Isnin, Disember 03, 2018

19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun


Masyarakat Jepun terkenal sebagai masyarakat yang sangat sopan dan jujur. Sudah pasti anda pernah mendengar tentang kisah mereka yang kehilangan barang berharga di Jepun dan menjumpainya semula sama ada di balai polis mahupun di tempat yang tercicir.

Namun, mereka kadang-kala agak pelik dari pelbagai segi. Di sini kami ingin berkongsi perkara pelik tentang budaya dan masyarakat Jepun secara keseluruhannya.

1. Inemuri (Tidur di Tempat Kerja)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Di kebanyakan negara di dunia, tidur di ofis adalah satu perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan bos namun, budaya di Jepun adalah sebaliknya. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang sangat bekerja keras.

Tidur di tempat kerja dibenarkan di negara matahari terbit. Budaya mereka mengiktiraf pekerja yang bekerja keras dengan 'memaksa' mereka untuk melakukan 'inemuri', tidur sebentar ketika bekerja supaya segar untuk meneruskan pekerjaan seharian di ofis.

Orang Jepun memang sangat bekerja keras, sampai ada yang mati kerana kepenatan. Sekiranya inemuri dibenarkan di Malaysia, pasti tidak akan siaplah kerja, mengamuk bos.

2. Hotel Cinta

Hotel ini menjadi trend di Jepun dibina untuk pasangan yang ingin melempiaskan nafsu serakah mereka. Dikatakan seramai 2% populasi Jepun akan ke hotel ini setiap hari. Hotel cinta mempunyai mempunyai 2 kadar bilik yang berbeza, untuk yang sekadar 'berehat' dan yang bermalam.

Kebanyakan hotel cinta terletak berhampiran stesen keretapi, lebuh raya atau kawasan perindustrian.

Terdapat hotel yang menyediakan bilik dengan katil, cermin dinding dan lampu syiling yang boleh berpusing. Menarik bukan?

Sekiranya hotel ini dibenarkan wujud Malaysia, hotel tersebut pasti penuh tempahannya. Kah kah.

3. Menghirup Makanan Berkuah Dengan Bunyi Slurp

Orang Jepun dikenali sebagai masyarakat yang sangat sopan santun dan penuh tata tertib namun, apabila melibatkan memakan makanan berkuah seperti mee sup contohnya, mereka perlu makan dengan berbunyi (slurping).

Menurut budaya Jepun, slurping memberikan kepuasan dan sebagai tanda penghargaan. Kalau dalam masyarakat di Malaysia, berbunyi ketika makan makanan berkuah dianggap sebagai sangat tidak sopan.

4. Gigi Bertindih

Perkara Pelik Budaya Jepun

Gigi bertindih atau berbaris dua menjadi trend masa kini di kalangan remaja Jepun. Sekiranya gigi bertindih, mereka tidak akan ke instagram bagi mencari braces palsu yang murah dari scammer yang langsung tidak bertauliah mahupun mempunyai latar belakang akademik pergigian. Sebaliknya, mereka akan bangga dengan gigi mereka.

Bagi yang bergigi tersusun di Jepun, mereka akan berjumpa dengan pakar gigi bertauliah bagi mendapatkan gigi bertindih. Trend ini dikenali sebagai 'yabae' yang bermaksud gigi berganda.

5. Kafe Peluk (Cuddle Cafe)

Bagi lelaki yang bujang mahupun loner di Jepun, mereka boleh ke cuddle cafe bagi mendapatkan khidmat peluk secara percuma dari staf wanita. Kafe berkonsepkan peluk ini pertama kali dibuka beberapa tahun lalu.

Walaupun boleh mendapatkan pelukan percuma, hubungan intim adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sebaliknya, lelaki yang inginkan servis ekstra seperti merenung mata ke mata perlu membayar sebanyak ¥1000 (RM38) untuk seminit dan untuk membelai rambut staf wanita di kafe ini, mana-mana jantan keparat perlu membayar jumlah yang sama bagi tempoh 3 minit.

Jika anda ke Jepun, jangan lupa ke Akibahara untuk merasai pengalaman ini.

6. Festival Bogel

Festival bogel yang disambut setiap tahun di Jepun ini dikenali sebagai Hadaka Matsuri. Sekiranya anda sebagai seorang lelaki, pasti anda berasa teruja mendengar festival bogel Jepun ini.

Anda mungkin sedang membayangkan untuk ke Jepun dalam masa terdekat supaya dapat merasai pengalaman festival ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa festival ini hanya melibatkan beribu-ribu lelaki Jepun, yang percaya membuka pakaian di khalayak ramai membuatkan mereka boleh meresap semangat kejahatan ke dalam badan mereka, mengikut kepercayaan nenek moyang mereka.

Hanya bahagian intim mereka akan ditutup, dengan menggunakan sehelai 'fundoshi'.

7. Vending Machine Yang Menjual Ketam Hidup

Vending Machine Ketam Hidup

Bagi yang pernah ke Jepun, pasti anda telah melihat vending machine di mana-mana sahaja. Vending machine di Jepun tidak ada bezanya dengan mesin yang terdapat di Eropah mahupun Malaysia sendiri.

Perbezaan ketara antara vending machine di Jepun dengan negara-negara lain adalah kandungan mesin tersebut, yakni barang yang dijual.

Barang yang dijual termasuklah telur segar, beras, tisu tandas, bunga segar, majalah porno, bateri mahupun pakaian dalam dan ketam hidup.

Lokasi mesin ini di mana-mana sahaja, termasuklah di Mount Fiji.

8. Eskalator Terpendek di Dunia

Eskalator Terpendek di Dunia

Selain porno, Jepun turut terkenal dengan kemajuan teknologi melalui syarikat-syarikat mereka seperti Yamaha, Nissan, Honda, Panasonic dan banyak lagi. Ramai yang berpendapat teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin malas. Adakalanya perumpamaan ini betul.

Contohnya, penciptaan eskalator terpendek di Jepun ini. Malas sangat tu, rasanya tiga langkah sahaja tingginya. Eskalator ini terletak di arah bawah tanah di More's Department di Kawasaki, dengan ketinggian menegak 32.8 inci.

9. Kancho (Prank Cucuk Bontot)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Prank ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak di sekolah semasa zaman penulis di sekolah rendah namun di Jepun, prank ini dipraktikkan oleh orang dewasa terhadap sesiapa sahaja, termasuklah orang yang tidak dikenali.

Mereka akan menjerit 'Kancho' ketika melakukan aksi ini dan mangsa pasti akan mengalami kesakitan yang amat.

10. Festival Menyambut Kemaluan Lelaki

Berdasarkan legenda, kemaluan seorang gadis muda telah disumpah oleh syaitan yang lapar dan bergigi tajam. Sebagai akibat, suami melalui perkahwinan pertama dan kedua telah mati terbunuh pada malam pertama mereka.

Seorang tukang besi tampil untuk membantu dengan mereka kemaluan lelaki diperbuat daripada besi bagi mematahkan gigi syaitan tersebut dan sebuah tugu dibina sebagai penghormatan terhadap tukang besi tersebut.

Kini, festival disambut bersempena peristiwa tersebut dengan membawa kemaluan lelaki mengelilingi bandar.

Malah, masyarakat Jepun turut menyambut festival itu dengan pelbagai makanan serta dekorasi berbentuk kemaluan lelaki.

11. Orang Dewasa Dijadikan Anak Angkat

Daripada sejumlah orang dewasa Jepun yang diambil menjadi keluarga angkat, 98% daripadanya adalah lelaki. Tujuan mengambil seseorang menjadi anak angkat adalah lebih kepada sebagai menjadi pewaris harta kerana ketiadaan anak.

12. Hidangan Makanan Dalam Tin di Restoran

Di Malaysia, kita ke Tesco, Giant mahupun Mydin untuk beli makanan dalam tin dan sekali sekala akan ke restoran untuk makan makanan luar selain masakan sendiri. Berbeza di Jepun, mereka ke restoran untuk makan makanan dalam tin.

13. Orang Jepun Makan Daging Kuda Mentah

Di Jepun, daging kuda dimakan mentah. Nampak macam sedap sangat tu, anda berani cuba tak?

14. Bantal Peha Untuk Lelaki

Perkara Pelik Budaya Jepun

Bagi lelaki Jepun yang inginkan kasih seorang wanita namun tidak berkemampuan mendapatkan kekasih, mereka boleh tidur atas bantal peha seperti ini.

15. Bantal Peluk Untuk Wanita

Bagi wanita Jepun yang sunyi, mereka boleh mendapatkan bantal peluk ini bagi menemani mereka di kala mereka berduka mahupun putus cinta. Tapi agak menakutkan terutamanya kalau terjaga pada waktu malam dengan bantal ini memeluk.

16. Fesyen Kasut Pelik

Perkara Pelik Budaya Jepun

Orang Jepun memang kreatif, kadang-kadang sampai jadi pelik pun ada. Kasut ini nampak unik!

17. Bawa Kapal Terbang Lagi Senang Dari Guna Tandas di Jepun

Jepun amat maju dari teknologi sehinggakan tandas mereka pun sangat istimewa. Nak buang air besar memang mudah di Jepun. Bagi yang kaki online, tandas di Jepun ada USB port!

18. Kerja Menolak Orang ke Dalam Tren

Kereta api di Jepun adalah sangat efisyen berbanding KTM di Malaysia, yang lebih menepati masa. Walaupun begitu, kerana kepadatan penduduk di Jepun, tren mereka tidak mampu menampung jumlah yang ramai dalam satu-satu masa.

Maka, wujudlah pekerjaan train pusher bagi menolak pengguna tren ke dalam tren ketika sesak terutamanya pada waktu puncak.

19. Kit Kat Pelbagai Perisa Seperti Wasabi

Orang Jepun memang makan pelbagai makanan pelik, sampai coklat pun boleh jadi macam sushi. Coklat Kit Kat di Jepun ada pelbagai perisa termasuklah perisa baked potato, sos soya mahupun wasabi. Banyak lagi perisa pelik lain di sana, namun ini antara yang popular.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

No.9 tu bukan admin je pernah kena, saya pun pernah kena dengan kekawan, tapi lepas hilang je sakit kat bontot, kawan tadi saya "hadiahkan" 3 tumbukan ke muka badan dan perutnya. Kesannya, tiada sesiapa berani buat prank tu pada saya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon