Jumaat, Mac 06, 2020

Lelaki Mengaku Nampak Ikan Duyung Di Antartika!

Persoalan benarkah ikan duyung wujud, kembali menjadi pertanyaan apabila terbaharu, seorang pengguna Google Earth, Florida Maquis, mendakwa dia melihat kelibat makhluk itu di Antartika dan seakan tidak logik jika kelibat yang dilihatnya merupakan formasi geologi semulajadi di kawasan itu.

Ikan duyung Antartika

"Saya jumpa banyak benda di Antratika dan mereka kelihatan seperti makhluk dalam air.

"Bentuk melengkung cantik dan saya boleh lihat ekornya.

"Ianya sangat pelik. Saya boleh bagi koordinat dan kamu cari sendiri lokasinya," ujarnya.

Video kelibat duyung itu turut dikongsi di Youtube.

Mitos

Selama ini, cerita ikan duyung hanya bersandarkan kepada mitos dan dakwaan pihak tertentu yang kononnya pernah menjumpainya.

Antaranya mitos Yunani purba mengatakan ikan duyung selalu menggoda pelaut dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.

Mitos lain menyebut ikan duyung hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu.

Bagi masyarakat Babylon pula, mereka menganggap ikan duyung sebagai dewa laut yang dikenal sebagai `Ea' atau `Oannes' yang digambarkan sebagai ikan duyung jantan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1 ulasan

  1. Rasanya ikan duyung ni mmg wujudlah.. mcm juga bangsa jin, tak semua nampak. Tapi bila ia muncuklan diri, org yg melihat je tau mcmmana perasaan tu.. wallahualam.

    BalasPadam

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon