Friday, June 01, 2018

Samsung Galaxy Note 9 Bakal Smartphone Terpantas Android

Samsung Galaxy Note 9 Bakal Smartphone Terpantas Android

Tidak lama lagi sebelum Samsung bakal melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 9, Samsung nampaknya bersedia untuk menawarkan spesifikasi terbaik khusus buat para pengguna.

Samsung Galaxy Note 9

Berdasarkan ura-ura, Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM.

Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845.

Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

Samsung Galaxy Note 9

Dari segi harga, tanda harga dibawah RM4,000 seperti model Samsung Galaxy Note 8 antara yang dijangkakan bagi model premium daripada Samsung ini.

Agak-agak apa pula inovasi terbaru yang bakal dibawakan Samsung pada kali ini?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, April 19, 2018

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Jika sebelum ini Apple telah mengumumkan iPhone X sebagai model iPhone sempena sepuluh tahun pelancaran, Nokia nampaknya bakal mengikuti pemilihan nama model yang hampir sama dengan pelancaran terbaharu Nokia X.

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Pada model ini, Nokia dikatakan mahu memberikan yang terbaik sekali gus ingin tampil kompetitif di dalam dunia smartphone Android.

Berdasarkan ura-ura, Nokia X mungkin bakal disertakan dengan processor terbaru daripada Snadragon atau MediaTek.

RAM 6 GB antara yang bakal disertakan dalam memberikan kelajuan yang diperlukan buat pengguna.

Dari segi kamera, Nokia X dikatakan merupakan cubaan terbaik Nokia untuk mengembalikan ‘zaman kegemilangan’ Nokia seperti dahulu kala.

Lensa Carl-Zeiss antara yang bakal digunakan.

Setakat ini masih belum banyak spesifikasi dan gambar yang dikongsikan mahupun tertiris.

Segalanya bakal terjawab pada 27 April 2018 ini apabila Nokia melancarkannya secara rasmi.

Mampukah Nokia X menjadi pencabar Apple iPhone X?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

sumber: thevocket

Tuesday, April 17, 2018

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Penggunaan spesifikasi yang berkuasa tinggi antara ciri yang menjadi pilihan untuk bermain game, tambahan pula dengan pertambahan game yang dipertandingkan dalam industi e-sukan, penggunaan gaming smartphone tampak lebih releven berbanding dahulu.

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Terbaru, Xiaomi telah memperkenalkan gaming smartphone pertama mereka iaitu ‘Black Shark’ yang menerusi model ini, Xiaomi dilihat ingin cuba lari daripada kebiasaan dengan mengenakan tema hijau dan hitam.

Sekali pandang, jelas Xiaomi sedang cuba untuk ‘meniru’ Razer Phone bermula dengan pilihan warna.

Rekabentuk

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Dari segi rekabentuk, Xiaomi Black Shark hadir dengan bezel yang agak tebal bagi smartphone keluaran 2018.

Penyertaan bezel ini dikatakan untuk memberi keselesaan buat para pengguna khususnya gamer untuk memegang Xiaomi Black Shark dengan lebih selesa.

Gabungan warna hijau dan hitam sekaligus membangkitkan lagi rekabentuk smartphone ini.

Dalam memberi pengalaman yang lebih baik buat pengguna, model ini turut hadir dengan dwi speaker pada bahagian hadapan.

Spesifikasi

Xiaomi Black Shark dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845 beserta Adreno 630 untuk GPU.

Skrin bersaiz 5.99-inci Full HD+ dengan nisbah 18:9 pastinya berjaya berjaya menawarkan kepuasan buat para pengguna.

Dua variasi model yang ditawarkan hadir dengan RAM 6GB dengan storan 64GB, manakala variasi yang lebih high spec ditawarkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Kapasiti bateri yang disertakan pada model ini adalah sebesar 4000 mAh.

Ciri-ciri menarik

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Apa yang membezakan Xiaomi Black Shark berbanding smartphone ialah penawaran aksesorinya.

Melalui model ini, Xiaomi telah memperkenalkan Black Shark Gamepad.

Berfungsi seakan Nintendo Switch, gamepad ini bakal membolehkan anda bermain game dengan lebih mudah khususnya game melibatkan FPS dan bola sepak.

Melayari aplikasi game sudah tentunya membuatkan smartphone akan lebih cepat panas.

Sebagai usaha untuk membuatkan Xiaomi Black Shark kekal sejuk, Xiaomi telah menyertakan sistem liquid cooling.

Dikatakan sistem ini mampu menyejukkan smartphone sehingga 8 darjah celcius.

Harga

Mengulas dari segi harga, sudah tentunya para pengguna mengharapkan harga yang rendah dari jenama ini

Xiaomi Black Shark bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar $477 (~RM1850.76) manakala untuk model RAM 8GB ditawarkan pada harga $557 (RM2238.76).

Black Shark Gamepad dijual secara berasingan dengan harga $28 (~RM89.24).

Sekiranya anda seorang gamer atau individu yang mahukan spesifikasi terbaik pada smartphone, Xiaomi Black Sharp merupakan smartphone berbaloi untuk dimiliki berdasarkan penggunaan processor Snapdragon 845 dan RAM 8GB yang disertakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gadis Dirasuk Lepas Main Game Panggil Roh Di Smartphone!

sumber: thevocket

Sunday, March 11, 2018

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

Game kasual seperti Mobile Legends atau Arena of Valor sememangnya antara aplikasi perlu dalam telefon pintar untuk bermain game namun ada kekangan disebabkan bajet poket.

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

Berikut beberapa jenama smartphone yang kami cadangkan untuk peminat game bagi tujuan game kasual berharga di bawah RM1,000.

Namun perlu diingatkan, berdasarkan pemprosesan, format skrin dan RAM yang ada, ia tidak terlalu hebat, jadi berpadalah ketika bermain.

1. Xiaomi Redmi 5 Plus
Harga: RM749

Xiaomi Redmi 5 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 625 dengan skrin 5.99 inci jenis 18:9 dan RAM 4GB.

Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh, namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.

2. Honor 7X
Harga: RM900 - RM1,000

Smartphone yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti mempunyai skrin 5.93 inci didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.

Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya di samping RAM 4GB ini.

3. Samsung Galaxy J7 Prime (2017)
Harga: RM759

Telefon yang mempunyai versi RAM 3GB dan storan 32GB ini cukup untuk bermain game kasual, namun jangan terlalu lama di depan skrin.

Ia mempunyai skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 HD, jadi boleh tahan untuk visual.

4. Vivo V7
Harga: RM999

Berdasarkan skrin 5.7 inci dengan RAM 4GB, ia mampu mengoperasikan permainan kasual.

Selain storan 32GB, Vivo V7 juga lengkap skrin jenis FullView 18:9 di samping pemprosesan Qualcomm 1.8GHz.

5. Moto G5s Plus
Harga: RM860 - RM999

Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Ia dibangunkan dengan storan 32GB dan menggunakan operasi Android 7.1.1 di samping kapasiti bateri yang besar iaitu 3000mAh, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap selain skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3.

6. Xiaomi Mi A1
Harga: RM899 - RM1,000

Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.

Memang sesuai untuk kaki game, ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.

7. Neffos X1 Max
Harga: RM698

Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas dan menjimatkan bateri.

X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus jadi kalau habis bateri, cepat sikit dicas.

8. ASUS Zenfone 4 Max Pro
Harga: RM999

ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja, namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh

Ia juga berfungsi sebagai powerbank manakala skrin 5.5 inci HD penuh memang sesuai untuk game dengan RAM 3GB.

Berminat? Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

sumber: hmetro

Monday, March 05, 2018

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Pengguna Apple dinasihatkan agar tidak membuka sekiranya menerima 'teks bom' dari bahasa Telugu yang digunakan oleh golongan Dravidia di bahagian selatan India yang mampu merosakkan peranti yang digunakan dalam iPhone, iPad dan juga Mac.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Sekiranya pengguna Apple terus membuka teks tersebut, ia boleh merosakkan sistem aplikasi dalam sebarang gajet jenama berkenaan.

Semua gajet Apple meggunakan iOS 11.2.5 atau MacOS mudah terkena dengan pepijat tersebut sekaligus menggagalkan untuk penggunaan iMessages.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Selain itu ia juga memberi kesan kepada aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger, Outlook (IOS) dan juga gmail.

Dilaporkan, sekiranya berlaku, gajet tersebut akan tertutup (off) secara berterusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: mstar

Sunday, March 04, 2018

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Bagi anda yang sangat meminati smartphone dan merancang untuk membeli gadjet terbaharu, ini adalah tips khusus untuk anda yang hendak tahu dari mana asal telefon bimbit atau smartphone yang di beli, sama ada ianya AP set, My set, refurbished set atau klon set.

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Jangan kerana terlihat harga murah yang ditawarkan, sampai anda tertipu dan melayang wang ringgit.

Telefon AP Set

AP (Approval Permit) Set merupakan telefon yang diimport sepenuhnya dari negara luar, dengan mendapat kebenaran kastam, bukannya direct dari pengeluar telefon sendiri.

Maksudnya, telefon AP Set diimport oleh syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor).

Ada di antara syarikat-syarikat yang mengimport ini adalah syarikat besar, jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak selamat juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada pengeluar, dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Dari segi kualiti, AP Set juga berkualiti, sama seperti telefon biasa, malah syarikat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan AP Set merupakan syarikat besar yang bertaraf ISO.

Dari segi warranty (jaminan), paling baru AP Set menawarkan warranty selama 24 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 3 BULAN untuk LCD. 3 BULAN warranty diberikan untuk battery dan charger.

Warranty dari syarikat tersebut dan bukan direct dari syarikat telefon dan terpulang kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa telefon tersebut masuk ke Malaysia untuk meletakkan tempoh jaminan bagi bahagian tertentu telefon.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat bertanggungjawab membawa telefon masuk ke Malaysia.

Kebiasaannya, syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau kalau beli AP Set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke tempat lain misalnya.

Dari segi harga, AP Set menarik untuk dibincangkan kerana harga AP Set biasanya 10% - 30% lebih murah.

Contohnya, harga Sony Experia Z1 berharga lebih kurang RM1559, original set ialah RM1839. Perbezaan sebanyak RM280.

Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli AP Set disebabkan harganya namun begitu, oleh kerana mungkin melibatkan kos pengurusan, harganya mungkin lebih tinggi sedikit dari biasa, namun masih rendah berbanding dengan My Set.

Telefon My Set

Telefon My Set biasanya telefon yang dibuat di Malaysia, namun standard dan kualiti yang digunakan sama dengan kualiti yang dihasilkan di luar negara.

Contohnya iPhone, walaupun ia adalah My Set, kualitinya tetap sama seperti iphone yang dihasilkan di luar negara.

Cuma untuk My Set, pembeli boleh mendapatkan alat ganti atau perkhidmatan terus melalui center di Malaysia dan tidak perlu lagi di hantar ke luar negara jika mengalami masalah.

Harga My Set sudah tentu lebih mahal sedikit dari AP Set, namun kualiti dan originalnya sama seperti iPhone dari agen sah.

Biasanya telefon My Set mudah didapati di mana-mana centre telco atau syarikat menjual telefon.

Telefon Refurbished Set

Refurbished Set pula sebenarnya adalah telefon original, namun oleh kerana terdapat sedikit kerosakan yang sangat minor, maka ianya direject dari pasaran oleh syarikat telefon.

Kerosakkan ini dibaiki oleh syarikat lain atau syarikat yang bertindak sebagai penjual telefon tersebut sesudah kerosakan dibaiki.

Namun, Refurbished Set masih menjadi pilihan ramai pengguna kerana kualitinya yang masih tinggi.

Kerosakan tersebut boleh jadi kerosakan fizikal yang sangat minor bukan melibatkan sistem operasi seperti androids.

Cuma pembeli perlu berhati-hati sebab warranty untuk telefon jenis ini biasanya tidak panjang.

Telefon Klon Set

Sementara Klon Set merupakan set yang dihasilkan terus oleh bukan syarikat telefon dan mungkin dihasilkan dari China, boleh jadi juga dari Malaysia.

Yang ini terpulang kepada pembeli, kalau nasib baik boleh guna sampai puas hati, tetapi kalau rosak atau tak boleh digunakan, anda patut tahu risikonya, betul tak?

Senang cakap, kalau telefon klon memang berisiko rosak, tidak berfungsi atau macam-macam masalah lain.

Jadi, fikir habis-habis sebelum beli telefon klon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Jelly' Smartphone Android Paling Kecil Di Dunia

sumber: lovehijau

Thursday, March 01, 2018

Xperia XZ2 Smartphone Terbaik SONY Pernah Dihasilkan

Xperia XZ2 Smartphone Terbaik SONY Pernah Dihasilkan

Sekali imbas, Sony XZ2 masih lagi membawakan gaya dan rekabentuk yang tidak jauh bezanya berbanding model tahun-tahun sebelum ini walau bagaimanapun, Sony nampaknya lebih berpihak untuk memberi penekanan buat spesifikasi smartphone berbanding rekaannya.

Xperia XZ2 Smartphone Terbaik SONY Pernah Dihasilkan

Sony turut melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Sony XZ2 dan XZ2 Compact di MWC 2018 yang berlangsung di Barcelona

Melalui model terbaru ini, Sony berharap Sony XZ2 mampu menjadi model yang berpeluang buat syarikat yang semakin dilupakan di dalam arena smartphone ini menjadi pencabar terdekat buat jenama-jenama besar lain seperti Sony, Apple dan Samsung.

Spesifikasi

Xperia XZ2 Smartphone Terbaik SONY Pernah Dihasilkan

Dari segi spesifikasi, Sony XZ2 dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 serta digandingkan bersama RAM 4 GB.

Melihat kepada processor yang digunakan, dijangkakan smartphone ini mempunyai kelajuan yang sama seperti Samsung Galaxy S9.

microSD

Slot microSD masih lagi dikekalkan membolehkan Sony XZ2 menampung sehingga 400GB ruang storan tambahan.

Apa yang membuatkan model ini tampil ini berbeza adalah penambahan Sony Xreality engine yang membolehkan video SD diubah kepada HDR sercara terus.

Teknologi yang sudah lama diimplemen di TV kini dibawakan pada smartphone.

Kamera

Xperia XZ2 Smartphone Terbaik SONY Pernah Dihasilkan

Seperti pada tahun lepas, Sony masih lagi menggunakan kamera 19-megapixel. Kebolehan untuk merakam video paparan 4K dengan teknologi HDR dan video slow-motion 960fps pada paparan 1080p antara yang membuatkan smartphone ini tampil berbeza berbanding pesaing.

Sony nampaknya mengambil pendekatan yang hampir sama seperti Google Pixel 2 dimana hanya menyertakan satu kamera dibahagian hadapan dan belakang smartphone ini.

Teknologi software yang ditawarkan membolehkan Sony XZ2 mengecam wajah untuk gambar potret seterusnya menghasilkan bokeh.

Harga Xperia XZ2

Setakat ini masih belum terdapat pengumuman harga daripada Sony Malaysia mengenai harga rasmi bagi Sony XZ2 dan XZ2 Compact.

Berdasarkan laporan tidak mustahil Malaysia bakal menjadi negara terawal yang mula menawarkan smartphone flagship ini buat para pengguna.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, February 28, 2018

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung akhirnya mengumumkan model Galaxy S9 dan S9+ secara rasmi yang merupakan model kesembilangan menerusi siri galaxy sekali gus merupakan smartphone flagship terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun 2017 lalu, Samsung berjaya mengeluarkan Samsung Galaxy S8 yang membuatkan orang ramai lupa dengan insiden Galaxy Note 7 serta berjaya dinobatkan sebagai antara smartphone terbaik 2017.

Pada tahun 2018 ini, beberapa perubahan terbaru telah dibuat Samsung dalam usaha untuk bersaing bersama Apple dan Google dan berikut merupakan perbincangan awal mengenai model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Rekabentuk dan skrin

Melihat dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh Samsung. Perkara ini sudah boleh dijangkakan melihat kepada trend smartphone kini yang acap kali berubah pada setiap tahun.

Pada model Galaxy S9, Samsung telah menyertakan skrin 5.8-inci manakala Galaxy S9+ disertakan dengan skrin 6.2-inci.

Masing-masing disertakan dengan skrin Super AMOLED dengan resolusi 2960×1400.

Berbincang soal Super AMOLED, pengguna pastinya teruja dengan skrin yang terang dan jelas yang sudah lama menjadi trademark Samsung.

Menariknya, Samsung masih lagi memilih untuk mengekalkan port 3.5mm headphone jack yang sudah lama ditinggal Apple.

Placement fingerprint scanner juga telah diubah berbanding model sebelumnya untuk memudahkan capaian pengguna serta mengelakkan daripada tersentuh lensa kamera.

Spesifikasi

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Dari segi spesifikasi, tidak banyak perubahan yang dapat dibuat Samsung berbanding model Samsung Galaxy Note 8 yang sudahpun disertakan dengan spesifikasi terbaru kecuali dibahagian processor.

Model ini disertakan dengan processor Snapdragon 845 bersama RAM 4 GB buat S9 dan RAM 6 GB buat S9+.

Bateri yang disertakan pada Galaxy S9 adalah 3,000mAh manakala S9+ yang tampil dengan saiz lebih besar mempunyai kapasiti bateri 3,500mAh. Masing-masing dilengkapkan dengan teknologi IP68 dimana ianya kalis air dan debu.

Kamera

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Jika terdapat sebuah perubahan besar yang tersedia pada model ini, sudah pastinya ianya adalah kamera.

Samsung sekali lagi berjaya membawa inovasi pada kamera model ini yang membolehkan model ini melaraskan aperture dengan sendirinya daripada f1.5 kepada f2.4 bergantung kepada keadaan.

Kamera yang digunakan model ini adalah kamera 12-megapixel. Dalam pada itu, kuasa pemprosesan yang hebat membolehkan penggunaan mendapatkan rakan 720p sebanyak 960 frame dalam satu saat.

Sesuatu yang belum pernah dibuat oleh pengeluar smartphone yang lain.

Samsung turut menitikberatkan soal pencayaan dimana model terbaru ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan gambar terbaik dalam keadaan cahaya malap.

Ciri-ciri lain

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun ini, Samsung telah mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru yang diinspirasikan daripada Animoji iaitu AR Emoji.

Sepertimana animoji, Galaxy S9 berpeluang untuk mengesan wajah anda serta mengubah kepada watak yang seakan kartun.

Anda juga boleh turut memadankan wajah anda kepada beberapa watak lain seperti watak daripada Disney. Sebuah ciri yang menarik dan kurang releven pada pendapat kami.

Harga

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Harga yang diumumkan buat Samsung Galaxy S9 nampaknya masih lagi sama sewaktu pelancaran model flagship mereka pada tahun lalu.

Samsung Galaxy S9 64 GB bakal mula ditawarkan dengan harga RM3,299 manakala S9+ 64 GB ditawarkan pada harga RM3,799.

Adakah berbaloi?

Sekiranya anda merupakan pengguna Samsung Galaxy S8, mendapatkan model ini mungkin tidak berbaloi berikutan perubahan yang tidak ketara.

Dalam pada itu, sekiranya anda sedang mencari smartphone flagship selain Apple dan Google yang berspesifikasi tinggi serta mempunyai kehebatan kamera yang baik, mendapatkan Samsung Galaxy S9 sememangnya berbaloi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

sumber: thevocket

Friday, February 23, 2018

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Menyebut tentang Land Rover pasti ramai yang membayangkan model-model kereta keluaran syarikat ini yang ditawarkan dengan ketahanan dan gayanya yang lasak.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Membawakan gaya yang hampir sama, Land Rover telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Land Rover Explore.

Melalui model ini, Land Rover mengesahkan Land Rover Explore merupakan smartphone paling tahan di dunia.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Pihak Land Rover turut membawakan trademark gril kereta mereka untuk diterjemahkan kepada bahagian hadapan Land Rover Explore.

Dari segi spesifikasi Land Rover Explore dikuasakan oleh processor MTK Helio X27, RAM 4GB serta 64GB ruang storan.

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Berbekalkan bateri 4000mAh, pengguna berpeluang mendapat dua hari penggunaan melalui satu pengecasan penuh.

Land Rover Explore akan mula ditawarkan di pasaran April 2018, dimana harga penawaran bakal bermula sekitar $800 (~RM3128.72).

'Explore' Smartphone Premium Land Rover Paling Tahan Lasak Di Dunia

Harga premium untuk sebuah smartphone khusus buat mereka yang sedang mencari smartphone tahan lasak serta mampu menahan suhu sejuk yang ekstrem.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Pilihan Terbaik Sepanjang 2017

sumber: thevocket

Sunday, December 31, 2017

7 Smartphone Pilihan Terbaik Sepanjang 2017

7 Smartphone Pilihan Terbaik Sepanjang 2017

2017 bakal berakhir. Pelbagai teknologi dan features terbaru telah diperkenalkan beberapa jenama besar smartphone. Apakah features paling awesome yang telah diumumkan pada tahun 207 ini pada pendapat anda?


Jika pada tahun lalu kamera dwi-lensa berjaya menjadi trend pengeluar smartphone, pada tahun ini skrin bezelless antara yang menjadi kegilaan ramai.

Melihat kepada pelbagai smartphone yang dikeluarkan pada tahun ini, kami senaraikan 7 Smartphone terbaik anda boleh dapatkan berdasarkan kategori sebagai rujukan dan panduan untuk buat anda yang ingin beralih kepada smartphone yang baru.

Smartphone kompak terbaik

Disaat jenama smartphone luar mengeluarkan smartphone dengan skrin yang besar, Apple masih lagi konsisten dalam mengeluarkan sebuah smartphone khusus buat mereka yang tidak berminat dengan saiz skrin yang besar.

Salah satu perkara utama yang membuatkan kami memilih Apple iPhone 8 adalah penggunaan processor A11 Bionic yang membuatkan iPhone 8 tampil sebagai model dengan prestasi terbaik bagi kategori smartphone kompak.

Meskipun menggunakan hanya satu lensa, kamera yang disertakan pada iPhone 8 berjaya meletakkan smartphone ini sebagai 10 smartphone dengan kamera terbaik pada tahun 2017.

Smartphone paling berbaloi dibawah RM1,000

Kami dapati sejak pada akhir tahun 2016, pengeluar smartphone telah mula memberi penekanan yang lebih kepada smartphone midrange atau dalam erti kata lain smartphone dalam lingkungan harga RM700 – RM1,300.

Berbincang soal smartphone berbaloi, tidak banyak jenama yang mampu menandingi Xiaomi. Model Xiaomi Mi A1 berjaya menjadi pilihan kami sebagai smartphone paling berbaloi dibawah tanda harga RM1,000.

Penggunaan Stock Android yang menjamin smartphone beroperasi dengan lancar dan penyediaan dwi-lensa antara yang membuatkan kami memilih model ini.

Sama ada anda seorang yang mementingkan kamera atau prestasi, mendapatkan model ini semestinya pilihan yang terbaik.

Smartphone dengan kamera terbaik

Mungkin agak sukar untuk membandingkan satu per satu smartphone manakah yang berjaya menjadi smartphone dengan kamera terbaik pada tahun ini.

Berdasarkan rujukan daripada laman DxOMark, Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL berjaya menjadi smartphone dengan kamera terhebat tahun 2017 dengan 98 markah.

Lebih menarik, Google pada tahun ini mengambil pendekatan yang berbeza dengan menawarkan kamera hebat dengan hanya satu lens sahaja.

Penggunaan machine learning sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan gambar bokeh tanpa perlu mengharapkan kepada lens yang kedua.

Sekiranya Google Pixel 2 XL atau Apple iPhone X yang menduduki tempat kedua sebagai smartphone dengan kamera terbaik terlalu mahal buat anda, mendapatkan Huawei Mate 10 Pro yang menduduki tempat ketiga sebagai smartphone dengan kamera terbaik.

Lebih menarik, model ini juga ditawarkan dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing dengan harga penjualan sekitar RM3,099.

Smartphone terbaik dan berbaloi 2017

Jika pada kategori sebelumnya kami telah memilih smartphone berbaloi dibawah tanda harga RM1,000, pada kategori kali ini kami memilih smartphone flagship dengan features seakan sempurna namun ditawarkan dengan harga berbaloi.

Jika pada tahun lalu, kategori ini berjaya menjadi milik OnePlus 3, pada tahun ini model OnePlus 5T antara yang berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik.

Anda mahukan face unlock, dwi-lensa, prestasi yang mantap serta RAM yang besar? Semuanya ditawarkan melalui model ini.

OnePlus 5T kini ditawarkan dengan harga RM2,749 bagi model 128 GB ruang storan dan 8 GB RAM. Klik di sini untuk melihat tawaran terbaru yang ditawarkan.

Smartphone terbaik sepanjang 2017

Mungkin agak sukar untuk memilih smartphone iOS atau Android yang lebih baik. Oleh yang demikian kami telah memilih dua pemenang daripada dua sistem operasi berbeza sebagai smartphone terbaik untuk tahun 2017.

Kami menobatkan Samsung Galaxy Note 8 sebagai smartphone Android terbaik dan Apple iPhone X sebagai smartphone iOS terbaik.

Sebabnya, masing-masing berjaya menawarkan skrin yang terbaik, kamera yang mantap serta prestasi yang terbaik pengguna boleh dapatkan pada tahun ini.

Harga yang mahal serta penawaran yang rendah di Malaysia bagi Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL antara yang membuatkan kami memilih Samsung Galaxy Note 8.

Dari segi harga, Samsung Galaxy Note 8 yang kerap ditawarkan dengan harga promosi dilihat pilihan yang lebih berbaloi berbanding Pixel 2 XL.

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama kami smartphone terbaik 2017 pada pendapat anda serta smartphone paling berbaloi sepanjang tahun ini di ruangan komen dibawah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

sumber: thevocket

Friday, December 08, 2017

Smartphone Nokia 2 Hanya Berharga RM400!

Smartphone Nokia 2 Hanya Berharga RM400!

Awal tahun 2017, Nokia telah pun membuat comeback dengan mengeluarkan beberapa model terbaru menggunakan sistem operasi Android, namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kehadiran semula model terbaru Nokia 3310 yang pernah menjadi nostalgia pengguna awal telefon bimbit suatu ketika dahulu.

Smartphone Nokia 2 Hanya Berharga RM400!

Malangnya, kehadiran Nokia 3310 ternyata tidak mampu menberikan apa yang dimahukan pengguna pada masa kini.

Ketiadaan aplikasi WhatsApp dan tidak menggunakan sistem operasi Android jelas membantutkan pengguna untuk mendapatkannya.

Kemudian, Nokia kembali dengan model terbaru mereka iaitu Nokia 2 sekaligus membawa semula identiti yang sudah lama menjadi trademark Nokia suatu ketika dahulu iaitu ketahanan bateri yang lama dan tahan lasak.

Dari segi spesifikasi Nokia 2 menggunakan processor Snapdragon 212 dan RAM 1 GB.

Saiz kapasiti 4100 mAh antara yang membuatkan Nokia 2 tampil istimewa dimana Nokia menjanjikan ketahanan bateri selama dua hari penggunaan.

Seperti model Nokia yang lain, Nokia 2 turut menggunakan Pure Android.

Nak tahu apa yang lebih best? Nokia 2 bakal ditawarkan dengan harga mampu milik sekitar $100 (~RM406.40).

Buat anda yang sedang mencari smartphone mampu milik dengan ketahanan bateri yang lama, mungkin Nokia 2 ini adalah model terbaik yang anda boleh dapatkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Disebalik Kejatuhan Nokia Dan Pengajaran Yang Patut Dijadikan Iktibar

sumber: thevocket

Friday, December 01, 2017

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dah beli iPhone X? Lebih baik jaga elok-elok dan jangan sesekali jatuhkan kerana kos untuk membaiki skrin bukannya murah. Menurut sumber dari Machines, kos untuk mengganti skrin baru iPhone generasi ke-10 boleh mencecah kos sehingga RM1,799!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Harga itu adalah RM1,000 lebih mahal berbanding kos untuk menggantikan skrin iPhone 8 dan RM900 lebih mahal daripada iPhone 8 Plus!

Mahal kan?

Tetapi, masih ada harapan buat pengguna iPhone X kerana pengedar rasmi produk Apple, Machines baru-baru ini melancarkan 'Machines Protection Plan (MPP)'

Berharga RM899, pelan yang dikemaskini itu tersedia secara eksklusif buat pelanggan yang membeli iPhone X di kedai Machines dan disokong oleh AON Malaysia sebagai broker insurans.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dengan pelan itu, pelanggan akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun di atas Jaminan Waranti Apple 1 tahun.

MPP juga memperluaskan perlindungan kepada kerosakan tidak sengaja atau kebocoran cecair sepanjang tempoh perlindungan dua tahun.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Pelanggan iPhone X juga boleh mendapatkan sama ada satu penggantian skrin iPhone atau satu penggantian peranti penuh semasa tempoh liputan

Walaupun MPP merangkumi semua kos buruh yang dikaitkan dengan penggantian skrin, pelanggan masih perlu membayar yuran perkhidmatan tambahan untuk penggantian peranti penuh dan penggantian bateri.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Sebagai contoh, untuk penggantian peranti penuh iPhone X, pelanggan perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM499 di atas harga MPP iPhone X sebanyak RM899 - yang akan mencecah sehingga RM1,398.

Anda boleh layari laman web rasmi Machines untuk maklumat lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

sumber: says

Friday, November 10, 2017

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Mendapatkan smartphone yang sempurna dibawah RM500 sudah tentunya agak tidak realistik, namun mendapatkan yang berbaloi serta cukup untuk kegunaan seharian sudah tentunya ada.

Berikut merupakan cadangan kami mengenai 5 smartphone berbaloi anda boleh dapatkan ketika ini.

1. Xiaomi Redmi 4A

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Salah satu smartphone yang dilancarkan Xiaomi pada tahun 2017 ini adalah Xiaomi Redmi 4A. Dari segi rekabentuk, Xiaomi memilih untuk menggunakan material metal dan dipadankan bersama dua warna menarik iaitu kelabu dan emas.

Xiaomi Redmi 4A hadir dengan RAM sebesar 2 GB dan processor terbaru dari Qualcomm siri 400 iaitu Snapdragon 425.

Satu perkara yang kami sangat suka mengenai Xiaomi Redmi 4A ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 3125mAh.

Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi panik mencari powerbank atau mengecas Redmi 4A seusai seharian penggunaan.

Kameranya juga boleh tahan cantik dengan penyertaan kamera belakang 13 megapixel dan 5 megapixel di bahagian hadapan.

Dengan harga permulaan RM459 untuk ruang storan 16 GB dan RM499 bagi ruang storan 32 GB, telefon pintar ini lebih dikhususkan buat mereka yang sedang mencari telefon dengan model terbaru, serta spesifikasi yang boleh tahan menarik bersesuaian dengan harganya.

2. BLU Grand M

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Sekiranya anda sedang mencari smartphone yang mempunyai tanda harga sedikit rendah, mungkin BLU Grand M antara yang anda boleh pertimbangkan.

Tersenarai sebagai smartphone harga terendah berbanding 5 smartphone yang disebutkan, BLU Grand M berjaya menawarkan skrin 5.0-inci beserta kemasan metal di bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, BLU Grand M mungkin bukanlah yang terbaik dengan penyertaan Mediatek 6580 dan RAM 512 MB.

Cukup untuk sekadar untuk digunakan sebagai telefon kedua atau kerja-kerja ringan seperti Whatsapp dan Telegram.

3. Samsung Galaxy J3 2016

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Dikeluarkan sebagai smartphone entry level daripada Samsung, Galaxy J3 ini berjaya menawarkan spesifikasi RAM 1.5 GB dan ruang storan 8 GB.

Sekiranya ruang storan yang ditawarkan sangat sedikit bagi anda, pilihan untuk menyertakan mikro SD turut disediakan.

Antara sebab utama Samsung Galaxy J3 menjadi pilihan adalah kerana jenamanya yang kuat beserta skrin Super AMOLED yang sangat terang.

Selain itu, tahukah anda Samsung Galaxy J3 ini berjaya tersenarai sebagai 5 smartphone paling banyak dibeli oleh pengguna sepanjang 3 bulan pertama 2017.

4. Asus ZenFone Go

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Buat anda yang sudah terbiasa dengan user interface Zen UI, smartphone Asus ZenFone Go yang ditawarkan pada harga RM419 ketika ini antara yang anda boleh pertimbangkan.

Berdasarkan harga yang ditawarkan, boleh kami katakan spesifikasi yang disertakan pada Asus ZenFone Go ini boleh dikatakan agak menarik.

Skrin 5.0-inci HD, Snapdragon 410, RAM 2 GB dan 16 GB ruang storan antara yang tersedia pada smartphone ini.

Ditambah pula dengan penggunaan Android 6.0, sedikit sebanyak bakal membuatkan penggunaan telefon pintar ini berjalan dengan lancar.

Dari segi kamera, Asus ZenFone Go disertakan dengan kamera belakang 13-megapixel manakala di bahagian hadapan dengan kamera 5-megapixel.

Slot dwi-sim yang tersedia pada smartphone ini mungkin akan memudahkan anda yang menggunakan 2 nombor atau telco berbeza menggunakan Asus ZenFone Go untuk kegunaan harian.

5. Xiaomi Mi 4

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Untuk pengetahuan anda, smartphone Xiaomi Mi 4 ini merupakan model yang telah dilancarkan 3 tahun lepas.

Berbincang dari segi spesifikasi, sememangnya Xiaomi Mi 4 merupakan juara berbanding 4 smartphone yang telah dibincang diatas meskipun hadir sebagai model yang lebih awal.

Xiaomi Mi 4 merupakan satu-satunya smartphone yang ditawarkan pada harga dibawah RM500 dengan RAM 3 GB dan Snapdragon 801.

Memandangkan Xiaomi Mi 4 merupakan smartphone salah satu smartphone flagship daripada Xiaomi, model ini turut menggunakan skrin 5.0-inci Full HD.

Kamera 13-megapixel dipasangkan bersama sensor Sony IMX214 pastinya tidak akan membuatkan anda menyesal untuk mendapatkan imej yang baik.

Boleh tahan cantik bukan untuk sebuah smartphone yang berharga RM459.

Salah satu perkara yang tidak perlu anda risau mengenai model ini adalah Xiaomi Mi 4 sebenarnya masih menyokong versi terbaru MIUI iaitu MIUI 8 sepertimana yang digunakan pada smartphone terbaru Xiaomi iaitu Mi 6.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia

sumber: thevocket

Saturday, October 14, 2017

Smartphone Samsung X ‘Limited Edition’ Skrin Boleh Lipat 2018

Smartphone Samsung X ‘Limited Edition’ Skrin Boleh Lipat 2018

Setelah hampir 7 tahun dikaitkan dengan ura-ura yang sama, Samsung seawal tahun 2018 depan nampaknya bersedia untuk mengeluarkan smartphone futuristik terbaru mereka.

Samsung X

Projek yang dibangunkan sejak sekian lama ini bakal menampilkan skrin boleh lipat buat para pengguna dan bakal menjadi smartphone paling rare pernah dikeluarkan Samsung.

Smartphone yang dinamakan sebagai Galaxy X ini juga turut disertakan dengan spesifikasi terbaru dan kemungkinan besar bakal menjadi smartphone Android terhebat apabila mula dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, sejauh mana skrin boleh lipat ini bakal menguntungkan pengguna masih lagi menjadi misteri.

Samsung X

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Samsung memihak untuk mengeluarkan smartphone dengan teknologi terbaru mereka dalam kuantiti yang sedikit.

Sebelum ini Samsung turut menggunakan cara yang sama melalui model Galaxy Round pada tahun 2013 dimana ianya hadir dengan teknologi skrin lengkung merentasi skrin.

Memandangkan teknologi yang dihasilkan masih baru, Samsung memihak untuk mengeluarkan dalam kos yang sedikit bagi menguji permintaan pelanggan sekaligus membuatkan para peminat Samsung sukar untuk mendapatkannya.

Samsung X

Melihat kepada jangkaan pengumuman Samsung sekitar Januri 2018, kemungkinan besar Samsung Galaxy X bakal menjadi pencabar terdekat Apple iPhone X.

BACA INI JUGA: 5 Ciri Utama Samsung Galaxy S8 Peminat Tegar Wajib Tahu

sumber: thevocket

Monday, October 02, 2017

Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

Hampir setiap tahun kita dapat melihat produk-produk terbaru keluaran Apple yang seperti iPod, iPhone, iPad, iMac tetapi tahukah anda apa maksud ‘i’ pada produk keluaran Apple?

Apple iPhone

Penggunaan ‘i’ pada produk Apple bermula pada 1998 dimana Steve Jobs memperkenalkan iMac yang menggabung huruf ‘i’ dengan ‘Mac’.

‘i’ pada tahun 1998 membawa maksud internet yang digabungkan dengan ‘Mac’ dimana Steve Jobs mahukan iMac dikenali sebagai ‘sebuah komputer yang mudah mendapatkan internet dengan simple dan mudah’

Semasa pelancaran iMac pada 1998 Steve Jobs membongkarkan maksud ‘i’ yang lain seperti individual, instruct, inform, inspire.

Apple i means

Semasa iPhone diumumkan buat pertama kalinya pada 2007 salah satu kunci utamanya adalah internet selain music (iTunes) dan telefon bimbit.

Selepas 2007, hampir semua produk Apple memulakan nama produk dengan ‘i’ sebagai identiti buat produk keluaran Apple.

Kami kongsikan video pelancaran iMac pada tahun 1998 dimana Steve Jobs menerangkan maksud ‘i’ pada iMac.

BACA INI JUGA: 4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya


sumber: thevocket

Sunday, October 01, 2017

7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia

7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia

Jika dulu, harga sebuah telefon pintar amat mahal dan hanya orang yang berada sahaja yang mampu memilikinya, namun kini tidak lagi.

Teknologi semakin membangun dan banyak pengeluar-pengeluar telefon pintar kini berlumba-lumba menghasilkan gadjet yang lebih pintar dan semakin murah.

Kebanyakan pengeluar yang memasarkan telefon pintar mereka dengan harga lebih murah adalah pengeluar daripada China.

Kami ingin berkongsi dengan anda 7 telefon mudah alih paling mahal di dunia sehingga saat ini.

7. Vertu Signature Cobra (USD$310,000)

Vertu Signature Cobra

Telefon ini berada di tangga ke-7 telefon mudah alih termahal dunia. Reka bentuknya agak ekslusif dengan kemunculan bentuk seperti ular Kobra pada kelilingnya.

Telefon yang direkabentuk oleh, Bouheron, tukang emas dari Perancis ini mempunyai sebentuk berlian berbentuk pear dan berlian putih bulat, 2 bentuk emerald serta 439 bentuk rubi.

6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot (USD$1 juta)

Gresso Luxor Las Vegas Jackpot

Telefon ini datang daripada keturunan telefon mudah alih yang mewah iaitu Gresso dan diberi nama Luxor Las Vegas Jackpot, dihasilkan pada tahun 2005 di Switzerland.

Percaya atau tidak, ianya diperbuat daripada emas padat seberat 180 gram. Bahagian belakang telefon ini diperbuat daripada kayu daripada Afrika yang berusia 200 tahun dan merupakan kayu termahal di dunia.

Papan kekuncinya pula diperbuat daripada kristal nilam.

5. Diamond Crypto Smartphone (USD$1.3 juta)

Diamond Crypto Smartphone

Direkabentuk oleh pembuat aksesori mewah dari Austria, Peter Aloisson, telefon pintar ini berasaskan Windows CE dan berada di kedudukan ke-5 telefon termahal dunia.

Disempurnakan oleh 50 bentuk berlian yang mana 10 daripadanya sangat jarang ditemui yang berwarna biru, juga mempunyai bahagian yang diperbuat daripada emas rose.

4. GoldVish Le Million (USD$1.3 juta)

GoldVish Le Million

Sekali pandang, langsung tak nampak macam telefon kerana terlalu cantik. Telefon ke-4 termahal di dunia ini direka oleh pereka yang banyak mereka jam dan barang kemas mewah, Emmanuel Gueit.

Ia dilancarkan di Switzerland dan dianugerahkan oleh Guiness World Record sebagai telefon yang termahal di jual di Millionaire Fair di Cannes, Perancis pada September 2006.

Telefon ini dihiasi dengan emas putih 18k dan berlian VVS1 20 karat.

3. iPhone 3G King’s Button (USD$2.5 juta)

iPhone 3G King%u2019s Button

Pelik, walaupun sudah ketinggalan teknologinya, iPhone 3G ini berada di kedudukan ke-3, yang diberi nama King's Button iPhone 3G. Juga direka oleh pereka telefon ke-5 dunia, Peter Aloisson.

Sebanyak 138 bentuk berlian dihiaskan pada telefon ini yang membuatkan harganya melambung setinggi RM10.23 juta.

Manakala home screen button pula disempurnakan oleh sebentuk berlian putih 6.6 karat yang membuatkan telefon ini lebih elegan dan berseri.

2. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB (USD$3.2 juta)

Supreme Goldstriker iPhone 3G

Masih dipegang oleh iPhone sebagai telefon ke-2 termahal dunia, Supreme iPhone 3G ini berharga RM13.65 juta.

Mempunyai casing yang diperbuat daripada emas padat 22k seberat 271 gram dan skrinnya yang dihiasi dengan 53 bentuk berlian 1 karat.

Tidak cukup dengan itu, butang homenya diselaputi dengan sebentuk berlian 7.1 karat yang jarang ditemui.

Untuk menyempurnakan rekaan ini, ia didatangkan dengan sebuah kotak yang diukir daripada batu granit dan emas Kashmir.

1. Diamond Rose iPhone 4 32GB (USD$8 juta)

Diamond Rose iPhone 4

Dinobatkan sebagai juara bagi kategori telefon termahal di dunia setakat ini jatuh kepada pengeluar iPhone, dengan Diamond Rose iPhone 4 32GB yang direka oleh Stuart Hughes.

Keliling telefon ini diperbuat daripada emas rose dan hampir 500 berlian yang sangat mulus.

Bahagian belakang telefon ini juga diperbuat daripada emas rose dan logo Apple dihiasi dengan 53 bentuk berlian lagi.

Butang home telefon ini ialah platinum yang boleh ditukar ganti antara potongan berlian merah jambu 7.4 karat atau berlian 8 karat di bahagian tengah butang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, September 29, 2017

3 Cara Pantas Caj iPhone Dalam Masa 5 Minit

3 Cara Pantas Caj iPhone Dalam Masa 5 Minit

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman, iPhone antara telefon yang paling cepat kehabisan bateri di antara telefon pintar yang lain dan ia agak pelik kerana dengan teknologi yang tinggi dan harga yang mahal, ia masih mengalami masalah kecil seperti ini.

iPhone habis cas

Dan disebabkan ini, ia membuatkan pengguna iPhone keresahan dan mati akal setiap kali bateri mereka hampir habis.

Kami ingin berkongsi 3 tips mudah yang mampu mempercepatkan proses mengecaj iPhone anda jika telefon anda mati ketika berada di luar. Tips ini dikongsikan oleh Business Insider.

1. Airplane Mode

Airplane Mode

Pertamanya, sebelum mengecaj, seperti yang anda sedia maklum, setkan iPhone anda kepada mod "Airplane" bagi mengurangkan penggunaan bateri oleh iPhone secara automatik seperti mencari signal dan sebagainya.

2. Buka Cover

Buka Cover iPhone

Kemudian, jika iPhone anda mempuyai cover, adalah lebih baik anda bukakan cover tersebut kerana ia menyebabkan iPhone anda "terperap" ketika dicaj dan mengakibatkan penghasilan haba tinggi.

3. Charger iPad

Charger iPad

Yang terakhir, gunakan charger iPad (jika ada) yang dapat mempercepatkan proses mengecaj iPhone.

Dengan melakukan 3 langkah mudah ini, proses mengecaj anda akan menjadi dua kali ganda lebih cepat, daripada 3% kepada 6%.

Bunyi macam tak banyak beza, tetapi di saat-saat genting seperti ini, ia memberikan anda ruang untuk bernafas.

Teknik ini juga boleh digunakan oleh pengguna telefon android, kecuali kaedah terakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

sumber: iluminasi

Thursday, September 14, 2017

8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

Apple sebelum ini pernah mengumumkan mereka mahu memperkenalkan sebuah iPhone yang mempunyai rekaan skrin menyeluruh supaya ia menjadi sebuah peranti yang memberi respon setiap sentuhan, suara dan imbasan pandangan pengguna.

iPhone X

Sempena ulang tahun ke-10 iPhone, syarikat teknologi terkemuka Apple Inc memperkenalkan telefon pintar yang dikatakan bakal membawa revolusi tersendiri dalam industri ini, impian itu kini direalisasikan melalui iPhone X.

Berikut adalah lapan perkara yang anda perlu tahu mengenai iPhone X.

1. Skrin menyeluruh

Dengan bingkai yang sangat nipis, iPhone X dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh yang bersaiz 5.8 inci yang kalis air dan habuk.

2. Paparan Super Retina

Selain buat pertama kalinya menggunakan paparan teknologi OLED, iPhone X turut menawarkan paparan Super Retina dengan kadar ketumpatan 458PPI.

3. Tiada lagi butang Home

Butang home pada iPhone X ini bakal digantikan dengan sokongan imbasan muka yang dinamakan sebagai Face ID.

4. Animoji - Revolusi Emoji baharu

Animoji merupakan emoji beranimasi berdasarkan ekspresi wajah dan boleh digunakan melalui iMessage.

5. Kamera hadapan True Depth

Apple memperbaharui teknologi kamera hadapan iPhone, dengan memperkenalkan kamera True Depth, yang mempunyai ciri-ciri imbasan 3D. Ia turut menyokong mod gambar Potrait di bahagian kamera hadapan.

6. Pengecasan tanpa wayar

iPhone X akan menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar universal yang dinamakan Qi, yang telah digunakan di beberapa kafe dan lapangan terbang di serata dunia.

7. Potrait Lighting

Walaupun dalam versi beta, ciri baharu kamera iPhone X iaitu Potrait Lighting mampu memberi sebab kepada mereka yang suka menangkap gambar untuk bagi memiliki telefon pintar ini.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk menyunting pengcahayaan sesebuah gambar yang diambil melalui mod Potrait.

iPhone X turut mengekalkan ciri dwi-kamera belakang dengan 12-megapiksel.

Ia menggabungkan lensa telefoto (ƒ/2.8) dan lensa sudut-lebar (ƒ/1.8) dengan penstabilan imej optikal (OIS).

8. A11 Bionic

iPhone X dijana dengan cip pemprosesan yang baharu yang dikenali sebagai A11 Bionic. Apple mendakwa ini adalah cip pemprosesan yang paling canggih dan berkuasa tinggi bagi telefon pintar dengan teknologi neural.

Apple akan mula menerima tempahan awal bagi iPhone X mulai 27 Oktober depan dan akan dilancarkan pada 3 November 2017 nanti dengan harga kira-kira RM4,200 (USD $999) dengan variasi storan 64GB dan 256GB.

BACA INI JUGA: 4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya

sumber: astroawani