai hidangan, tanpa menambah kalori tambahan. Ia juga mengandungi mineral seperti boron, magnesium dan vitamin lain yang membendung keinginan terhadap makanan.

Gabungan protein, serat dan "gelling action" benih chia membuatkan anda kenyang, mengurangkan keinginan terhadap makanan.

Biji Chia menentang ketahanan insulin, yang boleh meningkatkan lemak perut. Ia juga mengandungi tryptophan, asid amino yang mengawal selera makan dan tidur.

6. Antioksidan

Ia adalah sumber antioksidan yang sangat baik. Ia mengandungi 20% lebih antioksidan berbanding daripada beri biru. Ia mengandungi antioksidan seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida.

Antioksidan menghalang kerosakan daripada radikal bebas. Radikal bebas sering menyebabkan keradangan dan penuaan awal bagi kulit.

7. Kekuatan Otak

Biji Chia boleh membantu meningkatkan fungsi otak. Asid lemak penting dalam biji chia menjadikan membran sel lebih fleksibel dan efisien.

Ia juga menjadikan nutrien lebih mudah didapati, menjadikan transmisi saraf lebih berkesan. Ini membantu meningkatkan daya ingatan dan daya konsentrasi.

8. Kesihatan tulang

Satu hidangan biji chia menyediakan 18% daripada kalsium yang disyorkan setiap hari. Ini sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Ia mengandungi jumlah kalsium yang tinggi dan juga sumber boron yang kaya. Boron adalah mineral yang mempercepat kadar di mana kalsium diserap dalam badan.

9. Kesihatan sistem pencernaan badan

Biji chia adalah sumber serat yang sangat baik. Ia mengandungi kedua-dua serat larut dan tak larut. Pengambilan benih chia secara teratur dapat membuang toksin dan sisa dari perut, detoksifikasi sistem secara semula jadi.

Serat larut dalam biji chia bertindak sebagai prebiotik, memberi makan bakteria baik dalam sistem pencernaan. Ia juga membantu dalam asimilasi makanan lain. Tindakan pembengkakan biji chia membantu membersihkan kolon, memperkuat tindakan peristaltik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Apa Itu Hipotensi, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Hipotensi, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Hipotensi atau darah rendah adalah suatu keadaan di mana bacaan tekanan darah di dalam arteri adalah lebih rendah daripada batas normal (90/60 mmHg), dan sukar dikesan kerana penyakit ini kadang-kala tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom darah rendah.

Apa Itu Hipotensi

Tekanan darah adalah keupayaan darah untuk menolak darah ke arah dinding pembuluh darah arteri ketika jantung mengepam darah, yang diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik.

Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung berdenyut, manakala tekanan diastolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat.

Anda akan selalu melihat tekanan darah ditulis sebagai tekanan sistolik di bahagian atas dan tekanan diastolik di bawahnya, contoh 120/80 mmHg (mmHg maksudnya milimeter raksa – unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah)

Tekanan darah normal di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg, manakala darah dikatakan rendah apabila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Punca Tekanan Darah Rendah

Terdapat beberapa keadaan atau faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan gejala-gejala seperti pening, pengsan atau keadaan yeng lebih teruk lagi iaitu 'shock'.

Terdapat banyak punca atau penyebab tekanan darah rendah, dan setiap punca perlu diselidik dengan lebih lanjut.

Antara puncanya ialah;
  • Kehilangan darah, pendarahan, anemia dan dehidrasi pada tahap parah.
  • Penyakit jantung, seperti lemah jantung dan kegagalan jantung (heart failure).
  • Penyakit sistem saraf, seperti "multiple system atrophy" dan“autonomic neuropathy".
  • Kesan sampingan ubat seperti bisoprolol dan captopril yang digunakan untuk merawat hipertensi.
  • Penyakit organ kelenjar seperti "Addison's disease", iaitu penyakit organ kelenjar (adrenal).
  • Jangkitan kuman yang parah, yang menyebabkan "septic shock".

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah

Terdapat tiga jenis utama tekanan darah rendah:

1. Tekanan Darah Rendah 'Orthostatic'

Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk, yang akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan.

Ia terjadi apabila tubuh badan tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan.

Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri.

2. Tekanan Darah Rendah 'Neurally Mediated' (NMH)

Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik.

Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki, menyebabkan tekanan darah menurun.

Dalam NMH, badan akan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi dan sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung.

Hal ini membuatkan penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening kepala dan rasa hendak pitam.

3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan 'Shock'

'Shock' adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak mendapat bekalan darah yang cukup.

JENIS-JENIS HIPOTENSI

Pelbagai jenis hipotensi ini mempunyai sebab-sebab yang berbeza.

Hipotensi Ortostatik

1. Nyahhidrasi

Ianya berlaku bila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit.

2. Keadaan panas atau tidak bergerak untuk beberapa ketika yang lama.

3. Ubat-ubatan

Setengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik termasuk:

i). Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung seperti:
  • Diuretics atau ubat kencing.
  • Calcium channel blockers.
  • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors.
  • Angiotensin II receptor blockers.
  • Nitrates.
  • Beta blockers.

ii). Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).

4. Bahan-bahan lain

Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi.

5. Hipotensi selepas makan (postprandial hypotension):
  • Hipotensi 'postprandial' ini akan terjadi selepas makan.
  • Hipotensi 'Neurally Mediated' (NMH).

NMH biasa berlaku di dalam keadaan berikut:
  • Berdiri untuk masa yang lama.
  • Kesakitan atau ketakutan yang amat sangat.
  • Hipotensi teruk berkaitan dengan 'Shock'.
  • 'Hypotensive shock' adalah satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan dengan segera.

Hypotensive shock terdiri daripada:

1. 'Septic shock'
  • Ia boleh berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah.

2. Hypovolemic shock

Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
  • Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera).
  • Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan).
  • Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk
  • Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin).
  • Cirit-birit yang teruk.
  • Penyakit buah pinggang yang teruk.
  • Terlalu sering menggunakan diuretik

3. 'Cardiogenic shock'

Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur).

4. 'Vasodilatory shock'

Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (vasodilatation) sehingga menurunkan tekanan darah.

Hal ini terjadi kerana:
  • Kecederaan kepala yang teruk.
  • Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu.
  • Kegagalan hati.
  • Keracunan.
  • Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock).

Siapa Yang Berisiko Mendapat Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi boleh berlaku di kalangan individu dari pelbagai peringkat umur. Walau bagaimanapun, ada individu dalam kumpulan usia tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu:
  • Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi ortostatik selepas makan.
  • Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah 'neurally mediated'.
  • Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi.
  • Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).
  • Masalah hati.
  • Kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama.
  • Wanita hamil - Hipotensi semasa mengandung adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin.

Tanda-Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah

Tanda-tanda dan gejala tekanan darah rendah bergantung kepada sebab terjadinya hipotensi.

Hipotensi ortostatik

Tanda-tanda dan gejala hipotensi ortostatik boleh berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas anda bangun dari keadaan berbaring atau duduk.

Anda mungkin merasa bahawa anda akan pengsan, atau anda betul-betul pengsan. Tanda-tanda gejala termasuk:
  • Pening atau merasa pening.
  • Penglihatan kabur.
  • Kekeliruan.
  • Kelemahan.
  • Loya (perasaan sakit perut).
  • Hipotensi 'Neurally Mediated'.

Tanda-tanda dan gejala hipotensi 'neurally mediated' ini adalah sama dengan hipotensi ortostatik. Penurunan tekanan darah tidak berlaku lama dan sering hilang selepas duduk.

Hipotensi teruk berkaitan dengan 'Shock'

Pada peringkat awal, ia mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda-tanda atau gejala. Pada orang tua, gejala pertama mungkin hanya kekeliruan.

Jika keadaan 'shock' menjadi semakin teruk, seseorang itu tidak akan dapat duduk tanpa merasa pitam. Jika ini berlarutan, pesakit mungkin tidak sedar diri.

Tanda-tanda dan gejala-gejala yang lain adalah berbeza, bergantung kepada apa yang menyebabkan 'shock'.

Apabila isipadu darah menjadi rendah (dari kehilangan darah yang banyak, misalnya) atau jantung gagal mengepam darah, maka:
  • Kulit menjadi sejuk dan berpeluh. Ia akan kelihatan biru atau pucat. Jika ditekan, warna kembali normal dengan lebih perlahan daripada biasa.
  • Denyut nadi menjadi lemah dan pantas.
  • Pesakit akan mula bernafas dengan cepat.

Apabila berlaku vasodilatasi atau keregangan pembuluh darah (seperti dalam septik shock), seseorang merasa panas dan kulit menjadi merah pada awalnya.

Sekiranya berlarutan, 'shock' menjadi semakin teruk, kulit menjadi sejuk dan basah dan pesakit akan berasa tenat. Keadaan ini adalah suatu keadaan yang cemas dan mesti diberi perhatian serta merta.

Bagaimana Hipotensi dapat dikesan?

Hipotensi dapat dikesan berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian-ujian yang akan dijalankan.

Doktor anda perlu mengetahui mengenai:
  • Jenis tekanan darah rendah yang anda hidap dan tahapnya.
  • Apa keadaan yang menyebabkan tekanan darah rendah.

Antara pemeriksaan dan ujian yang dilakukan ialah;
  • ECG
  • Ujian tekanan darah BP monitoring
  • Ujian darah
  • "Tilt table test"
  • "Valsalva maneuver"
  • "Stress test"
  • Ujian imej echo

Komplikasi Hipotensi

Bahaya tekanan darah rendah adalah;
  • Pengsan. Bagi orang yang lebih berumur, ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan keretakan tulang seperti tulang pinggul dan tulang tangan.
  • Hilang kesedaran. Ini sangat berbahaya terutamanya ketika memandu.
  • Bergantung pada penyebab, jika sakit jantung menyebabkan tekanan darah rendah, ini boleh menyebabkan organ lain tidak mendapat darah yang cukup, lalu boleh menyebabkan organ gagal berfungsi.
  • Boleh mengganggu mutu kehidupan seseorang.

Pakar-Pakar Yang Terlibat

Seorang doktor penjagaan primer atau pakar boleh mendiagnos dan merawat tekanan darah rendah.

Pakar-pakar lain yang mungkin juga terlibat adalah pakar jantung, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar otak dan sebagainya.

Bagaimana Hipotensi Dirawat?
  • Anda tidak memerlukan rawatan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah anda rendah.
  • Sekiranya anda merasa pening atau hampir pitam, anda sepatutnya terus duduk atau baring.
  • Letak kaki anda di paras yang sama dengan jantung atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.
  • Kalau masalah ini masih berkekalan, anda mesti segera berjumpa dengan doktor.

Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:
  • Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi.
  • Menghadkan pengambilan alkohol.
  • Berdiri dengan perlahan.
  • Jangan silang kaki semasa duduk.
  • Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat.
  • Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, March 06, 2020

Lelaki Mengaku Nampak Ikan Duyung Di Antartika!

Lelaki Mengaku Nampak Ikan Duyung Di Antartika!

Persoalan benarkah ikan duyung wujud, kembali menjadi pertanyaan apabila terbaharu, seorang pengguna Google Earth, Florida Maquis, mendakwa dia melihat kelibat makhluk itu di Antartika dan seakan tidak logik jika kelibat yang dilihatnya merupakan formasi geologi semulajadi di kawasan itu.

Ikan duyung Antartika

"Saya jumpa banyak benda di Antratika dan mereka kelihatan seperti makhluk dalam air.

"Bentuk melengkung cantik dan saya boleh lihat ekornya.

"Ianya sangat pelik. Saya boleh bagi koordinat dan kamu cari sendiri lokasinya," ujarnya.

Video kelibat duyung itu turut dikongsi di Youtube.

Mitos

Selama ini, cerita ikan duyung hanya bersandarkan kepada mitos dan dakwaan pihak tertentu yang kononnya pernah menjumpainya.

Antaranya mitos Yunani purba mengatakan ikan duyung selalu menggoda pelaut dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.

Mitos lain menyebut ikan duyung hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu.

Bagi masyarakat Babylon pula, mereka menganggap ikan duyung sebagai dewa laut yang dikenal sebagai `Ea' atau `Oannes' yang digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

WhatsApp 'Dark Mode' Pengguna Android Dan iOS

WhatsApp 'Dark Mode' Pengguna Android Dan iOS

Selepas lama dinantikan para pengguna Android dan iOS, aplikasi permesejan WhatsApp secara rasminya telah mengumumkan kehadiran mod tema gelap atau lebih popular dengan nama Dark Mode buat semua pengguna.

WhatsApp Dark Mode

Melalui fungsi terbaru ini, warna aplikasi ini hadir dengan warna yang lebih gelap sekali gus membuatkan para pengguna lebih mudah untuk berhubung melalui WhatsApp dalam keadaan gelap tanpa menyakitkan mata.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Dark Mode yang tersedia pada Android 10 dan iOS 13.

Buat pengguna Android 9 dan ke bawah, anda boleh mengaktifkannya dengan cara memilih tema gelap pada tetapan aplikasi WhatsApp.

Sebelum itu, pastikan anda sudah mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada versi terbaharu.

Cara Aktifkan Dark Mode

Jika sekiranya anda berminat untuk menukar warna background pada paparan mesej Whatsapp bagi mengurangkan ketegangan sinar cahaya terang pada mata, berikut adalah cara mudah untuk mengubahnya.

1. Klik Setting dibucu kanan atas Whatsapp anda.

2. Klik Chat.

Dark Mode Setting

3. Klik Wallpaper.

Dark Mode Chat

4. Pilih solid color.

Dark Mode Wallpaper

5. Jika anda telah kemaskini kepada versi terbaharu Whatsapp, dan mahu mencuba versi Dark Mode sepenuhnya, sila pilih Theme dan pilik dark.

WhatsApp Dark Mode Theme

WhatsApp Dark Mode Result

6. Selesai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

SBDJ Siri 131: Menggeletek Macam Cicak

SBDJ Siri 131: Menggeletek Macam Cicak

Saya mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletak macam ekor cicak yang terpisah dari badannya, sementara kaki kanannya bergerak macam badan ular.

"Terlalu banyak ilmu batin salah yang dituntutnya. Tetapi, bila dia sakit ternyata ilmunya tidak dapat menyembuhkan penyakitnya kerana itulah dia datang jumpa kamu.

Toyol jadi-jadian

"Dalam kehebatannya, masih ada kekurangannya, memang begitu adatnya yang menimpa manusia.

"Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amat pintar, setiap yang lebih pasti ada kekurangannya," Haji Yatimi terus memberikan ceramah kecil untuk saya, Mat Upeh dan Datuk.

"Apa yang mesti dibuat sekarang?" Mat Upeh bertanya.

"Inilah kesempatan yang baik, pendindingnya sudah lemah, kita mesti mengeluarkan pendinding yang sudah sebati dengan darahnya," jelas Haji Yatimi lalu mengarah saya berdiri di hujung kepala Khoja Lisut, Mat Upeh di sebelah kanan, Datuk di sebelah kiri. Manakala Haji Yatimi di bahagian kaki.

"Dia mahu bertaubat, mahu jadi baik. Sayangnya, syaitan yang jadi pendinding menguasai diri sepenuh nya, inilah masa kita menghalaunya," tambah Haji Yatimi sambil memberitahu saya dan Mat Upeh supaya melihat apa saja yang dilakukannya.

Haji Yatimi memberi arahan kepada Datuk supaya mengepal tanah dan melemparkan ke arah mana-mana tubuh Khoja Lisut, bila dia menjerit.

Menurut Haji Yatimi, manusia berasal dari tanah dan kekuatan manusia tetap bersama tanah dan kekuatan iblis tetap bergantung pada cahaya dan akan binasa dengan api.

Setelah mengeluarkan arahan itu, Haji Yatimi pun menjamah kaki kiri Khoja Lisut yang menggeletek macam cicak.

Mulut Haji Yatimi kelihatan bergerak-gerak, bibir Datuk juga bergerak. Saya kira mereka sedang membaca sesuatu.

"Ya Allah, apa sudah jadi," bisik batin saya bila melihat kaki kanan Khoja Lisut berubah menjadi macam ular lalu membelit tubuh Haji Yatimi, Mat Upeh kelihatan cemas sekali.

Dengan tenang Haji Yatimi menepisnya dan serentak dengan itu terdengar jeritan Khoja Lisut.

Datuk segera melemparkan tanah ke muka Khoja Lisut, kaki kanannya yang berbentuk macam ular kembali pulih macam biasa, begitu juga dengan kaki kiri yang menggeletek macam ekor cicak. Tidak bergerak lagi.

Khoja Lisut tidak lagi mengaum macam harimau. Dengan tenang Haji Yatimi memegang pergelangan kaki kiri Khoja Lisut.

Dengan hati-hati Haji Yatimi menekan ibu jari kirinya ke bahagian tengah telapak kaki Khoja Lisut.

Seluruh perhatian saya dan Mat Upeh tertumpu kepada gerak-geri dan tindak-tanduk Haji Yatimi.

Sesekali saya lihat, Khoja Lisut menggeliat dan tubuhnya seakan-akan bergulung macam tubuh tenggiling membelit sebatang kayu.

JARI

Semua yang terjadi itu tidak dihiraukan oleh Haji Yatimi, dia asyik dengan tugasnya menekan ibu jari ke telapak kaki Khoja Lisut.

"Ha! Tengok tu," Mat Upeh mencuit bahu saya.

Saya segera jegilkan biji mata ke arah sekujur tubuh Khoja Lisut yang terlentang ke bumi. Wajahnya menadah langit. Haji Yatimi masih dengan tugasnya dan Datuk tetap mengepal tanah.

"Apa dia Pak Mat?" tanya saya pada Mat Upeh.

"Kau tak nampak apa-apa Tamar?"

"Memang tak nampak apa-apa pun."

"Cuba kau renung betul-betul ke arah bahagian dada orang itu," Mat Upeh menasihati saya.

Saya arahkan sepasang biji mata ke arah dada Khoja Lisut tanpa berkelip-kelip. Ya, sekarang baru saya tahu Mat Upeh tidak berbohong dengan saya. Dia bercakap benar.

Tiba-tiba saja bulu roma saya tegak, badan menggeletar. Saya melihat ada asap nipis keluar dari bahagian dada Khoja Lisut.

Asap nipis itu naik memanjang lalu membentuk lembaga seperti bentuk kanak-kanak dalam kandungan.

Lembaga itu nampak macam berada di dalam bentuk kaca yang mengeluarkan cahaya kemilau kekuningan.

Sekujur tubuh lembaga itu berbulu dan bila berpusing ke arah kami, saya lihat wajah lembaga itu amat mengerikan dengan dua batang gigi besar di kiri dan kanan mulutnya.

Lembaga itu bergerak ke kiri dan ke kanan, tidak pula melepasi kawasan jantung dan hati Khoja Lisut.

Sinar matahari petang kian runduk tetapi, muka Haji Yatimi terus dibasahi dengan peluh. Walaupun demikian dia tetap tenang cuma saya lihat Datuk saja berada dalam keadaan cemas.

Khoja Lisut yang terlentang di bumi tetap tidak bergerak, bagaikan tidak bernyawa lagi.

Asap nipis yang keluar dari bahagian dada tetap berterusan menyelimuti lembaga yang berada di awang-awangan.

Lembaga itu semakin membesar dan kelihatan merening dan bentuk kanak-kanak yang ada dalam lingkungan asap nipis juga kian membesar.

Wajahnya bertambah menggerunkan ada mirip orang Utan. Seluruh tubuh berbulu, manakala sepasang tangan seperti kaki cicak dan sepasang kaki bersisik macam sisik ular sawa.

"Dummm..."

Satu ledakan menguasai kawasan surau. Saya lihat lembaga yang terapung di udara hancur berkecai. Asap nipis yang melindunginya hilang entah ke mana.

Cebisan dari lembaga itu bertaburan di halaman surau dalam bentuk gabus berwarna putih.

Beberapa saat kemudian gabus itu terbakar dan sukar dikesan. Tidak meninggalkan sebarang tanda di tempat gabus itu jatuh.

Haji Yatimi segera bangun. Dia memberi isyarat ke arah Datuk supaya berhenti mengepal tanah. Datuk patuh dengan arahan itu.

Kemudian, saya dan Mat Upeh diarah supaya kembali ke surau. Lebih kurang lima minit kami berada di surau, kami diarah supaya berada di sisi Khoja Lisut.

Saya dan Mat Upeh (mungkin juga Datuk) terkejut besar melihat darah keluar dari ibu jari kaki kiri Khoja Lisut.

Darah itu melimpah di tanah dan jika dikumpulkan jumlah melebihi dua botol.

Saya lihat Khoja Lisut pucat lesi, dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Melihat batang hidung Haji Yatimi, mendengar suaranya membaca ayat Qursi.

Kemudian Khoja Lisut merapatkan matanya kembali. Dia kelihatan amat lemah sekali.

"Dia memang tidak kenal dengan aku tetapi, aku mengenalinya. Kedatangan aku ke sini memang untuk mencarinya, bukan untuk membalas dendam, aku nak membimbing dia ke jalan benar," lagi sekali Haji Yatimi membuat kejutan.

"Kenapa Tuan Haji tak berterus terang dengan saya?" sanggah Datuk. Haji Yatimi tersenyum.

RAGU

Bagi menghilangkan keraguan itu, Haji Yatimi pun menjelaskan, semasa Khoja Lisut membelasah seorang Kiai di Asahan, secara kebetulan dia baru tiba di tempat tersebut dari Solok.

Dia datang ke Asahan untuk berjumpa dengan Pak Kiai yang menjadi guru agamanya.

"Dari Pak Kiai saya belajar hukum-hakam agama Islam. Dia ulama besar. Bila saya mendapat tahu Pak Kiai dibelasah guru silat yang angkuh, saya jadi marah dan mahu bertindak.

"Tetapi, Pak Kiai menahan saya. Katanya, orang Islam yang baik tidak mudah naik darah dan tidak mahu bergaduh sesama Islam," Haji Yatimi memulakan ceritanya.

Dia juga menceritakan kepada kami, bagaimana Pak Kiai menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.

Sebelum itu, Pak Kiai berpesan kepadanya supaya mencari guru silat yang membelasahnya, bukan untuk membalas dendam, tetapi mengajak guru silat yang banyak mengamalkan ilmu batin yang bertentangan dengan ajaran Islam kembali ke jalan yang benar.

Jika tidak dibetulkan, mungkin guru silat itu akan mengajar ilmu songsang kepada anak muridnya.

Malah, akan menyebarkan ajaran sesat yang akan merugikan orang-orang Melayu, menimbulkan perpecahan sesama sebangsa.

"Kerana itu aku cari dia. Aku gembira bila mendapat tahu kamu berikhtiar mengubati penyakitnya. Allah memperkenankan permintaan kamu, tetapi dia tidak ikhlas," sambung Haji Yatimi lagi.

"Sekarang macam mana?" tanya Mat Upeh.

"Dengan izin Allah, nampaknya aku berjaya mengeluarkan amalannya. Darah yang kamu tengok tu, adalah darah kotor bersendikan syaitan yang mengalir dalam tubuhnya," Haji Yatimi segera menggosok kedua belah telapak tangannya.

Dia mengambil sebatang ranting yang berada dekatnya, ranting itu dilemparkan ke arah darah yang keluar dari ibu kaki Khoja Lisut.

Sebaik saja ranting jatuh di situ, maka keluarlah api lalu membakar darah tersebut hingga hilang tanpa kesan.

Memang di luar dugaan kami, tiba-tiba saja Khoja Lisut bangun. Kalau tadi, wajahnya nampak gerun dan menyeramkan dengan sinar mata yang tajam, kulit tubuhnya kelihatan tegang.

Kini, semua itu bagaikan tiada pada dirinya. Khoja Lisut kelihatan lesu, wajahnya nampak tua dan kulitnya berkedut.

"Kamu sekarang berada dalam keadaan yang sebenar. Kamu tak boleh selama-lamanya menipu sesama manusia," turut Haji Yatimi lalu bangun. Berdiri bertentang wajah dengan Khoja Lisut.

"Kamu."

Haji Yatimi segera meletakkan telapak tangan kiri ke bahu kanan Khoja Lisut. Lima jari Haji Yatimi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut dengan keras sekali.

Berkerut muka Khoja Lisut menahan rasa sakit dan dia hampir mahu rebah ke bumi tetapi, Khoja Lisut tetap berusaha agar dirinya berdiri terus.

Rebah ke bumi bererti kalah dan Khoja Lisut tidak mahu kalah lagi. Tidak rela masa lampaunya yang hitam diperkatakan oleh Haji Yatimi dengan sewenang-wenangnya di depan Mat Upeh, di depan saya dan Datuk.

Makin kuat Khoja Lisut mempertahankan diri dari rebah ke bumi, sekuat itu juga Haji Yatimi memaut tulang selangka Khoja Lisut.

Sebenarnya, antara Haji Yatimi dengan Khoja Lisut sedang berlangsung sebuah pertarungan yang tidak rasmi.

Saya tidak tahu kenapa Khoja Lisut harus memperlihatkan kemampuannya yang tidak seberapa itu kepada Haji Yatimi, sedangkan dia sudah bertaubat untuk jadi orang baik-baik.

Barangkali dia terpaksa bertindak demikian setelah mengetahui yang Haji Yatimi adalah kenalan Kiai yang dibelasahnya di Asahan dulu.

Mungkin dia memikirkan kedatangan Haji Yatimi untuk membalas dendam.

Khoja Lisut merasakan Haji Yatimi mahu memperdayakan dirinya? Semua persoalan itu berlegar dalam tempurung kepala saya.

Khoja Lisut tidak dapat bertahan, sedikit demi sedikit dia merendahkan tubuhnya. Demi menjaga maruah diri, Khoja Lisut terpaksa membengkokkan kakinya dan menggunakan kekuatan sepasang lutut bagi menahan diri dari rebah ke bumi.

Cengkaman Haji Yatimi tetap berterusan. Berpeluh Khoja Lisut menahan rasa sakit.

Mungkin kerana terlalu sakit, Khoja Lisut tidak ada pilihan lain. Dia terus meraung dengan sekuat hatinya, bagaikan raungan gajah yang naik minyak.

"Ya Allah, apa sudah jadi Tamar?" keluh Mat Upeh.

Semua biji mata tertumpu ke arah Khoja Lisut. Datuk urut dada dan saya menarik nafas dalam-dalam bersama rasa cemas dan takut.

"Apakah aku bermimpi Tamar?" Mat Upeh bersuara sambil menggosok-gosok kelopak matanya beberapa kali.

"Kamu tak bermimpi Mat," kata-kata yang dituturkan oleh Datuk memaksa Mat Upeh mengerutkan dahinya.

Raungan Khoja Lisut terus bergema. Haji Yatimi tidak ambil kisah, dia tetap tenang.

Sambil jejarinya mencengkam tulang selangka Khoja Lisut, mulutnya terus berkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu.

Dari lubang hidung Khoja Lisut keluar darah yang sudah agak membeku. Dari kedua belah cuping telinganya berguguran butir-butir pasir menyerupai intan, berkilau-kilau disuluh matahari petang yang kian redup.

Dari celah belah sikunya kelihatan seperti serpihan emas berjatuhan atas bumi lalu hilang entah ke mana. Saya jadi panik melihat keadaan yang berlaku di depan mata saya.

Raungan Khoja Lisut berhenti dan jari-jari Haji Yatimi tidak lagi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut.

"Sekarang sudah selesai," kata Haji Yatimi sambil menatap wajah Datuk dengan serius.

"Apa benda yang keluar dari cuping telinga dan dagunya tu Tuan Haji?" tanya Datuk.

"Yang keluar dari lutut tu ialah susuk untuk tenaga, yang kamu nampak jatuh macam keping emas tu, sebenarnya tahi besi yang diserapkan ke dalam setiap sendi tubuhnya," balas Haji Yatimi.

ARAH

Saya lihat Mat Upeh gelengkan kepala. Kemudian saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut yang berusaha untuk berdiri, ternyata usahanya itu berhasil.

Khoja Lisut melangkah perlahan-lahan mendekati Haji Yatimi. Gerak-gerinya macam orang yang sudah berusia hampir sembilan puluhan. Khoja Lisut nampak cukup tua.

"Yang keluar dari cuping telinganya tu apa dia?" Mat Upeh ajukan pertanyaan.

Datuk terus menggigit ibu jari kiri, ekor matanya terus menjeling ke arah Khoja Lisut. Haji Yatimi seperti tidak mahu menjawab pertanyaan yang diajukan Mat Upeh.

Barangkali, dia sedang memikirkan sesuatu yang lebih serius tentang Khoja Lisut.

"Itu susuk emas yang saya pakai, tujuannya biar muka saya nampak muda, tak makan tua. Saya tersilap," sebuah pengakuan yang amat mengejutkan dari Khoja Lisut untuk kami. Saya dan Mat Upeh saling berpandangan.

Haji Yatimi senyum panjang. Terbayang kepuasan di wajahnya. Tanpa membuang masa dia terus menerkam ke arah Khoja Lisut lalu dipeluk dan diciumnya beberapa kali.

Apa yang mengharukan perasaan saya, mungkin juga perasaan Datuk dan Mat Upeh, bila melihat Khoja Lisut merangkum tubuh Haji Yatimi dengan erat sekali. Saya lihat Haji Yatimi menangis tersedu-sedu.

"Aku bahagia bila kamu mengakui kesilapan kamu," dalam esak tangis itu, Haji Yatimi terus bersuara tersangkut-sangkut.

"Allah membuka pintu hati saya tuan Haji," balas Khoja Lisut lalu melepaskan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Haji Yatimi.

Mereka berpegangan tangan dan serentak menghalakan wajah ke arah saya, ke arah Mat Upeh dan Datuk.

"Seorang Islam sejati akan merasa bahagia dan bersyukur pada Allah bila dapat menyelamatkan saudaranya dari tercebur ke kancah maksiat yang diketahui oleh syaitan.

"Orang Islam yang baik selalu memikirkan tentang nasib agama Islam dan saudara-saudaranya," Haji Yatimi bagaikan memberi ceramah kepada kami.

"Saya tahu awak.. (Khoja Lisut terus meluruskan jari telunjuknya ke arah Datuk) dan Tuan Haji ini benar-benar ikhlas mahu menolong.

"Cuma aku saja ragu-ragu atas kejujuran kamu berdua, namun sekarang sudah terbukti aku yang salah hitung," sambung Khoja Lisut dengan wajah yang besar.

"Sudahlah, sekarang kamu tidak ada menyimpan ilmu hitam lagi? Kalau ada cakap segera, biar aku selesaikan," turut Haji Yatimi.

Khoja Lisut gelengkan kepala seraya berkata: "Ilmu hitam yang Tuan Haji keluarkan tadi, itulah ilmu terakhir yang ada pada saya. Memang saya berhajat nak menyimpannya kerana saya percaya dengan kata guru saya; tidak ada orang yang boleh gugurkan 'susuk' yang sudah sebati dengan darah daging saya, tidak ada orang yang tahu yang saya ada ilmu itu."

"Dan guru kamu memberitahu, jika mahu mengeluarkan susuk dari tubuh, kamu disuruh masuk hutan mencari pokok yang separuh mati dan letaknya terasing dengan pokok-pokok lain. Pokok tu mesti tumbuh di kemuncak bukit," Haji Yatimi tatap biji mata Khoja Lisut.

"Ya Tuan Haji."

"Kamu disuruh betapa di pangkal pokok selama tiga hari tiga malam. Kemudian kamu disuruh gantung diri kepala ke bawah kaki diikat dengan tali jerami pada dahan pokok. Betul atau tidak?"

Khoja Lisut termenung sejenak. Dia seperti keberatan mahu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Masih mahu berahsia.

"Betul atau tidak? Jawab pertanyaan aku," Haji Yatimi terus melenting.

Dia genggam penumbuk. Datuk dan Mat Upeh undur dua tapak ke belakang, menjauhkan diri dari sisi Haji Yatimi. Bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Iya," angguk Khoja Lisut.

"Dia juga beritahu kamu, genap empat hari empat malam kamu gantung diri kepala dari bawah kaki ke atas, susuk yang ada dalam diri mesti keluar. Sebenarnya, dia membohongi kamu. Dia menipu kamu."

"Bohong?" Khoja Lisut terkejut.

"Iya, bila kamu tergantung begitu empat hari empat malam, kamu boleh mati, setidak-tidaknya jadi habuan binatang ganas. Di mana logiknya cakap guru kamu?"

Mendengar kata-kata Haji Yatimi itu, Khoja Lisut bagaikan tergamam. Dia termenung panjang sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dahinya, segera dikerutkannya.

Beberapa kali Khoja Lisut gelengkan kepalanya. Dia seperti menyesali apa yang terjadi atas dirinya.

"Saya terkena dalam baik," terpancut sebuah keluhan dari mulut Khoja Lisut.

Mat Upeh terus telan air liur dan saya terus menggigit lidah. Rasa simpati terhadap Khoja Lisut terus berbunga dalam hati.

"Sepatutnya, kamu hati-hati bila mahu menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu silat, banyak cabang, banyak simpang yang tidak sihat," sanggah Datuk.

"Salahnya, kamu sendiri tak gunakan fikiran untuk buat keputusan, kamu tunduk dengan kemahuan nafsu. Inilah akibatnya yang kamu terima," Haji Yatimi memberikan komentar tanpa memandang wajah Khoja Lisut.

GOSOK

Buat beberapa saat, semua yang ada di situ tidak bersuara. Datuk menggosok-gosok batang hidung beberapa kali. Mat Upeh menekan sepasang tumit kakinya ke bumi.

Haji Yatimi terus berpeluk tubuh dan sepasang matanya merenung ke arah pepohon yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Dia masih juga membelakangi Khoja Lisut.

"Sekarang kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?"

Saya lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. Dia pasti kata-kata ditujukan kepadanya.

"Ya, sekarang sudah nyata cakapnya tak betul," Khoja Lisut bersuara.

Dengan serta-merta Haji Yatimi memusingkan badannya lalu menatap menentang biji mata Khoja Lisut.

Datuk dan Mat Upeh segera bergerak ke arah surau. Pada anggapan mereka, tugas membantu Haji Yatimi sudah selesai.

Tetapi, hati kecil saya keberatan untuk meninggalkan Haji Yatimi sendirian di situ.

"Apalagi ilmu yang kamu simpan? Kalau ada, sila cakapkan pada aku dengan ikhlas dan jujur. Demi kebaikan kamu," terpamer rasa simpati di wajah Haji Yatimi.

Sinar matanya seolah-olah membayangkan kesungguhan untuk membebaskan diri Khoja Lisut dari belenggu ilmu syaitan.

"Tak ada apa-apa lagi yang saya simpan," Khoja Lisut telan air liur, bulu keningnya nampak bergerak.

"Tak tahulah pula, kalau ada ilmu yang diserapkan di luar pengetahuan saya," sambung Khoja Lisut.

"Kamu sudah diiktiraf sebagai Khalifah?"

"Belum lagi."

"Buktikan yang kamu belum iktiraf sebagai Khalifah," Haji Yatimi terus merisik rahsia.

Khoja Lisut dongakkan wajah ke langit. Dia melihat awan dan langit petang. Dengan tenang dia menarik nafas untuk menghirup udara yang berlegar-legar di sekitar kawasan halaman surau.

Khoja Lisut ubah pandangan lalu menatap ke arah Mat Upeh dan Datuk yang sedang berdiri dekat tangga surau. Kemudian pandangannya itu dialihkan ke wajah Haji Yatimi.

"Buktinya? Mahu buktinya?" ulang Khoja Lisut.

"Iya," angguk Haji Yatimi.

"Saya tidak diberi songkok tinggi baldu merah berlilit kain putih. Kalau sudah diberi songkok macam itu, bolehlah mengeluarkan petua baru tentang sembahyang, puasa, zakat dan ambil haji."

"Biasanya, hukum-hukum itu berlainan dengan apa yang diamalkan oleh kebanyakan orang Islam, malah memang bertentangan.

"Pengikut Khalifah yang dianggap macam Imam paling agung, mesti disanjung, makan pakai, rumah harus disediakan oleh pengikut.

"Apa yang Khalifah mahu mesti ditunaikan. Kalau ingkar nanti kena kutuk, mati berdarah, ada yang kena petir, mati lemas atau terbakar. Bukan begitu?"

"Tepat sekali," Khoja Lisut seperti terpaku.

Dia kagum kerana Haji Yatimi dapat menyatakan apa yang menjadi rahsia dirinya secara terperinci.

"Tolong, jangan buat apa-apa dengan saya."

Khoja Lisut menerkam ke arah Haji Yatimi dan terus melutut sambil mengangkat sepuluh jari paras hidung, macam orang suruhan dalam zaman Kerajaan Melayu Melaka menyembah sultan.

Perbuatan itu tidak disenangi oleh Haji Yatimi dan dia terus memarahi Khoja Lisut.

"Jangan sembah aku," bentak Haji Yatimi.

"Berdiri lurus, cakap apa yang kamu nak cakap," kali ini nada suara Haji Yatimi lembut.

Penuh kemesraan bersama senyum persahabatan. Khoja Lisut segera patuh dengan permintaan Haji Yatimi itu.

"Jangan, buat apa-apa pada saya. Memang saya diarah cara halus supaya menentang sesiapa saja yang menentang cita-cita. Maafkan saya. Ampunkan saya jangan mengapa-apakan saya."

"Aku ke mari bukan nak balas dendam kerana kamu menyeksa guru aku, tapi..." Haji Yatimi berhenti bersuara.

Khoja Lisut bertambah resah. Dia berada dalam ketakutan yang amat sangat.

"Tapi, apa tuan haji," tanyanya lembut.

"Menyempurnakan amanat guruku, dia memaafkan kamu. Tetapi, dia juga menyuruh anak muridnya mencari kamu. Berikhtiar mengajak kamu kembali ke jalan benar."

"Kamu tidak menipu?"

"Orang Islam tidak pernah menipu, apa yang ada di hati, itu yang dicakapkan. Seseorang Islam berhak dan dituntut supaya mengembalikan saudaranya yang sesat ke jalan yang benar."

"Buktinya?" Khoja Lisut minta kepastian.

"Buktinya, aku tidak buat tak senonoh pada kamu, sekarang aku bersyukur pada Allah kerana hamba yang sesat kembali ke jalan yang benar."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 131/284

BACA: SBDJ Siri 130: Si Tua Misteri Dari Solok
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Covid-19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh, Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya!

Covid-19 Mampu Lumpuhkan Sistem Imun Tubuh, Virus Bermutasi Menjadi Lebih Berbahaya!

Sejak wabak Coronavirus atau COVID-19 melanda seluruh dunia, penduduk global mula mengambil pelbagai langkah untuk mencegahnya namun begitu, tahukah anda bagaimana virus berbahaya ini menyerang manusia sehingga menyebabkan nyawa melayang?

COVID-19 berbahaya

Menurut laporan, COVID-19 boleh merosakkan buah pinggang dan menyerang sistem imunisasi dalam badan manusia selain kemampuannya merosakkan paru-paru, kerana kematian yang berlaku setakat ini akibat adalah disebabkan radang paru-paru.

COVID-19 ini juga melumpuhkan sistem imunisasi badan yang cuba menghalang jangkitan dan menimbulkan bengkak seterusnya menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.

Sekiranya jangkitan berterusan, ia boleh menyebabkan kerosakan sistem perut, usus, jantung, hati dan buah pinggang, sehingga organ gagal berfungsi.

Pada masa yang sama, saintis memberi amaran bahawa Covid-19 boleh menjadi satu penyakit jangkitan yang tidak akan hilang dan menyebabkan ia seperti penyakit bermusim, seperti selsema dan sekumpulan saintis kini sedang mengkaji jenis-jenis sel yang diserang virus Covid-19.

Sistem imunisasi badan boleh menjadi teruk disebabkan Covid-19 sehingga mengganggu dan merosakkan kesihatan ketika cuba menghentikan virus ini.

Cegah Covid-19 dirumah

COVID-19 boleh menyerang secara terlampau sehingga menjadi hyperimmune dan bersedia untuk melakukan serangan besar yang sekali gus merosakkan tisu-tisu dalaman badan.

Malah, ia juga boleh merosakkan organ-organ dalaman sebaik sahaja virus ini tersebar dalam badan.

Kumpulan pengkaji juga menemui tanda-tanda pesakit Covid-19 mengalami kerosakan buah pinggang, namun ia masih di peringkat kajian.

Coronavirus Telah Bermutasi!

Coronavirus telah bermutasi kepada dua jenis, jenis pertama jauh lebih agresif, kata saintis pada penemuan terbaharu yang boleh menghalang kerja-kerja untuk membuat vaksin.

Penyelidik di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, mendapati virus itu telah berkembang menjadi dua keturunan – yang digelar jenis ‘L’ dan ‘S’.

Yang lebih tua jenis ‘S’ kelihatan lebih ringan dan kurang merebak, manakala jenis ‘L’ tersebar dengan cepat dan kini menyumbang sekitar 70 peratus kes, lapor Fortune.

Wabak jenis L diuji dengan kebanyakkannya ditemui di sekitar Wuhan – tempat di mana wabak ini bermula – tetapi para saintis mencatatkan bahawa kekerapan jangkitan bagi jenis L telah menurun sejak langkah-langkah pencegahan bermula awal tahun ini.

Mereka juga memberi amaran bahawa data yang mereka ada adalah ‘sangat terhad’ dan kajian lanjut yang lebih mendalam diperlukan bagi memahami evolusi COVID-19.

"Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020.

"Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat."

Penyelidik menyatakan bahawa dua jenis yang berbeza ini akan menyerang dengan lebih banyak pada masa akan datang. Mereka menggesa komuniti saintis untuk bersatu bagi memerangi wabak tersebut.

"Penemuan ini amat menyokong keperluan untuk kajian segera, yang menggabungkan data genomik, data epidemiologi dan rekod simptom pesakit dengan penyakit coronavirus."

Dr Stephen Griffin, Profesor Madya di Universiti Leeds, berkata, "sukar untuk mengesahkan kajian seperti ini tanpa perbandingan secara langsung."

Beliau menambah, "apa yang dikatakan adalah bahawa selepas SARS-CoV2 menyerang manusia, wabak tersebut kemudian berkembang menjadi wabak yang lain."

Profesor Virologi Jonathan Ball juga memberi amaran bahawa evolusi wabak ini boleh menjejaskan pengeluaran vaksin, namun meminta kajian yang lebih terperinci dilakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Kenapa Ada Orang Suka Melancong?

Kenapa Ada Orang Suka Melancong?

Melancong adalah aktiviti santai untuk menjauhkan diri dari kehidupan biasa, pekerjaan dan masalah dan jika bertanyakan pada seratus orang, kita akan mendapat pelbagai jawapan mengapa mereka suka melancong.

Suka Melancong

Melancong ialah tentang keseronokan dan kegembiraan, tentang rehat dan relaksasi dan tentang apa yang kita mahu atau inginkan dari pelancongan tersebut.

5 Alasan Kenapa Ada Orang Suka Melancong

1. Untuk mengenali budaya baru

Apabila melancong, kita akan melalui dan mengenali banyak budaya yang berbeza kerana di sepanjang perjalanan, kita akan melihat dan berhadapan pelbagai orang dengan pelbagai tingkah laku, cara hidup, bahasa, kepercayaan, adat resam, bahasa dan sebagainya.

Daripada perkara-perkara yang kita lalui, kepelbagaian budaya ini mengajar kita untuk menghargai nilai nilai perbezaan dan kita akan belajar banyak perkara.

Melancong bukan hanya memerlukan kita keluar negara tetapi juga di dalam negara kita sendiri. Setiap negeri dan daerah mempunyai budaya yang berbeza untuk kita belajar dan rasai, makanan untuk kita makan dan banyak lagi.

2. Menjadi seorang pengembara

Sesetengah orang suka mengembara kerana ingin melarikan diri dari kehidupan rutin mereka. Apabila kita mengembara, ia seperti mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.

Dengan perjalanan itu ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi lebih bersyukur dengan kehidupan. Apabila kita melancong, perubahan suasana di tempat lain sedikit sebanyak menyumbang kepada ketenangan mental dan fizikal.

Selain itu, fikiran kita juga lebih terbuka malah ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih optimis, penyabar, insaf serta membantu kehidupan. Dengan perjalanan ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi sangat bersemangat dalam kehidupan.

3. Menyaksikan keindahan bumi

Allah SWT mencipta segala-galanya di bumi dengan sebab untuk membuktikan kekuasannya. Kebanyakan kita sibuk dalam kehidupan di dalam dan jarang keluar dan melihat kecantikan semula jadi.

Lautan, pergunungan, bintang-bintang, matahari terbenam dan ini semua tanda-tanda keagungan dan kesempurnaan Allah dalam penciptaan, dan apabila kita menilai semuanya, kita menyedari betapa kecil tempat yang kita duduk di atas dunia ini.

Menyaksikan kejadian alam semula jadi adalah salah satu pengalaman yang paling indah yang harus dirasai.

4. Pelajari kehidupan

Melancong mengajar kita tentang kehidupan dan menjadi pengajaran yang boleh mengubah kehidupan seseorang.

Apabila melancong, anda tidak saja membawa barang-barang dari tempat anda melancong, ia juga mengajar tentang kehidupan dan kita belajar dari pengalaman-pengalaman tersebut.

Jangan risau apabila anda menghadapi masalah semasa melancong kerana dengan perkara tersebut ia akan mengajar kita tentang kehidupan apa yang dapat kita perbaiki atau yang ingin kita rasai di masa depan.

5. Untuk meluangkan masa bersama keluarga, saudara atau rakan

Kenangan yang anda lakukan bersama akan menjadi memori indah sepanjang masa hidup. Perancangan percutian boleh menjadi tempoh yang hebat untuk bersama dengan orang yang anda sayangi dan juga dapat melihat bagaimana anda dan mereka bertahan dengan budaya dan pengembaraan yang baru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Telah Tiba Masanya Umat Islam Umpama Menggenggam Bara Api

Telah Tiba Masanya Umat Islam Umpama Menggenggam Bara Api

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa nanti, orang yang berpegang teguh dengan agama Islam akan berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api.

Islam Umpama Bara Api

Sabda Rasulullah, "Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api." (HR al-Tirmizi)

Bahkan di dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan bahawa Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh.

Sabda Rasulullah, "Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil." (HR Muslim)

Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu.

Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut?

Lalu Rasulullah menjawab, "(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (pembaikan) ketika mana rosaknya manusia." (HR Tabrani)

Hari ini kerosakan dalam agama banyak yang berlaku. Sebahagian muslim melihat tidak mengapa dengan 'dosa peribadi', mengambil ringan isu LGBT, merasakan tidak mengapa dengan arak, bahkan menolak hukuman murtad yang dianggap keras atau mundur.

Manakala mereka yang bersungguh berpegang dengan sunnah dan mempertahankan Islam untuk memperbaiki masyarakat pula yang dianggap pelik, kolot, bahkan bercanggah dengan kemajuan.

Begitulah sunnah dalam memperjuangkan kehidupan beragama, berpegang dengan ajaran Islam.

Penindasan Terhadap Islam

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar, China dan juga Sudan.

Jika dilihat sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan.

Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Kaukasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, China, Myanmar dan Maghribi.

Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.

Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini.

Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

Jihad

Seseorang yang benar-benar beriman, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar.

Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran, "Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)

Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku.

Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia.

Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran.

Semoga Allah menyatukan hati semua umat Islam dalam berhadapan dengan golongan liberal yang merosakkan agama.

Semoga Allah membimbing kita. Amiin.

BACA INI JUGA:

sumber: ismaweb