Nov 19, 2016

Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya, dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul, memberi khasiat yang baik kepada tubuh dan melawan racun di dalam badan.

Buah Tiin

Ramai di antara kita tidak mengetahui keistimewaan dan manfaat besar yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica untuk kesihatan.

Ini kerana mungkin disebabkan buah tiin bukan berasal dari negara kita dan ianya banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana buah Tiin berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah.

Buah Tiin Disebut Dalam Al-Qur'an

Di dalam Al Qur'an terdapat surah khusus yang menyatakan tentang khasiat buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3).

Pasti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Qur'an, mungkin kerana khasiat dan keistimewaan buah Tiin yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti)

Penemuan Khasiat Buah Tiin Hasil Kajian Sains

Manfaat buah Tiin juga dibuktikan melalui penemuan–penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin apabila dimakan.

Khasiat buah tiin juga berbeza berbanding dengan buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan sihat yang tinggi.

Selain dari itu, buah Tiin juga dikenali sebagai:
  • Bahan pelancar (laxative)
  • Penahan sakit
  • Baik sebagai unsur perkumuhan air kencing (diuretik)

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol, dan mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Hasil-hasil Kajian Mengenai Kelebihan Buah Tiin

Kajian dari California Fig Nutritional Information – Buah tiin mengandungi serat yang tinggi, di mana setiap 100gm buah tiin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).

Kajian yang disiarkan di Qatar – Buah tiin kaya dengan kalsium dan potasium yang mengandungi zat benzaldehyde yang sangat baik untuk melawan sel-sel kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat – Buah tiin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.

Pakar kesihatan – Dengan mengambil buah tiin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.

Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey – Buah Tiin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yang mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol, sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit diabetes.

Kandungan Nutrisi Bagi Setiap 100g Buah Tiin
  • Tenaga - 250 kcal 1040 kJ
  • Karbohidrat - 63.87 g
  • Gula - 47.92 g
  • Serat- 9.8 g
  • Lemak - 0.93 g
  • Protein - 3.30 g
  • Thiamine (Vit. B1) - 0.085 mg 7%
  • Niacin (Vit. B3) - 0.619 mg 4%
  • Riboflavin (Vit. B2) - 0.082 mg 5%
  • Pantothenic acid (B5) - 0.434 mg 9%
  • Vitamin B6 - 0.106 mg 8%
  • Magnesium - 68 mg 18%
  • Folat (Vit. B9) - 9 μg 2%
  • Vitamin C - 1.2 mg 2%
  • Zinc - 0.55 mg 6%
  • Kalsium - 162 mg 16%
  • Iron - 2.03 mg 16%
  • Fosfor - 67 mg 10%
  • Potassium - 680 mg 14%

Buah Tiin Sebagai Bahan Anti Kanser

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson juga mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

Buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’.

‘Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tin, apatah lagi ianya terhad di pasaran tidak seperti buah-buahan lain, kerana sukar diperolehi dan harga buah Tiin yang sangat mahal.

Buah Tiin Mencegah Kanser Kolon

Kajian sudah membuktikan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.

Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon).

Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan, oleh itu buah tiin juga sesuai dimakan untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tiin sangat sesuai dimakan oleh setiap orang, kerana ianya merupakan snek terbaik yang sesuai untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi.

Jadi, pengambilan buah tiin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita.

Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia-siakan malah perlu dijadikan sebagai makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Buah Tin Mempunyai Bahan Yang Boleh Melawan Kanser

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah, ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser.

Buah tiin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan.

Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Buah Tin Membantu Merawat Penyakit-penyakit Kronik

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi.

Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut.

Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Khasiat Buah Tiin Diiktiraf Oleh Pakar Pemakanan

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang.

Maka, tidak hairanlah jika buah tiin turut diiktiraf oleh pakar-pakar pemakanan moden sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat-zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu.

Buah Tiin bermanfaat dalam penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Secara Ringkasnya, Buah Tiin Diyakini Mampu Merawat Dan Mencegah Penyakit-penyakit Berbahaya Di Bawah
  • Merawat dan mencegah serangan darah tinggi dan jantung koroner
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
  • Mencegah serangan jantung
  • Baik untuk pesakit diabetes
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mencegah pereputan tulang (Osteoporosis)
  • Menjadikan tubuh lebih tinggi secara semulajadi
  • Sesuai untuk diet bagi mereka yang terlalu kurus
  • Mengatasi insomnia, susah tidur pada waktu malam
  • Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah)
  • Sumber nutrisi yang lengkap
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Menyembuhkan buasir
  • Mencegah pertumbuhan tumor kanser
  • Mengatasi masalah gangguan pernafasan
  • Merawat bisul
  • Mempercepat penyembuhan luka
  • Merawat sakit tekak
  • Mampu menurunkan berat badan
  • Melambatkan proses penuaan pada wanita menopause
  • Mencegah kanser prostat
  • Meningkatkan kekuatan lelaki di ranjang
  • Merawat kesihatan dan kecantikan kulit
  • Membersihkan penyumbatan pori dan mengatasi jerawat
  • Baik untuk ibu hamil dan baru melahirkan anak
  • Baik untuk pesakit batu karang
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun tubuh

Manfaat Buah Tiin Sempurna Secara Semulajadi

Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelar buah tiin sebagai ‘nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi’.

Oleh yang demikian, anda disarankan untuk selalu memakan buah tiin kerana manfaatnya untuk jangkamasa panjang, selagi hayat dikandung badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Ikim

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon