Monday, June 03, 2019

6 Kesalahan Trafik Musim Perayaan Bakal Di Saman RM300 Tanpa Diskaun!

6 Kesalahan Trafik Musim Perayaan Bakal Di Saman RM300 Tanpa Diskaun!

Bagi anda sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, anda haruslah berhati-hati dalam perjalanan dan mengelakkan dari disaman pada hari perayaan ini.

Saman RM300 Tanpa Diskaun
Gambar hiasan.

Untuk pengetahuan semua, saman RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya bermula 29 Mei hingga 12 Jun 2019.

Berikutan itu, 6 kesalahan utama ialah; memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, memotong barisan, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

Justeru itu, anda haruslah memandu secara berhemah untuk mengelakkan kemalangan jalanraya dan mengelakkan dari disaman kerana jika anda disaman melakukan kesalahan seperti dinyatakan, tiada diskaun pembayaran akan ditawarkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Mach, Kepantasan Supersonik Pesawat Melebihi Kelajuan Bunyi

Mach, Kepantasan Supersonik Pesawat Melebihi Kelajuan Bunyi

Pernahkah anda melihat pesawat terbang di udara dengan kelajuan supersonik? Jika ya, anda mungkin pernah mendengar "boom" yang kuat apabila pesawat tersebut melepasi kawasan anda. Apakah yang menyebabkan bunyinya sangat kuat? Adakah ia meletup?

Mach kelajuan Supersonik

Bunyi "boom" yang anda dengar itu sebenarnya dikenali sebagi ledakan sonik atau sonic boom. Ledakan sonik adalah sejenis bunyi yang kuat seperti letupan, dihasilkan oleh gelombang kejutan yang dicipta oleh sebarang objek yang bergerak melalui udara yang mencapai kelajuan lebih pantas dari kelajuan bunyi. Ledakan sonik ini menghasilkan tenaga bunyi yang tersangat tinggi.

Apabila sesuatu objek bergerak melalui udara, ia menghasilkan gelombang tekanan di hadapan dan belakang objek tersebut.

Sebagai contoh, sebuah bot bergerak di atas air. Gelombang (ombak) yang terhasil di bahagian hadapan dan belakang bot adalah sama dengan gelombang tekanan yang dihasilkan apabila objek melalui udara. Bezanya adalah anda tidak dapat melihat gelombang tekanan tersebut.

Gelombang-gelombang tekanan ini yang bergerak pada kelajuan bunyi, berapa laju kepantasannya? Jawapannya adalah tersangat pantas.

Bunyi bergerak dengan kelajuan yang berbeza, mengikut jenis bahan tersebut. Malah ia juga berbeza mengikut altitud dan suhu.

Di paras laut dan pada suhu 20 darjah celcius, kelajuan bunyi melalui udara adalah kira-kira 1,224 kilometer sejam.

Di ketinggian 20,000 kaki di mana lapisan atmosfera lebih nipis dan sejuk, bunyi bergerak di sekitar 1,062 kilometer sejam.

Mach

Seorang ahli fizik Austria, Ernst Mach telah mencipta kaedah mengukur kelajuan udara berbanding kelajuan bunyi.

Sekiranya pesawat terbang dengan kelajuan bunyi, ia dikatakan mempunyai kelajuan Mach 1. Jika ia terbang dengan kelajuan Mach 2, ia bermaksud dua kali ganda kelajuan bunyi dan begitulah seterusnya.

Sebagai objek seperti pesawat yang bergerak dengan kelajuan yang semakin bertambah, gelombang-gelombang tekanan ini (gelombang hadapan dan belakang) akan bertembung. Ia akan terhasil bersama-sama.

Akhirnya, kedua-dua gelombang ini akan membentuk satu gelombang kejutan pada kelajuan bunyi.

Ledakan sonik yang kita dengar disebabkan oleh pesawat terbang pada kelajuan Mach 1 dan menghasilkan "ledakan berlipat ganda".

Ledakan pertama disebabkan oleh perubahan tekanan udara ketika "hidung" pesawat mencapai kelajuan Mach 1 dan ledakan kedua pula disebabkan oleh perubahan tekanan yang berlaku apabila ekor pesawat melepasi kelajuan ini dan tekanan udara kembali normal.

Selagi sesebuah pesawat bergerak pada kelajuan Mach 1 atau lebih laju, ia akan menghasilkan ledakan sonik yang berterusan.

Sesiapa yang berada di bawah laluan pesawat ini akan terdengar ledakan sonik yang terhasil. Laluan ini dikenali sebagai "karpet ledakan".

Dan jika anda yang berada jauh di darat pun terdengar ledakan yang sangat kuat, bagaimana pula juruterbang boleh tahan dengan bunyi ini?

Sebenarnya, ledakan sonik yang terhasil tidak didengari oleh juruterbang. Mereka boleh melihat gelombang tekanan di sekeliling pesawat, tetapi mereka yang berada dalam pesawat tidak mendengar ledakan ini.

Bunyi tersebut hanya didengari selepas pesawat melepasi sesuatu kawasan, dalam kes ini, mereka yang berada dalam pesawat akan sentiasa berada di hadapan bunyi tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Cara Mengakarkan Dahan Pokok Tin

Cara Mengakarkan Dahan Pokok Tin

Pada posting kali ini, kami ingin berkongsi teknik pengakaran pokok tin paling mudah dan sangat sesuai bagi mereka yang kurang mahir dalam kaedah pengakaran batang pokok tin. Pembiakan Ficus carica mempunyai pelbagai cara dan kaedah, sama ada menggunakan biji benih atau pun keratan.

Pokok Tin

Keratan Tin merupakan satu kaedah pembiakan pokok terutama bagi mereka yang ingin mencuba membuat sendiri anak benih untuk tanaman benih secara keratan.

Jika menggunakan teknik yang betul, lazimnya kadar kejayaan teknik keratan akan menghasilkan sehingga 95% anak benih yang boleh hidup segar.

Bahan yang diperlukan:

1. Keratan batang yang matang

Keratan yang baik adalah lebih kurang 1-2 cm garis pusat dan mempunyai 6-8 mata tunas.

2. Bahan Kimia

Bahan penggalak akar Atonik/Racun kulat/plant sealer (atau lilin).

3. Media semaian

Media yang disyorkan ialah campuran 60% perlite dan 40% media pra-campur (Media 6 dalam 1) atau tanah hitam biasa, sedikit zeolite dan baja bokashi (jika ada).

4. Pot

Bekas semaian anak benih (pot plastik).

5. Beg plastik.

Cara-caranya:

1. Rendam keratan dalam racun kulat 5-6 jam. Antara racun kulat yang boleh digunakan ialah racun kulat Thiram, Sri Organik dll.

Kadar penggunaan adalah seperti yang disyorkan. Masukkan 1 atau 2 titik larutan Atonik ke dalam larutan racun kulat.

Racun kulat (Thiram), 1 sudu makan bagi 2 liter air bersih (hendaklah dikacau setiap 2 jam) atau Racun Sri Organik - 2 penutup bagi 2 liter air).

2. Tores 3 garisan sepanjang lebih kurang 2 cm dengan pisau pada kulit keratan dari atas ke bawah dan sapukan sedikit cecair Clonex Purple di kawasan keratan.

3. Bahagian atas keratan hendaklah disapu dengan plant sealer atau lilin (gincu pun boleh) bagi mengelakkan jangkitan kulat, serangan serangga perosak dan mengurangkan kadar kehilangan air menerusi batang.

4. Isi bekas semaian (pot plastik) dengan satu lapisan media di bahagian bawah pot. Letakkan keratan ditengah dan penuhkan pot dengan media.

Tekan dengan 3-4 jari ditepi keliling keratan agar ianya menjadi tegap dan tidak goyang.

Siram dengan air lebihan rendaman dan sejatkan sehingga tiada lagi air yang menitis.

5. Masukan bekas semaian (pot plastik) ke dalam beg plastik gelap, ikat dan simpan disatu tempat yang teduh untuk proses pengewapan.

6. Biarkan selama 7-10 hari tanpa disentuh, dibuka atau diubah walaupun sesaat.

7. Selepas 7-10 hari buka perlahan-lahan ikatan plastik tadi. Buat pemerhatian terhadap kehadiran kulat. Jika ada, sapu kawasan jangkitan dengan menggunakan racun kulat. Tutup serta merta dan ikat balik.

8. Buat pemerhatian pada pembesaran tunas selepas 2-3 minggu. Jika ianya membesar, ini bermakna peringkat pertama proses pengakaran telah berjaya dihasikan.

9. Buka ikatan plastik bag dan biarkan 2-3 hari sebelum pasu diangkat keluar untuk disimpan ditempat teduh dan proses penyesuaian anak benih tersebut (proses hardening).

10. Mulakan dengan pendedahan kepada matahari pagi selama 2-3 jam sebelum dipindah semula ke tempat teduh selama beberapa hari.

11. Seterusnya, perlahan-lahan ubah ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang lebih panjang masanya.

Dahan Yang Berjaya Diakarkan:

Fig Tores

Batang yang telah ditoreskan dengan pisau (sebanyak 3 toresan sepanjang 2 cm dibuat).

Fig Akar

Akar yang tumbuh ditempat torehan.

Fig Tangas

Pot yang telah disemai dengan keratan dibalut dengan plastik selama 7-8 hari.

Fig Pot

Mata tunas yang telah terhasil mula membesar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tinohtin

Sunday, June 02, 2019

2 Sebab Kenapa Cap Jari Setiap Manusia Berbeza

2 Sebab Kenapa Cap Jari Setiap Manusia Berbeza

Keistimewaan bentuk cap jari manusia bermula dari fasa pembangunan janin dan persekitaran rahim yang menentukan cap jari anda, malah ketika janin masih kecil di dalam rahim, jari-jari tangan dan jari kaki anda telah dibangunkan dalam tempoh 6 bulan pertama.

Keunikan Cap Jari

Pada ketika ini, garisan samar pada jari dan jari kaki sudah ada. Selama 3 bulan terakhir sebelum dilahirkan, garis-garis ini semakin mendalam dan dengan itu, cap jari anda telah selesai.

Cap jari adalah bukti yang paling menarik dalam makmal forensik di seluruh dunia. Kenapa ianya unik?

Bagaimanakah cap jari terbentuk?

Menghairankan, walaupun ahli saintis boleh menentukan masa cap jari dicipta, mereka tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang proses itu.

Kebanyakan ahli sains bersetuju dengan teori bahawa lapisan tengah kulit (lapisan basal) digulung di antara lapisan dalaman (dermis) dan lapisan luar (epidermis).

Lapisan basal tumbuh jauh lebih cepat daripada lapisan kulit yang lain.

Ketidakseimbangan dalam pertumbuhan ini menjadikan kulit mengikat, membentuk lipatan dalam epidermis dan dermis. Lipatan dari luar kelihatan sebagai corak rerabung, berombak pada jari.

Oleh sebab corak ini terbentuk semasa janin, ia tidak boleh berubah dan tidak boleh dimusnahkan dari luar. Tidak kira apa kecederaan kulit, struktur dalaman cap jari tidak akan berubah.

Jadi, bagaimana pula dengan corak, pola yang dilihat pada kulit jari kita?

Rerabung ini boleh berubah jika anda kerap melakukan aktiviti yang sama, seperti menggigit kuku, bahagian kulit yang kerap mengelupas dan menjadi tidak dapat dikenali.

Oleh sebab kelemahan kulit luar ini, ramai penjenayah membakar cap jari mereka untuk tidak meninggalkan apa-apa tanda semasa melakukan jenayah.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, oleh kerana akar cap jari berada di lapisan kulit yang lebih dalam, jika anda membiarkan jari untuk sembuh dari masa ke masa, rerabung akan tumbuh kembali dengan baik.

Mengapa cap jari unik?

Corak cap jari diputuskan oleh dua komponen iaitu faktor genetik dan persekitaran.

Faktor persekitaran yang menentukan cap jari adalah:
  • Tekanan darah.
  • Tahap oksigen darah.
  • Nutrisi yang diperoleh kanak-kanak daripada ibu.
  • Tahap cecair hormon.
  • Kedudukan janin.
  • Kedudukan tangan.
  • Tekanan cecair amniotik.

Dengan begitu banyak pembolehubah yang menentukan corak cap jari, bagi dua orang mempunyai set cap jari sepadan adalah sangat jarang berlaku.

Itulah sebabnya cap jari akan sentiasa menjadi salah satu ciri yang paling unik bagi setiap individu di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Cara Panggang Badam Yang Rangup Dan Sedap

Cara Panggang Badam Yang Rangup Dan Sedap

Kacang badam selain sedap dimakan sebagai snek, ia juga mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin B dan E, kaya dengan magnesium, zat besi, potasium, tembaga dan banyak lagi namun, badam lebih enak dimakan sekiranya dibakar atau dipanggang sehingga rangup.

Cara Panggang Badam

Jika ada diantara anda menghadapi masalah untuk merangupkan kacang badam, kami ingin berkongsi petua bagaimana mahu merangupkan kacang ini.

Cara Memanggang Badam

Cara Panggang Badam

Susun kacang badam ke dalam loyang yang bersih tanpa minyak dan pastikan tidak ada badam yang saling bertindih.

Panaskan oven hingga suhu 300 °F (149-220 °C) dan panggang badam dalam oven selama 15-20 minit sehingga aroma kacang terhidu dari oven.

Perhatikan kacang dengan teliti kerana badam cepat hangus. Jangan terlebih bakar kerana badam mudah pahit.

Bahagian dalam kacang badam yang sudah masak akan berwarna kecoklatan dan memiliki rasa yang ringan serta agak manis.

Kemudian, angkat kacang badam dari oven. Tabur kacang badam dengan garam secukup rasa, adun rata dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 01, 2019

Yubitsume: Tradisi Potong Jari Yakuza Sebagai Tanda Setia

Yubitsume: Tradisi Potong Jari Yakuza Sebagai Tanda Setia

Yakuza sememangnya terkenal dengan seni tatu pada badan ahlinya namun, perubahan zaman yang semakin skeptikal dengan Yakuza telah memaksa ahlinya tidak bertatu, untuk mengelak daripada dikesan pada zaman moden ini.

Yubitsume tradisi potong jari yakuza
Yubitsume.

Setakat ini, bukan penggunaan tatu sahaja yang terkesan dengan dunia moden, budaya dan tradisi Yubitsume juga nampaknya menemui jalan penamat serta tidak lagi popular di kalangan Yakuza.

Apa itu Yubitsume?

Yubitsume yang juga dikenali sebagai potong jari amat popular di kalangan ahli Yakuza suatu ketika dahulu.

Yubitsume bertitik tolak dari sejarah lampau kumpulan Bakuto. Sesiapa yang tidak berjaya membayar hutang akan dipotong jarinya.

DNA budaya ini masuk ke dalam kumpulan ini tetapi dalam versi yang berbeza.

Yubitsume di dalam Yakuza dikenakan sebagai satu tindakan permohonan maaf ataupun hukuman kerana melanggar undang-undang Yakuza.

Perkara yang lebih memeritkan adalah, apabila tuan punya badan sendiri yang akan memotong jarinya dan hal ini sangat menyukarkan serta hasrat seseorang untuk mengkhianati Yakuza menjadi berkurangan.

Ia juga bukan hukuman berbentuk sekali sahaja sudah cukup. Ia akan diulangi jika kesilapan masih diteruskan.

Satu kesilapan, satu jari hilang. Kesilapan kedua dilakukan, maka bahagian sambungan jari seterusnya menjadi taruhan.

Yubitsume punca sukarnya kehidupan bekas Yakuza

Satu survei pada tahun 1993 mendapati bahawa hanya 45% Yakuza moden yang pernah menghadapi hukuman Yubitsume.

Sekalipun nampak ganas dan kejam, ahli yang dikenakan hukuman akan pergi mendapatkan bantuan perubatan selepas hukuman itu untuk mengelakkan penyakit seperti haemorrhaging dan jangkitan.

Dilakukan sendiri

Keperitan Yubitsume sebenarnya tidaklah terhenti selepas mendapatkan perubatan. Ia jauh lebih perit jika seseorang ahli Yakuza itu sudah insaf.

Dalam masyarakat sosial Jepun memang ada sekumpulan atau organisasi sivik yang menyediakan program mendapatkan pekerjaan bagi bekas Yakuza.

Tetapi, nampaknya, organisasi yang menguruskan mengakui bahawa program ini tidak berjaya.

Terdapat beberapa faktor antaranya: Ahli bekas Yakuza tidak mahu membuat kerja-kerja orang biasa, Kesihatan fizikal yang kurang memuaskan dan Kekurangan kemahiran kerja yang sesuai.

Selain tiga di atas ini, terdapat satu lagi faktor program ini tidak berjaya iaitu tatu pada badan serta kesan jari yang cacat atau dipotong menjadi sebab penting kenapa syarikat di Jepun sering menolak mereka ini.

Tiada lagi yubitsume

Memang benar bahawa hukuman ini tidak lagi popular kerana operasi kerja Yakuza yang ingin dilakukan dengan cara yang kurang diragui.

Maka, hukuman seperti mencukur rambut, denda dalam bentuk kewangan, dipenjarakan sementara dan pengusiran sementara menjadi keutamaan.

Namun, jika kesilapan itu terlalu serius, Yubitsume adalah satu-satunya pengajaran yang menjadi pilihan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Manfaat Dan Khasiat Minyak Kayu Putih

Manfaat Dan Khasiat Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih atau juga dikenali sebagai 'eucalyptus oil' memiliki pelbagai kegunaan, manfaat dan khasiat untuk kesihatan manusia yang telah diwarisi sejak turun-temurun dari dahulu lagi.

Penggunaan minyak kayu putih amat popular dan satu kemestian bagi setiap keluarga sebagai persediaan untuk sakit-sakit tertentu terutamanya demam dan masuk angin.

1. Melegakan batuk dan selesema

Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih amat baik untuk melegakan batuk dan selesema. Cara menggunakannya adalah dengan menuang satu sudu kecil minyak kayu putih ke dalam jug berisi air panas.

Dengan menggunakan kain, 'tangas' kepala anda diatas jug dan biarkan wap air panas tersebut meresap ke dalam kepala selama beberapa minit.

Cara ini bukan sahaja melegakan selsema dan batuk tetapi juga membuatkan anda berasa segar dan bersemangat.

2. Buang angin dalam badan

Apabila perut merasa sakit disebabkan masuk angin atau ketidak hadaman, sapu dan gosok minyak air kayu putih di bahagian perut perlahan-lahan sehinga anda merasakan kehangatan minyak ini.

Sakit perut akan hilang secara perlahan-lahan kerana minyak kayu putih amat berkesan membuang angin dalam badan.

3. Menghindar bayi kembung perut

Minyak kayu putih sangat popular digunakan keatas kanak-kanak atau bayi untuk menghidari kembung perut disebabkan angin.

Biadanya, selepas bayi atau kanak-kanak selesai mandi, ibu akan menyapu sedikit minyak ini ke bahagian ubun-ubun, belakang, dada, perut dan tapak kaki anak-anak sebagai persediaan untuk mengelakkan dari kembung perut.

4. Minyak urut

Minyak kayu putih boleh digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan salah urat. Apabila sakit akibat salah urat, minyak kayu putih juga amat sesuai digunakan semasa berurut.

5. Melegakan Migrain

Bagi mereka yang mengalami migrain dan sakit kepala, sapu sedikit minyak kayu putih di dahi dan urut secara perlahan-lahan sehinggalah kesakitan kepala berkurangan.

6. Meredakan mabuk kenderaan

Sesetengah orang akan merasa pening ketika melakukan perjalanan jauh, menaiki kenderaan atau mabuk laut. Sapu minyak kayu putih di bahagian kepala dan hidu bau minyak ini untuk meredakan mabuk.

7. Meredakan sakit gigitan serangga

Jika anda atau keluarga digigit serangga misalnya, semut, nyamuk, ulat dan sebagainya yang menyebabkan kegatalan atau kesakitan pada bahagian yang digigit, sapu dengan minyak kayu putih.

Bersihkan terlebih dahulu kawasan yang gatal atau sakit kemudian sapu dengan minyak ini. Minyak kayu putih mampu meredakan kegatalan atau kesakitan akibat gigitan serangga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: geoffreystephen

Friday, May 31, 2019

Hemofilia, Penyakit Darah Tidak Membeku Yang Tiada Penawar

Hemofilia, Penyakit Darah Tidak Membeku Yang Tiada Penawar

Pernahkah anda terfikir saat mengalami kecederaan atau luka dan berlaku pendarahan kemudian darah berhenti mengalir? Itulah hemastosis dan proses ini memerlukan tiga langkah termasuk pembekuan darah.

Hemofilia penyakit tiada penawar

Pembekuan darah adalah penting kerana ia mekanisme semula jadi tubuh untuk mencegah atau meminimumkan kehilangan darah di bahagian salur darah yang tercedera atau rosak.

Proses ini juga mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria dan membolehkan luka sembuh dengan lebih cepat.

Malah, pembekuan darah mencegah penurunan tekanan darah ke aras yang berbahaya akibat kehilangan darah yang banyak dan mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran tertutup.

Bagaimanapun, gangguan pendarahan seperti hemofilia menghalang pembekuan darah berlaku kerana tubuh tidak mempunyai cukup faktor pembeku iaitu sejenis protein dalam darah yang mengawal pendarahan.

Pendek kata, penghidap hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan jika mengalami luka walaupun kecil.

Risiko pendarahan ini berlaku dalam dua cara iaitu secara luaran melalui luka dan secara dalaman di sendi serta otot.

Penyakit Jarang Berlaku

Hemofilia adalah gangguan darah yang jarang berlaku dan dianggarkan seorang daripada 10,000 penduduk menghidap penyakit ini yang diwarisi daripada keluarga.

Walaupun hemofilia adalah penyakit keturunan, 30 peratus kes penghidap hemofilia mendapatnya akibat mutasi gen yang berlaku secara spontan tanpa ada sejarah keluarga.

Gangguan darah ini dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut kekurangan atau ketiadaan faktor pembekuan tertentu, namun dua jenis utama adalah hemofilia A iaitu kekurangan Faktor VIII dan hemofilia B yang merujuk pada kekurangan Faktor IX.

Pembekuan darah adalah proses penting yang mencegah pendarahan yang teruk ketika salur darah cedera.

Apabila kita berdarah, salur darah akan menguncup untuk menutup lubang luka, kemudian bagi mengetatkan lagi lubang luka itu, sel darah platelet dan protein faktor pembeku akan membantu menghentikan pendarahan itu dengan menukar cecair darah kepada gel (pembekuan).

Jika satu daripada tiga langkah ini tidak ada, proses hemastosis tidak boleh berlaku.

Protein Pembeku

Terdapat 13 jenis protein faktor pembeku terbabit dalam hemastosis ini dan fungsi tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus aras faktor pembeku bagi membolehkan hemastosis normal berlaku.

Penghidap hemofilia A atau klasik hemofilia adalah paling ramai berbanding hemofilia B dengan kadar empat nisbah satu.

Pesakit hemofilia ringan dicirikan dengan aras faktor pembeku dalam darah antara lima hingga 40 peratus, hemofilia sederhana pula paras faktor pembekunya antara satu hingga lima peratus, manakala pesakit dengan hemofilia teruk mempunyai kurang satu peratus paras faktor pembeku.

Tanda-tanda

Gejala hemofilia ditunjukkan seperti pendarahan berpanjangan, pendarahan pada sendi, otot dan tisu lembut serta lebam pada permukaan kulit.

Penghidap hemofilia boleh mengalami pendarahan dalam dan luar badan, tetapi kebanyakannya berlaku pendarahan dalaman pada otot dan sendi malah, pendarahan juga boleh berlaku dalam otak.

Bagi penghidap hemofilia teruk, simptom akan menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit gangguan darah ini apabila mengalami pendarahan sebelum usianya setahun, malah ada kes bayi baru lahir mengalami pendarahan dalaman seperti pendarahan dalam otak.

Pendarahan dalaman ini berlaku jika penghidap terjatuh atau terhantuk atau berlaku impak pada fizikal, tetapi ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba dan dianggarkan satu peratus terjadi secara spontan.

Disebabkan jaringan saluran darah yang luas, pendarahan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh.

Pendarahan yang kerap boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti artritis, selain menyukarkan penghidapnya melakukan aktiviti dalam kehidupan harian.

Diagnosis untuk mengenal pasti penyakit gangguan darah ini pada seseorang hanya boleh dilakukan menerusi ujian darah untuk mengira bilangan protein faktor pembeku dan soal selidik latar belakang sejarah perubatan keluarga.

Kecacatan Kromosom X

Hemofilia adalah disebabkan kecacatan genetik yang terdapat pada kromosom X.

Wanita mempunyai dua kromosom X dan jika satu kromosom X ini mempunyai kecacatan genetik, wanita itu adalah pembawa dan mereka boleh mewariskan penyakit ini kepada anak lelaki.

Lelaki pula mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y dan jika kromosom X ini mempunyai kecacatan genetik mereka menghidap hemofilia.

Ini menjelaskan mengapa penghidap hemofilia lebih ramai dalam kalangan lelaki.

Jika bapa adalah penghidap hemofilia, manakala ibu bukan penghidap, maka anak lelaki mereka tidak menghidap hemofilia, namun anak perempuan adalah pembawa.

Bagaimanapun, ada segelintir pembawa penyakit ini mengalami gejala hemofilia walaupun aras faktor pembekunya lebih 40 peratus, bagaimanapun jika aras faktor pembekunya kurang 40 peratus maka wanita terbabit adalah penghidap hemofilia.

Tiada Penawar

Hemofilia belum ada penawar tetapi ia boleh dirawat dengan menggantikan protein faktor pembeku yang tidak ada atau arasnya terlalu rendah.

Malah, dengan rawatan yang pantas dan mencukupi serta pengurusan penyakit yang betul membolehkan penghidapnya kekal menjalani gaya hidup yang normal.

Hemofilia dapat dikawal dengan menggantikan faktor pembekuan ke dalam darah penghidap secara berkala (terapi profilaksis) atau mengikut keperluan.

Rawatan

Rawatan berkala sebagai langkah pencegahan yang dapat mengekalkan faktor pembekuan darah dalam jumlah yang cukup untuk keperluan badan, manakala rawatan mengikut keperluan pula diberikan hanya jika berlaku kecederaan atau pendarahan berterusan.

Terdapat dua sumber faktor pembeku iaitu menggunakan pekatan faktor yang dihasilkan daripada plasma manusia (pendermaan darah) dan pekatan faktor rekombinan iaitu hasil daripada kejuruteraan genetik.

Kedua-dua sumber faktor berkenaan memberikan kesan yang sama kepada penghidap hemofilia iaitu menaikkan aras faktor pembeku yang tidak ada atau sangat kurang kepada lebih satu peratus, di samping menurunkan kekerapan pendarahan kepada kurang 48 kali setahun.

Perbezaannya hanyalah pada kos apabila harga bagi pekatan faktor yang dihasilkan daripada plasma manusia lebih rendah berbanding pekatan daripada teknologi rekombinan.

Bagaimanapun, pekatan faktor daripada plasma manusia mempunyai kelemahan apabila berisiko dicemari virus daripada penderma yang hanya dapat dikesan dalam jangka panjang.

Terapi

Terapi profilaksis dalam rawatan berkala untuk mencegah berlaku pendarahan dan disyorkan ke atas penghidap hemofilia teruk bagi mengurangkam risiko kerosakan sendi serta risiko pendarahn spontan.

Profilaksis diberikan sebanyak tiga kali seminggu menerusi suntikan terus ke salur darah yang dilakukan sendiri oleh penghidap atau penjaga bagi penghidap kanak-kanak.

Dos pekatan faktor juga diberikan mengikut berat penghidap iaitu 25 unit bagi setiap kilogram dan lokasi pendarahan berlaku apabila lebih banyak dos digunakan untuk pendarahan otak berbanding pada sendi.

Terapi ini juga memberi perlindungan daripada berlakunya pendarahan sepanjang masa. Ia disyorkan untuk penghidap hemofilia teruk seperti bayi yang sudah menunjukkan tanda-tanda pendarahan selepas pandai merangkak.

Bagaimanapun, profilaksis juga diberikan bagi jangka pendek iaitu apabila berlaku pendarahan dan diteruskan secara berkala untuk tempoh tertentu.

Apapun, rawatan untuk hemofilia adalah sepanjang hayat dan kerana itu rawatan mencukupi adalah penting bagi membolehkan penghidap menjalani kehidupan seperti insan normal lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Bagaimana Madu Berfungsi Melawan Kuman?

Bagaimana Madu Berfungsi Melawan Kuman?

Mengikut fakta, kuman boleh hidup dalam makanan berasid iaitu pada pH 4.6 ke atas, tetapi madu kelulut mempunyai pH di antara 2-3, suatu keadaan yang tidak sesuai untuk kuman ini hidup. Selain itu, madu kelulut mempunyai nilai antioksidan yang tinggi iaitu melebihi 85% (DPPH) berbanding madu biasa (60-70%) di mana secara tidak langsung ia mampu membunuh kuman berbahaya ini.

Cara Madu melawan kuman

Khasiat madu kelulut adalah 8 kali ganda lebih tinggi berbanding madu biasa dan kandungan berasid di dalamnya menyebabkan kuman yang mampu membahayakan kesihatan manusia tidak dapat hidup.

Adakah madu kelulut sesuai untuk kanak-kanak?

Mesti ramai yang tertanya-tanya samada sesuai atau tidak untuk kanak-kanak di bawah 1 tahun.

Penggunaan madu tidak disarankan untuk kanak-kanak yang berumur bawah 1 tahun kerana ia berkemungkinan mengandungi sejenis kuman berbahaya iaitu Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak ini kerana ia menghasilkan sejenis toksin yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian dikenali sebagai Botulinum toxin.

Pernah dengar botox tak? Yang ramai orang guna untuk suntik muka supaya tegang. Botox adalah singkatan untuk nama toksin ini.

Sangatlah rugi sekiranya khasiat yang terkandung di dalam madu kelulut tidak didedahkan pada usia muda kerana ia mampu meningkatkan sistem imuniti serta membantu perkembangan sistem penghadaman kanak-kanak.

Tetapi, pastikan madu kelulut yang anda minum 100% tulen kerana madu tiruan dikesan mengandungi bahan berbahaya Clostridium botulinum seperti yang direkodkan.

1 titik madu kelulut sehari sudah mencukupi untuk boost sistem imun dan penghadaman anak-anak. Daripada bagi makan ubat kimia. Lebih baik kita bagi makan madu kelulut.

Jika anak-anak selesema atau batuk juga boleh bagi setitis sehari. In sha Allah setitis tidak memudaratkan. Cukup untuk memberi rangsangan untuk kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 30, 2019

Negara Yang Membenarkan Perkahwinan LGBT

Negara Yang Membenarkan Perkahwinan LGBT

Jika dahulu umat manusia hancur di zaman Nabi Luth tetapi kini LGBT bagai disanjung-sanjung, seolah-olah bebas berlaku sumbang seperti haiwan dan nampak jelik, tetapi nyata dunia sudah di akhir zaman.

Perkahwinan LGBT

Sebelum ini, ada lebih 20 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender), Australia menjadi negara kedua selepas Taiwan di benua Asia yang membenarkan perkahwinan sesama jenis ini terjadi.

Namun, tidak semua negara menyetujui perkahwinan LGBT, malah di Afrika, 37 buah negaranya memperuntukkan undang-undang anti gay.

Dikhabarkan, jika ada kehadiran pemimpin gay di sana, ia merupakan sesuatu yang sukar dibayangkan kejijikkannya.

Malah, bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai ‘lebih rendah jika dibandingkan dengan anjing dan babi’.

Berikut adalah senarai negara yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini dan semoga pelakunya bertaubat dan menerima hidayah Allah.

1. Belanda, 2001

Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengubal undang-undang pernikahan sejenis. Ia sudah diterima seawal tahun 2000 lagi tetapi secara sahnya diiktiraf pada 2001.

2. Belgium, 2003

Langkah Belanda segera menjadi ikutan oleh Belgium dua tahun kemudian. Pada 1 Jun, Undang-undang ini diwartakan.

Lebih mengejutkan, Perdana Menterinya, Elio de Rupo yang terpilih sebagai Perdana Menteri 2011, mengakui dirinya adalah gay.

3. Sepanyol, 2005

Negara yang terkenal dengan sukan lasak matador ini membenarkan pengikut LGBT berkahwin pada 3 Julai 2005.

Isu ini dibawa ke Parlimennya pada kali pertama oleh bekas Perdana Menterinya dan pemimpin Parti Sosialis, José Luis Rodríguez Zapatero.

4. Kanada, 2005

Selepas melihat ada negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis, Kanada menjadi negara keempat membenarkan perkahwinan terlaknat ini. 20 Julai 2005, undang-undang negaranya meluluskan perkahwinan ini.

5. Afrika Selatan, 2006

Ternyata Afrika Selatan menjadi negara di benua Afrika yang membenarkan perkahwinan LGBT.

Rang undang-undang ini telah ditandatangani oleh Wapres Phumzile-Mlambo Ngcuka pada 30 Jun 2006, disebabkan Presiden Afrika Selatan ketika itu, Thabo Mbeki sedang menghadiri KTT Uni Afrika.

6. Norway, 2009

Norway mengiktiraf perkahwinan sejenis ini pada 1 Januari 2009, menjadikan negara ini sebagai negara pertama di wilayah Skandinavia mengiktiraf LGBT.

7. Sweden, 2009

Lima bulan selepas itu, Sweden mengikut jejak negara jirannya, Norway, yang secara rasminya membenarkan perkahwinan sejenis pada 1 Mei 2009.

8. Portugal, 2010

Bayangkan kalau Cristiano Ronaldo menjadi gay, mahu menangis perempuan-perempuan di luar sana kerana terkesima dengan kekacakannya.

Namun, Perdana Menteri Portugal menyifatkan kebenaran perkahwinan sesama jenis ini adalah dari segi persamaan hak dan keadilan.

Tidak hairanlah pada 5 Jun 2010, Portugal menjadi negara ke 8 mengiktiraf perkahwinan menggelikan ini.

9. Iceland, 2010

Sangat mengejutkan apabila Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurardottir dan pasangan sejenisnya, Jonina Leosdottir merasmikan pernikahan mereka selepas rang undang-undang ini diiktiraf pada 27 Jun 2010.

Johanna menjadi pemimpin negara dunia pertama yang mengakui dirinya lesbian sejak sekian lama.

10. Argentina, 2010

Argentina menjadi negara pertama di Amerika Selatan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada 22 Julai 2010.

Empat tahun selepas rang undang-undang ini dibenarkan, seramai 9,362 pasangan sejenis mengesahkan pernikahan masing-masing.

11. Denmark, 2012

Setahun senyap tanpa ada negara membuat pengiktiraf paling jijik ini, 15 Jun 2012, Denmark menjadi negara ke 11 mengiktirafnya biarpun dianggap semua agama menentang perkahwinan mengarut ini.

12. Brazil, 2013

Perkahwinan sejenis di Brazil ini agak kontroversi kerana 48 peratus warganya dalam satu kutipan pendapat, Pew research Center menolak perkahwinan sejenis ini.

Namun, undang-undang ini tetap diterima dan ditermetrai pada 14 Mei 2013, membolehkan perkahwinan sejenis dibenarkan.

Serpihan Kaum Sodom

Selain negara di atas, ada lagi negara seperti New Zealand, Perancis, Inggeris, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico dan Amerika Syarikat.

Selepas kegilaan terjadi di benua Eropah, dan benua Amerika, gejala teruk lagi hodoh ini sudah menular ke Benua Asia pula.

Taiwan menjadi negara pertama di Benua Asia yang secara rasmi mengiktiraf perkahwinan sesama jenis. Parlimen mereka mengambil masa dua tahun untuk menyetujuinya kemudian, Australia menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan LGBT.

Dalam perbahasan Parlimen di Australia, seorang anggota Parlimennya, Tim Wilson, telah membuat lamaran terhadap pasangan hidupnya Ryan Bolger dalam dewan yang maha mulia ini. Yaks.

Ternyata kasih dan cinta sejati selama 10 tahun, akhirnya pasangan ini bergelar suami-suami.

Takkan nak panggil 'Suami-Isteri', kan dua-dua jantan. Lucu dan menjijikkan.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja