Saturday, October 14, 2017

Saman Jiran Pijak Semut Sampai Mati, Hakim Arahkan Sesuatu Yang Sangat Lucu


Seorang lelaki warga Arab Saudi dilapor memfailkan saman terhadap beberapa jirannya hanya kerana dia melihat mereka tergamak memijak semut secara sengaja sehingga mati.

Semut
Gambar hiasan.

Menurut laporan media tempatan, dalam tuntutan sivilnya itu, lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya bertindak mengisytiharkan tindakan ‘kejam’ jirannya memijak mati semut supaya tidak ditiru oleh masyarakat.

“Semut adalah salah satu makhluk hidup ciptaan Tuhan dan haiwan kecil ini mempunyai hak untuk hidup di atas bumi,” kata lelaki berkenaan dalam nota tuntutan samannya yang difailkan di sebuah mahkamah setempat.

Anehnya, tuntutan undang-undang pelik itu telah difailkan beliau sejak lapan tahun lalu tetapi uniknya, tuntutan tersebut turut disampaikan oleh Hakim Mohammed Al Fayez kepada lelaki berkenaan sendiri.

Bercakap kepada plaintif di mahkamah, hakim berkenaan menjelaskan bahawa tuntutan saman lelaki itu diterima.

Bagaimanapun, Mohamad juga menghendaki plaintif memasukkan kontrak saman itu dengan ada peguam semut.

“Tuntutan anda diterima selaku insan pembela semut, namun ia sangat jelas bagi saya bahawa ketika anda mahu mengajukan saman ini, anda tidak menyertakan kontrak peguam daripada ibu bapa semut yang meninggal dunia.

“Ini kerana haiwan berkenaan menjadi mangsa akibat diinjak oleh defendan,” kata hakim tersebut yang dipetik laman Alarabiya.net baru-baru ini sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

“Justeru, kes ini tidak dapat diteruskan sehingga individu berkenaan (waris keluarga semut) hadir di mahkamah dan mempunyai seorang peguam pendakwaan sebagai plaintif yang sah untuk mewakili mereka,” kata Mohamad.

Hakim kemudian meminta lelaki berkenaan untuk menunjukkan kontrak peguam yang ditandatangani oleh ahli keluarga semut. Sekiranya plaintif tersebut dapat memenuhinya, perbicaraan akan diteruskan seperti biasa.

“Mahkamah juga akan memanggil defendan hadir pada sesi pendengaran,” kata Mohamad.

Plaintif yang terkejut mendengar arahan hakim itu tidak bersuara dan bertindak meninggalkan mahkamah.

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon