Sunday, September 29, 2019

Berapa Ramai Manusia Pernah Wujud Di Dunia?

Berapa Ramai Manusia Pernah Wujud Di Dunia?

Menganggarkan jumlah manusia yang pernah hidup di bumi merupakan satu perkara yang sukar kerana kita perlu mengambil kira dua faktor penting iaitu tempoh masa manusia hidup di bumi dengan purata saiz populasi manusia mengikut zaman mereka hidup.

Manusia di dunia
Gambar hiasan.

Untuk mendapatkan tempoh masa manusia wujud merupakan sesuatu yang sangat sukar, kerana masih banyak perkara yang tidak kita ketahui secara jelas tentang keturunan manusia sejak era manusia purba yang kita gelar hominid, sehinggalah tiba zaman kita yang dianggarkan sudah berlaku sejak beribu tahun lamanya.

Bagaimanapun, penyelidikan yang dilakukan perlu mewujudkan satu garis masa bagi mengenal pasti bila tempoh sesuai yang dianggap sebagai permulaan kepada bermulanya perkiraan anggaran populasi manusia.

Atas sebab itulah Population Reference Bureau (PRB), sebuah firma yang bertanggungjawab membangunkan penyelidikan terhadap populasi manusia meletakkan era permulaan homo sapiens, dianggarkan bermula pada tahun 50,000 BCE (Sebelum Masihi) sebagai garis permulaan bagi membantu kita meramal jumlah keseluruhan manusia yang pernah hidup di atas muka bumi.

Kajian menganggarkan populasi manusia sejak mula

Kajian PRB yang telah dilakukan beberapa kali, dengan kali pertama dilakukan pada tahun 1995 cuba menjawab persoalan yang sangat kerap kita tanyakan, berapa ramai orang pernah hidup dan meninggal dunia sepanjang wujudnya tamadun manusia?

Dengan mengambil standard daripada United Nations Determinants and Consequences of Population Trends, tamadun manusia ketika ini diramalkan bermula pada tahun 50,000 BCE.

Sekitar tahun 8,000 BCE di mana aktiviti pertanian sangat rancak dijalankan, PRB menganggarkan jumlah populasi bumi ketika itu berada pada tahap 5 juta orang.

8,000 tahun berikutnya ketika bermulanya kalendar moden pada tahun pertama, populasi manusia dianggarkan berada pada tahap 300 juta, dengan peningkatan populasi pada kadar 0.051 peratus sahaja setiap tahun, selama 8 ribu tahun.

Harus diingatkan, ini hanyalah satu anggaran. PRB melaporkan agak sukar untuk meramalkan jumlah populasi bumi pada tempoh ini disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan makanan, wabak yang melanda haiwan ternakan, permusuhan di kalangan manusia, serta perubahan cuaca dan iklim.

Kadar jangka hayat orang ramai ketika itu juga sangat pendek, secara puratanya pada tahap 10 ke 12 tahun sahaja, terlalu rendah namun dibantu oleh kadar kelahiran sangat tinggi yang mengekalkan kesinambungan tamadun manusia pada kadar 82 kelahiran untuk setiap 1,000 orang.

Kenapa kadar jangka hayat purata terlalu rendah ketika itu? Ini kerana kes-kes kematian semasa kelahiran melibatkan bayi terlalu tinggi.

Dianggarkan untuk setiap 1,000 kelahiran 500 daripadanya meninggal dunia semasa kecil dan itu hanyalah anggaran kasar.

Usaha mengira populasi manusia yang dimulakan orang Rom

Dalam zaman moden, PRB menganggarkan pada tarikh permulaan kalendar baru tahun pertama, wujud 300 juta orang manusia yang hidup.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh orang Rom pada zaman tersebut melaporkan angka yang jauh lebih rendah, sekitar 45 juta orang pada rekod tahun 14 AD (Selepas Masihi).

Angka ini meningkat sedikit dalam tempoh 1600 tahun, apabila populasi manusia dianggarkan berada pada tahap 500 juta pada tahun 1650.

Kenaikan populasi yang rendah ini dipercayai disebabkan oleh kes-kes kematian yang berlaku secara besar-besaran melibatkan beberapa negara Asia dan Eropah.

Jumlah populasi manusia dianggarkan mencecah jumlah 1 bilion kali pertama pada abad ke 19 dan terus meningkat dengan mendadak ke tahap 7.5 bilion yang kita nampak sekarang.

Semua ini dibantu oleh kemudahan kesihatan yang lebih baik, memanjangkan jangka hayat purata kita serta kejayaan mengurangkan kes-kes kematian bayi semasa baru lahir.

Dengan mengekalkan kadar jangka hayat serta kadar kelahiran yang ada sekarang, tanpa mengambil kira faktor-faktor luar seperti bencana dan sebagainya, jumlah populasi manusia di bumi dianggarkan akan mencecah 8.5 bilion pada tahun 2030 dam 9.8 bilion orang pada tahun 2050.

Harus diperjelaskan bahawa kadar kelahiran populasi manusia semakin menurun bermula pada awal abad ke 20, bermula dengan 40 kelahiran baru untuk setiap 1,000 orang, sebelum jatuh ke 19 kelahiran baru untuk 1,000 orang pada tahun 2017.

Ini adalah penyebab utama kenapa diramalkan jumlah populasi manusia akan berkembang pada tahap lebih perlahan dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Jadi, berapa ramai manusia pernah lahir sehingga kini?

Untuk menganggarkan jumlah populasi manusia sejak bermulanya zaman homo sapiens, beberapa perkara yang tidak kita ketahui secara tepat perlu digantikan dengan andaian.

Antara perkara yang perlu diandaikan adalah pola perkembangan populasi yang sudah pastinya tidak sekata.

Jadi, PRB terpaksa menggunakan kadar perkembangan sekata dan penurunan kadar kelahiran juga sekata dalam mendapatkan anggaran.

Dengan mengambil kira semua faktor yang ada, dianggarkan seramai 108.4 bilion manusia pernah bernafas di muka bumi ini secara keseluruhannya dan jumlah kita ketika ini, merangkumi hanya 6.9% daripada jumlah keseluruhan populasi yang dilaporkan.

Harus diingatkan, anggaran ini dibuat berdasarkan kepada:

1. Spesis manusia bermula lebih 50,000 tahun dahulu dengan dua orang, dipercayai Adam dan pasangannya.

2. Angka ini tidak mengambil kira apa yang berlaku semasa banjir besar yang melanda bumi sehingga menurunkan jumlah populasi manusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, September 27, 2019

10 Pulau Menarik Di Semporna Lokasi Percutian Bersama Keluarga

10 Pulau Menarik Di Semporna Lokasi Percutian Bersama Keluarga

Keindahan gugusan pulau di Semporna, Sabah, bukan sahaja dinikmati rakyat Malaysia, tetapi juga mendapat liputan antarabangsa dan dinobat sebagai antara kawasan menyelam skuba terbaik di dunia dengan banyak anugerah pelancongan berprestij telah diraih.

Disebabkan ini, Sabah turut digelar sebagai Maldives Asia Tenggara kerana keindahan pulau-pulaunya yang tersangat memukau dipandang mata.

Tidak perlu berfikir lama-lama ke mana ingin pergi untuk percutian akan datang, pilih sahaja mana-mana pulau di Semporna, Sabah seperti yang disenaraikan ini untuk menikmati percutian yang diselaputi keindahan yang penuh keaslian.

1. Pulau Sipadan

Pulau Menarik Di Semporna

Pulau Sipadan adalah salah satu destinasi menyelam skuba terbaik di dunia sehingga pernah mendapat liputan di dalam media antarabangsa seperti Discovery Channel dan National Geographic.

“I HAVE SEEN OTHER PLACES LIKE SIPADAN 45 YEARS AGO. NOW WE HAVE FOUND AGAIN AN UNTOUCHED PIECE OF ART.” – JACQUES-YVES COUSTEAU

Selain itu, kalau anda nak tahu, ekosistem lautan sekitar Pulau Sipadan ini sangat kaya dengan pelbagai spesies batu karang dan ikan yang dianggarkan lebih daripada 3000 jenis.

Jika anda menyelam ke dasar laut Pulau Sipadan juga, mata anda akan didedahkan kepada kawasan ‘perkuburan’ penyu iaitu dasar laut yang dipenuhi dengan cengkerang penyu yang telah mati.

Pulau Sipadan adalah lokasi menarik yang setiap orang wajib lawati sekali seumur hidup.

2. Pulau Timba Timba

Pulau Menarik Di Semporna

Keindahan perairan di sekitar pulau yang diberikan nama Pulau Timba Timba, Semporna ini cukup mengujakan. Nilai estetika yang dihasilkan daripada air dengan 3 lapisan warnanya ini cukup luar biasa.

Pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Mataking Kecil dan Pulau Mataking ini juga menjadi tempat persinggahan penyu.

Lautannya pula, kaya dengan hidupan laut seperti moray eels, barakuda, udang kara, sotong besar dan banyak lagi.

3. Pulau Sibuan

Pulau Menarik Di Semporna

Sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran, Pulau Sibuan adalah sebuah pulau di Sabah yang terindah di permukaan Laut Sulawesi.

Untuk menuju ke arah permata indah ini dari Semporna hanyalah mengambil masa 40 minit perjalanan bot.

Tiba sahaja di pulau ini, jangan buang masa lagi! Terus sahaja menyelam skuba untuk mendekati hidupan marin makro yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia.

Anda dapat melihat kehadiran pelbagai spesies fauna seperti kuda laut, ikan singa, ikan kala jengking dan banyak lagi.

Namun begitu, tiada sebarang penginapan ditawarkan di pulau ini dan lokasi penginapan terdekat boleh ditemui di Pulau Pom Pom dan Pulau Mataking.

4. Pulau Mataking

Pulau Menarik Di Semporna

Jika daya tarikan utama di pulau lain adalah kekayaan alam semula jadinya, Pulau Mataking pula ada nilai bonus yang tersendiri.

Kalau anda nak tahu, di Pulau Mataking ini terdapat Pejabat Pos Dalam Air yang pertama dan satu-satunya di negara ini.

Ia wujud bukanlah kerana motorsikal ‘mat despatch’ yang tenggelam di dasar lautan, tapi adalah disebabkan kapal kargo kayu lama yang sengaja ditenggelamkan pihak resort untuk mewujudkan kawasan terumbu buatan yang dalam masa yang sama menjadi pejabat pos bawah air.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana pula surat diposkan di dalam air? Anda boleh meletakkan surat ke dalamnya dengan melindungi surat anda menggunakan beg kalis air. Unik bukan?

Selain itu, pulau ini turut kaya dengan kawasan-kawasan menyelamnya yang dikatakan terdapat lebih daripada 30 buah.

Kesemua lokasi menyelam ini kaya dengan hidupan laut yang dapat dilihat jelas melalui air yang jernih dan sekiranya anda merancang untuk menyelam skuba, waktu yang terbaik adalah dari bulan April hingga Jun.

5. Pulau Bum Bum

Pulau Menarik Di Semporna

Terletak berdekatan dengan Pekan Semporna, Pulau Bum Bum hanyalah 1 km dari daratan Sabah.

Pulau yang dikatakan memiliki saiz yang tidak jauh bezanya daripada negara Singapura ini merupakan destinasi percutian pulau yang cukup murah jika dibandingkan dengan pulau-pulau Sabah yang lain, namun keindahannya menjadi pujaan hati pengunjungnya.

Air yang jernih menjadikan ia lokasi hebat untuk bersnorkeling dan menyelam skuba untuk menikmati aneka hidupan marin yang bergerak bebas di dalam air.

Keindahan pemandangan sekitarnya juga membuatkan ia destinasi yang menarik untuk menajamkan bakat fotografi anda.

7. Pulau Bohey Dulang

Pulau Menarik Di Semporna

Dalam bahasa Bajau, Bohey bermaksud ‘air’ dan Dulang pula bermaksud ‘kolam’. Pulau ini mungkin diberi nama berdasarkan kewujudan beberapa buah kolam berbentuk bujur di sepanjang laluan air sungai di pulau ini.

Terletak sekitar 35 minit perjalanan bot dari Semporna, Pulau Bohey Dulang dikatakan menyimpan kisah legenda tersendiri.

Bukan sahaja menyimpan kisah yang menarik, Pulau Bohey Dulang turut menjadi tarikan ramai kerana kewujudan kawasan puncak bukitnya yang menyajikan pemandangan yang sungguh menakjubkan keseluruhan pulau.

8. Pulau Pom-Pom

Pulau Menarik Di Semporna

Pulau Pom-Pom sebenarnya terbahagi kepada Pom Pom Besar dan Pom Pom Kecil, namun secara totalnya pulau ini tidaklah sebesar mana untuk dijejaki kawasan sekitarnya. Masa diambil untuk menghabiskan pusingan perjalanan hanyalah dalam 30 minit.

Untuk pengetahuan anda yang ingin ke sini untuk menyelam skuba, lautannya cukup kaya dengan hidupan marin makro ataupun fauna bersaiz kecil yang sangat seronok untuk dilihat.

Pulau ini menawarkan kepelbagaian hidupan laut yang rare atau sukar ditemui. Apa lagi? Sediakan kamera kalis air anda sebelum ke sini!

Di samping itu, pulau ini turut menjadi tempat penetasan telur pilihan penyu sisik dan penyu hijau.

Dikatakan, penyu hijau akan datang menetaskan telur di sini sepanjang tahun namun musim kemuncaknya adalah dari bulan Mei hingga September. Manakala, kehadiran penyu sisik pula agak kurang jika dibezakan dengan penyu hijau.

9. Pulau Mabul

Pulau Menarik Di Semporna

Pulau Mabul antara pulau terkenal di Sabah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan, merupakan salah satu kawasan menyelam yang terbaik di dunia.

Tarikan lain di pulau Mabul adalah pilihan penginapannya yang cukup banyak mengikut kesesuaian bajet anda, dari penginapan dengan kemudahan asas hinggalah kepada penginapan mewah.

Namun begitu, magnet tarikan utama di Pulau Mabul ini sebenarnya adalah kerana ia merupakan salah satu destinasi yang sangat kaya dengan hidupan marin yang penuh warna-warni.

Pelbagai jenis ikan dan sotong eksotik dapat dilihat melintas di depan mata jika anda menyelam skuba di sekitar lautan pulau ini.

Apa lagi yang boleh dibuat di sini? Anda boleh memenuhkan aktiviti di sini dengan melawat perkampungan masyarakat Bajau Laut, menikmati pemandangan matahari menaik dan terbenam yang sungguh mengujakan dan apabila malam menjelma, anda boleh bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan cahaya bintang galaksi dari langit sekitar pulau ini. Cukup mengagumkan.

10. Kapalai Island

Pulau Menarik Di Semporna

Mengambil masa 30 minit perjalanan bot dari Semporna, Pulau Kapalai adalah sebuah destinasi yang cukup fotogenik dan unik.

Sebaik mendekati kawasan pulau ini, anda akan melihat kehadiran chalet-chalet terapungnya yang berdiri di atas air laut sejernih Kristal.

Menghubungkan penginapan-penginapan ini adalah jambatan papan yang boleh dilalui untuk menikmati panorama air di sekitar yang jelas memaparkan hidupan marin yang penuh dengan warna-warni.

Sedihnya, hakisan pantai di pulau ini telah meningkatkan aras laut yang memberi kesan kepada ketinggian pulau ini yang kian berkurangan. Jadi, janganlah tangguh rancangan percutian anda ya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Mitsuhiro Iwamoto, Pelayar Buta Pertama Yang Berjaya Merentasi Lautan Pasifik

Mitsuhiro Iwamoto, Pelayar Buta Pertama Yang Berjaya Merentasi Lautan Pasifik

Seorang pelayar buta Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti merentasi Lautan Pasifik dan menjadi orang hilang penglihatan pertama mencipta rekod dunia mengemudi sebuah kapal layar merentas lautan luas.

Mitsuhiro Iwamoto

Mitsuhiro Iwamoto tiba di sebuah pelabuhan di Fukushima dengan menaiki kapal layar sepanjang 12 meter selepas dua bulan berlepas dari California, Amerika Syarikat (AS).

Mitsuhiro Iwamoto, 52, berlayar dari bandar raya San Diego, AS, pada 24 Februari 2019 lalu bersama Doug Smith, seorang penunjuk arah yang membantunya secara lisan dengan membekalkan maklumat seperti arah tiupan angin.

Ia merupakan percubaan kedua Mitsuhiro selepas pelayarannya sebelum ini terpaksa dipendekkan kira-kira enam tahun lalu selepas kapal layarnya melanggar seekor paus lalu karam.

“Saya sudah pulang. Terima kasih,” kata Iwamoto semasa majlis sambutan kepulangannya selepas kapal layar itu memasuki Fukushima sekali gus menamatkan pelayaran sejauh 14,000 kilometer.

“Saya tidak menyerah kalah dan saya membuatkan impian menjadi kenyataan,” katanya yang dipetik akhbar Jepun, Kyodo News.

KyodIwamoto dan Smith

Ia adalah pelayaran rentas pertama oleh pelayar buta, menurut Kyodo News.

Mitsuhiro Iwamoto, hilang daya penglihatan pada usia 16 tahun, melakukan pelayaran itu untuk mengumpul derma kebajikan termasuk usaha mencegah masalah penglihatan, menurut laman webnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Buy British Last: Boikot Malaysia Yang Menundukkan Britain

Buy British Last: Boikot Malaysia Yang Menundukkan Britain

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah me­laksanakan polisi Buy British Last pada 2 Oktober 1981 hingga 31 Mac 1983, yang menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir.

Buy British Last
Malaysia bertindak balas.

Polisi kerajaan itu diumumkan oleh Tun Mahathir sebagai suatu tindakan memboikot produk dari Britain yang mengenakan yuran tiga kali ganda terhadap pelajar Malaysia.

Tindakan itu juga ada kaitan dengan pengambilalihan syarikat Guthrie Corporation Limited dari British oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu gerakan yang dinamakan 'Serangan Waktu Subuh' (Dawn Raid) pada 7 September 1981.

Pengambilalihan Guthrie yang memiliki ladang kelapa sawit, getah dan koko di Malaysia itu, menyebabkan British memutuskan untuk merombak peraturan di Bursa Saham London bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang sehingga menjejaskan kepentingan ekonomi Britain.

Perubahan peraturan itu telah menghalang Malaysia dari menambahkan lagi pemilikan dalam syarikat British yang mempunyai hartanah dan sumber asli di Malaysia.

Sunora Sagi dan Azlizan Mat Enh dalam Journal of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Vol. 12. No. 3 (2017) bertajuk 'Polisi Buy British Last' (1981-1983): Reaksi-Reaksi British dan Implikasi Terhadap Hubungan Bilateral Jangka Pendek Malaysia dan Britain', menyatakan polisi itu telah dilaksanakan dalam tempoh yang singkat iaitu selama 18 bulan tetapi impaknya telah menyebabkan Britain mengalami kerugian kira-kira RM170 juta.

Ketika kempen Buy British Last dilancarkan, Malaysia antara negara dagangan terbesar bagi Britain.

Polisi tersebut turut menyebabkan Britain terpaksa bersaing dengan pelabur-pelabur dari negara lain untuk mendapatkan kontrak dan tender di Malaysia.

ASPIRASI

"Tindakan Britain menaikkan kadar yuran pengajian tinggi untuk pelajar Malaysia di Britain dan kegagalan pihak British dalam memahami aspirasi DEB menjadi antara punca utama yang telah mendorong Dr. Mahathir melaksanakan polisi Buy British Last pada 1981." (Sunora Sagi dan Azlizan Mat Enh 2017).

Semasa merasmikan mesyuarat ke-30 Jawatankuasa Perundingan Rancangan Colombo di Kuala Lumpur pada 5 November 1984, Dr. Mahathir telah mengingatkan negara-negara maju agar tidak menaikkan yuran untuk kepentingan masing-masing.

Dr. Mahathir menyuarakanketidakadilan itu apabila beliau mendapati Britain hanya memberikan pengecualian kenaikan yuran kepada setiap pelajar dari negara-negara anggota European Economic Community (EEC) sebaliknya pelajar dari Malaysia tidak diberi layanan yang sama seperti pelajar-pelajar Britain.

Dr. Mahathir turut mengemukakan rayuan agar Britain mengenakan kadar yuran dan layanan yang sama untuk pelajar-pelajar dari Malaysia.

Pada 1981, dianggarkan seramai 17,000 orang pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di Britain di bawah tajaan kerajaan Malaysia.

Namun, Britain tidak menghiraukan rayuan Dr. Mahathir itu sebaliknya mencadangkan agar Malaysia menghantar pelajar-pelajarnya ke negara lain yang boleh menawarkan kadar yuran yang lebih murah.

SAHUT CABARAN

Dr. Mahathir telah menyahut cabaran Britain tersebut dengan mengehadkan penghantaran pelajar ke Britain tetapi pada masa yang sama kerajaan menaja ramai pelajar ke negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan melalui Dasar Pandang ke Timur.

Reaksi-reaksi yang telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher, pegawai-pegawai British dan ahli-ahli perniagaan British pula telah membuktikan bahawa polisi Buy British Last telah menjejaskan kepentingan ekonomi British di Malaysia.

"Pada 31 Mac 1983, Tun Dr. Mahathir menarik balik polisi Buy British Last kerana telah menyedari kesungguhan pihak British dalam memperbaiki keadaan yang tidak disenangi oleh Malaysia, terutamanya dengan memberikan subsidi yuran pengajian tinggi untuk pelajar-pelajar Malaysia di Britain." (Sunora Sagi dan Azlizan Mat Enh 2017).

Kempen Buy British Last antara lain telah mencapai beberapa resolusi yang memberi kemenangan kepada Malaysia.

Antaranya, kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK).

Britain juga memberi hak pendaratan tambahan kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.

Ternyata polisi Buy British Last yang dilaksanakan oleh kerajaan pada era 1980-an membawa banyak faedah untuk rakyat dan memberi keuntungan terhadap kepentingan strategik negara.

Tindakan Dr. Mahathir itu telah membuka mata negara-negara maju agar lebih menghormati Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

6 Makanan Sunnah Yang Anda Patut Amalkan Selalu

6 Makanan Sunnah Yang Anda Patut Amalkan Selalu

Makanan-makanan sunnah berikut sangat baik dimakan setiap hari untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan dalaman terutamanya untuk para wanita. Jom cuba amalan agar hidup lebih sihat.

Makanan Sunnah
Gambar hiasan.

Jika anda berkemampuan, bolehlah dimakan setiap hari atau sekurang-kuranga seminggu sekali.

1. Bunga Saffron atau Za’faran

Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.

3. Pati Delima

Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.

4. Cuka Tamar atau Cuka Epal

Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus.

Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.

5. Habbatussauda

Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.

6. Madu

Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hijabista

Wednesday, September 25, 2019

Wanita 'Ular' Berjaya Raih Pendapatan Lumayan Hanya Dengan Menjelirkan Lidah!

Wanita 'Ular' Berjaya Raih Pendapatan Lumayan Hanya Dengan Menjelirkan Lidah!

Pelbagai pekerjaan dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki dan ini mungkin antara yang pelik, kerana Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida di Amerika Syarikat, berjaya memperoleh pendapatan $99,500 (RM415,000) setahun hanya dengan bergaya sambil menjelirkan lidahnya yang besar dan panjang sehingga 16.5 sentimeter.

Mikayla Saravia Snake
Mikayla Saravia.

Tambah menarik perhatian apabila Instafamous berusia 21 tahun ini mempunyai dua juta pengikut di Instagram yang membolehkan dia memperoleh pendapatan antara $300 (RM1250) ke $3,000 (RM12,500) untuk setiap posting.

Dengan lidahnya menjulur, Mikayla yang mengenakan pakaian mandi atau baju tidur dan aksinya itu sering dibandingkan umpama ular atau reptilia berlidah panjang lain.

Bukan itu saja, penjualan barangan juga menjadi sumber pendapatannya termasuk kemeja, pemegang telefon dan pengecaj telefon dengan logo lidahnya yang sinonim dengan dirinya.

Mengenai lidahnya yang panjang, Mikayla berkata, dia menyedari memiliki lidah yang panjang sejak usia muda lagi dan sejak itu mula memikirkan cara untuk membolehkan keadaan itu memberi manfaat kepada dirinya.

"Video paling digemarainya adakah ketika berpura-pura menjadi ayam belanda ketika makan malam bersama keluarga. Iklan yang disiarkan dalam Youtube dan applikasi saya turut membawa pulangan.

"Tahun lalu saya mendapat kira-kira $50,000 (RM208,345) dan mungkin angka itu berlipat kali ganda tahun (2019) ini," katanya.

Mikayla juga menerima ratusan komen pada setiap postingnya, termasuk yang menawarkan untuk membayar untuk setiap gambar dengan lidahnya.

Siapa sangka kan?

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

SBDJ Siri 115: Pulang Dari Kubur

SBDJ Siri 115: Pulang Dari Kubur

Semua yang terjadi di depan mata mengundang kecemasan dan ketakutan. Saya tidak berani bergerak dan berkata-kata. Aneh sungguh, Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucing hitam dan harimau kumbang.

Toyol jadi-jadian

Baginya, seolah-olah perkara itu tidak wujud di depan matanya.

Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskhah Yasin dari atas rak di luar bilik.

Masa Haji Taslim berada di luar bilik, saya seakan-akan terpandangkan Suhaimi Keraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

Dan kini, saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. Tetapi, batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal.

"Eh, kepala..."

Belum pun sempat saya menamatkan kata, telapak tangan Datuk terus menekup mulut saya. Kerana dicengkam begitu kuat, kedua belah rahang saya terasa sakit.

"Jangan tegur, baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh," Pak Imam membisikkan ke telinga saya.

Bila saya anggukkan kepala barulah Datuk berhenti mencekup mulut saya. Saya patuh dengan nasihat Pak Imam.

Sambil membaca Surah An-Nas, mata saya terus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadi macam kepala monyet.

Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu, telinga dan akhir sekali di bahagian kening.

"Huuaaahhhh."

Terdengar suara dari Suhaimi Keraba, macam mawas (kingkong) jantan. Menderam panjang.

Dalam sekelip mata, kepala monyet bertukar menjadi kepala harimau belang. Terus mengaum, menggegarkan rumah.

Datuk dan Pak Imam bagaikan tidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka.

"Mari kita baca bersama, setakat mana yang dapat," Haji Taslim Singasari berdiri di kiri saya.

Dia hulurkan Surah Yasin pada saya, pada Datuk dan Pak Imam. Haji Taslim Singasari terus duduk di sebelah saya.

Pada saat itu juga saya terdengar jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Saya yakin, suara jeritan itu hanya saya seorang saja yang mendengarnya.

"Pak Imam kita jadi ketua, kita mengikutnya," Haji Taslim Singasari memberikan pendapat.

Datuk anggukkan kepala. Saya tidak memberikan sebarang komen. Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan.

"Boleh kita mulakan sekarang," Pak Imam menyatakan kesediaannya.

Beberapa saat kemudian, kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin.

Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin, saya tidak dapat melihat perkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba.

Saya tidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau.

Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batang kelapa.

Warnanya hitam, bergerak depan kami, lidahnya yang bercabang bagaikan mahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba.

Kerana Datuk, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah, saya jadi berani dan terus bersikap macam mereka.

Selain dari ular besar, binatang berbisa yang lain juga turut menjelma seperti kala jengking, lipan, lebah dan tebuan.

Pembacaan Yasin yang pertama selesai. Waktu mahu melakukan pembacaan yang kedua, Suhaimi Keraba terus menjerit, menendang ke kiri dan ke kanan. Semuanya itu tidak menghalang pembacaan kami.

Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yang ketujuh berakhir. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Suhaimi Keraba tercungap-cungap.

Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatan berombak-ombak.

"Ajarlah dia mengucap, Taslim," Pak Imam menganjurkan pada Haji Taslim Singasari.

Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba. Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam.

Datuk gelengkan kepala, bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upaya memalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain.

Dia seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari kepadanya.

"Cubalah," kata Datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mula kecewa.

"Ya cubalah, kita usaha," tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkan kepala.

"Haaaaa..."

Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dia terus duduk dan tangan kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari, orang tua berbadan tegap itu jatuh tertinggung. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah Datuk.

Secara mendadak, Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Dia luruskan tangan dua kali sambil menghela nafas tersekat-sekat, urat di leher nampak tegang.

"Huaaaahhh..." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak.

Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Dadanya sudah tidak berombak, nafasnya terhenti.

Suhaimi Keraba terkulai atas bantal bantang pisang. Dia sudah tidak bernyawa lagi.

"Semuanya dah habis," Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayat Suhaimi Keraba dengan kain hitam.

HAMPIR

Haji Taslim Singasari menghampiri kami. Dan kami serahkan naskhah Yasin kepadanya untuk disimpan.

Saya pandang wajah Datuk, ada sesuatu yang saya agak aneh dan ganjil.

Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangis di waktu tengah hari rembang.

Suara gagak rancak berbunyi. Kokok ayam jantan bertalu-talu dan ketuk ayam betina bagaikan gendang perang. Saya jadi seram dan berdebar.

Sumpah saya tidak tahu, apakah Pak Imam dan Datuk mengalami perkara ganjil seperti apa yang saya alami?

Pada mata kasarnya, saya lihat Haji Taslim Singasari seperti orang keresahan.

"Ganjil!"

Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam.

"Apa yang ganjil tu?" pintas Datuk.

"Cuba dengar baik-baik, kawan," mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim Singasari.

Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan Datuk.

"Saya dah dapat dengar dengan jelas. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya," sahut Datuk.

"Saya juga mendengarnya, binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar dari rumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai, di Kedah," Haji Taslim Singasari bersuara.

Saya menelan air liur, rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya. Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Datuk tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu.

Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah, saya segera mengekori jejak mereka. Tinggallah Datuk seorang diri di bilik kecil.

Kami (saya, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung. Lolongan anjing, jeritan gagak, kokok dan ketuk ayam beransur kurang.

Ada ketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Saya merasa selesa disentuh angin dari bibir sawah. Datuk masih berada dalam bilik, entah apa yang dibuatnya, saya tidak tahu.

"Apa yang Pak Imam tengok tu..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya.

Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya.

"Perkara semacam itu, sudah jadi perkara biasa pada saya, masa dia mula-mula terbaring dulu, macam-macam binatang ganggu saya," sambung Haji Taslim Singasari.

Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya.

Dari jendela yang terdedah, saya melihat ke arah langit. Di mana-mana kelihatan awan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin.

Cuaca amat baik sekali. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku.

"Awak kasihankan dia, Haji?" tanya Pak Imam.

"Ya." Haji Taslim anggukkan kepala.

"Itulah sebabnya, awak kena bahananya," Pak Imam telan air liur.

"Dia sahabat saya, kami berkawan bukan setahun dua, saya simpati dan kasihankan dirinya, saya nak bawa dia ke jalan yang benar. Tapi, sudah terlambat," Haji Taslim Singasari mempamerkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya.

Dia menarik nafas dalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan.

Kata Haji Taslim Singasari, dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi. Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera. Mereka menuntut ilmu dunia.

Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang, mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa.

Berguru dan mencari ilmu dunia. Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali.

Dengan takdir Allah, mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggil sebagai 'Kiai Sabdo' di tempat yang bernama Singasari.

Haji Taslim yang tertarik dengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya.

Kiai Sabdo menasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu.

Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar Haji). Tetapi, Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut.

Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan Suhaimi Keraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya.

Dia memperoleh sebuah kitab dari seorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji Taslim Singasari.

USIR

Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya.

Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono, Putworejo, Jawa Timur bersemadi di sebuah gunung.

Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji Taslim Singasari.

Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Dia mengunjungi tempat pertapaan Suhaimi Keraba.

Atas nasihat Kiai Sabdo, Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang ke Semenanjung Tanah Melayu.

Buat beberapa lama dia menetap di kampung halamannya di Tanah Kebun, Parit Buntar.

Kemudian dia pergi ke Perlis dan akhirnya bermastautin di Pattani, Selatan Siam mendalami ilmu akhirat.

Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau, Haji Taslim Singasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah.

Persahabatan yang terputus disambung kembali. Suhaimi Keraba sering mengunjunginya.

"Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Biar dia balik ke pangkal jalan. Tapi, dia cukup liat. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Ilmu hitamnya cukup tinggi," cetus Haji Taslim Singasari.

"Sudahlah, dia sudah memilih cara tu, Haji. Apalah yang boleh kita buat," Pak Imam meraba pangkal lehernya.

"Sebagai sahabat, saya tetap berdoa setiap kali solat, minta Allah ampunkan dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik," demikian erti setia kawan buat Haji Taslim Singasari.

"Seram saya."

Kami segera menoleh ke arah Datuk yang keluar dari bilik secara mengejut. Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan.

"Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari.

"Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya, binatang-binatang bisa berkeliaran atas mayatnya," jelas Datuk lalu duduk di sisi pak Imam.

"Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya," sambung Datuk lagi. Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan.

"Tunjangnya cukup hebat," celah Pak Imam.

Saya lihat Haji Taslim anggukkan kepala. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya.

Pak Imam, Datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dan singkat.

Hasilnya, Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orang ramai tentang kematian Suhaimi Keraba.

Urusan mandi mayat dan kafan terletak atas bahu Datuk dan Haji Taslim Singasari. Saya cuma jadi pembantu mereka saja.

Sebaik saja selesai sembahyang Zohor, sembahyang jenazah dilakukan di masjid kampung tersebut.

Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yang tidak membawa keuntungan pada penduduk setempat, menyebabkan orang yang datang menziarahi dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa.

Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari, selepas pengebumian sahabat karibnya, Suhaimi Keraba.

Dia seperti menyembunyikan keburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai.

Dia mengelakkan diri, bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk Suhaimi Keraba semasa hayatnya.

Tetapi, dia tidak pula keberatan untuk menceritakan tentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan.

"Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada, bukankah perbuatan itu dilarang oleh agama kita," tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak muda yang menahannya, sebaik saja keluar dari tanah perkuburan.

"Sebabnya mudah saja, dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu jahatnya," jawab pemuda itu.

"Hai orang muda. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah atau menaruh dendam, memaki hamunnya.

"Perbuatan macam tu, tambahkan dosa kita, sedangkan dia sudah pun menghadap Allah," Haji Taslim Singasari menetap wajah pemuda yang berambut panjang.

Ternyata pemuda yang masih menaruh dendam itu, tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari.

"Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkan oleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari.

"Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya.

"Awak dapat pahala dan secara tak langsung awak dapat melatih diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baik dan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan Datuk beredar dari situ.

PANAS

Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim Singasari.

Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkan sebatang kayu di depan kami.

"Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu," pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari.

Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadab itu. Tetapi dia tidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayam sabung.

"Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemuda itu lagi.

Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada Datuk dan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang di depan.

"Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan Datuk.

Dan dalam masa yang sama, Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu melulur ke arah pemuda panas baran.

"Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah. Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran dengan tangan kirinya.

"Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?"

"Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilah pemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buat tuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatah apa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami.

Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membuka rahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari.

Bila waktu terluang mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yang dia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab.

Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripada pengetahuan Pak Imam.

Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawa Suhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukan pertolongan dari Pak Imam dan orang lain.

"Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikut umur, dia lebih muda dari saya.

"Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapi kuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasari menuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya.

"Allah sayangkan dia," meletup suara dari Datuk.

Apa alasan Datuk, orang jahat disayangi oleh Allah? Timbul pertanyaan dalam rongga dada saya.

"Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itu tanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan, tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung Datuk lagi. Saya dapat menerima alasan itu.

Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuh kami.

"Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, saya pernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat.

"Kita perlu sabar dan tabah untuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imam bersuara.

Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari.

Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan ke luar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melentuk liuk disentuh bayu petang.

Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau.

"Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan Balik Pulau.

"Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahu berunding," Haji Taslim Singasari bersuara.

Pak Imam renung ke arah Datuk. Saya segera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk saya.

"Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya.

Datuk segera mencubit paha saya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

BATUK

Melihat sikap saya yang bersahaja itu, Datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk, sebagai tanda ingatan agar saya jangan mengemukakan sebarang pertanyaan lagi.

"Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat. Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebih dahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk.

Setelah selesai batuk, dia tidak mahu meneruskan kata-kata. Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah.

Saya terus menganggap Haji Taslim Singasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masih meragui kejujuran kami.

"Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam.

"Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imam yang nampak terkejut.

"Kesalkan saya? Kenapa?"

"Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjut Haji Taslim Singasari.

Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini.

Sesungguhnya kedatangan Datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Dia sekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai.

Hidup bagi Datuk ialah mencari sahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang.

"Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," Datuk tegakkan leher.

Pak Imam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam.

Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini. Doa saya dalam hati.

"Memang awaklah," sahut Pak Imam.

"Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk.

Perlahan-lahan Datuk gelengkan kepala.

"Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukan begitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi.

Macam tadi Datuk anggukkan kepala.

Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati. Kami berpandangan sama sendiri.

Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itu semakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum itu ditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik.

"Ahhh..."

Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung saya terasa tidak bertemu lantai.

Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihat Suhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik.

Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam, tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin. Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah Datuk.

"Huuuuhhhh."

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembaga itu terus melangkah ke arah Datuk.

"Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari.

"Kami menyebutnya Tunjing. Benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat dan mula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun dan melangkah ke arah tangga.

"Semuanya ni syaitan, iblis," Datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada di kepala tangga.

Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke arah Datuk.

Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jerit monyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati.

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yang keras.

Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahu menolak kulit tubuhnya.

Apa yang menghalangnya habis dirempuh atau ditendang. Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal.

Dia bangun dan berdiri di situ. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar rupa.

Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepala beruang.

"Suhaimi."

Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembali menyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar.

Pak Imam dan Datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu.

"Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara.

"Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambil membetulkan kedudukan kaki kanannya.

Lembaga itu terus merewang tangannya ke kiri dan ke kanan.

"Aduh!"

Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba.

Lembaga itu menerkam ke arah Datuk. Haji Taslim Singasari berjaya bangun dan menerkam ke arah Datuk.

"Suhaimi Keraba."

Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang Datuk. Dia memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya.

"Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari.

Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus ghaib entah ke mana.

Haji Taslim Singasari memerintahkan kami bertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi.

"Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awak berdua," kata Haji Taslim Singasari pada Datuk dan Pak Imam.

Nampaknya Datuk akur dengan permintaan Haji Taslim Singasari.

Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba muncul di depannya dengan kedua belah tangannya menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari.

"Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut.

Dengan serta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atas tanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya.

Haji Taslim Singasari mengepal tanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah di telapak tangannya bertaburan.

"Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari.

Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imam membaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untuk menentang iblis.

Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuang dengan sedaya upaya.

Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentuman petir yang amat kuat.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 115/284

BACA: SBDJ Siri 114: Hitam Separuh Badan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

5 Cara Simpan Minyak Wangi Agar Lambat Habis

5 Cara Simpan Minyak Wangi Agar Lambat Habis

Salah satu barang wajib yang setiap orang pasti ada adalah minyak wangi atau perfume. Ini kerana minyak wangi memainkan peranan yang sangat penting kepada individu tanpa mengira latar belakang atau profesion untuk tampil lebih yakin, bersemangat dan segar.

Minyak Wangi Tahan Lama

Bagaimanapun, adalah sesuatu yang sangat merugikan jika anda berhabis wang membeli minyak wangi, namun baunya tidak tahan lama gara-gara tidak pandai menyimpannya dengan kaedah yang betul.

Berikut adalah tip yang boleh anda jadikan panduan agar minyak wangi tahan lebih lama, sekali gus boleh menjimatkan wang supaya tidak perlu selalu membeli pewangi yang baru.

1. Elakkan menyimpan minyak wangi di tempat yang lembap

Memang mudah untuk kita menyimpan minyak wangi bersekali item kecantikan di dalam bilik mandi bagi menjimatkan masa.

Namun, tabiat ini perlu dihindari kerana bilik mandi merupakan tempat yang lembap sekali gus menjadi lokasi 'bersarangnya' bakteria.

Bilik mandi tidak sesuai dijadikan tempat menyimpan minyak wangi.

2. Beli minyak wangi dalam bekas yang lebih kecil

Kajian menunjukkan minyak wangi yang dibeli dalam saiz besar, apabila mula berkurang sehingga separuh, ia akan mengurangkan intensiti aromanya.

Ini kerana udara dalam botol akan mengoksida aroma minyak wangi di dalamnya.

Bukan saja comel, tapi saiz botol yang kecil mampu mengekalkan aroma minyak wangi lebih lama.

3. Sentiasa pastikan minyak wangi ditutup dengan sempurna

Aroma minyak wangi yang berasaskan alkohol memiliki tahap penguapan yang tinggi apabila terdedah.

Jadi, kelam kabut macam mana sekalipun, jangan tinggalkan minyak wangi tanpa menutupnya terlebih dahulu.

4. Simpan minyak wangi di dalam kotak

Jika kita membeli minyak wangi, pasti ia dibungkus kemas di dalam kotak. Jangan terus buang kotaknya.

Kotak itu berperanan untuk menghindari botol minyak wangi terkena pancaran sinar matahari dan suhu panas.

Justeru aroma minyak wangi akan kekal sama seperti pada waktu ia dibeli, kerana kotak melindungi minyak wangi dari pancaran sinar matahari.

5. Simpan dalam tempat gelap

Memang cantik melihat botol minyak wangi tersusun di atas meja solek, namun cuba elakkan tabiat ini.

Minyak wangi yang terdedah kepada pancaran sinar matahari akan memecahkan molekul perfume sekali gus mengurangkan aromanya.

Tempat terbaik, disimpan dalam laci ataupun almari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wanita Terkedu Wajah Misteri Muncul Dalam X-ray Kandungan!

Wanita Terkedu Wajah Misteri Muncul Dalam X-ray Kandungan!

Pasangan suami isteri, Britainy Clark dan James Grouvel, sama sekali tidak menyangka mereka akan menerima cahaya mata, selepas doktor memaklumkan bahawa mustahil untuk mereka mendapat zuriat.

Wajah misteri dalam perut

Wanita itu disahkan menghidap endometriosis yang mana sel endometrium dari rahim berkembang di kawasan lain dalam tubuhnya.

Setelah berjaya hamil, mereka telah membuat imbasan bayi sebelum dikejutkan dengan satu wajah misteri.

"Saya hantar gambar itu kepada ibu dan emak saudara kerana rasa ada sesuatu yang pelik.

"Mereka berdua pun nampak ada wajah lain," ujar Britainy.

Kata ibunya pula, ia merupakan petanda selepas dia mengalami nasib malang dalam hidup.

Menakutkan.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Apa Itu Bulan Sukan Negara (BSN)?

Apa Itu Bulan Sukan Negara (BSN)?

Bulan Sukan Negara, BSN 2019, adalah satu kempen dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia, yang akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur dan untuk peringkat kebangsaan pelancarannya pada 12hb Oktober 2019.

Bulan Sukan Negara (BSN)

BSN 2019 dengan hashtag kempen #BSN19 akan berlangsung selama bulan oktober tersebut.

Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga dan padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari portal rasmi BSN 2019 di, bulansukannegara.my

Objektif BSN 2019

Objektif utamanya adalah untuk:
  • Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
  • Memupuk semangat sukan.
  • Membangunkan ekonomi negara.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan.
  • Pengiktirafan kepada rakyat.

Kumpulan Sasaran BSN 2019

Terdiri dari semua golongan masyarakat, keluarga dan kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU.

Sementara lokasi adalah di mana-mana sama ada di luar bandar, pusat kesihatan, institut pengajian, tempat kerja serta kawasan perumahan.

Sasaran Aktiviti:
  • 5 jam penyertaan.
  • 3M – Mudah, Murah, Menarik.
  • Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi).

Maksud Logo Bulan Sukan Negara

Logo Bulan Sukan Negara bukan hanya sekadar akronim (BSN), akan tetapi ia terdiri daripada bentuk organik yang mewakili suasana yang mesra dan santai dalam sukan:
  • Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.
  • Warna yang dipilih untuk logo adalah biru, merah dan kuning yang sama dengan Bendera Malaysia.
  • Biru mewakili perpaduan negara dalam sukan, merah mewakili tenaga, manakala kuning mewakili keadilan.
  • Ini adalah warna yang merangkumi sukan Malaysia yang berwarna-warni.
  • Keharmonian konsep bentuk logo ini menunjukan kesatuan belia berorientasikan, seperti seni graffiti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2