Feb 22, 2016

13 Filem Zombie Terbaik Pernah Ditayangkan!

Filem yang sering menjadi sasaran penerbit-penerbit filem adalah filem zombie. Menariknya, walaupun banyak filem mengangkat tema zombie, namun setiap filem mempunyai kelebihan masing-masing dari segi jalan cerita.

Kali ini kami ingin membawa pembaca mengimbas kembali beberapa buah filem zombie yang boleh dikatakan terbaik dan menarik!

Francais "Resident Evil"

Resident Evil

"Resident Evil" adalah filem bersiri yang diangkat dari permainan video popular dengan judul sama. Filem aksi-seram ini mula ditayangkan sejak tahun 2002.

Selepas kejayaan filem pertama, empat lagi filem kesinambungan telah dihasilkan yang mana filem kelima "Resident Evil: Retribution" ditayangkan pada 2012.

Ia mengisahkan tentang sebuah syarikat Umbrella Corporation yang membuat penyelidikan genetik rahsia di pusat fasiliti The Hive terletak di bawah Raccoon City.

Apabila virus yang digelar sebagai T-Virus tersebar, ia menukar manusia menjadi zombi.

Alice (Mila Jovovich) yang merupakan bekas ketua keselamatan untuk Umbrella Corporation, kini dalam misi memusnahkan Umbrella Corporation selepas mereka menyebabkan dunia seperti kiamat dengan penyebaran virus itu.

Tahun hadapan iaitu 2017 akan menyaksikan filem terakhir "Resident Evil: The Final Chapter" yang akan ditayangkan sekaligus menamatkan penantian penonton mengenai pengakhiran filem ini yang sudah berlanjutan hampir 15 tahun.

Shaun Of The Dead

Shaun Of The Dead

Sebuah filem zombie bergenre horor-komedi. Produksi bersama Inggeris-Perancis-Amerika yang ditayangkan pada tahun 2004 ini diarahkan oleh Edgar Wright dan diterajui Simon Pegg serta Nick Frost.

Filem ini mengisahkan tentang Shaun (Pegg), seorang lelaki yang berjuang untuk memperbaiki hubungannya dengan kekasih, ibu dan ayah tirinya.

Namun, sebelum dia berjaya melakukannya, telah merebak wabak zombie yang membuatkannya perlu bertahan untuk melawan zombie-zombie tersebut.

Filem yang dibuat dengan kos US$6 juta ini, berjaya meraih keuntungan sebanyak US$30 juta.

Shaun of the Dead bukan sahaja berjaya membawa keuntungan besar, tetapi juga berjaya mendapat pujian dan penghargaan dari pelbagai anugerah filem antarabangsa.

Salah satu alasan filem ini sangat berjaya adalah kerana ramai pelakon hebat komedi yang membintangi filem ini, seperti Dylan Moran, Martin Freeman, Tamsin Greig, Julia Deakin, Mark Gatiss dan Julia Davis.

Dawn Of The Dead

Dawn Of The Dead

Filem arahan George A. Romero ini merupakan siri kedua dari 5 siri francais filem Living Dead yang lagenda itu.

Ditayangkan pada tahun 1978, filem "murah-meriah" ini dibuat hanya dengan kos US$650,000, namun menghasilkan keuntungan sehinga US$55 juta dan menjadikannya filem horor paling sukses pada masa itu.

Dilakonkan oleh David Emge, Ken Foree, Scott Reiniger, dan Gaylen Ross, filem yang pernah ditayangkan pada peringkat antarabangsa dengan tajuk Zombie ini mengisahkan tentang merebaknya fenomena misteri di mana orang-orang yang sudah mati, tiba-tiba berubah menjadi zombie pemakan manusia.

Bagi menangani kejadian ini, kerajaan membenarkan polis menembak sesiapa yang dianggap zombie.

Malangnya, polis tanpa sebarang pertimbangan melakukan pembantaian membabi-buta, sehingga mencederakan penduduk awam.

Penduduk yang tidak menerima tindakan polis itu, membalas dengan melakukan tentangan terhadap polis. Lalu, terjadilah pertempuran antara orang awam, polis dan zombie.

Meskipun mendapat banyak kecaman pada peringkat awal filem ini kerana kadar kesadisannya yang sangat tinggi, yang memaksa Romero melakukan pengeditan dan pemotongan filem berulang-ulang, akhirnya filem ini mendapatkan respon yang sangat positif dari para penonton, serta menjadi filem horor bukan dari Hollywood pertama yang mendapat perhatian antarabangsa.

Malah, filem ini turut mendapat penghargaan Best Foreign Film di anugerah Golden Screen Award yang diadakan di Jerman Timur pada awal tahun 1980an, sekitar 18 bulan setelah filem tersebut ditayangkan dan menjadi filem Itali pertama yang memenangi anugerah di festival filem antarabangsa.

28 Days Later

28 Days Later

Filem produksi Inggeris arahan pengarah Danny Boyle ini ditayangkan pada tahun 2002, yang mengisahkan tentang Jim (Cillian Murphy), seorang pekerja kurier yang tiba-tiba terbangun di hospital St. Thomas, London dan baru menyedari bahawa dia pengsan selama 28 hari.

Dan ketika dia dalam keadaan pengsan tersebut, virus bernama "Rage", tersebar dari makmal Cambridge lalu merebak ke seluruh wilayah Inggeris.

Virus "Rage" yang tersebar melalui gigitan itu menyebabkan ramai orang bertukar menjadi zombie.

Jim kemudiannya bertemu dengan sekumpulan orang yang mencari cara untuk melarikan diri dari London untuk mencari tempat persembunyian.

Paling menarik dalam filem ini adalah proses penggambarannya yang dilakukan di banyak lokasi di London yang terkenal sebagai lokasi yang padat dan ramai orang, seperti di Westminster Bridge, Piccadilly Circus, Horse Guards Parade, dan Oxford Street.

Masalahnya, lokasi yang sesak tersebut perlu kelihatan kosong dan sunyi sepi.

Untuk menampilkan keadaan itu, kru filem menjalankan penggambaran di waktu subuh dan menambah efek dengan mengubah suasana gelap menjadi terang-benderang seperti waktu siang.

Filem yang dibuat dengan bajet US$8 juta tersebut menjadi filem box-office dengan meraih keuntungan sebanyak US$82.7 juta selepas ditayangkan di seluruh dunia.

Filem ini juga memenangi banyak anugerah filem seperti European Film Award, International Fantasy Film Award dan Saturn Award.

28 Weeks Later

28 Weeks Later

Sekuel filem 28 Days Later ini dikatakan jauh lebih menyeramkan dibandingkan filem pertamanya. Sayangnya, filem ini dikatakan terlalu fokus kepada efek khas, sehingga menjejaskan jalan cerita.

Walau bagaimanapun, filem yang ditayangkan pada tahun 2007 dan merupakan filem kerjasama Inggeris dan Sepanyol ini diarahkan oleh Juan Carlos Fresnadillo. Di dalam filem ini Danny Boyle bertindak sebagai Executive Producer.

Dua puluh lapan minggu sejak kejadian dalam filem pertama, ramai zombie yang mati kelaparan. Sementara penduduk yang selamat dari penularan virus Rage berjaya menyelamatkan diri ditempat persembunyian.

Malangnya, seorang anak yang merindui ibunya telah keluar dari tempat persembunyian. Dia berjaya menemui ibunya, namun telah dijangkiti virus Rage.

Ibunya mula menggigit dan menularkan virus Rage dilokasi persembunyian dan dalam waktu singkat, virus itu pun tersebar semula dikalangan manusia di bumi.

Dibuat dengan bajet yang lebih besar US$15 juta, filem ini menjadi box-office dengan meraup keuntungan sebanyak US$64.2 juta.

Walaupun keuntungan lebih kecil dibandingkan filem pertamanya, 28 Weeks Later mendapat respon yang sangat positif dari pengkritik filem.

Filem ini diakui sebagai 'filem zombie terbaik ketika ini, baik dalam idea mahupun teknik penggambarannya'.

Night of the Living Dead

Night of the Living Dead

Inilah filem yang menjadi perintis genre filem zombie yang popular hingga ke hari ini.

Diarahkan oleh George A. Romero dan ditayangkan pada tahun 1968, filem ini menjadi siri pertama filem zombie Living Dead dari tahun 1978 sehingga tahun 2010.

Night of The Living Dead mengisahkan tentang Babra (Judith O'Dea) dan Johnny Blair (Russell Streiner) yang melakukan perjalanan ke bandar Pennsylvania untuk mengunjungi kubur ayahnya.

Di dalam perjalanan, mereka diserang oleh seorang lelaki misteri, dikejar hingga terdampar di sebuah daerah terpencil. Di sana, mereka berhadapan dengan zombie yang berusaha menggigit mereka.

Pasangan itu diselamatkan oleh keluarga petani, yang kemudiannya mengajak Babra dan Johnny tinggal di rumah mereka. Dan di dalam rumah itulah, mereka kemudiannya diserang oleh zombie.

Filem yang dibuat dengan bajet US$114,000 ini berjaya meraih keuntungan sebanyak US$18 juta. Malah mendapat pujian dari penonton.

Kini filem tersebut telah diakui oleh Library of Conggress sebagai salah satu produk nasional (National Film Registry) yang harus dipelihara.

Day of the Dead

Day of the Dead

Merupakan siri ketiga dari 5 siri filem Living Dead karya Robert A. Romero. Ditayangkan pada tahun 1985, filem yang masih diarahkan oleh George A. Romero ini mengisahkan tentang zombie yang telah menguasai seluruh dunia.

Kerajaan dan tentera terpaksa bersembunyi kerana tidak mampu lagi membendung serangan zombie yang semakin sukar dihalang.

Pada saat itu, dua orang saintis, Dr. Matthew Logan (Richard Liberty) dan Dr. Sarah Bowman (Lori Cardille), mengusulkan untuk melatih zombie supaya boleh dikawal oleh manusia.

Mereka percaya zombie masih memiliki perasaan seperti manusia, namun usul mereka ditentang keras, terutamanya oleh pihak tentera kerana takut zombie akan membahayakan keselamatan masyarakat.

Kedua-dua saintis itu tidak peduli dan berusaha membuktikan idea mereka dan akhirnya terbukti bahawa zombie sememangnya boleh dikawal dan memiliki perasaan seperti manusia biasa.

Namun, pihak tentera tidak dapat menerima hakikat itu. Mereka 'membunuh'zombie yang telah dilatih oleh kedu-dua saintis tadi.

Zombie pun memberontak dan perang manusia melawan zombie pun terjadi lagi.

Seperti dua siri sebelumnya, filem ini pun meraih keuntungan yang cukup fenomena. Hanya dengan bajet US$3.5 juta, filem ini meraih keuntungan sebanyak US$34 juta.

Filem ini juga banyak digunakan sebagai inspirasi serta ikutan lagu-lagu popular masa kini, seperti "M1A1" dari Gorillaz, "Battlefield" dari Panzer AG, "Between the Gardens that Bathe in Blood" kumpulan Through the Eyes of the Dead, "Burning Inside" dari Ministry, "Day of the Dead" oleh Misfits, dan "Letter to Miguel" dari duo rocker Little Black Bottles.

Return of the Living Dead

Return of the Living Dead

Meskipun menggunakan tajuk "Return" dan "Living Dead", filem ini bukan sekuel dan tidak ada hubungannya dengan siri filem Living Dead karya Robert A. Romero.

Dengan skrip yang ditulis dan diarahkan Dan O'Bannon, filem yang ditayangkan pada tahun 1985 ini mengisahkan tentang tiga orang yang secara tidak sengaja tersesat ke sebuah tempat terpencil, di mana di tempat tersebut hidup para zombie kelaparan yang mengidamkan otak manusia.

Filem ini menjadi popular kerana memulakan konsep zombie pemakan otak, sangat berbeza dengan konsep zombie biasa yang memakan daging manusia.

Filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya John Russo ini dibuat dengan kos sebanyak US$4juta, dan berjaya meraih keuntungan sebanyak US$14.2 juta.

Dengan kejayaan tersebut, filem ini pun kemudian dibuat sekuelnya, Return of the Living Dead Part II (1988), Return of the Living Dead 3 (1993), Return of the Living Dead: Necropolis (2005) dan Return of the Living Dead: Rave from the Grave (2005).

Dead Alive AKA Braindead

Dead Alive AKA Braindead

Filem ini boleh dikatakan sebagai filem zombie paling sadis yang pernah dibuat, kerana menampilkan pelbagai teknik membunuh zombie yang boleh dikategorikan sebagai sangat sadis, seperti meremukkan kepala zombie dengan kenderaan, meratakan wajah zombie dengan mesin, memaku tubuh zombie dengan 'pistol paku', sehinggalah 'memblender' kepala zombie.

Adegan sadis dan brutal itu memenuhi tiga perempat filem berdurasi 103 minit tersebut.

Malah, kerana begitu sadis, filem ini dilarang untuk ditayangkan di banyak negara.

Di Amerika Syarikat sendiri, filem ini melalui tapisan yang sangat ketat, sehingga durasinya tinggal 85 minit.

Hanya 2 negara yang mengizinkan filem ini ditayangkan tanpa pemotongan babak, Britain dan Australia.

Filem ini sebenarnya tidak berjaya ketika ditayangkan buat kali pertama. Dibuat dengan bajet sebanyak US$3 juta, filem in hanya meraih keuntungan sebanyak US$242,000 saja.

Namun, sejak trilogi The Lord of The Rings yang diarahkan oelh Peter Jackson berjaya, filem Dead Alive pun terikut-ikut berjaya.

Ketika ini, Dead Alive (atau Braindead) menjadi salah satu filem zombie paling digemari diseluruh dunia.

Zombieland

Zombieland

Filem zombie tidak semestinya hanya tertumpu pada aksi-seram sahaja, dan ini diterjemahkan dalam filem zombie komedi "Zombieland" yang ditayangkan pada tahun 2013.

Filem arahan Rube Fleischer yang menampilkan Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Emma Stone dan Abigail Breslin ini mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang terselamat dari malapetaka zombie.

Ia memaparkan seorang pelajar kolej 'nerd' bernama Columbus yang terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi dalam menjalani kehidupan selepas malapetaka zombie berlaku.

Sepanjang perjalanan itu, dia telah bertemu dengan beberapa manusia yang terselamat iaitu Tallahassee, Wichita dan Little Rock di mana mereka kemudian bersama dalam misi mencari tempat selamat bebas dari zombie.

Warm Bodies

Warm Bodies

Filem zombie "Warm Bodies" arahan Jonathan Levine ini bukan filem zombie tipikal yang sering dipaparkan.

Dalam filem yang dibintangi Nicholas Hoult, Teresa Palmer, John Malkovich dan ramai lagi, "Warm Bodies" adalah sebuah filem drama-romantik yang mana manusia bercinta dengan zombie, dan yang mana jika mereka mendapat kasih sayang atau cinta, zombie-zombie ini lama-kelamaan akan bertukar menjadi manusia semula.

Ia mengisahkan tentang seorang zombie bernama R, yang tinggal di dalam kapal terbang Boeing 747 lama di kawasan lapangan terbang. R mempunyai perwatakan berbeza dari zombie-zombie lain.

Pada satu hari R telah menyelamatkan seorang gadis bernama Julie Grigio dari dibunuh zombie lain. Selepas daripada insiden itu, R mula jatuh cinta pada Julie.

World War Z

World War Z

Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel dengan judul sama "World War Z" nukilan Max Brooks dan ia dibintangi oleh Brad Pitt, Mireille Enos, James Badge Dale, Lucy Aharish dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Gerry Lane yang merupakan wakil United Nations yang berdepan dengan situasi di mana dunia diserang wabak yang menukar manusia menjadi zombie apabila digigit oleh individu yang dijangkiti.

Gerry kemudian telah ditugaskan untuk membantu pasukan penyelidikan untuk mencari punca bermula penyebaran wabak tersebut bagi menanganinya.

Apa yang menarik tentang filem ini adalah pengarah mempunyai pandangannya tersendiri dalam visualisasi zombie dimana zombie hanya akan menyerang manusia yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak menyerang jika seseorang itu mempunyai penyakit kronik seperti kanser atau penyakit lain yang boleh membawa maut.

Contracted

Contracted

Filem "Contracted" arahan Eric England ini juga boleh dikatakan sebuah filem zombie yang menampilkan jalan cerita yang berbeza dengan filem-filem zombie lain.

Dibintangi oleh Najarra Townsend, Caroline Williams, Alice Macdonald dan ramai lagi, "Contracted" memaparkan bagaimana seorang wanita dijangkiti virus zombie selepas melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki tidak dikenali.

Ia bermula apabila Samantha pergi ke sebuah parti dan berkenalan dengan seorang lelaki sebelum mereka melakukan persetubuhan.

Pada keesokan harinya dia merasakan dirinya mula menunjukkan simpton-simpton pelik sehingga menggangu tumpuannya ketika bekerja.

Selepas mendapatkan rawatan perubatan dia dikatakan telah dijangkiti penyakit kelamin hasil persetubuhan dengan lelaki tidak dikenali itu, namun lama-kelamaan perubahan ketara mula berlaku kepadanya apabila tubuhnya mula mereput seperti mayat.

"Contracted" bukanlah sebuah filem bajet besar, namun ia tidak menghalangnya untuk mencipta kejayaan apabila ia ditayangkan di tiga festival filem iaitu Festival Filem Antarabangsa Chicago, Festival Filem SITGES dan Festival Filem Seram New York City.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

drama the walking dead best gak...smpai game pun ada.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon