Aug 6, 2016

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

Makanan berkhasiat ini pernah dimakan oleh orang-orang soleh, nabi-nabi, para wali dan alim ulama dahulu kala.

Jika diamalkan dan dimakan selalu, khasiatnya mampu menuembuhkan pelbagai jenis penyakit selain menjadikan tubuh kita sihat walafiat dengan izin Allah.

Habbatus Sauda

Habbatus sauda

Nabi Muhammad SAW bersabda, ""Gunakanlah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali as sam (mati)". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitab karangannya, Al Tibb An-Nabawi (Medicine of The Prophet) atau Perubatan Cara Nabi menyatakan habbatus sauda sebagai al-habbah al barokah yakni tumbuhan yang diberkati Allah.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam kitab tersebut bahawa habbatus sauda boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa membawa kesan sampingan kepada tubuh kita.

Antaranya, penyakit batuk, radang paru-paru, sakit perut, kecacingan, masalah kulit, jerawat, senggugut, haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Ibnu Sina pula dalam bukunya Canon of Medicines menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu mengatasi kepenatan dan memulihkan semangat.

Habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu antibodi melawan penyakit.

Tiin

Tiin.jpg

Allah telah berfirman pada ayat pertama dari surah AAl-Tiin, "Demi buah Tiin dan buah Zaitun".

Sesungguhnya Allah bersumpah dengan nama dua jenis buah ini, Tiin dan buah Zaitun bahawa terlalu banyak faedah dan keberkatan pada buah hasil ciptaan Allah ini.

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah Tiin kerana daun Tiin dikatakan menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah selepas mereka memakan buah larangan di dalam Syurga.

Tiin memiliki aroma wangi, lazat dan mengandungi pelbagai jenis khasiat untuk tubuh manusia dipercayai mempunyai bahan polyphenols, benzaldehyde dan coumarins yang dapat melawan kanser.

Kandungan serat, kalium, magnesium, glukosa dan fruktosa di dalam buah Tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan mampu mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Menurut Imam Ibnu Al-Jawziyyah, buah Tiin memiliki banyak khasiat, antaranya mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, mencairkan kahak serta membuang toksik.

Buah Tiin bagus untuk pesakit sembelit, masalah hati, masalah saluran kencing, pedih ulu hati, sakit dada, buasir dan penyakit sawan (epilepsy).

Kurma

Kurma

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu buah kurma yang masak". - Surah Maryam Ayat 25.

Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedangkan ketika itu beliau masih dalam keadaan lemah, selepas melahirkan Nabi Isa.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium membuktikan bahawa kurma lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan moden yang dicampur dadah sehingga memberi kesan sampingan kepada tubuh kita.

Kurma turut memiliki kuasa penyembuh menyamai aspirin bagi mereka yang migrain, sakit perut, demam dan muntah-muntah.

Daripada Adiy bin Hatim, beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma."

Madu

Madu

Rasulullah SAW bersabda, "Ambillah, manfaatkan oleh kamu sekalian dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an". - Hadis riwayat Ibnu Majah.

Allah telah mengisytiharkan bahawa madu penawar mujarab pelbagai jenis penyakit selain menjadi lesukaan Nabi Muhammad SAW untuk kesihatan tubuh baginda.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menjilat madu sebanyak tiga pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan/ujian yang besar".

Bapa perubatan Islam, Ibnu Sina pernah berkata, "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan (awet muda), maka makanlah madu lebah!".

Badam

Badam

Amalan memakan badam di kalangan masyarakat Timur Tengah seperti di Iran, Afghanistan, Pakistan dan India dipercayai dikesan sejak ribuan tahun lalu.

Dipercayai badam turut menjadi makanan kegemaran para Nabi, salafus soleh dan para mujadid dahulu.

Badam dimakan bagi merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi menghafal Al-Qur'an, hadis dan pelbagai ilmu berkaitan agama.

Badam meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan terpenting untuk tumbesaran kanak-kanak dan meningkatkan kecerdasan.

Badam amat bagus untuk kecerdasan minda. jadi, memakan badam bermakna seseorang itu memiliki sumber nutrien yang diperlukan dalam membantu perkembangan minda.

Malah, memakan badam dapat membantu mengurangkan risiko mengalami nyanyuk atau penyakit alzheimer's disease.

Asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras hormocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

BACA INI JUGA: Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

terbaik..sayang selalunya tak dapat memakan apabila dah habis stok..bagus ni

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon