Nov 11, 2016

10 Fakta Menarik Di Sebalik Filem Hebat 'The Godfather'

Filem The Godfather yang diterbitkan pada tahun 1972 di Amerika Syarikat, dianggap sebuah filem epik jenayah mafia terbaik sepanjang zaman.

The Godfather

Filem ini diangkat daripada novel tulisan Mario Puzo dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1969.

Antara bintang utama filem ini ialah Marlon Brando dan Al Pacino sebagai ketua penjenayah dalam sebuah keluarga mafia di New York, dengan latar belakangnya adalah sekitar tahun 1945 sehingga tahun 1950.

Sekuel untuk filem ini ialah The Godfather Part II pada tahun 1974 dan The Godfather Part III pada tahun 1990.

Filem The Godfather turut berjaya memenangi anugerah Oscar pada tahun 1972 bagi kategori Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

Namun, disebalik semua kejayaan itu, terdapat beberapa perkara menarik yang berlaku sebelum dan semasa proses filem ini dijalankan.

1. 10 Aktor Disenarai Untuk Watak Vito Corleone

Burt Lancaster
Burt Lancaster.

Untuk memastikan hanya aktor terbaik akan memegang watak Vito Corleone, nama 10 orang aktor hebat telah dipertimbangkan untuk memegang watak tersebut.

Antaranya ialah Orson Welles, George C. Scott, Ernest Borgnine dan Laurence Oliver.

Ada yang mengatakan aktor Burt Lancaster mahukan watak itu tetapi namanya tidak pernah termasuk dalam senarai 10 tersebut.

Pengarahnya, Francis Ford Coppola, pernah mengatakan bahawa hanya dua orang yang layak memegang watak tersebut dan ramai mengandaikan aktor tersebut ialah Marlon Brando dan Laurence Oliver.

Malangnya, Laurence sedang sakit ketika itu menjadikan Marlon Brando sebagai pilihan utama.

2. Kenapa Marlon Brando Tiada Dalam Sekuel The Godfather II?

The Godfather II

Antara sebab utamanya ialah kerana Marlon Brando merasakan bayarannya tidak setimpal ketika dia membintangi filem pertama.

Malah, Marlon Brando juga enggan melakukan sebarang promosi untuk filem pertama tersebut.

Marlon Brando yang sedang menghadapi masalah kewangan ketika itu hanya dibayar sekitar USD150,000.

3. Bagaimana Watak Carlo Rizzi Dimiliki Oleh Gianni Russo?

Gianni Russo

Gianni Russo sebenarnya bukanlah seorang aktor pada masa itu sebaliknya dia mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.

Uji bakatnya telah difilemkan oleh seorang krew yang kemudian menunjukkannya kepada penerbit.

Ketika itu, Marlon Brando enggan berlakon dengan seseorang yang belum lagi bergelar pelakon dan akibatnya Gianni Russo berang dan telah berhadapan dengan Marlon Brando mengenai masalah itu.

Marlon Brando yang menyangka Gianni Russo sedang berlakon ketika memarahinya menganggap Gianni Russo berlakon dengan baik, lalu akhirnya pengarah menyerahkan watak kepadanya sebagai Carlo Rizzi.

4. Francis Ford Coppola Hampir Disingkir Sebagai Pengarah!

Francis Ford Coppola

Semasa filem ini sedang membuat penggambaran awal, Paramount tidak begitu berpuas hati dengan hasilnya dan berkira-kira untuk menyingkir Francis Ford Coppola sebagai pengarah untuk digantikan dengan Elia Kazan.

Mereka dikatakan mahu seorang pengarah baru untuk mencungkil lakonan Marlon Brando ke tahap lebih tinggi kerana dia dikatakan amat sukar memberikan kerjasama.

Namaun, rancangan itu akhirnya dibatalkan kerana Marlon Brando mengugut untuk meninggalkan filem tersebut jika mereka menggantikan Francis Ford Coppola.

5. Sergio Leone Hampir Jadi Pengarah

Sergio Leone

Semasa ditawarkan untuk mengarahkan The Godfather, Sergio Leone sendiri telah menolak tawaran tersebut kerana merasakan filem The Godfather agak membosankan selain kelihatan seolah-olah 'memuja' kegiatan mafia secara melampau.

Namun, apabila filem itu ditayangkan dan berjaya, Sergio menyatakan bahawa dia berharap dialah yang telah mengarahkan filem tersebut.

Namun kemudiannya, dia berjaya mengarahkan sebuah filem gangster yang tidak kurang hebatnya, Once Upon a Time In America.

6. Kenapa Wajah Marlon Brando Kelihatan Berlainan?

Marlon Brando Bulldog Face

Marlon Brando dikatakan mahu karektor yang dibawanya itu menyamai seekor 'bulldog'.

Jadi, semasa ujibakat dilakukan, dia telah menyumbat kapas ke dalam kedua-dua belah pipinya.

Dan semasa penggambaran filem itu dijalankan, Marlon Brando juga telah memakai sejenis alat di mulutnya yang direka khas untuk menjadikan wajahnya nampak berlainan.

7. Kepala Kuda Sebenar Digunakan

The Godfather horse head

Dalam salah satu babak filem ini terdapat adegan kepala kuda yang dipotong.

Semasa latihan penggambaran dilakukan, hanya kepala kuda palsu yang digunakan.

Sebaliknya, apabila penggambaran sebenar, pihak produksi telah menggunakan kepala kuda sebenar yang diambil dari sebuah kilang makanan anjing.

Pelakon yang memainkan watak Woltz, John Marley, amat terkejut apabila diberitahu yang kepala kuda yang digunakan bukannya patung.

8. Kucing Yang Digunakan Adalah Kucing Jalanan

Marlon Brando Cat

Semasa adegan pertama yang menunjukkan Marlon Brando sedang memegang seekor kucing, sebenarnya babak itu tidak pernah wujud di dalam skrip.

Sebaliknya, Marlon Brando telah menemui kucing itu di jalanan berhampiran lokasi Paramount sendiri.

Marlon Brando yang menyukai kucing itu, mahukan kucing tersebut dibawa masuk ke dalam babak penggambaran filem tersebut.

9. Marlon Brando Tidak Hafal Skrip

Marlon Brando Script

Oleh kerana sifatnya yang tidak suka menghafal skrip, apa yang perlu dilakukan oleh pihak produksi ialah menyediakan 'cue card' untuk dibaca oleh Marlon Brando sepanjang penggambaran itu.

10. Keluarga Francis Ford Coppola

Francis Ford Coppola Family

Sebenarnya, sepanjang penggambaran dijalankan, ramai ahli keluarga Francis Ford Coppola telah digunakan untuk memegang watak-watak sampingan.

Kakaknya, Talia, memegang watak Connie, ibunya, Italia, berada dalam penggambaran di dalam sebuah restoran Itali, ayahnya bermain piano dan anaknya sendiri, Sofia, yang masih bayi ketika itu.

BACA INI JUGA: 13 Filem Zombie Terbaik Pernah Ditayangkan!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon