Tuesday, August 27, 2019

SBDJ Siri 103: Jamung Tengah Malam

SBDJ Siri 103: Jamung Tengah Malam

Entah mengapa, Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapa tahun dari Datuk, masih mahu bercakap dengan Datuk. Paling membosankan perkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. Datuk ternyata terpengaruh dengan pendapat Uda Lamat.

Toyol jadi-jadian

"Bukan lari sebarang lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-muda dulu," Uda Lamat memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan di atas paha kiri. Jejari kakinya bergerak- gerak.

"Di mana?"

"Di kampung saya, anak buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomoh masa itu, anak buah saya diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh," lanjut Uda Lamat.

"Kesudahannya macam mana?" tanya Datuk lagi.

"Mati."

Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.

"Dia masuk ke hutan cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau, kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharap perkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak."

"Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi," Datuk garu pangkal dagu.

Mereka berhenti bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Ada bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya.

"Apa yang saya suruh awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orang tua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan tadi," cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata.

Dan saya mula faham, apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari Uda Lamat.

"Ya, petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak," Datuk menyanggah. Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala.

"Memang betul cakap awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan dengan Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati mengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit."

"Betul, betul," Datuk angguk kepala.

Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasa sunyi. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah rumah.

Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang keterlaluan. Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam keadaan berbaring.

Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan Datuk.

Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatu yang baru.

Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yang mengelilingi botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinya menghabiskan masa malamnya di rumah orang.

Biasanya, dia merasa bahagia menghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya.

Semua orang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusia lebih dari lima puluh tahun.

Tetapi, tiga orang lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan. Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik.

Kekayaannya memiliki berekar-ekar tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda.

Satu keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yang berjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki raut wajah yang ayu.

Kata orang, Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong oleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat.

Inilah yang membuatkan orang kampung mengagumi dan menghormati Uda Lamat dan Uda Lamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu.

Malah, dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya.

Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yang disediakan oleh nenek sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kali terlelap.

Bualan Datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. Uda Lamat sudah beberapa kali menguap panjang.

"Dah pukul dua belas malam," Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya. Datuk mendirikan lutut kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat.

"Ngape, dah mengantuk ke?"

"Tidak, tapi sejuk."

"Kalau begitu kena baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk," Datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang.

Matanya berair. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan Datuk itu amat mencuit hatinya.

"Kalau begitu nasihat awak, biarlah saya balik," kata Uda Lamat setelah ketawanya berakhir.

Saya yang baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkat punggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat kian memperkemaskan silanya.

"Tunggulah sampai subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu saya, bolehlah awak beri petua," Datuk menjentik kepala lutut Uda Lamat.

"Saya rasa cucu awak tak apa-apa."

"Tapi saya mahu awak menemani saya."

"Tak apa, dia dah pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucu awak dah pulih. Biarlah saya balik dulu," Uda Lamat segera bangun.

Datuk garu hujung dagunya beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat.

"Saya tak berapa seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukan pertolongan awak, banyak perkara yang boleh awak tolong saya," Datuk luahkan perasaannya.

Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buat beberapa saat Uda Lamat genggam tangan Datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangan Datuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya.

"Tak apa, dengan izin Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampai subuh," Uda Lamat tepuk bahu Datuk berkali-kali. Senyum Datuk terukir di bibir.

Saya tahu, senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidak berhasil menahan Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh.

"Biar saya pergi dulu."

Uda Lamat menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah bagi. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu.

Jamung di kaki tangga pun dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang mula marak. Kokok ayam terdengar sayup-sayup.

"Saya balik dulu."

"Ya, selamat jalan. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong saya," suara Datuk merendah.

"Itu hanya adat, hidup sekampung kenalah tolong-menolong."

"Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak."

"Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga," Uda Lamat merendahkan diri. Dia pun memulakan langkah pertamanya.

JAMUNG

Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin.

Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama, makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata Datuk.

Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu.

Datuk masuk ke rumah. Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh saya masuk ke bilik. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung.

"Masuk ke dalam bilik," suara Datuk keras.

"Saya rasa di sini selesa, tuk."

"Jangan bantah cakap aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nak bertindak. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti."

"Hmm.." saya lepaskan keluhan kecil.

Panas rasa hati, bila Datuk menyindir saya begitu. Rasa benci terhadap Datuk datang meluap-luap.

Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi:

"Ini perintah, dari hati dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh."

Saya termangu-mangu, suara itu datang dari segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya dibuatnya.

Saya tidak ada jalan lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak tangan. Suara itu masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah paha.

Usaha saya tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan mata. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu.

"Ya, dia musuh," kata saya.

"Mesti dibunuh, kau lihat kerlipan di bahagian dada kirinya."

"Ya, saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya dengan pisau belati," sehabis sahaja saya memberikan pengakuan, sebilah pisau belati jatuh di depan saya. Segera saya ambil.

Saya merasai diri saya bukan berada di dalam rumah. Tetapi, berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana.

Seorang lelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinya mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam rongga dada.

Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya. Inilah yang membuatkan saya bertambah marah.

Saya renung benda yang berkelip-kelip di dada sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untuk membenamkan pisau ke dada lelaki itu.

Saya sudah menemui sasarannya. Dengan sekali tikam sahaja, saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.

Saya juga yakin, bila semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yang memerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikan hadiah.

"Kau sudah sampai saatnya," terdengar lagi perintah ghaib.

"Tapi," perasaan saya bersuara.

"Tidak ada tapi, inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat," datang lagi suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak jelas.

Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, saya meluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu.

Tanpa membuang masa, saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang berkelip-kelip itu.

"Tamar, kamu melawan," satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga saya.

Badan saya terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat. Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan.

Kerana tidak terdaya menahan sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengar bunyi suara yang amat kuat macam suara deru kereta api.

Saya pejamkan mata kerana dalam perhitungan saya, saat kematian sudah sampai.

WAJAH

Bila suara menderu macam kereta api itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah Datuk.

"Kenapa tuk?" tanya saya.

"Tak ada apa-apa," jawabnya.

Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima. Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya.

Saya kumpulkan segala fikiran untuk menyorot apa yang terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingati apa-apa pun.

"Kenapa tuk?" ulang saya lagi.

"Kau menumbuk dada aku tamar," suara Datuk kesal.

Saya terdiam, hampir mahu menangis saya mendengar kata-kata dari Datuk. Dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang saya hormati dan saya sayangi.

"Maafkan saya tuk, saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan," saya berlutut di depan Datuk.

"Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu," Datuk terus memeluk saya.

Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah Datuk nampak sungguh sedih. Dalam keadaan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya menangis.

"Sudahlah Tamar, masuk ke bilik. Pergi tidur."

"Maafkan saya tuk, saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat."

"Sudahlah, ada sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur," begitu lembut nada suara Datuk.

Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguh terharu, Datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimutkan tubuh saya.

MIMPI

Seperti selalu, Datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur.

Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca.

Saya bersyukur setelah mematuhi cakap Datuk itu, saya dapat tidur dengan lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.

"Bangun Tamar."

Badan saya digoncang berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksa membuka kelopak mata. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.

"Bangun sembahyang," sambung Datuk.

"Ya," saya terus bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang.

"Sebelum ambil air sembahyang, buat senaman dulu Tamar."

"Ya," jawab saya pendek.

Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan. Datuk melakukan sembahyang sunat subuh.

Selesai senaman, saya pun mahu bergegas ke bilik mandi. Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut.

"Tamar."

"Ya tuk."

"Kita Sembahyang sendirian."

"Baiklah tuk," saya pun meneruskan langkah yang terhenti.

Rancangan yang sudah disusun mengalami gangguan sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedang mandi, saya terpaksa menunggu.

Sementara menanti nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air.

Pada mulanya saya berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kaki segera saya letakkan di atas bangku. Saya berpeluk tubuh.

Sepatutnya, saya tidak mengalami rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah.

Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguap panjang. Rasa mengantuk masih terasa.

"Tamar."

Saya merenung wajah nenek.

"Datuk kamu di mana?" sambung nenek.

"Di atas."

"Dia biarkan kamu seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk.

Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku sebarang ketegangan antara Datuk dengan nenek yang berpunca dari saya.

"Saya yang minta Datuk, jangan ikut saya."

"Kamu ni, dah sihat benarkah?"

"Sihat, saya memang tidak apa-apa nenek."

"Hum tak ada apa-apa, bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya," nenek jegilkan biji mata ke arah saya.

Tidak ada jawapan yang dapat saya berikan untuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu.

"Pergi, biar aku tunggu kamu di sini."

"Tak payah tunggu saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahu masuk ke bilik air," saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar begini, masih ditunggu nenek.

"Kamu memang keras kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-cepat beritahu aku," kata nenek.

"Saya tahu, nenek."

"Hisss....." nenek menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah ke biliknya. Saya tersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air.

Pada mulanya, saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi, bila sudah berada dalam bilik air, seluruh tubuh terasa panas.

Saya membuat keputusan mengejut. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satu gayung menyentuh badan, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam dan gayung di tangan tidak jadi menyenduk air dalam kolah.

"Tamar, kau buat apa tu," terdengar suara nenek.

"Saya mandi."

"Selalunya kau tak mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar."

"Nek, saya sedar apa yang saya buat," kata saya lalu membuka pintu bilik air.

HULUR

Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata perbuatan saya itu dapat meyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada di alam nyata.

Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu.

Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi saya rapatkan. Mandi yang terganggu, saya teruskan kembali.

Baru lima gayung air membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus menggigil. Gigi atas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi.

Saya berhenti mandi dan mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuat saya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana.

Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawan rasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik tidur. Saya sarung kain, pakai baju dan songkok.

Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masih duduk tertonggok membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring.

Sebaik sahaja saya melangkah bendul pintu bilik, kaki kiri saya terasa berat untuk meneruskan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi Datuk. Telapak kaki saya bagaikan melekat di papan.

Rasa cemas dan menggelabah mula datang ke dalam diri, darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya lalui.

Saya kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang melingkari diri saya ketika itu.

Dalam saat yang genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing, perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang berlainan, seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing.

Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-bangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia.

Ada irama muzik yang lembut. Di pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di situ.

Sekali imbas, wajah lelaki itu menyerupai wajah Datuk tetapi bila direnung lama-lama wajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas.

Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan.

Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyi deru kereta api malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruang dewan nampak bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri.

Saya tutup telinga dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak mata dengan serapat-rapatnya.

Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan itu.

Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul beberapa detik di ruang mata.

Bila wajahnya hilang, bunyi yang tidak menyenangkan itu juga turut hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat didengar.

Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut ruang, mengeluarkan perintah:

"Ini perintah, dari hati dan perasaan, dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 103/284

BACA: SBDJ Siri 102: Rahsia Sebuah Rumah Tinggal
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

47 Jenis Kerja Memberikan Pulangan Lumayan Yang Anda Boleh Lakukan

47 Jenis Kerja Memberikan Pulangan Lumayan Yang Anda Boleh Lakukan

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.

Jenis kerja lumayan

Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup.

Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri.

Dan jika anda berminat untuk bekerja sendiri tanpa perlu terikat dengan orang lain, berikut adalah 38 jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan.

1. Perniagaan ambil upah memasak

Cuba tanya jiran-jiran yang anda yang mahu tawaran anda untuk tolong masak. Tentu ada ramai yang mahu tawaran itu dengan harga berpatutan. Bermula daripada satu keluarga akan menjadi dua dan akhirnya akan jadi besar.

2. Perniagaan khidmat penghantaran

Ini satu lagi perniagaan yang cukup berpotensi tinggi. Perniagaan online tumbuh macam cendawan sekarang. Mereka tentu mahukan khidmat penghantaran.

Syarikat penghantaran besar juga nemerlukan syarikat kecil dan perseorangan untuk support aktiviti mereka.

Anda boleh mulakan dengan ambil sub dari syarikat besar tersebut secara persendirian. Lama-lama akan jadi besar.

3. Perniagaan khidmat mengurut

Kalau anda pandai mengurut, ini satu kemahiran yang ada permintaan tinggi. Kalau tak tahu boleh pergi belajar secara formal sampai pandai. Buat marketing melalui internet pasti akan ada saja pelanggan yang mahu datang.

4. Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik

Kalau kita perasan, kerja perkhidmatan membaiki peralatan elektrik ini dikuasai oleh pendatang Bangladesh dan Pakistan sekarang. Kerja ini bukannya sukar sangat tapi memang agak renyah.

Jika ada kemahiran, anda boleh jimatkan orang ramai untuk baiki peralatan daripada terpaksa beli peralatan baru. Lama-lama perniagaan itu akan membesar.

5. Perniagaan khidmat pest control

Sebenarnya ini satu perniagaan yang besar. Memerlukan banyak lesen sebelum anda layak menawarkan perkhidmatan pest control pada orang ramai.

Untuk dapatkan lesen sebenarnya mudah saja. Ambil peperiksaan Pesticide Applicator Licensed dan anda sudah sah menjadi pengamal makhluk perosak dengan menggunakan racun.

Mulakan dengan ambil pelanggan persendirian di rumah-rumah sekitar tempat anda tinggal.

6. Perniagaan khidmat potong rumput

Perniagaan ini juga sudah diambil alih oleh pendatang asing yang cari makan di negara kita terutamanya daripada Bangladesh. Mereka rajin dan jadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

Anda boleh mulakan dengan hanya membeli mesin potong rumput. Tawarkan perkhidmatan ini pada jiran-jiran anda. Lama-lama anda boleh rekrut pekerja bila pelanggan bertambah.

7. Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan

Ini juga satu perniagaan besar sebenarnya. Syarikat seperti Rent a Pot adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat selenggara tanaman hiasan pejabat.

Anda boleh mula tawarkan khidmat memelihara tanaman hisan pada para jiran anda. Anda boleh juga sewa pokok pada mereka dan kerja selanggara anda yang lakukan setiap minggu.

Ini boleh menjadi besar bila pelanggan anda bertambah. Asalkan anda minta bercucuk tanam pokok perhiasan.

8. Perniagaan membaiki paip dan kebocoran rumah

Perniagaan ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh para pendatang terutamanya dari Indonesia. Orang kita malas atau mungkin tak ada masa. Ramai usahawan berbangsa Cina yang buat duit dengan perniagaan ini sejak lama dulu.

Dengan jumlah perumahan yang sentiasa bertambah, ia meningkatkan permintaan. Anda boleh tawarkan pada jiran-jiran di sekeliling anda untuk selesaikan sebarang masalah paip dan kebocoran.

9. Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan

Ini juga perniagaan yang telah diserang ole para pendatang samada dari Indonesia mahupun dari Bangladesh. Mereka tawarkan harga yang murah.

Tapi anda boleh dapatkan kerja ubahsuai rumah dengan kualiti dan jaminan yang bermutu tinggi. Pergi ke arah pasaran mewah supaya anda tidak perlu bersaing dengan pendatang dalam industri ini.

10. Perniagaan hiasan dalaman

Ini satu perniagaan yang dah lama bertapak. Permintaannya semakin tinggi apabila jumlah penduduk berpendapatan pertengahan semkain meningkat di negara kita.

Jika anda minat kerja hiasan dalaman, anda ada kelebihan untuk tawarkan pada pelanggan atau kenalan anda. Sasarkan pelanggan mewah dan jangan fokus pada pasaran yang ekonomi.

11. Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat

Saya pernah bertemu dengan sekumpulan warga Arab yang berhijrah ke Sweden. Mereka memulakan perniagaan kecil dengan menawarkan khidmat cuci rumah dan pejabat di Sweden. Kini mereka semua jadi jutawan dengan kerja-kerja selenggaraan pejabat dan perumahan.

12. Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak

Ada lambakan pendatang asing dari Indonesia yang cekap dalam kerja-kerja kemas rumah dan memasak. Gunakan pembantu rumah yang anda ada untuk kembangkan tawaran kerja pada semua jiran anda. Bila pelanggan bertambah, tambah pembantu rumah anda.

13. Perniagaan khidmat hantar makanan

Pernahkah anda dengar satu syarikat Dawabbala dari India. Kerja mereka hanya hantar makanan yang diambil dari isteri di rumah pelanggan untuk dihantar pada suami mereka yang bertugas di pejabat.

Perniagaan ini dikagumi oleh dunia antarabangsa kerana ketepatan dan kecekapan mereka melaksanakan tugas. Kalau anda seorang penghantar surat, anda boleh lakukan tugasan ini dengan bermula dari kecil.

14. Perniagaan khidmat hantar budak sekolah

Ini perniagaan yang sangat mudah dan semua orang yang ada anak tahu kepentingannya. Jika anda ada anak yang gunakan perkhidmatan bas sekolah tentu anda tahu di mana kelemahan yang boleh diperbaiki.

Kelemahan itu adalah peluang dan sudah tentu orang lain juga mengharapkan ada pengusaha bas sekolah yang mampu selesaikan amsalah tersebut.

Beli satu van atau bas sekolah dan cari pemandu yang pencen yang mahu tambah pendapatan. Anda dah mulakan perniagaan ini…

15. Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang

Kalau di negeri yang industri perkilangannya hebat, ada anyak peluang untuk perniagaan ini. Kawan saya di Pulau Pinang bermula dengan menggunakan sebuah van hantar pekerja kilang. Sekarang dia ada 30 buah bas dan 70 buah van kilang.

Semuanya dimulakan dari kecilan-kecilan dan akhirnya dia kaya raya walaupun kelulusannya hanya setakat tingkatan 3.

16. Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak

Banyak kekecewaan di kalangan ibu bapa yang terpaksa hantar anak kecil mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Macam-macam kes ada berlaku sekarang, ada yang anak mereka diberikan pil pelali, anak mereka diikat dan didera dan macam-macam lagi.

Jika anda minat jaga anak kecil, anda lemah lembut penyabar, tawarkan perkhidmatan ini pada ibu bapa yang sedang risau di luar sana.

17. Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan

Perniagaan ini mungkin sesuai hanya di pusat bandar. Bila orang bandar kesunyian, mereka bela binatang. Bila mereka kerja, binatang mereka perlu diawasi. Begitu juga bila mereka outstation perlu ada orang yang jaga binatang mereka.

Permintaan terhadap perkhidmatan ini secara profesional mula bertambah. Ia amat niche dan bukan semua orang mampu lakukannya.

Jika anda ada kemahiran, suka binatang dan tahu macam mana nak bela binatang dengan baik, boleh mulakan perniagaan ini.

18. Perniagaan khidmat potong atau trim pokok

Pokok magga depan rumah saya sentiasa besar dan rendang semula setiap kali dipotong. Bila jadi begitu, jiran-jiran tak suka sebab pokok terlalu besar dan rendang banyak keluarkan daun dan kotorkan rumah mereka.

Saya terpaksa umah pekerja Bangladesh untuk potong dan trim pokok mangga tersebut. Banyak lagi orang macam saya yang perlukan khidmat ini.

Ini satu peluang perniagaan parttime yang boleh dilakukan hanya pada waktu cuti. Mula secara kecil-kecilan dulu.

19. Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula

Rasanya ramai dah mulakan perniagaan ini. Ramai warga India yang buat kerja ini dan ramai juga warga Bangladesh yang kaut melebihi seribu sebulan hanya dengan aktiviti kumpul barang terbuang.

Mungkin anda akan terkejut jika saya katakan bahawa industri kumpul barang kitaran semula ini lahirkan ramai jutawan!

20. Perniagaan baik pulih barang lama

Kalau anda ada Astro, anda tentu suka tengok bagaimana kumpulan pulihkan barang lama ini berikan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Memang hebat dan pasarannya ada terutamanya dari mereka yang ada duit.

Negara kita ada ramai peminat barang antik dan lama, maknanya perniagaan ini boleh saja dimulakan jika anda ada minat dan kemahiran.

21. Perniagaan baik pulih barang antik

Ini macam kerja d atas juga, tapi lebih menjurus pada hasil koleksi yang mahal. Kalau barang lama pasarannya lebih luas, barang antik pasarannya lebih fokus.

Bukan semua orang suka barang antik untuk dibuat koleksi tapi pasaran itu tetap ada dan mewah sebenarnya.

Kawan saya beli barang antik, pulihkannya dan jula semula dengan harga berpuluh kali ganda dari asal.

22. Perniagaan khidmat guaman

Kalau anda lawyer, anda boleh buka perniagaan ini. Kalau anda ada pengalaman kerja di firma peguan, anda juga boleh mulakan perniagaan ini dengan gunakan lesen peguan yang bertauliah.

Tak perlu masuk mahkamah, anda hanya buat kerja beli rumah dan urusan berkenaan peguam sahaja, hasilnya agak mewah seenarnya.

23. Perniagaan sewa rumah atau sublet

Ramai jadi usahawan hartanah dengan mulakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Terutamanya yang tak ada kerna seperti suri rumah, anda boleh jadi ajen pada tuan rumah kosong yang tinggal berjauhan dari rumahnya.

Ada ramai orang yang beli rumah tapi tak duduk sebab berpindah tempat kerja di luar kawasan. Hubungi mereka dan sewa rumah mereka.

Sewakan balik pada orang lain dan anda uruskan penyelenggaraan rumah tersebut. Bila ada modal beli dan sewakan…

24. Perniagaan jual barang lama

Kalau di atas tadi lebih kepada perkhidmatan baik pulih, kali ini lebih kepada trading. Anda beli dan hantar pada kewan yang tahu baik pulih barang lama. Bila dah ok, pasarkan pada siapa yang sudi membelinya. Buat blog atau gunakan FB.

Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabut rumah atau pejabat. Ramai yang lebih suka berjimat terutamanya orang bujang atau keluarga yang susah.

25. Perniagaan jual barang antik

Sama juga dengan barang lama, tapi kali ini adalah barang antik. Barang lama murah, sebaliknya barang antik amat mahal. Jadi sasarannya adalah mereka yang kaya dan ada minta buat koleksi barang antik.

Pastikan anda tahu di mana boleh baiki barang antik. Hantar baiki dan pulihkan semula dan dalam pada itu cari pembeli. Sama juga, gunakan blog atau FB.

26. Perniagaan tuisyen budak sekolah

Ada ramai cikgu yang mula buat kelas tambahan atau tuisyen secara kecil-kecilan akhirnya berhenti kerja cikgu dan buat tuisyen sepenuh masa. Pendapatan jauh lebih tinggi daripada kerjaya cikgu.

Bukan cikgu juga boleh buat perniagaan ini. Asalkan anda belajar tinggi, boleh saja. Atau sediakan tempat dan cari cikgu untuk kerja dengan pusat tuisyen anda.

27. Perniagaan urus akaun syarikat

Ini kerja berkemahiran. Jika anda ada kelulusan akaun, pernah kerja atau sedang kerja dengan syarikat audit, anda boleh mulakan buat secara separuh masa jaga akaun syarikat kecil. Mulakan dengan satu syarikat dan tambah dan akhirnya boleh buat fulltime.

28. Perniagaan ajar orang masak

Jika anda suka masak, pandai masak dan ada kemahiran ajar orang masak. Buat kelas ajar memasak. Ramai orang kaya dengan ajar orang masak dan dia tak buka restoran pun.

Chef Li yang popular dengan buku jutawan senyap itu pun kerjanya ajar orang masak. Cari dapur, sewa dan pasarkan tawaran anda di FB. Perniagaan anda dah bermula. Boleh buat secara part time.

29. Perniagaan ajar orang menjahit

Sama seperti ajar orang masak, kalau anda ada kemahiran menjahit, ada kemahiran mengajar, maka boleh mulakan perniagaan ajar orang menjahit. Tak perlu ajar semua kemahiran menjahit dengan berbagai jenis pakaian.

Cari jenis pakaian apa yang anda paling mahir dan tawarkan mengajar bab itu saja. Lebih fokus dan mudah. Pasarkan di FB dan blog.

Sewa pusat menjahit pada hujung minggu dan perniagaan anda sudah bermula.

30. Perniagaan ajar orang berniaga

Ini juga satu jenis perniagaan yang besar pasarannya. Seeloknya anda ada kemahiran mengajar dan ada perniagaan yang terbukti mampu sara kehidupan anda. Ajar orang apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan kalau nak berniaga.

31. Perniagaan baik pulih perniagaan

Jika anda ada kerajinan dan daya analitikal yang tinggi. Dan ada juga ada ramai kenalan dari berbagai kemahiran dalam berbagai industri. Anda boleh buat tawaran untuk pulihkan perniagaan orang.

Biasanya taukeh akan sesat dan hilang arah di dalam perniagaannya sendiri. Bila ada orang luar membantu pulihkan perniagaannya, adalah lebih mudah kerana idea segar dan baru akan disuntik.

32. Perniagaan ajar orang bertani

Ramai juga yang sudah lemas hidup di bandar. Mereka ada tanah dan nak bertani, tapi tak ada ilmu. Jika anda ada kemahiran dan pengalaman bertani, ramai yang mahu belajar.

Pastikan ada sekali latihan praktikal dan pilih tanaman yang terbukti berjaya mampu jana wang. Ada seorang kawan yang tanam nangka madu dan pendapatan yang dijana sebulan tak kurang dari RM25 ribu!

33. Perniagaan ajar orang memimpin

Negara kita kekurangan mereka yang mampu memimpin dengan baik. Ramai yang teringin nak jadi pemimpin tapi tak tahu mana nak mula.

Di luar negara, ilmu kepimpinan mendapat permintaan tinggi dari mereka yang mahu melonjakkan kerjaya.

Jika anda ada kemahiran memberikan ceramah, memberi motivasi dan berpengalaman memimpin, boleh anjurkan tawaran kelas latihan samada secara berterusan atau sekali sekala.

34. Perniagaan ajar orang jaga kesihatan

Ini dah jadi satu perniagaan yang semakin popular. Ada ramai pembimbing kesihatan peribadi muncul untuk membimbing mereka yang mahu jaga dan kekalkan kesihatan.

Pastikan anda sendiri seorang yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat. Diri anda sendiri boleh dijadikan sebagai testimoni kejayaan teknik jaga kesihatan yang anda amalkan.

35. Perniagaan ajar seni pertahanan diri

Saya suka tonton cerita Ip Man, bekas guru Bruce Lee yang mahir dalam seni Win Chun. Jika anda pandai seni silat atau mana-mana seni pertahankan diri lain, anda ada kelebihan untuk buka kelas secara kecil-kecialan.

36. Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur

Ini dah ramai yang anjurkan. Ada banyak kelas yang mengajar orang ramai macam mana nak main saham dan jadi kaya.

Jika anda jadikan kaya sebagai daya tarikan, pastikan anda sendiri kaya dengan main saham. Jika tidak, cukup sekadar berikan ilmu penting asas bagaimana nak mula dan main saham. Tentu ramai yang mahu belajar.

37. Perniagaan ajar orang ilmu hartanah

Ini pun dah ramai yang anjurkan. Biasanya mereka yang dah buktikan diri mereka berjaya dengan ilmu hartanah dan jadi kaya akan mula anjurkan kelas hartanah.

Mereka mahu ajar teknik yang dah mereka amalkan dan terbukti berkesan. Dalam masa yang sama mereka mahu kembangkan lagi jaringan kenalan pemain hartanah. Jika anda ada ilmu tersebut, bolah buat kelas sambilan untuk mereka yang baru nak mula.

38. Perniagaan ajar orang menulis

Sejak dunia internet berkembang maju, semakin ramai orang yang ingin mengasah bakat menulis mereka. Banyak kegunaannya, terutamanya untuk kembangkan perniagaan menggunakan teknologi internet.

Ada juga yang teringin nak tulis buku, ada yang nak luahkan pemikiran agar dapat dikongsikan oleh orang lain dengan lebih ramai.

Jika anda cikgu atau ada pengalaman dalam dunia penulisan, boleh mula buat bisnes ajar orang menulis secara sambilan dan kecil-kecilan. Insyaallah ada sambutan.

39. Perniagaan ajar orang berkomunikasi

Tak guna otak bijak, tapi tak mampu sampaikan pada orang lain walaupun perkara yang asas. Ramai orang yang berjaya walaupun tak berapa hebat pencapaian akademiknya adalah kerana kebolehan berkomunikasi dengan baik.

Ramai pemimpin yang ada di atas juga banyak dibantu oleh kebolehan berkomunikasi. Ramai yang dah sedar kepentingannya dan jika anda ada kemahiran dalam bab ini, buka kelas dan ajarlah orang ramai. Tentu ramai yang mahu.

40. Perniagaan ajar orang berenang

Masa kecil dulu, hanya kanak-kanak nakal saja yang akan tahu berenang. Sebab mereka curi-curi mandi sungai. Sekarang, tak ada sungai dalam bandar. Kalau ada pun kotor.

Ramai yang tak ada kemahiran untuk berenang sedangkan ianya adalah senaman yang amat baik. Jika anda ada kemahiran ajar berenang, tawarkan saja pada jiran dan rakan. Ajar mereka dan anak-anak mereka secara peribadi setiap minggu. Ramai yang berminat nak belajar berenang.

41. Perniagaan ajar orang hias rumah

Sudah ramai yang jual barang perhiasan rumah. Ramai juga yang usahakan bisnes khidmat hias rumah.

Jika anda ada kemahiran dalam industri hiasan dalaman, buka saja kelas untuk ajar mereka samada surirumah atau individu pain yang nak ceburkan diri dalam dunia perhiasan dalaman. Sambil ajar hias rumah anda juga boleh jual produk yang berkaitan.

42. Perniagaan jual buku online

Anda tentu tahu tentang Amazon.com yang bermula hanya dengan idea untuk menjadikan internet sebagai platform menjual buku. Memang susah kalau nak lawan amazon yang dah bertukar menjadi raksaksa besar dalam dunia jualan berbagai produk.

Tapi masih ada ruang sebenarnya jika anda minat pada buku. Apatah lagi jika anda mampu menulis buku atau ada keupayaan kumpulkan buku lama dan pasarkannya di internet.

43. Perniagaan jual ebook online

Ini satu lagi peluang perniagaan yang masuk dalam kategori buku juga, tapi bukan secara cetakan. Ada usahawan yang jadikan perniagaan e-book ini sebagai perniagaan dengan memasarkan tajuk-tajuk penulisan menarik dalam bahasa melayu.

Saya dengar pendapatannya mencecah RM20 ribu sebulan hasil daripada jualan ebook sahaja. Jika anda ada masa belajarlah buat ebook dan jual sendiri secara online.

44. Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan

Perniagaan yang berhubung kait dengan ilmu selenggara peralatan ini memang ada potensi. Bukan saja untuk mereka yang minat nak baiki kenderaan mereka sendiri, malah juga untuk mereka yang nak dapatkan kerja dalam bidang baiki kenderaan ataupun nak buka bengkel kenderaan.

45. Perniagaan jual basikal

Sekarang amat mudah untuk anda beli basikal daripada negara China atau negara lain. Boleh order secara online, buat bayaran dan basikal akan dihantar pada anda.

Anda boleh cuba buat yang sama dengan gabungkan parts basikal berkualiti dari berbagai sumber, pasang sendiri sebagai prototype dan pasarkan melalui internet. Semua ini boleh berlaku dengan kemudahan teknologi dan rangkaian logistik yang hebat.

46. Perniagaan kedai runcit

Tak perlu nak cerita panjang tentang perniagaan ini. Ramai orang melayu dah pandai buka dan uruskan kedai runcit. Kalau ada modal RM10 ribu, anda boleh dapatkan barangan bernilai sekurang-kurangnya RM20 ribu sebagai permulaa untuk isi para di kedai runcit anda.

47. Perniagaan khidmat jaga orang tua

Ini satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai dalam zaman ini. Kedua-dua tunggak utama keluarga iaitu suami isteri bekerja dan hampir semua orang sibuk dengan urusan dunia masing-masing.

Bila ibu tua di kampung semakin lemah, tak ada orang nak jaga dengan baik segala kebajikan makan dan minum ibu tua tersebut.

Jika anda jenis suka bela orang tua, ada kenal kawan-kawan yang begitu dan ada masa, tawarkan khidmat jaga orang tua macam sistem nursery kanak-kanak. Tapi bukan untuk kanak-kanak sebaliknya untuk orang tua. Ada faham? Buatlah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, August 25, 2019

Kekayaan Firaun Mesir Yang Tidak Dapat Dibayangkan

Kekayaan Firaun Mesir Yang Tidak Dapat Dibayangkan

Ramai tahu bahawa Mesir merupakan antara tamadun paling purba dalam sejarah, dengan pelbagai infrastruktur yang mengagumkan sepanjang mata memandang, sehinggalah kepada ilmu-ilmu hebat seperti perubatan, matematik dan juga astronomi.

Kekayaan Firaun Mesir

Namun, salah satu keagungan Mesir Purba yang jarang dibicarakan ialah kekayaan yang dimilikinya.

Kalau Mesir Purba tidak kaya, tidak akanlah makam-makam pemerintah Mesir Purba atau lebih dikenali sebagai Firaun ini menjadi mangsa rompakan para penjarah.

Bercakap mengenai makam firaun, mungkin dari sini kita boleh bermula bercerita tentang kekayaan firaun dalam sejarah.

Firaun Tutankhamen

Memperkenalkan kepada anda Firaun Tutankhamen yang terkenal dengan penemuan emas-emas yang tidak terbayang dek akal, dikebumikan bersama dengan jasadnya.

Firaun Tutankhamen bukanlah sesiapa pun dalam sejarah berbanding banyak lagi firaun, tetapi pada penemuan yang dijumpai berkaitan di makam beliau:
  • Firaun Tut dikebumikan bersama dengan tiga buah keranda.
  • Sebuah keranda kuarsit berwarna kuning yang diseliputi oleh emas.
  • Terdapat sebuah keranda yang diperbuat daripada emas yang menempatkan jasad Firaun Tut.
  • Pada jasadnya pula, terdapat sebuah topeng emas, manakala bahagian tubuhnya pula dihiasai permata bertakhta berlian dan barangan kemas yang lain.
  • Pada segala perabot yang ditempatkan dalam makamnya pula, ia dilapik oleh daun emas yang diperbuat umpama sebuah kertas.

Bayangkan kekayaan yang dimiliki oleh Firaun Tut sahaja, pada hari ini kekayaan yang ditanam di makam tersebut berjumlah lebih 680 juta dolar mencapai angka bilion ringgit.

Ramses II

Itu belum lagi kita bercakap bagaimana Ramses II, yang merupakan firaun teragung dalam sejarah Mesir Purba.

Ramses II pada zaman kemuncaknya dikatakan memiliki lebih 200 isteri dan dayang, memiliki sebuah kota yang dibina lalu dinamakan di atas namanya sendiri.

Pada zamannya, Mesir Purba tidak pernah melihat sebarang projek mega yang dibangunkan di serata Mesir.

Ketika Ramses II mati pada usia 92 tahun, seluruh Mesir Purba menjadi panik kerana menyangka bahawa dunia akan tamat kerana keagungan yang dimilikinya membuatkan Ramses II dipuja laksana TUHAN.

Kalau Firaun Tut dimakamkan bersama dengan segala perhiasan emas, Ramses II pula dimakamkan dan dimumiakan dengan pelbagai rempah menyelubungi tubuhnya.

Rongga hidungnya sahaja dipenuhi dengan rempah termahal abad silam, iaitu lada hitam.

Walaupun sebahagian besar hartanya telah hilang dirompak oleh penjarah makam, ia tetap meninggalkan seribu tanda tanya kepada kita.

Tentulah berganda-ganda kekayaan yang dimilikinya berbanding seorang raja lain yang tidak begitu terkenal seperti Firaun Tutankhamen.

Cleopatra

Atau mungkin juga kita boleh bercakap mengenai firaun wanita paling kaya dalam sejarah Mesir Purba iaitu Cleopatra.

Cleopatra disenaraikan oleh majalah Money Magazine’s ditempat ketujuh dalam sejarah, dengan kekayaannya dianggarkan bernilai 95 bilion, di mana jika digabungkan kekayaan milik Elon Musk dan juga pengasas Facebook hari ini, Mark Zuckerberg, masih lagi tidak mampu menandingi kekayaan miliknya.

Ini tidak menghairankan kerana ketika itu, Mesir adalah sebuah negara kaya raya yang mendapat manfaat dari kekayaan sumber bumi dan perdagangan komoditi seperti kaca, gandum, emas, minyak, papyrus dan banyak lagi.

Sebab itu jugalah yang membawa perhatian Julius Caesar daripada Rom untuk memberi perhatian kepada Mesir di bawah pemerintahan Cleopatra.

Amenhotep III

Tentu kita tidak akan terlepas daripada bercakap mengenai Amenhotep III yang sering didabik sebagai firaun terkaya dalam sejarah, sehingga kekayaannya seringkali membuatkan raja-raja kerajaan dan tamadun berdekatan cemburu.

Diceritakan bahawa, betapa kayanya Amenhotep III yang terkenal kerana mentadbir lombong emas di Nubia dalam penemuan sebuah surat Amenhotep III.

Surat Amarna yang isi kandungannya adalah dasar diplomasi Amenhotep III meminang puteri-puteri raja dari kerajaan yang berdekatan.

Dalam surat itu, dinyatakan raja-raja asing dari kerajaan asing tanpa segan silu merayu untuk memiliki emas yang dimiliki oleh Amenhotep III.

Amenhotep III menjawab dengan memberikan sedikit kekayaannya, tetapi sentiasa meninggalkan selebihnya membuatkan raja-raja lain semakin ingin merasai dan menikmati kekayaannya.

Kekayaannya membuatkan raja sekalipun, berasa cemburu dan menggemis tanpa segan, adalah bukti sebenar-benarnya sebuah kekayaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Apa Sebenarnya Shinto, Agama Rasmi Negara Jepun?

Apa Sebenarnya Shinto, Agama Rasmi Negara Jepun?

Shinto merupakan ajaran agama di Jepun yang sangat sukar dikelaskan kerana pada satu pihak, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk animisme yang lebih sofistikated dan boleh dianggap sebagai agama awal, manakala yang lain pula, kepercayaan dan cara pemikiran Shinto terbenam jauh ke dalam minda luar sedar masyarakat Jepun moden.

Amaterasu, Dewi Matahari
Amaterasu, Dewi Matahari.

Shintō membabitkan penyembahan Kami, yang boleh diterjemahkan sebagai Dewa, penunggu (nature spirits), atau kehadiran semangat.

Sesetengah Kami terbatas di suatu tempat dan boleh dianggap sebagai penunggu atau asal sesuatu tempat, tetapi sesetengah yang lain melambangkan objek semula jadi yang penting atau kejadian, sebagai contoh, Amaterasu, Dewi Matahari.

Shen Dao

Perkataan Shinto dicipta daripada gabungan dua huruf bahasa Cina (神道, dibaca shen dao menurut bacaan Cina moden).

Perkataan pertama bererti "ketuhanan" atau "Tuhan" dan boleh juga dibaca sebagai "kami" dalam bahasa Jepun.

Huruf kedua bererti "jalan" atau "arah," ialah perkataan yang digunakan bagi perkataan "Taoisme" dan dengan itu, Shinto secara harafiahnya bererti, laluan ke arah ketuhanan 'kami'.

Selepas Perang Dunia II, Shinto kehilangan statusnya sebagai agama kebangsaan; kebanyakan amalan dan ajaran Shinto, yang dititikberatkan sebelum perang, tidak lagi diajar atau diamalkan walaupun sesetengahnya kekal sebagai aktiviti harian seperti omikuji.

Sejarah Shinto

Asal usul Shinto lenyap dalam lipatan sejarah, tetapi kemungkinan ia bertapak pada akhir tempoh Jomon.

Terdapat beberapa teori mengenai leluhur penduduk Jepun masa kini, tambahan kepada teori yang diterima umum mengenai perpindahan dari Asia Tengah atau Indonesia, teori yang kurang dikenali mencadangkan hubungan antara amalan Shinto moden dan tradisi Yahudi silam.

Kemungkinan, selepas ketibaan leluhur Jepun kini, setiap puak dan kawasan mempunyai Dewa-dewa dan upacara mereka sendiri tanpa sebarang kaitan rasmi antara sesebuah kawasan.

Dengan kebangkitan kuasa leluhur keluarga Imperial mengatasi kumpulan lain, berhala leluhur mereka mengatasi dewa kumpulan yang lain, walaupun sistem berlainan masih wujud.

Buddha

Pengenalan penulisan pada abad ke-5 dan Buddha pada abad ke-6 memberikan kesan besar terhadap perkembangan sistem kepercayaan Shinto tunggal.

Dalam tempoh yang singkat, Kojiki (RekodPm, 712) dan Nihonshoki (Sejarah Jepun, 720) ditulis dengan mengumpul mitos dan legenda yang ada menjadi penceritaan bergabung (unified account).

Gambaran ditulis dengan dua matlamat

Pertama, penceritaan sofistikated dan pengenalan tema Taois, Konfusian dan Buddha dalam penceritaan bertujuan bagi mengagumkan negara Cina dengan kemajuan Jepun.

Orang-orang Jepun yang berasa terancam dengan budaya Cina yang lebih maju dan berharap untuk menghasilkan hasil kerja yang setanding.

Kedua, penceritaan tersebut bertujuan bagi mengukuhkan sokongan bagi pengesahan Maharaja, berasaskan leluhur keturunan daripada Dewi Matahari (Sun Goddess) Amaterasu.

Kebanyakan kawasan Jepun moden berada di bawah kawalan keluarga Maharaja dan kumpulan etnik saingan (kemungkinan termasuk, leluhur Ainu) terus menentang pencerobohan Jepun.

Mitos

Analogi mitos (mythological anthologies), bersama dengan anologi puisi lain seperti Manyoshu dan yang lain, kesemuanya bertujuan menekankan kepada yang lain mengenai kewibawaan keluarga Maharaja dan amanah para dewa untuk memerintah Jepun.

Pandangan selaras (syncretic) Kukai diterima ramai sehingga akhir tempoh Edo yang pada masa itu, terdapat kebangkitan kembali minat mengenai "pengajian Jepun," kemungkinan disebabkan polisi negara tertutup.

Pemulihan Meiji

Pada abad ke-18, ramai golongan terpelajar Jepun, terutamanya Motoori Norinaga (1730 – 1801), cuba untuk mengenali Shinto "sebenar" daripada pengaruh asing.

Cubaan itu tidak berjaya, kerana seawal Nihonshoki, sebahagian daripada mitos jelas diserap daripada doktrin Cina.

Sebagai contoh, pasangan dewa pencipta Izanami dan Izanagi jelas setanding dengan Yin dan Yang bagaimanapun, cubaan tersebut menjadi pelantar bagi kebangkitan Shinto negara, selepas pemulihan Meiji.

Berikutan pemulihan Meiji, Shinto dijadikan agama rasmi Jepun dan gabungannya dengan Buddha diharamkan.

Semasa tempoh ini, dirasakan bahawa Shinto diperlukan bagi menyatukan negara di bawah Maharaja sebagai proses memodenkan dengan seberapa cepat yang mungkin.

Ketibaan kapal perang Barat dan keruntuhan kesyogunan menyakinkan orang ramai bahawa negara perlu bersatu sekiranya tidak ingin dijajah oleh kuasa asing.

Dengan itu, Shinto digunakan sebagai alat bagi menggalakkan penyembahan Maharaja (Empayar) dan Shinto dieksport ke jajahan yang ditawan seperti Hokkaido dan Korea.

Era Shinto sebagai agama kebangsaan berakhir secara tiba-tiba dengan tamatnya Perang Dunia II.

Jelas bahawa Kami telah gagal untuk mendatangkan Angin Tuhan (Divine Wind) (kamikaze) untuk mematahkan penjajah asing.

Pegangan Agama Merosot

Sejurus selepas perang, Maharaja turut mengeluarkan kenyataan yang membatalkan tuntutannya sebagai status "dewa hidup".

Selepas perang, kebanyakan orang Jepun telah mempercayai bahawa "hubris" Empayar mendorong kepada kejatuhan mereka.

Keghairahan menjajah negara asing telah membutakan pemimpin mereka mengenai kepentingan tanah air sendiri.

Ketika tempoh selepas perang, pelbagai "agama baru" muncul, kebanyakan mereka kononnya berasaskan Shinto, tetapi secara keseluruhan ketaatan penduduk Jepun kepada agama merosot.

Selepas perang, Shinto kebanyakkannya kekal tanpa menumpu kepada mitos atau kebenaran oleh dewa (divine mandate) kepada keluarga Maharaja.

Sebaliknya, kuil lebih cenderung membantu orang miskin biasa mendapatkan nasib yang lebih baik dengan cara mengekalkan hubungan baik dengan nenek moyang mereka dan Kami yang lain.

Cara pemikiran Shinto kekal menjadi cara pemikiran penduduk Jepun yang penting, walaupun jumlah penduduk yang mengaku diri mereka taat beragama merosot dengan teruk.

Kehidupan Duniawi

Hidup selepas mati bukannya matlamat utama dalam kepercayaan Shinto dan lebih banyak tekanan diberikan kepada kehidupan duniawi, bukannya persediaan untuk dunia selepasnya.

Shinto tidak mempunyai set dogma tertentu, tiada tempat suci untuk disembah, tiada orang atau kami dianggap lebih suci dan tiada cara menyembah yang khusus.

Sebaliknya, Shinto merupakan himpunan kaedah dan upacara bertujuan untuk menyelaraskan hubungan manusia hidup dengan kami.

Perlakuan ini bermula secara organik di Jepun melangkau beberapa abad dan dipengaruhi oleh hubungan Jepun dengan agama negara lain, terutamanya China.

Sebagai contoh, perkataan Shinto sendiri berasal daripada bahasa Cina dan kebanyakan pengukuhan pengkodifikasian mitos Shinto dilakukan dengan matlamat khas bagi menjawab pengaruh budaya Cina.

Contohnya, Shinto secara berterusan memberi kesan pada pelaksanaan agama lain di Jepun terutamanya, seseorang dapat membina kes untuk berbincang mengenainya di bawah tajuk Buddha Jepun, kerana kedua-dua agama telah mempunyai kesan yang mendalam sesama sendiri sepanjang sejarah negara ini.

Tambahan lagi, kepercayaan Jepun moden yang muncul semenjak akhir Perang Dunia II telah menunjukkan pengaruh Shinto yang jelas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

5 Syarikat Insurans Terbaik Di Dunia

5 Syarikat Insurans Terbaik Di Dunia

Syarikat insurans menawarkan kepastian terhadap kesakitan ekonomi yang kita alami, seperti menampung kos belanja perubatan jika sesuatu buruk berlaku dan tahukah anda, dalam banyak-banyak syarikat insurans yang wujud di dunia, berikut adalah yang terbaik kerana mampu memberikan perlindungan terhebat kepada pemegang polisi.

Syarikat Insurans Terbaik

Banyak kriteria untuk syarikat-syarikat ini terpilih termasuklah kutipan premium, pendapatan, keuntungan, permodalan pasaran, aset dan banyak lagi. Susunan kedudukan adalah secara rawak.

1. Prudential plc

Syarikat insurans yang berasal dari British ini berpangkalan di London, United Kingdom.

Prudential plc diasaskan di London pada tahun 1848 dan beroperasi bagi memberikan perkhidmatan kepada 24 juta pelanggan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia dan baru sahaja melebarkan sayap ke Afrika.

Dengan kakitangan seramai 22,308 di seluruh dunia, ia menjadi salah satu syarikat insurans terbaik di dunia dengan asset sebanyak RM2.8 trilion.

Antara anak syarikat Prudential plc dan menjadi bisnes utama dalam kumpuan ini adalah Prudential Corporation Asia, Prudential U.K, Jackson National Life Insurance Company dan juga M&G Investment.

Prudential U.K merupakan antara salah satu pembekal utama pencen manakala Jackson National Life Insurance Company adalah syarikat insurans utama di Amerika Syarikat.

Prudential plc juga disenaraikan dalam bursa saham London, Hong Kong, Singapura dan juga New York.

Prudential plc merupakaan antara 3 pembekal insurance hayat terbaik di Malaysia, Hong Kong, India, Indonesia, Singapura, Filipina dan juga Vietnam.

Pada tahun 2016, Prudential plc menjana keuntungan sebanyak RM394 billion.

2. Berkshire Hathaway

Syarikat konglomerat dari Nebraska, Amerika Syarikat ini diasaskan pada tahun 1889 dan dikaitkan dengan Warren Buffet, orang yang bertanggungjawab menjadikan Berkshire Hathaway sebagai salah satu syarikat terbesar di dunia.

Warren Buffet juga merupakan Presiden, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat insurans ini.

Selain daripada insurans, syarikat yang berpangkalan di Omaha ini juga merupakan peneraju dalam pengurusan pelaburan dan terlibat dalam beberapa industri lain termasuk kewangan, utiliti dan tenaga, pembuatan, servis dan juga peruncitan, melalui anak-anak syarikatnya.

Syarikat-syarikat di bawah Berkshire Hathaway termasuklah GEICO, BNSF, Dairy Queen, FlightSafety International, Lubrizol, Fruit of the Loom, Helzberg Diamonds dan NetJets.

Ia juga merupakan pemegang saham sebanyak 26% syarikat Kraft Heinz. Sebanyak RM1.23 trilion keuntungan dikaut oleh syarikat ini pada tahun 2016.

3. AXA

AXA merupakan sebuah syarikat insurans Perancis yang boleh dikatakan sebagai syarikat insurans nombor 1 di dunia.

Ia diasaskan 200 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1817 melalui gabungan beberapa syarikat insurans dan juga merupakan antara syarikat insurans tertua di dunia.

Beroperasi di 56 buah negara dan mempunyai kakitangan seramai 157,000 orang, syarikat ini berjaya memenangi hati 102 juta pelanggan di serata dunia.

Insurans harta dan kecederaan, insurans hayat, simpanan dan pengurusan aset adalah merupakan perniagaan utama oleh AXA.

Syarikat ini berpangkalan di Paris, Perancis dan berurusan di beberapa benua termasuklah benua Amerika, Afrika dan Eropah serta negara-negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

AXA berjaya memperoleh 51% operasi insurans daripada syarikat Colpatria Seguros di Colombia, dan juga memperoleh 50% daripada syarikat Tian Ping (syarikat hartanah dan insurans kecederaan), membuatkan AXA menjadi pembekal insurans antarabangsa terbesar di China.

Keuntungan oleh syarikat AXA pada tahun 2016 adalah sebayak RM503 billion.

4. Zurich Insurance Group - Switzerland

Syarikat Zurich Insurance Group beroperasi di lebih 170 negara di serata dunia yang menawarkan produk dan servis insurans.

Diasaskan di Switzerland pada tahun 1872, ia mempunyai 55,000 kakitangan di seluruh dunia dan teras utama kepada syarikat ini termasuklah insurans am, kehidupan global dan juga insurans petani.

Zurich Insurance Group menjana keuntungan sebanyak RM289 billion pada tahun 2016.

5. China Life Insurance

Syarikat insurans ini adalah syarikat termuda dan merupakan satu-satunya syarikat yang diasaskan pada abad ke-20 dalam senarai ini.

China Life Insurance adalah syarikat insurans dan servis kewangan terbesar yang dimiliki oleh kerajaan China.

Walaupun masih baru, ia mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang berusia ratusan tahun.

Antara salah satu faktor adalah disebabkan populasi rakyat China yang hampir mencecah 1.4 billion orang.

Diasaskan pada tahun 1949, syarikat ini melalui proses penstrukturan pada tahun 2003 dan mempunyai 7 anak syarikat.

Perniagaan China Life Insurance berteraskan insurans hayat, pelan pencen, pengurusan aset, hartanah dan kecederaan, pegangan pelaburan dan juga operasi luar negara.

China Life Insurance disenaraikan di bursa saham New York, Hong Kong dan Shanghai.

Dengan aset RM1.56 trilion, syarikat ini merupakan syarikat insurans hayat awam terbesar dari segi permodalan pasaran di dunia.

Syarikat Insurans Hayat Terbaik Di Malaysia

Menurut laman sesawang Health Family, berikut adalah 9 syarikat insurans hayat terbaik di Malaysia pada tahun 2016:
  1. Great Eastern Life Assurance
  2. Prudential Assurance Malaysia Berhad
  3. Mayban Life Assurance
  4. Manulife
  5. AIA (American International Assurance)
  6. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
  7. Tokio Marine Life Insurance
  8. Zurich Insurance Malaysia
  9. Hong Leong Assurance

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Alyssa Carson, Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet Marikh

Alyssa Carson, Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet Marikh

Misi ke planet Marikh bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telah dimulakan sejak tahun 1965, apabila Mariner 4, kapal angkasa tanpa pemandu NASA berjaya menghampiri planet ini dan menghantar gambar planet Marikh secara dekat yang pertama.

Alyssa Carson manusia pertama ke Marikh

Kemudian, pada tahun 1971, Mars 3, kapal angkasa milik Soviet Union berjaya berada di orbit planet Marikh dan berjaya mengumpul data-data penting seperti topografi, atmosfera, cuaca dan geologi planet Marikh.

Malangnya, hanya data selama 20 saat berjaya dihantar ke bumi sebelum ianya terputus hubungan.

Kajian demi kajian mengenai planet Marikh yang dilakukan oleh pelbagai organisasi ini menjadikan misi menjejakkan kaki dan menghantar manusia ke planet Marikh semakin menarik.

Adakah ianya bakal menjadi realiti dalam beberapa tahun akan datang?

Alyssa Carson Bakal Menjadi Manusia Pertama Menjelajah Planet Marikh

Bukan sahaja pembangunan teknologi canggih diperlukan bagi merealisasikan cita-cita besar ini malah, NASA juga telah mempunyai calon sesuai sebagai manusia pertama yang bakal dihantar ke planet Marikh.

Manusia istimewa yang menjadi calon manusia pertama bakal ke planet Marikh ini bernama Alyssa Carson, seorang remaja perempuan yang baru berusia 17 tahun.

Wanita Genius

Menggunakan nama panggilan Blueberry di NASA, Alyssa Carson sememangnya mempunyai cita-cita besar menjejakkan kaki ke planet Marikh sejak dari kecil lagi.

Keinginan tersebut timbul selepas beliau menonton siaran The Backyardigans di kaca televisyen ketika berumur 3 tahun lagi.

Terpilih

Terdapat banyak sebab utama mengapa beliau dipilih sebagai calon utama untuk dihantar ke planet Marikh.

Alyssa Carson merupakan seorang genius dan pelajar termuda yang berjaya menamatkan pengajian di Advanced Space Academy.

Pada tahun 2008, bapanya Bert Carson telah mendaftarkan beliau untuk mengikuti program United States Space Camp.

5 tahun kemudian, Alyssa berjaya menamatkan program tersebut, menjadikan beliau manusia pertama di dunia yang berjaya menamatkan kesemua 3 program khas NASA dikenali sebagai NASA Space Camps di Amerika Syarikat, Kanada dan Turki.

Selain itu, beliau merupakan satu-satunya manusia yang berjaya menamatkan program NASA Passport Program, iaitu lawatan ke kesemua 14 pusat penyelidikan NASA di seluruh Amerika Syarikat.

Pada Januari 2013, beliau telah dijemput sebagai panel dalam satu program televisyen NASA yang diadakan di Washington D.C. bagi membincangkan tentang rancangan misi menjejakkan kaki ke planet Marikh.

Tidak lama kemudian, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 7 orang duta Mars One, iaitu misi untuk membina penempatan manusia di planet Marikh menjelang 2033.

Pada Oktober 2016, beliau berjaya menamatkan pengajian di Advanced Possum Academy seterusnya menjadikan beliau sebagai manusia termuda di dunia mempunyai kelayakan untuk pergi ke angkasa lepas.

Pengorbanan Besar

Alyssa Carson Mars
Alyssa Carson.

Kini, Alyssa sedang mengikuti pelbagai latihan intensif bersama NASA untuk menjadi sebahagian daripada misi manusia pertama menjejakkan kaki ke planet Marikh pada tahun 2033.

Walau bagaimanapun, kesibukannya ini tidak menghalangnya untuk melanjutkan pengajian seperti remaja seusianya.

Alyssa yang berasal dari Louisiana juga turut mempelajari 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, French dan Spanish.

Selain itu, Alyssa turut sibuk memberikan ceramah terutamanya kepada golongan muda dalam usaha memberi mereka galakan untuk mengejar cita-cita.

Alyssa juga telah menubuhkan organisasi yang diberi nama Blueberry Foundation untuk memupuk golongan muda untuk mengejar cita-cita mereka secara serius.

Sebagai manusia pertama yang bakal dihantar ke Marikh, Alyssa Carson sedar beberapa pengorbanan besar yang terpaksa dilakukannya.

Antaranya, tidak boleh berkahwin bagi membolehkan cita-citanya sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke planet Marikh tercapai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Falsafah Ying Dan Yang Masyarakat Cina

Falsafah Ying Dan Yang Masyarakat Cina

Dalam falsafah Cina, lambang Yin dan Yang ada beberapa perumpamaan dan tafsiran yang boleh dibuat. Dalam Yin terdapat Yang (dalam gelap ada terang). Dalam Yang terdapat Yin (dalam terang ada gelap). Ada putih dan hitam. Ada baik dan buruk. Ada sejuk dan panas. Ada siang dan malam. Ada syurga dan neraka.

Falsafah Ying Dan Yang

Teori YIN-YANG menyatakan bahawa segala sesuatu di alam semesta mempunyai aspek yang berlawanan, iaitu Yin dan Yang.

Sifat berlawanan Yin-Yang tercermin terutama dalam hal kemampuan untuk mengatasi dan mengawasi satu sama lain. Misalnya, hangat dan panas (YANG), dapat menghilangkan sejuk dan dingin (YIN), sementara itu dingin dapat menurunkan suhu. Aspek Yin atau Yang dengan sesuatu fenomena akan membatasi yang lain melalui perlawanan.

Konsep Yin-Yang juga sering disebut "Yin dan Yang" digunakan untuk menggambarkan bagaimana pertentangan atau kuasa-kuasa yang bertentangan adalah mutlak dan saling bergantung secara semula jadi dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Banyak pasangan semula jadi, seperti terang dan gelap, tinggi dan rendah, panas dan sejuk, api dan air, hidup dan mati dan sebagainya, dianggap sebagai manifestasi fizikal konsep Yin dan Yang.

Asal-usul konsep Yin dan Yang terletak pada banyak cabang sains China dan falsafah klasik, serta menjadi satu garis panduan utama perubatan tradisional China.

Yin dan Yang juga adalah lambang bagi ajaran falsafah Taiosme yang diasaskan oleh Lao Zi (Lao Tzu).

Yin dan Yang juga menjadi prinsip bentuk seni mempertahankan diri Cina dan senaman, seperti baguazhang, taijiquan (tai chi), qigong (Chi Kung) dan I Ching.

Konsep Yin Dan Yang

Yin dan Yang boleh dianggap sebagai pelengkap (bukannya menentang) untuk membentuk satu sistem yang dinamik di mana keseluruhannya lebih besar daripada bahagian-bahagian lain.

Semua mempunyai kedua-dua Yin dan aspek-aspek Yang contohnya; bayang tidak boleh wujud tanpa cahaya.

Salah satu daripada dua aspek utama mungkin nyata lebih kukuh kepada objek tertentu, bergantung kepada kriteria pemerhatian.

Dalam Taois metafizik, perbezaan baik-buruk dan lain-lain pertimbangan moral sempit adalah persepsi, bukan sebenar, maka, Yin-Yang secara keseluruhannya boleh dibahagikan.

Dalam etika Konfusianisme, terutamanya dalam falsafah Dong Zhongshu (abad ke-2 SM), satu dimensi moral dilampirkan kepada idea Yin-Yang.

Konsep Yin dan Yang sering dilambangkan oleh pelbagai bentuk simbol Taijitu, yang mana ia mungkin lebih dikenali dalam budaya Barat.

Sifat Yin-Yang

Dalam falsafah Daois, gelap dan terang, yin dan yang, ada di dalam ajaran Dàodéjīng, merupakan ketenteraman awal atau kekosongan (wuji, kadang-kadang dilambangkan oleh bulatan kosong) yang terus bergerak sehingga ketenteraman dapat dicapai.

Sebagai contoh, menjatuhkan batu di kolam air yang tenang pada masa yang sama akan meningkatkan gelombang dan palung yang lebih rendah di antara gelombang dan pertukaran titik yang tinggi dan rendah di dalam air ini, sehingga pergerakannya berakhir dan kolam kembali tenang.

Yin dan Yang dengan itu sentiasa bertentangan antara satu sama lain.

Apabila seseorang itu mencapai peringkat tertinggi, ia akan secara semula jadi mula berubah menjadi tahap yang bertentangan: sebagai contoh, bijirin yang mencapai kematangan di musim panas (Yang) akan menghasilkan biji benih dan mati kembali pada musim sejuk (Yin) dalam kitaran yang tiada penghujung.

Sentiasa Bertentangan

Adalah mustahil untuk bercakap tentang Yin atau Yang tanpa rujukan kepada yang bertentangan, kerana Yin dan Yang saling terikat bersama kepada sebahagian daripada suatu secara keseluruhan bersama.

Satu cara untuk menggambarkan idea ini adalah dengan melihat perbezaan antara lelaki dan wanita yang saling bertentangan, namun bersama-sama mewujudkan generasi baru yang membolehkan bangsa mereka saling mewujudkan dan juga kepentingan bersama untuk terus hidup. Interaksi antara dua melahirkan sesuatu.

Yin dan Yang mengubah satu sama lain: seperti arus bawah di lautan, setiap pendahuluan dilengkapkan dengan pengunduran dan setiap kenaikan bertukar menjadi jatuh.

Oleh itu, benih akan bercambah dari bumi dan tumbuh ke atas ke arah langit— satu intrinsik pergerakan Yang.

Kemudian, apabila sampai kepada ketinggian penuh, ia akan jatuh. Selain itu, pertumbuhan bahagian atas mencari cahaya, sementara akar tumbuh dalam kegelapan.

Yin-Yang Untuk Nama Tempat

Banyak tempat di China, seperti Luoyang, mengandungi perkataan Yang dan beberapa tempat seperti Huayin, mengandungi perkataan Yin, suatu cara lama untuk memberikan nama-nama tempat menggunakan konsep Yin-Yang.

Secara klasik, apabila digunakan dalam nama-nama tempat, yang merujuk kepada "sisi cerah", perkataan tàiyáng merujuk kepada matahari dan bermaksud "Yang Besar."

Di hemisfera utara, cahaya matahari datangnya dari arah selatan dan bahagian selatan gunung atau utara lembah sungai akan menerima lebih banyak sinaran cahaya matahari.

Oleh itu, Yang bermaksud tempat yang merupakan lereng selatan gunung atau di tebing utara lembah sungai yang disinari matahari. Sebagai contoh, Luoyang adalah di tebing utara lembah Sungai Luo.

Dengan cara yang sama, Yin akan menjadi sebaliknya, "bahagian redup."

Yin bermakna sebuah tempat di lereng utara gunung atau di tebing selatan sungai. Sebagai contoh, Huayin adalah di lereng utara Gunung Hua.

Perlambangan dan kepentingan

Yin adalah bahagian hitam dengan titik putih di atasnya dan Yang adalah sisi putih dengan titik hitam di atasnya.

Hubungan antara Yin dan Yang selalu digambarkan sebagai cahaya matahari yang terbit diantara gunung dan lembah.

Yin adalah 'tempat rendup' atau 'cerun utara' adalah kawasan gelap yang tertutup oleh gunung, manakala Yang, adalah tempat yang cerah atau cerun selatan, adalah bahagian yang terang.

Seperti matahari bergerak di langit, Yin dan Yang secara beransur-ansur bertukar tempat dengan satu sama lain, mendedahkan apa yang terlindung dan mengaburkan apa yang telah diturunkan.

Sifat Yin dan Yang

Yin dicirikan sebagai perlahan, lembut, menghasilkan, meresap, sejuk, basah, dan pasif; dikaitkan dengan air, bumi, bulan, kewanitaan dan waktu malam.

Yang, sebaliknya, cepat, keras, kukuh, fokus, panas, kering dan agresif; dikaitkan dengan api, langit, matahari, kejantanan dan waktu siang.

Yin dan Yang Dalam Tubuh Manusia

Yin dan Yang turut terpakai kepada tubuh badan manusia. Dalam perubatan tradisional China, kesihatan yang baik secara langsung berkaitan dengan keseimbangan antara kualiti Yin dan Yang dalam diri sendiri.

Jika Yin dan Yang menjadi tidak seimbang, salah satu daripada kualiti dianggap kekurangan atau mempunyai kekosongan.

I Ching

Dalam I Ching, Yin dan Yang diwakili oleh garis-garis putus dan biasa: Yin putus ( ⚋ ) and Yang adalah biasa ( ⚊ ).

Ini kemudiannya digabungkan ke dalam trigram, yang lebih Yang atau lebih Yin bergantung kepada bilangan garisan putus dan biasa ( cth. , ☰ yang yang kuat, sementara ☷ yin yang kuat), dan trigram digabungkan ke dalam heksagram.

Kedudukan relatif dan nombor Yin dan garisan dalam trigram menentukan makna trigram.

Dalam heksagram, trigram atas dianggap berkaitan dengan trigram yang lebih rendah, memberikan gambarkan hubungan kompleks kedua-duanya.

Taijitu

Prinsip Yin dan Yang juga diwakili dalam Taoisme oleh Taijitu. Istilah ini biasanya digunakan dengan maksud bentuk terbahagi bulatan "mudah" tetapi boleh merujuk kepada mana-mana beberapa gambar rajah skematik yang mewakili prinsip-prinsip ini, seperti swastika, untuk agama Hindu, Buddha dan Jainisme.

Simbol yang sama juga telah muncul dalam budaya lain, seperti di Celtik dan tanda perisai Rom.

Taijiquan

Taijiquan, satu bentuk seni mempertahankan diri, sering digambarkan sebagai prinsip-prinsip Yin dan Yang digunakan untuk tubuh manusia dan haiwan.

Wu Jianquan, guru seni mempertahankan diri Cina yang terkenal, menyifatkan Taijiquan seperti berikut:
Pelbagai orang telah menawarkan penjelasan yang berbeza untuk nama Taijiquan. Ada yang berkata, 'Dari segi penanaman diri, seseorang mesti melatih daripada keadaan pergerakan ke arah keadaan kesunyian. Taiji lahir daripada baki Yin dan Yang.

Dari segi seni serangan dan pertahanan maka, dalam konteks perubahan dalam penuh dan kosong, satu sentiasa terpendam, tidak zahir, seolah-olah Yin dan Yang oleh Taiji sentiasa bersatu.

Yang lain mengatakan, 'Setiap pergerakan Taijiquan adalah berdasarkan kepada bulatan, seperti bentuk Yang Taijitu. Oleh itu, ia dikenali sebagai Taijiquan.

–Wu Jianquan, Majalah Antarabangsa T'ai Chi Ch'uan

Keseimbangan, Yin-Yang

“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Ar-Ra’d (13):3)

Kesimpulannya, Yin dan Yang merupakan konsep kehidupan yang luar biasa dan berbicara mengenai keseimbangan yang ternyata ada disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 23, 2019

20 Petua Mengekalkan Prestasi Tenaga Batin

20 Petua Mengekalkan Prestasi Tenaga Batin

Segala apa yang dilakukan pasti akan mempunyai kesan sama ada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua dan pantang larang juga telah diajar oleh orang-orang tua bagi menjaga kesihatan tenaga batin.

Prestasi Tenaga Batin
Gambar hiasan.

Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan demi mengekalkan prestasi tenaga batin lelaki.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jimak. Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

4. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

7. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

8. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

9. Kurangkan makan pisang embun.

10. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

11. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering.

12. Buang air kecil dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

13. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

16. Jangan jimak di dalam air.

17. Jangan terus minum air selepas jimak, rehat dahulu 15 minit.

18. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

20. Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

5 Peluru Berpandu ICBM Paling Menakutkan Di Dunia!

5 Peluru Berpandu ICBM Paling Menakutkan Di Dunia!

Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah peluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran di muka Bumi yang menggunakan teknologi trajektori balistik melibatkan pendakian dan penurunan yang tinggi termasuk penerbangan sub-orbital dan sebahagian trajektori orbital.

ICBM tidak banyak beza dari segi teknikal berbanding peluru berpandu balistik seperti IRBM, SRBM atau nama barunya peluru berpandu balistik medan; melainkan ia dibezakan berdasarkan jarak maksimum.

Jarak maksimum ICBM ditakrifkan oleh perjanjian kawalan senjata yang mengharamkan orbital atau senjata sebahagian orbital dan hanya tiga negara sahaja mempunyai sistem ICBM yang beroperasi, iaitu Amerika Syarikat, Russia dan China.

Walaupun bagaimanapun, Korea Utara dan Israel dipercayai juga sedang memajukan sistem ICBM-nya sendiri.

ICBM moden cenderung menggunakan bahan api pepejal yang mampu disimpan untuk jangka waktu yang lama serta diletakkan sama ada di dalam silo peluru berpandu yang memberi perlindungan tambahan dari serangan pertama, atau pada kapal selam mahupun kereta api mudah alih, oleh itu ia lebih sukar untuk dimusnahkan.

Sebagai contoh perbandingan kekuatan peluru berpandu dalam senarai ini, bom atom yang meranapkan Hiroshima adalah sekuat 15 kiloton, manakala di Nagasaki pula dianggarkan sekuat 20 kiloton.

Kali ini kami ingin kongsikan 5 peluru berpandu paling kuat dan berbahaya di dunia.

Senarai ini tidak mengikut urutan mana lebih kuat kerana setiap peluru berpandu ini mempunyai objektif dan misi yang berbeza.

Nota: CEP=circular error probable (ketepatan peluru berpandu), semakin tinggi CEP, semakin luas impak oleh peluru berpandu.

1. R-36M2 – Peluru berpandu antara benua (Soviet Union/Rusia)

Peluru Berpandu R-36M2

Peluru berpandu ini dinamakan sebagai SS-18 Satan oleh NATO, yang dilancarkan pada tahun 1973 dan telah melalui beberapa perubahan yang memperbaiki keberkesanannya, yang pada satu tahap ia boleh membawa antara 20 hingga 25mt (20,000 hingga 25,000 kilotan) peledak.

Perubahan terakhir yang dilakukan pada SS-18 Satan membuatkan ia mampu membawa 10 peledak dengan 750 kilotan yang boleh mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer.

SS-18 Satan mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 28.8km/j dan dengan 220 meter CEP, peluru berpandu ini memberikan kebimbangan kepada Amerika Syarikat.

Jika dilancarkan, ia mampu sampai ke mana-mana sahaja tempat di muka bumi kecuali Amerika Selatan.

2. DF-5/5A – Peluru berpandu antara benua (China)

Peluru Berpandu Antara Benua DF-5

Jika dibandingkan dengan peluru berpandu yang lain dalam senarai ini, Dong Feng 5 dianggap sebagai yang terburuk.

Namun, walaupun ia tidak mempunyai luaran yang cantik, kemampuannya menyempurnakan tugas tidak dapat dinafikan.

Perkhidmatan DF-5 bermula pada tahun 1981 dan ia adalah sebagai satu isyarat kepada sesiapa yang ingin bermusuh dengan China supaya berfikir dua kali.

Saiznya yang sangat besar membolehkan DF-5 membawa 5 megatan (5,000 kilotan) peledak yang mampu mencapai jarak sejauh 13,000 kilometer, yang jika dilancarkan dari China, boleh sampai di mana-mana tempat di muka bumi ini kecuali benua Amerika.

CEP bagi DF-5 adalah sangat tinggi iaitu 1 kilometer yang memberi maksud bahawa ia tidak mempunyai tujuan lain, melainkan meranap dan menghancurkan sesebuah bandar.

Dengan kekuatan yang sangat luar biasa ini, DF-5 masih mempunyai ruang untuk diperbaiki dan menjadi lebih berbahaya.

3. UGM-133 Trident II – Peluru Berpandu Kapal Selam (USA/UK)

ICBM UGM-133 Trident II

Trident II adalah peluru berpandu paling terkini yang digunakan bagi menguatkan kuasa marin tentera United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Trident II siap dan mula beroperasi pada tahun 1990 dan sentiasa dikemaskini serta dinaik taraf mengikut perkembangan teknologi.

Ia mampu membawa 4 hingga 5 peledak dengan 475 kilotan setiap satu dan jarak maksimum bergantung kepada jumlah peledak digunakan yang boleh mencapai antara 7,800 hingga 11,000 kilometer.

CEP bagi Trident II tidak diketahui namun tentera laut Amerika Syarikat mempunyai kadar minimum CEP serendah 120m atau kurang bagi meluluskan penggunaan sesuatu peluru berpandu.

Dan menurut laporan, CEP Trident II melepasi syarat tersebut dengan perbezaan yang ketara.

4. R29RMU2 Layner – Peluru Berpandu Kapal Selam (Rusia)

ICBM R29RMU2 Layner

Peluru berpandu kapal selam terbaharu, Layner, yang digunakan pada tahun 2014 oleh Rusia, merupakan hasil penambahbaikan terhadap versi yang lalu iaitu R-29RMU Sineva.

Antara faktor yang menyebabkan Layner dihasilkan adalah untuk memperbaiki masalah yang timbul dalam menghasilkan Bulava.

Dari segi jarak, ia boleh mencapai sejauh 11,500 kilometer dan mampu membawa 12 peledak dengan berat 100 kilotan setiap satu.

Namun, peledak-peledak ini boleh dikurangkan bagi meningkatkan daya tahan peluru berpandu ini.

CEP bagi Layner tidak diketahui namun ia dianggarkan menyamai atau lebih baik daripada CEP Bulava.

5. RSM-56 Bulava - Peluru Berpandu Kapal Selam (Rusia)

RSM-56 Bulava ICBM

Rusia berada di belakang Amerika Syarikat bagi pencapaian keseluruhan dan kemampuan jika bercakap mengenai peluru berpandu yang dilancarkan oleh kapal selam.

Namun, peluru berpandu Bulava adalah penambahan terbaru dalam senjata kapal selam Rusia, diluluskan dan diterima oleh Rusia pada tahun 2013 selepas menempuhi kegagalan berkali-kali ketika proses ujian.

Bulava dilengkapi dengan 6 peledak 150 kilotan namun, ia dikatakan mampu membawa 10 peledak yang sama.

Ia boleh mencapai jarak sejauh 8,000 kilometer dan mempunyai CEP di antara 300 hingga 350 meter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2