Sunday, December 31, 2017

7 Smartphone Pilihan Terbaik Sepanjang 2017


2017 bakal berakhir. Pelbagai teknologi dan features terbaru telah diperkenalkan beberapa jenama besar smartphone. Apakah features paling awesome yang telah diumumkan pada tahun 207 ini pada pendapat anda?


Jika pada tahun lalu kamera dwi-lensa berjaya menjadi trend pengeluar smartphone, pada tahun ini skrin bezelless antara yang menjadi kegilaan ramai.

Melihat kepada pelbagai smartphone yang dikeluarkan pada tahun ini, kami senaraikan 7 Smartphone terbaik anda boleh dapatkan berdasarkan kategori sebagai rujukan dan panduan untuk buat anda yang ingin beralih kepada smartphone yang baru.

Smartphone kompak terbaik

Disaat jenama smartphone luar mengeluarkan smartphone dengan skrin yang besar, Apple masih lagi konsisten dalam mengeluarkan sebuah smartphone khusus buat mereka yang tidak berminat dengan saiz skrin yang besar.

Salah satu perkara utama yang membuatkan kami memilih Apple iPhone 8 adalah penggunaan processor A11 Bionic yang membuatkan iPhone 8 tampil sebagai model dengan prestasi terbaik bagi kategori smartphone kompak.

Meskipun menggunakan hanya satu lensa, kamera yang disertakan pada iPhone 8 berjaya meletakkan smartphone ini sebagai 10 smartphone dengan kamera terbaik pada tahun 2017.

Smartphone paling berbaloi dibawah RM1,000

Kami dapati sejak pada akhir tahun 2016, pengeluar smartphone telah mula memberi penekanan yang lebih kepada smartphone midrange atau dalam erti kata lain smartphone dalam lingkungan harga RM700 – RM1,300.

Berbincang soal smartphone berbaloi, tidak banyak jenama yang mampu menandingi Xiaomi. Model Xiaomi Mi A1 berjaya menjadi pilihan kami sebagai smartphone paling berbaloi dibawah tanda harga RM1,000.

Penggunaan Stock Android yang menjamin smartphone beroperasi dengan lancar dan penyediaan dwi-lensa antara yang membuatkan kami memilih model ini.

Sama ada anda seorang yang mementingkan kamera atau prestasi, mendapatkan model ini semestinya pilihan yang terbaik.

Smartphone dengan kamera terbaik

Mungkin agak sukar untuk membandingkan satu per satu smartphone manakah yang berjaya menjadi smartphone dengan kamera terbaik pada tahun ini.

Berdasarkan rujukan daripada laman DxOMark, Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL berjaya menjadi smartphone dengan kamera terhebat tahun 2017 dengan 98 markah.

Lebih menarik, Google pada tahun ini mengambil pendekatan yang berbeza dengan menawarkan kamera hebat dengan hanya satu lens sahaja.

Penggunaan machine learning sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan gambar bokeh tanpa perlu mengharapkan kepada lens yang kedua.

Sekiranya Google Pixel 2 XL atau Apple iPhone X yang menduduki tempat kedua sebagai smartphone dengan kamera terbaik terlalu mahal buat anda, mendapatkan Huawei Mate 10 Pro yang menduduki tempat ketiga sebagai smartphone dengan kamera terbaik.

Lebih menarik, model ini juga ditawarkan dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing dengan harga penjualan sekitar RM3,099.

Smartphone terbaik dan berbaloi 2017

Jika pada kategori sebelumnya kami telah memilih smartphone berbaloi dibawah tanda harga RM1,000, pada kategori kali ini kami memilih smartphone flagship dengan features seakan sempurna namun ditawarkan dengan harga berbaloi.

Jika pada tahun lalu, kategori ini berjaya menjadi milik OnePlus 3, pada tahun ini model OnePlus 5T antara yang berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik.

Anda mahukan face unlock, dwi-lensa, prestasi yang mantap serta RAM yang besar? Semuanya ditawarkan melalui model ini.

OnePlus 5T kini ditawarkan dengan harga RM2,749 bagi model 128 GB ruang storan dan 8 GB RAM. Klik di sini untuk melihat tawaran terbaru yang ditawarkan.

Smartphone terbaik sepanjang 2017

Mungkin agak sukar untuk memilih smartphone iOS atau Android yang lebih baik. Oleh yang demikian kami telah memilih dua pemenang daripada dua sistem operasi berbeza sebagai smartphone terbaik untuk tahun 2017.

Kami menobatkan Samsung Galaxy Note 8 sebagai smartphone Android terbaik dan Apple iPhone X sebagai smartphone iOS terbaik.

Sebabnya, masing-masing berjaya menawarkan skrin yang terbaik, kamera yang mantap serta prestasi yang terbaik pengguna boleh dapatkan pada tahun ini.

Harga yang mahal serta penawaran yang rendah di Malaysia bagi Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL antara yang membuatkan kami memilih Samsung Galaxy Note 8.

Dari segi harga, Samsung Galaxy Note 8 yang kerap ditawarkan dengan harga promosi dilihat pilihan yang lebih berbaloi berbanding Pixel 2 XL.

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama kami smartphone terbaik 2017 pada pendapat anda serta smartphone paling berbaloi sepanjang tahun ini di ruangan komen dibawah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon