Tuesday, October 30, 2018

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Smartphone OnePlus 6T akhirnya diumumkan secara rasmi dan port audio 3.5mm dinyahkan selama-lamanya daripada badan telefon ini. Dilancarkan selang 5 bulan daripada OnePlus 6, kini anda boleh menjangkakan penambahbaikan minimum pada model sebelum. Paling ketara adalah pada rupa fizikalnya.

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Pada bahagian belakang, pengimbas cap jari turut dibuang untuk beri laluan pada pengimbas cap jari terbina dalam badannya. OnePlus menjanjikan kepantasan nyahkunci sehingga 0.34 saat.

Bahagian depan kini menampilkan notch berbentuk titisan air berbanding notch kolam mandi. Ia menyumbang pada nisbah paparan-ke-badan yang lebih tinggi, 86%.

Paparannya kini sebesar 6.41″ dengan teknologi AMOLED dengan resolusi HD Penuh.

Kapasiti bateri turut diperbesar kepada 3,700 mAh daripada 3,300 mAh dan boleh dicas pantas tapi masih tiada Qi Wireless Charger.

OnePlus 6T Battery

Spesifikasi teknikal masih dikekalkan dan anda beroleh telefon dengan komponen seperti:
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Bahagian pengimejan turut kekal. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang 12MP+20MP dan kamera depan 16MP.

Sungguhpun sama, OnePlus memaklumkan perisian kamera nyata ditambah baik untuk berikan pengalaman kamera yang lebih baik.

OnePlus 6T Set Rasmi Di Malaysia

OnePlus 6T akan mula dijual pada 8 November 2018 ini dan kempen tempahan berjalan daripada 30 Oktober 2018 hingga 7 November 2018.

Harga OnePlus 6T yang akan dijual di Malaysia adalah seperti berikut:
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM2,588
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM2,888
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM3,188

OnePlus 6T adalah produk terbaru daripada OnePlus yang dilancarkan di New York pada 29 Oktober 2018 lalu.

OnePlus 6T Kamera

Ia adalah sebuah flagship dengan komponen seperti:
  • Skrin 6.4″ OLED.
  • CPU Snapdragon 845.
  • RAM sehingga 8GB.
  • Storan sehingga 512GB.
  • Dwikamera belakang 12MP+20MP.
  • Kamera depan 16MP.
  • Bateri 3,700 mAh.

Perbezaan OnePlus 6T dengan OnePlus 6 adalah pada notch yang lebih kecil, bateri sedikit besar dan cap jari dibina di dalam paparan itu sendiri.. Jika anda memiliki 6, naik taraf kepada 6T adalah amat minimum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau | soyacincau2

Thursday, October 18, 2018

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

Bagi pengguna Apple, mereka pastinya teruja menanti tiga model terbaharu telefon pintar itu yang terdiri daripada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

iPhone XR, XS, XS Max

Apple Malaysia bakal melancarkan iPhone XR, model 64GB bernilai RM3,599, model 128GB bernilai RM3,849 dan model 256GB berharga RM4,290 yang boleh didapati dalam enam warna iaitu putih, hitam, biru, kuning, koral dan merah.

Peranti ini akan dilengkapi dengan Earpods dan penyambung kilat, penyambung kilat ke kabel USB dan penyesuai kuasa USB 5W.

Airpod tanpa wayar pula dijual berasingan pada harga RM649.

Skrin

iPhone XR mempunyai paparan 6.1 inci HD dan menggunakan cip Bionic A12 yang dikuasakan oleh iOS 12.

Kamera

Lain-lain ciri utama adalah kamera 12 megapiksel lebar (f/1.8) dengan lima kali digital zoom, kamera depan tujuh megapiksel (f/2.2), video rakaman 4K dan kekunci ID wajah dibuka.

iPhone XS

Jika anda sedang mencari iPhone XS dengan paparan 5.8 inci, bersiap sedia menyediakan RM4,999 untuk versi 64GB, RM5,699 untuk 256GB dan RM6,649 untuk 512GB.

iPhone XS Max

iPhone XS Max dengan paparan 6.5 inci pula bernilai RM5,399 untuk model 64GB, RM6,099 untuk 256GB dan RM7,049 untuk 512GB.

Apa yang menarik dengan tiga model baharu iPhone ini?

Diperkenalkan kepada dunia menerusi Apple Event 2018, ia ternyata mengikut jejak siri X yang pertama, iPhone X yang tidak mempuyai home button seperti model-model terdahulu.

Sebagai pengganti, ia menggunakan sistem pengecaman wajah yang dikenali sebagai Face ID.

Selain harga yang membuatkan anda berfikir beberapa kali untuk membelinya, agaknya apa lagi yang menarik mengenai tiga model baharu ini?

Sudah tentu kebolehan kamera menjadi aspek utama yang menjadi bualan ramai.

Kualiti Gambar

Menerusi model ini, Apple memperkenalkan pengesan imej (image sensor) bagi meningkatkan kualiti foto.

Malah, cip yang lebih berkuasa dipasang supaya peranti itu berupaya menganalisis kondisi cahaya dengan lebih tepat.

Bukan itu sahaja, fungsi bokeh atau blurred mode juga dikatakan lebih tajam dan tepat menerusi tiga model ini.

Skrin OLED

Model XS dan XS Max dihasilkan dengan paparan skrin OLED manakala XR pula dihadirkan dengan skrin yang lebih murah iaitu LCD. Ia turut ditawarkan dengan pilihan warna seperti merah, kuning dan biru.

Dual Sim

Selain itu, model XS dan XS Max turut menyokong fungsi dual-simcard membolehkan pengguna Apple buat pertama kali menggunakan dua nombor telefon dalam satu peranti sahaja.

Namun, inovasi itu ternyata mengundang ketawa sebilangan individu kerana fungsi dual-simcard sudah lama diperkenalkan menerusi telefon Android.

RAM

Dari aspek RAM pula, XS dan XS Max menawaran 4GB RAM manakala XR ditawarkan hanya 3GB RAM sahaja.

XS dan XS Max masing-masing boleh dibeli dengan pilihan storan 64, 256 atau 512GB.

Model XR pila menawarkan pilihan storan 64, 128 dan 256GB.

iOS 12

Selain pengenalan tiga model itu, pengguna Apple juga pastinya sedang berada dalam fasa peralihan apabila sistem operasi iOS 12 baru sahaja diperkenalkan.

Pembantu digital Siri, sistem notifikasi berkumpulan, kamera augmented reality (AR) merupakan antara penambahbaikan dalam sistem operasi itu.

Menerusi iOS 12, notifikasi yang bertalu-talu tidak lagi menjadi masalah kerana ia bakal dikelaskan dalam kumpulan sekali gus menjadikan peranti anda lebih sistematik.

Peminat setia jenama iPhone sebelum juga dikejutkan dengan berita bahawa iPhone X sudah dihentikan pengeluarannya oleh Apple.

Namun, stok yang masih belum terjual akan terus tersedia di mana-mana gedung Apple di seluruh dunia.

Dijangka harga untuk model-model terdahulu iPhone juga akan mengalami penurunan seiring dengan pengenalan tiga model baharu ini.

Apa kata anda? Yang mana menjadi pujaan hati? Tepuk dada tanya selera.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar2

Wednesday, October 17, 2018

Smartphone Google Pixel 3 Tawar Kamera Berkualiti!

Smartphone Google Pixel 3 Tawar Kamera Berkualiti!

Selepas hampir beberapa bulan peminat Android dan Google berteka-teki dengan pelbagai ura-ura yang dikeluarkan, akhirnya Google telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Google Pixel 3 XL

Pelancaran yang dibuat pada kali ini nampaknya tidak mengujakan para peminat kerana segala ura-ura yang diumumkan sebelum ini ternyata benar-benar belaka.

Untuk maklumat lanjut, berikut merupakan apa yang menarik dan ditawarkan Google bagi model Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Rekabentuk dan warna

Dari segi rekabentuk, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL nampaknya masih lagi mengekalkan rekabentuk yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, dalam usaha menawarkan saiz skrin yang lebih besar, Pixel 3 XL turut hadir dengan notch yang sangat janggal untuk dipaparkan dan berdasarkan komen awal netizen, jelas ramai yang tidak menyukainya.

Seperti tahun lalu, Google telah menamakan tiga warna yang diperkenalkan dengan gaya yang lebih cool iaitu clearly white , only black dan juga not pink.

Spesifikasi

Seperti yang diumumkan ura-ura sebelum ini, Googel Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 dan RAM 4GB.

Meskipun ramai yang mengharapkan RAM 6GB, Google nampaknya tidak menyertakannya pada model tahun 2018 ini.

Berbeza dari tahun lalu, Google Pixel siri tahun ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar dimana Google Pixel 3 hadir dengan skrin 5.5-inci manakal Pixel 3 XL hadir dengan skrin 6.3-inci.

Masing-masing berjaya hadir dengan skrin yang lebih besar melalui penyertaan bezel yang lebih nipis.

Menariknya, model terbaru ini turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar dimana pengguna perlu mendapatkan Google Pixel Stand.

Penawaran teknologi ini turut dibantu dengan penggunaan kaca pada bahagian belakang model ini.

Kamera

Google Pixel 3 Kamera

Sebut sahaja mengenai Google Pixel mungkin ramai yang sudah cukup kenal mengenalinya kualiti kameranya.

Melalui model terbaharu ini, Google masih lagi mengekalkan trend satu kamera pada bahagian hadapan dengan belakang serta menjamin kualiti yang lebih baik.

Kamera yang disertakan pada bahagian belakang hadir dengan lensa 12-megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan hadir dengan 8-megapixel f/2.2.

Meskipun model ini hadir dengan satu kamera pada bahagian hadapan dan belakang, Google yakin dengan teknologinya yang mampu menawarkan kualiti yang lebih baik berbanding model-model telefon pintar yang lain.

Berikut merupakan perbezaan kualiti kamera Google Pixel 3 dengan Apple iPhone XS. Jelas kualiti yang ditawarkan Google Pixel 3 jauh lebih hebat berbanding Apple iPhone XS.

Google Pixel 3 vs iPhone

Harga

Dari segi harga, Google Pixel 3 akan mula ditawarkan pada harga $799 (~RM3,321.84) manakala Pixel 3 XL bakal ditawarkan pada harga $899 (~RM3,737.59).

Malaysia sekali lagi tidak tersenarai sebagai negara yang menawarkan pengedar rasmi.

Buat anda yang berminat kemungkinan perlu mendapatkan import set yang mungkin bakal ditawarkan dengan harga yang sedikit tinggi.

Adakah Google Pixel 3 telefon pintar Android terbaik dan berbaloi untuk dimiliki?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, October 16, 2018

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Sekiranya pada awal tahun 2019 ini ramai yang terkejut dan mengangap pengenalan telefon pintar dengan tiga kamera dibelakang sudah cukup banyak, Samsung pula merupakan smartphone pertama di dunia yang memperkenalkan telefon pintar dengan empat kamera.

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Berita yang pada mulanya bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya berjaya menjadi kenyataan melalui acara pelancaran rasmi Samsung Galaxy A7 dan A9.

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, model Galaxy A9 hadir dengan skrin 6.3-inci SAMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 710.

Model ini turut hadir dengan saiz storan yang agak tinggi iaitu 512 GB dengan penyertaan RAM 6/8 GB mengikut variasi model.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang membezakan setiap lensa yang ditawarkan Samsung Galaxy A9?

Kamera

Kamera belakang model ini hadir dengan gabungan empat kamera 24, 10, 8 dan 5 megapixel manakala kamera utamanya dilengkapi 24-megapixel untuk tangkapan biasa dengan lensa f/1.7.

Kamera kedua hadir dengan lensa zoom optikal 2X manakala kamera ketiga merupakan wide lens dan terakhir sekali lensa keempat dilengkapi dengan lensa f/2.2.

Bahagian hadapan model ini pula dilengkapi kamera 24-megapixel untuk berswafoto.

Samsung A9 Kamera

Model A9 ini akan mula ditawarkan pada bulan November 2019 dan setakat ini, tanda harga bagi model inovatif dan unik dari Samsung ini masih belum diumumkan.

Mungkinkah akan terdapat model dengan lima kamera tidak lama lagi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, September 04, 2018

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Mula diperkenalkan pada awal tahun 2018 ini, Nokia nampaknya tidak lagi mahu berada dibawah bayang-bayang telefon yang pernah menjadi legenda keluarannya dan menerusi pengeluaran era terbaru ini, Nokia turut menawarkan telefon pintar kelas pertengahan melalui model Nokia 6.1.

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Mula ditawarkan pada harga RM1,099, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar tanpa mahu berbelanja besar mendapatkan telefon pintar flagship.

Rekaan

Dari segi rekaan, seperti semua sedia maklum Nokia sememangnya mementingkan rekaan yang kukuh dan berkualiti tinggi.

Menerusi model ini, Nokia masih lagi mengekalkan identiti yang sama dengan penggunaan material berkualiti tinggi.

Hadir dengan warna biru pada bahagian belakang, Nokia telah menggunakan material aluminium yang membuatkan anda berasa seperti memegang sebuah telefon pintar flagship yang premium.

Kemasan yang ditawarkan Nokia juga boleh dikatakan amat baik dengan gabungan warna emas pada bahagian tepi.

Dalam pada itu, Nokia juga turut berjaya menawarkan model ini dengan saiz yang nipis dan masih lagi sedap digunakan.

Skrin

Nokia 6.1 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Kualiti paparan yang ditawarkan pada pendapat kami boleh dikatakan agak baik bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Walau bagaimanapun, ianya masih belum dapat menandingi beberapa jenama telefon pintar lain yang turut menawarkan tanda harga yang hampir sama.

Spesifikasi

Apa yang menarik mengenai model Nokia 6.1 ini adalah ianya dikuasakan oleh Android One.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapatkan pengalaman seolah menggunakan telefon pintar keluaran Google.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor Snapdragon 630, RAM 4 GB dan ruang storan 64 GB.

Kapasiti bateri yang disertakan bersaiz 3000 mAh.

Meskipun model ini hadir dengan processor yang boleh dikatakan cukup baik dan RAM bersaiz 4 GB, masih lagi merasakan sedikit lagging pada beberapa ketika waktu.

Walau bagaimanapun, ianya tidaklah terlalu kerap.

Sekiranya anda hanya menggunakan telefon pintar sekadar untuk melayari media sosial dan bukan untuk bermain game secara serius, model ini sudah cukup baik untuk menawarkan apa yang diperlukan dengan baik.

Kamera

Apabila membincangkan tentang Nokia, pasti ramai yang teringatkan kamera bersama lensa ikoniknya iaitu Carl Zeiss.

Untuk pengetahuan anda, Nokia 6.1 hadir dengan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang.

Nokia 6.1-inci berjaya menghasilkan gambar yang jelas beserta warna yang terang.

Walau bagamanapun, ada sedikit masalah dengan auto-focus model ini yang agak perlahan berbanding beberapa model lain.

Dalam erti kata lain, anda mungkin akan mendapat imej yang kabur sekiranya mengambil gambar dalam keadaan yang pantas.

Harga

Harga yang ditawarkan buat Nokia 6.1 adalah RM1,099, harga yang boleh dikatakan agak berpatutan bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Ditambah pula dengan kekuatan jenamanya, pastinya harga yang ditawarkan tampak berbaloi.

Sekiranya anda merupakan peminat Nokia atau mahu ‘sekali lagi’ menggunakan telefon pintar keluaran Nokia, mendapatkan model ini mungkin pilihan yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Monday, August 06, 2018

Apple iPhone Bakal Perkenal Dwi-Sim Card

Apple iPhone Bakal Perkenal Dwi-Sim Card

Teknologi dwi-sim bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena telefon pintar malah, teknologi ini sudah hampir 10 tahun diperkenalkan.

Apple iPhone Dwi-Sim

Bagi telefon pintar flagship, dapat dilihat teknologi ini semakin diterima serta mula disertakan pada beberapa jenama.

Terbaru, dikatakan Apple kemungkinan berminat untuk menyertakan teknologi dwi-sim ini pada iPhone. Kenyataan ini dikuatkan lagi setelah kemaskini terbaru iOS beta memperlihatkan penyediaan teknologi ini.

Penawaran Apple iPhone dengan dwi-sim bakal disediakan pada model 6.1-inci.

Penyediaan dwi-sim sekali gus bakal menjadikan model terbaru ini sebagai model pertama dengan dwi-sim daripada iPhone.

Buat pengguna Android, ini bukanlah perkara yang baru bagi sesetengah daripada anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Monday, July 30, 2018

10 Jenama Laptop Dengan Jangka Hayat Bateri Paling Lama

10 Jenama Laptop Dengan Jangka Hayat Bateri Paling Lama

Bukan semua orang hanya mahukan spesifikasi terbaik pada sesebuah laptop, tetapi ketahanan jangka masa bateri pun selalu menjadi keutamaan sebelum membuat pilihan. Lagi lama bateri itu mampu bertahan, lagi syok kita nak guna tanpa perlu perlu kerap di caj. Betul tak?

Kalau ada yang tengah survey nak cari laptop, berikut kami senaraikan 10 laptop yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama.

Kalau nak tahu harga, korang boleh google ya.

1. Acer Chromebook R13
Ketahanan bateri: 13 jam 2 minit
Harga: RM1,790-RM2,441

Acer Chromebook R 13

2. Lenovo Yoga 920
Ketahanan bateri: 12 jam 50 minit
Harga: RM5,599

Lenovo Yoga 920

3. Samsung Notebook 9
Ketahanan bateri: 12 jam 16 minit
Harga: RM5,529-RM8,247

Samsung Notebook 9

4. Dell XPS 13
Ketahanan bateri: 12 jam 16 minit
Harga: RM4,689-RM6,453

Dell XPS 13

5. Lenovo ThinkPad X1 Carbon
Ketahanan bateri: 11 jam 50 minit
Harga: RM5,826-RM12,619

Lenovo ThinkPad X1 Carbon

6. Microsoft Surface Book (2016)
Ketahanan bateri: 11 jam 49 minit
Harga: RM6,328

Microsoft Surface Book

7. Apple Macbook Pro (13-inch)
Ketahanan bateri: 11 jam 36 minit
Harga: RM5,659

Apple MacBook Pro with Touch Bar

8. HP EliteBook x360 (13-inch)
Ketahanan bateri: 11 jam 34 minit
Harga: RM1,499

HP EliteBook x360

9. LG Gram 13
Ketahanan bateri: 11 jam 30 minit
Harga: RM6,234

LG Gram 13

10. Apple MacBook Pro with Touch Bar (15-inch, 2017)
Ketahanan bateri: 10 jam 43 minit
Harga: RM5,659

Apple MacBook Pro with Touch Bar

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Wednesday, July 18, 2018

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Oppo Find X akhirnya hadir dengan skrin 6.4-inci dengan resolusi 2340z1080 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan hadir dengan storan 245GB, turut menggunakan kamera hadapan 25-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16-megapixel + 20-megapixel, melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Menariknya pada OPPO Find X ini adalah, ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan malah, Oppo menggunakan rekaan sedikit melengkung pada bahagian tepi, selain rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Dengan langkah ini, Oppo mencapai kadar nisbah skrin ke badan peranti sehingga 93.8% – iaitu yang tertinggi di pasaran pada hari ini.

Dengan rekaan penuh begini, semestinya ramai tertanya mengenai kedudukan kamera – yang biasanya dijayakan melalui penggunaan takuk.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah penggunaan ciri kamera yang boleh disembunyikan bagi mencapai rekaan skrin menyeluruh.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Kamera hadapan dan belakang disembunyikan dan boleh dikawal secara mekanikal.

Bahagian berkenaan akan naik dan turun berdasarkan penggunaan apabila peranti diaktifkan (untuk nyah-kunci berasaskan wajah) atau apabila aplikasi mengakses kamera.

Pada bahagian ini, ia hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 20MP dan 16MP, sementara kamera hadapan 25-megapixel yang dilengkapi sensor 3D untuk ciri Omoji dan juga nyah-kunci berasaskan wajah.

Tiada sokongan bicu audio atau pengimbas cap jari disertakan pada telefon pintar OPPO Find X ini.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Oppo Find X turut hadir dengan antaramuka Color OS berasaskan Android 8.1, yang mana turut menyertakan beberapa integrasi kecerdasan buatan untuk memudahkan sejumlah tugasan.

Di Malaysia, OPPO Find X dijual pada harga RM3,699.00 dan sudah boleh ditempah secara PreOrder di LAZADA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Wednesday, July 11, 2018

Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari

Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari

Belum sempat Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan secara rasmi, nampaknya ura-ura bagi model flagship tahun hadapan Samsung iaitu Galaxy S10 telah pun dikeluarkan.

Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari

Terbaru, dikatakan Samsung Galaxy S10 bakal hadir dengan pengimbas cap jari diatas skrin.

Teknologi yang masih baru ini telah mula diperkenalkan oleh Vivo terlebih dahulu sebelum jenama-jenama lain mengikuti trend yang sama.

Selain itu, dikatakan Samsung Galaxy S10 juga bakal menyaksikan smartphone pertama daripada Samsung yang menyertakan tiga kamera pada bahagian belakang.

Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari

Sekiranya ura-ura ini benar, boleh dikatakan Samsung telah berjaya menawarkan sesuatu yang fresh buat para pengguna selepas peningkatan yang sangat sedikit pada Galaxy S9 berbanding S8.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Note 9 bakal dilancarkan pada bulan hadapan sekaligus bakal menjadi smartphone flagship terbaru daripada Samsung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, July 01, 2018

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Kalau kita lihat dalam pasaran sekarang, harga smartphone boleh mencecah hingga ribuan ringgit, tapi sebenarnya jika anda pandai memilih dan buat sedikit survey, memang ada smartphone yang dijual harga bawah daripada RM500.

Berikut merupakan 15 smartphone harga dibawah RM500 yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

1. Lenovo A6600 Plus (RM329)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels LCD IPS, 294PPI
Bateri: 2300mAh
Kamera: 8MP + 2MP, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

2. ZTE Blade A610 (RM378)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 1080 x 1920 pixels, 294PPI
Bateri: 4000mAh
Kamera: 8MP + 5MP + Video 1080 @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

3. Asus Zenfone Go 5.0 (RM389)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5.5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2600mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

4. ZTE Blade V7 LITE (RM399)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2500mAh
Kamera: 13MP + 8MP, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

5. Xiaomi Redmi 5A (RM399)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1080 pixels, 255PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13 MP f/2.2 + 5MP f/2.0, Video 1080 @ 30fps

6. Huawei Honor 5C (RM439)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Octa-core (4 x 2.0 GHz Cortex-A53 & 4 x 1.7 GHz Cortex-A53)
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5.2 inci, IPS 1080 x 1920 pixels, 424PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.0 28mm + 8MP f/2.0, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

7. Alcatel Onetouch Flash 2 (RM459)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Octa-core 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.2, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

8. Xiaomi Redmi 4X (RM459)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 4100mAh
Kamera: 13MP f/20 + 5MP f/2.2, Video 1080p @ 30fps

9. Huawei Honor 5A (RM475)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280, 294PPI
Bateri: 2200mAh
Kamera: 13MP f/2.0 28mm + 5MP, Video 1080p @ 30fps

10. Asus Zenfone 2 Laser ZE550KL (RM489)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 32GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2400mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 1080 @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

11. Nokia 3 (RM499)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2630mAh
Kamera: 8MP f/2.0 + 8MP f/2.0, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM

12. TP-Link Neffos C5 Max (RM499)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Octa-ocre 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin:5.5 inci, FHD (1920 x 1080), 403.4PPI
Bateri: 3045mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 1080p @ 30fps

13. Nubia M2 LITE (RM499)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Octa-core (4 x 1.5GHz Cortex-A53 x 1.0Ghz Cortex-A53)
RAM: 3GB
Internal storage: 64GB
Skrin: 5.5 inci, TFT 1280 x 720 pixels, 267PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.2 + 16MP f/2.0, Video 720 @ 30fps

14. Sharp Z2 (RM499)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Deca-core (2 x 2.3GHz Cortex-A72, 4 x 2.0GHz Cortex-A53, 4 x 1.4Ghz Cortex-A53)
RAM: 4GB
Internal storage: 32GB
Skrin: 5.5 inci, IPS LCD LTPS 1080 x 1920 pixels, 401PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 16MP + 8MP, Video 1080p @30fps

15. Tp-Link Neffos X1 LITE (RM499)

15 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM500 Tahun 2018

Processor: Quad-core Cortex-A53 1.5 GHz + Quad-core Cortex-A53 1.0GHz
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, HD (1280 x 720), 293.7PPI
Bateri: 2550mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0 PDAF, Video 1080p @ 30fps

Harga-harga yang disenaraikan ini adalah daripada rujukan produk dan mungkin berubah bergantung kepada promosi dan diskaun yang akan diberikan.

PROMOSI BARANGAN MURAH ONLINE >>

Walau bagaimanapun, kalau anda mempunyai bajet lebih daripada RM500, pastikan smartphone yang dipilih mempunyai spesifikasi yang lebih baik daripada produk-produk yang disenaraikan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thursday, June 14, 2018

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan kemajuan teknologi yang sangat canggih dan pesat membangun, kini kita boleh memilih pelbagai jenis jenama komputer riba dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan pada harga yang berpatutan namun, terdapat beberapa model komputer riba yang jauh daripada jangkauan kemampuan orang kebanyakan.

Kami kongsikan 5 komputer riba paling mahal di dunia.

1. Luvaglio

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Berada di tangga pertama senarai ini adalah laptop yang lebih mahal daripada sebuah kereta sport, iaitu Luvaglio.

Luvaglio adalah komputer riba dari United Kingdom dan merupakan komputer riba yang dihasilkan menggunakan tangan pertama di dunia.

Walaupun tersangat mahal, namun ibu pejabatnya adalah di kawasan teres di London Barat.

Spesifikasi komputer riba ini boleh dipesan mengikut cita rasa anda malah, pelanggan boleh memilih sendiri bahan yang digunakan untuk menghasilkan luaran komputer ini termasuklah kayu, logam atau lain-lain.

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Namun kosnya tetap juga sama kerana butang kuasa komputer ini mempunyai berlian yang sangat jarang ditemui.

Luvaglio juga hanya boleh diakses dengan cap jari pemilik sahaja dan hanya boleh dibeli melalui pesanan.

Versi standard komputer ini datang dengan skrin LED 17 inci dengan pemacu Blue-Ray, 128GB ruang simpanan dan salutan silau anti-reflektif yang direka khas untuk imej yang lebih jelas dan cerah.

Harganya? USD$1 juta!

2. Tulip E-Go Diamond

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan harga setinggi USD$355,000 RM1.4 juta, komputer riba Tulip ego Diamond merupakan yang kedua termahal di dunia.

Jika dilihatkan pada luarannya ia tak ubah seperti seutas bag. Tulip dikeluarkan pada hujung tahun 2006 dan mempunyai dua versi iaitu berlian dan platinum.

Apa yang membuatkan harganya mencecah jutaan ringgit adalah kerana ia bertatahkan plat emas putih 80 karat dan berlian. Ia juga dipasangkan dengan dua potongan batu delima pada logo Tulip.

Dan jika ia tidak dipasangkan batu-batu permata ini, ia masih berada di kelas tersendiri kerana penghasilannya menggunakan teknik overmolding yang membolehkan pelbagai jenis bahan digunakan pada badannya termasuklah fabrik, kulit, kayu dan juga logam.

Idea asal adalah untuk menghasilkan produk daripada perspektif wanita yang pada pandangan pertama laptop ini boleh kelihatan seperti satu aksesori fesyen. Ia telah menghasilkan komputer riba berbentuk seutas beg tangan yang elegan.

Dari segi spesifikasinya pula, ia dilengkapi dengan cakera keras berkapasiti 160GB dengan 2GB RAM, sistem audio refleks Bass, pemproses AMD Turion 64-bit, paparan 12 inci dan kad grafik ATI Radeon Xpress 200.

3. Macbook Pro Emas 24 karat

Macbook Pro Emas 24 karat

Di senarai ketiga adalah Macbook Pro emas 24 karat yang dikeluarkan pada awal tahun 2013. Pasti peminat tegar jenama Apple bergetar tulang rusuk melihat laptop ini kan?

Seperti yang dijelaskan oleh namanya, komputer riba ini disalut dengan emas 24 karat di keseluruhan bahagian luar dan sebahagian dalamannya yang menjadikan harganya setinggi USD$30,000 RM119,685.

Bahagian bukan logam seperti papan kekunci dan trackpad dicat dengan warna emas untuk sepadan dengan emas 24 karat ini.

Bagi bahagian logo Apple pula dihasilkan dengan beberapa warna seperti hijau, putih dan lain-lain.

Dari segi spesifikasinya pula, komputer ini sama seperti MacBook Pro yang lain. Ia dikuasakan dengan pemproses 2.4GHz Interl Core Duo dan dilengkapi dengan memori DDR2 4GB 667MHZ, pemacu dalaman 160GB, grafik NVIDIA GeForce 8600M GT dan paparan TFT 15.4 inci.

4. Ego Bentley

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Jika terdapat kereta jenama Bentley, jangan terkejut jika ada komputer riba Bentley.

Pengeluar komputer ini iaitu Ego telah berkolaborasi dengan syarikat kereta mewah Inggeris, Bentley Motors untuk menghasilkan komputer riba mewah berharga USD$19,943 (RM79,560) ini.

Ia kelihatan serupa seperti iBook Clamshell 199 dan buatan tangan. Di bahagian luar, Ego dipasangkan dengan kulit asli bertatahkan berlian dengan logo Bentley di tengah-tengah.

Bingkai Ego disalut dengan emas putih luar dan dalam serta pemegangnya diperbuat daripada krom.

Komputer ke-4 termahal di dunia dikuasakan oleh pemproses AMD 64 dengan paparan 12.1 inci dan RAM 2GB.

Jika dilihatkan pada rupa bentuknya, ia lebih sesuai dengan wanita.

5. Acer predator 21X

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Acer Predator 21x adalah komputer yang paling hebat dari segi spesifikasi, namun berada di tangga terakhir dari segi harga iaitu USD$8,999 (RM35,900) dan mempunyai skrin lengkung dengan saiz paparan yang sangat besar iaitu 21 inci.

Disebabkan saiznya yang lebih besar daripada komputer riba biasa, ia menjadikan komputer ini seberat 8.8 kilogram.

Ia juga diiktiraf sebagai komputer riba paling hebat untuk peminat permainan video, disebabkan oleh spesifikasinya.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-7820HK 2.90 GHz dengan RAM 64GB DDR4 dan paparan 21 inci.

Apa yang lebih dahsyat mengenai komputer ini adalah ia dilengkapi dengan 2 kad grafik Nvidia GTX 1080 yang pasti menjadi idaman semua penggemar permainan video.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, June 08, 2018

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor Malaysia secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 7A, merupakan peranti berspesifikasi asas-pertengahan dengan skrin 5.7-inci bersama resolusi 1440×720 pixel, serta menggunakan nisbah skrin 18:9 dan hadir dengan cip Snapdragon 430.

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Untuk rakaman gambar, Honor 7A menggunakan kamera 13-megapixel dibelakang, selain kamera 8-megapixel dihadapan.

Honor juga mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan speaker yang lebih kuat berbanding peranti lain pada harganya.

Honor 7A hadir dengan sokongan tiga slot – iaitu dua untuk kad-SIM bersaiz nano, selain satu slot untuk mikro-SD.

Dengannya, kini anda boleh menggunakan dwi-SIM dan mikro-SD pada waktu yang sama – berbeza dengan penggunaan slot hibrid sebelum-sebelum ini.

Walaupun menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, pihak Honor masih menyertakan beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan Face Unlock padanya.

Peranti ini juga dioptimasikan untuk rakaman swafoto, termasuk sokongan pencahayaan lembut dihadapan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 7A akan ditawarkan melalui Shopee bermula 8 Jun ini, pada harga bermula RM479 untuk model 2GB RAM/16GB, sementara berharga RM569 untuk model 3GB RAM/32GB storan.

Permainan Video – Honor Play

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang dinamakan Honor Play.

Honor Play hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970 – yang turut digunakan pada Huawei P20 dan Honor 10.

Namun, pihak Honor hadir dengan penawaran pengoptimasian khusus dinamakan GPU Turbo – sekaligus memberikan prestasi permainan yang lebih baik kepada para pemain.

Dari segi spesifikasi, Honor Play hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan 2280×1080 pixel. Ia hadir dengan rekaan bertakuk diatas, serta menggunakan nisbah skrin 19:9.

Honor Play hadir dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16MP. Penawaran kamera turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan untuk pengoptimasian mod rakaman lebih baik kepada pengguna.

Honor Play ini akan dipasarkan bersama Android 8.1 Oreo serta antaramuka EMUI 8.2. Honor mengatakan ia menyokong permainan 4D yang membolehkan peranti mengenal-pasti beberapa bentuk permainan seperti tembakan, letupan dan sebagainya.

Ia turut menggunakan sokongan audio 3D bagi memudahkan pengguna mengetahui arah tembakan dan sebagainya.

Honor Play ditawarkan pada harga bermula 1999 Yuan (sekitar RM1241) – yang mana boleh dikatakan agak kompetitif untuk peranti Kirin 970.

Buat masa ini, ia dilancarkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Wednesday, June 06, 2018

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan!

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan!

Ketika acara Computex 2018 yang berlangsung di Taipei, Asus telah melancarkan sebuah smartphone gaming yang berjaya mengujakan ramai iaitu Asus ROG Phone.

Asus sememangnya dilihat semakin rancak dalam menawarkan smartphone berasaskan gaming, bermula dengan penawaran smartphone game mampu milik sehinggalah kepada smartphone high-end.

Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang best tentang smartphone Asus ROG Phone.

Reka bentuk dan skrin

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan

Sekiranya anda berpendapat smartphone pada masa kini semuanya boring dengan penawaran notch dibahagian atas, Asus ROG Phone nampaknya masih lagi menawarkan rekabentuk klasik beserta sentuhan moden dan khas buat gamers.

Pada bahagian belakang model ini, anda dapat lihat ROG Phone dilengkapi dengan dua kamera beserta tempat pengimbas cap jari yang unik.

Skrin yang digunakan ROG Phone adalah 6.0-inci AMOLED.

Lebih menarik, model ini turut menawarkan kadar refresh rate yang agak tinggi sehingga 90Hz.

Dalam erti kata lain anda berpeluang mendapatkan skrin yang terang dan detail pada setiap game yang anda mainkan.

Spesifikasi

Asus ROG Phone Smartphone Gaming Terbaik Pernah Dilancarkan

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik bagi sebuah smartphone Android yang turut disertakan dengan ciri gaming.

Penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8 GB bakal membolehkan dengan bermian game dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Dari segi kapasiti bateri, model ini turut disertakan dengan bateri bersaiz 4000 mAh.

Features X-Mode turut disediakan khas buat model ini dimana anda boleh meminimumkan penggunaan memori dan membuang data yang tidak diperlukan serta memfokuskan kepada aplikasi berasaskan game. Ini yang gamers mahukan bukan?

Aksesori

Asus ROG Phone Aksesori

Menariknya, Asus ROG Phone turut hadir bersama beberapa aksesori yang bakal merancakkan lagi pengalaman anda bermain game.

Penawaran Asus’ AeroActiveCooler membolehkan anda bermain game tanpa merisaukan smartphone anda menjadi cepat panas.

Selain itu, anda turut membolehkan menyambung smartphone kepada monitor melalui penawaran dock khas yang turut disertakan dengan USB-C sekaligus membolehkan anda bermain game sambil mengecas smartphone anda. Terbaik bukan?

Difahamkan Asus ROG Phone bakal ditawarkan buat pengguna dalam beberapa bulan sahaja lagi manakala harganya masih lagi misteri ketika ini.

Sekiranya anda merupakan seorang gamers tegar, mendapatkan ROG Phone pastinya pilihan berbaloi berdasarkan spesifikasi serta penawaran yang diberikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket