Saturday, May 13, 2017

20 Fakta Tentang Kalsium, Penyakit Hari Tua Yang Anda Boleh Cegah!


Setiap kali kita membaca mengenai kalsium, apa yang terpapar di minda adalah orang tua yang telah reput tulang dan memerlukan suplemen atau susu untuk menguatkan tulang dalam badan disebabkan Osteoporosis.

Kalsium

Sebenarnya, anda silap besar jika menyangka Osteoporosis tidak boleh dicegah! Kekurangan kalsium akan dialami oleh semua orang terutamanya individu yang kurang mengambil zat kalsium dalam diet seharian.

Kurang kalsium dalam tulang adalah penyakit dikala usia telah lanjut. Kesannya memang teruk bagi sesetengah orang. Mudah patah tulang hanyalah salah satu kesan yang sering kita dengar.

Menariknya, kita boleh mengelakkan kesan buruk atau sekurang-kurangnya bersedia untuk menghadapi hari tua dengan lebih baik, kan?

Bayangkan, di hari tua anda nanti kehidupan begini..

Anda mengambil supplemen Kalsium ataupun meminum susu segar 2 kali sehari kerana Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia, disebabkan anda kekurangan kalsium!

Jadi, bermula pada usia yang masih muda, sebelum bergelar warga emas, mari kita amalkan pengambilan kalsium dengan betul setiap hari sebelum terlambat.

Saya ingin kongsikan 20 fakta menarik tentang kalsium ini.

1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.

2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.

3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.

4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.

5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.

6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.

7. Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.

8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.

9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.

10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.

11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.

12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.

13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.

14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.

15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.

16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.

17. Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.

18. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.

19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.

20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon