Friday, June 08, 2018

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429


Honor Malaysia secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 7A, merupakan peranti berspesifikasi asas-pertengahan dengan skrin 5.7-inci bersama resolusi 1440×720 pixel, serta menggunakan nisbah skrin 18:9 dan hadir dengan cip Snapdragon 430.

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Untuk rakaman gambar, Honor 7A menggunakan kamera 13-megapixel dibelakang, selain kamera 8-megapixel dihadapan.

Honor juga mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan speaker yang lebih kuat berbanding peranti lain pada harganya.

Honor 7A hadir dengan sokongan tiga slot – iaitu dua untuk kad-SIM bersaiz nano, selain satu slot untuk mikro-SD.

Dengannya, kini anda boleh menggunakan dwi-SIM dan mikro-SD pada waktu yang sama – berbeza dengan penggunaan slot hibrid sebelum-sebelum ini.

Walaupun menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, pihak Honor masih menyertakan beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan Face Unlock padanya.

Peranti ini juga dioptimasikan untuk rakaman swafoto, termasuk sokongan pencahayaan lembut dihadapan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 7A akan ditawarkan melalui Shopee bermula 8 Jun ini, pada harga bermula RM479 untuk model 2GB RAM/16GB, sementara berharga RM569 untuk model 3GB RAM/32GB storan.

Permainan Video – Honor Play

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang dinamakan Honor Play.

Honor Play hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970 – yang turut digunakan pada Huawei P20 dan Honor 10.

Namun, pihak Honor hadir dengan penawaran pengoptimasian khusus dinamakan GPU Turbo – sekaligus memberikan prestasi permainan yang lebih baik kepada para pemain.

Dari segi spesifikasi, Honor Play hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan 2280×1080 pixel. Ia hadir dengan rekaan bertakuk diatas, serta menggunakan nisbah skrin 19:9.

Honor Play hadir dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16MP. Penawaran kamera turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan untuk pengoptimasian mod rakaman lebih baik kepada pengguna.

Honor Play ini akan dipasarkan bersama Android 8.1 Oreo serta antaramuka EMUI 8.2. Honor mengatakan ia menyokong permainan 4D yang membolehkan peranti mengenal-pasti beberapa bentuk permainan seperti tembakan, letupan dan sebagainya.

Ia turut menggunakan sokongan audio 3D bagi memudahkan pengguna mengetahui arah tembakan dan sebagainya.

Honor Play ditawarkan pada harga bermula 1999 Yuan (sekitar RM1241) – yang mana boleh dikatakan agak kompetitif untuk peranti Kirin 970.

Buat masa ini, ia dilancarkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon