Selasa, September 04, 2018

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki


Mula diperkenalkan pada awal tahun 2018 ini, Nokia nampaknya tidak lagi mahu berada dibawah bayang-bayang telefon yang pernah menjadi legenda keluarannya dan menerusi pengeluaran era terbaru ini, Nokia turut menawarkan telefon pintar kelas pertengahan melalui model Nokia 6.1.

Nokia 6.1 Berkualiti Dan Berbaloi Dimiliki

Mula ditawarkan pada harga RM1,099, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar tanpa mahu berbelanja besar mendapatkan telefon pintar flagship.

Rekaan

Dari segi rekaan, seperti semua sedia maklum Nokia sememangnya mementingkan rekaan yang kukuh dan berkualiti tinggi.

Menerusi model ini, Nokia masih lagi mengekalkan identiti yang sama dengan penggunaan material berkualiti tinggi.

Hadir dengan warna biru pada bahagian belakang, Nokia telah menggunakan material aluminium yang membuatkan anda berasa seperti memegang sebuah telefon pintar flagship yang premium.

Kemasan yang ditawarkan Nokia juga boleh dikatakan amat baik dengan gabungan warna emas pada bahagian tepi.

Dalam pada itu, Nokia juga turut berjaya menawarkan model ini dengan saiz yang nipis dan masih lagi sedap digunakan.

Skrin

Nokia 6.1 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Kualiti paparan yang ditawarkan pada pendapat kami boleh dikatakan agak baik bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Walau bagaimanapun, ianya masih belum dapat menandingi beberapa jenama telefon pintar lain yang turut menawarkan tanda harga yang hampir sama.

Spesifikasi

Apa yang menarik mengenai model Nokia 6.1 ini adalah ianya dikuasakan oleh Android One.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapatkan pengalaman seolah menggunakan telefon pintar keluaran Google.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor Snapdragon 630, RAM 4 GB dan ruang storan 64 GB.

Kapasiti bateri yang disertakan bersaiz 3000 mAh.

Meskipun model ini hadir dengan processor yang boleh dikatakan cukup baik dan RAM bersaiz 4 GB, masih lagi merasakan sedikit lagging pada beberapa ketika waktu.

Walau bagaimanapun, ianya tidaklah terlalu kerap.

Sekiranya anda hanya menggunakan telefon pintar sekadar untuk melayari media sosial dan bukan untuk bermain game secara serius, model ini sudah cukup baik untuk menawarkan apa yang diperlukan dengan baik.

Kamera

Apabila membincangkan tentang Nokia, pasti ramai yang teringatkan kamera bersama lensa ikoniknya iaitu Carl Zeiss.

Untuk pengetahuan anda, Nokia 6.1 hadir dengan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang.

Nokia 6.1-inci berjaya menghasilkan gambar yang jelas beserta warna yang terang.

Walau bagamanapun, ada sedikit masalah dengan auto-focus model ini yang agak perlahan berbanding beberapa model lain.

Dalam erti kata lain, anda mungkin akan mendapat imej yang kabur sekiranya mengambil gambar dalam keadaan yang pantas.

Harga

Harga yang ditawarkan buat Nokia 6.1 adalah RM1,099, harga yang boleh dikatakan agak berpatutan bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Ditambah pula dengan kekuatan jenamanya, pastinya harga yang ditawarkan tampak berbaloi.

Sekiranya anda merupakan peminat Nokia atau mahu ‘sekali lagi’ menggunakan telefon pintar keluaran Nokia, mendapatkan model ini mungkin pilihan yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon