Friday, November 10, 2017

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Loading...

Mendapatkan smartphone yang sempurna dibawah RM500 sudah tentunya agak tidak realistik, namun mendapatkan yang berbaloi serta cukup untuk kegunaan seharian sudah tentunya ada.

Berikut merupakan cadangan kami mengenai 5 smartphone berbaloi anda boleh dapatkan ketika ini.

1. Xiaomi Redmi 4A

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Salah satu smartphone yang dilancarkan Xiaomi pada tahun 2017 ini adalah Xiaomi Redmi 4A. Dari segi rekabentuk, Xiaomi memilih untuk menggunakan material metal dan dipadankan bersama dua warna menarik iaitu kelabu dan emas.

Xiaomi Redmi 4A hadir dengan RAM sebesar 2 GB dan processor terbaru dari Qualcomm siri 400 iaitu Snapdragon 425.

Satu perkara yang kami sangat suka mengenai Xiaomi Redmi 4A ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 3125mAh.

Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi panik mencari powerbank atau mengecas Redmi 4A seusai seharian penggunaan.

Kameranya juga boleh tahan cantik dengan penyertaan kamera belakang 13 megapixel dan 5 megapixel di bahagian hadapan.

Dengan harga permulaan RM459 untuk ruang storan 16 GB dan RM499 bagi ruang storan 32 GB, telefon pintar ini lebih dikhususkan buat mereka yang sedang mencari telefon dengan model terbaru, serta spesifikasi yang boleh tahan menarik bersesuaian dengan harganya.

2. BLU Grand M

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Sekiranya anda sedang mencari smartphone yang mempunyai tanda harga sedikit rendah, mungkin BLU Grand M antara yang anda boleh pertimbangkan.

Tersenarai sebagai smartphone harga terendah berbanding 5 smartphone yang disebutkan, BLU Grand M berjaya menawarkan skrin 5.0-inci beserta kemasan metal di bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, BLU Grand M mungkin bukanlah yang terbaik dengan penyertaan Mediatek 6580 dan RAM 512 MB.

Cukup untuk sekadar untuk digunakan sebagai telefon kedua atau kerja-kerja ringan seperti Whatsapp dan Telegram.

3. Samsung Galaxy J3 2016

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Dikeluarkan sebagai smartphone entry level daripada Samsung, Galaxy J3 ini berjaya menawarkan spesifikasi RAM 1.5 GB dan ruang storan 8 GB.

Sekiranya ruang storan yang ditawarkan sangat sedikit bagi anda, pilihan untuk menyertakan mikro SD turut disediakan.

Antara sebab utama Samsung Galaxy J3 menjadi pilihan adalah kerana jenamanya yang kuat beserta skrin Super AMOLED yang sangat terang.

Selain itu, tahukah anda Samsung Galaxy J3 ini berjaya tersenarai sebagai 5 smartphone paling banyak dibeli oleh pengguna sepanjang 3 bulan pertama 2017.

4. Asus ZenFone Go

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Buat anda yang sudah terbiasa dengan user interface Zen UI, smartphone Asus ZenFone Go yang ditawarkan pada harga RM419 ketika ini antara yang anda boleh pertimbangkan.

Berdasarkan harga yang ditawarkan, boleh kami katakan spesifikasi yang disertakan pada Asus ZenFone Go ini boleh dikatakan agak menarik.

Skrin 5.0-inci HD, Snapdragon 410, RAM 2 GB dan 16 GB ruang storan antara yang tersedia pada smartphone ini.

Ditambah pula dengan penggunaan Android 6.0, sedikit sebanyak bakal membuatkan penggunaan telefon pintar ini berjalan dengan lancar.

Dari segi kamera, Asus ZenFone Go disertakan dengan kamera belakang 13-megapixel manakala di bahagian hadapan dengan kamera 5-megapixel.

Slot dwi-sim yang tersedia pada smartphone ini mungkin akan memudahkan anda yang menggunakan 2 nombor atau telco berbeza menggunakan Asus ZenFone Go untuk kegunaan harian.

5. Xiaomi Mi 4

5 Smartphone Di Bawah RM500 Pilihan Terbaik 2017

Untuk pengetahuan anda, smartphone Xiaomi Mi 4 ini merupakan model yang telah dilancarkan 3 tahun lepas.

Berbincang dari segi spesifikasi, sememangnya Xiaomi Mi 4 merupakan juara berbanding 4 smartphone yang telah dibincang diatas meskipun hadir sebagai model yang lebih awal.

Xiaomi Mi 4 merupakan satu-satunya smartphone yang ditawarkan pada harga dibawah RM500 dengan RAM 3 GB dan Snapdragon 801.

Memandangkan Xiaomi Mi 4 merupakan smartphone salah satu smartphone flagship daripada Xiaomi, model ini turut menggunakan skrin 5.0-inci Full HD.

Kamera 13-megapixel dipasangkan bersama sensor Sony IMX214 pastinya tidak akan membuatkan anda menyesal untuk mendapatkan imej yang baik.

Boleh tahan cantik bukan untuk sebuah smartphone yang berharga RM459.

Salah satu perkara yang tidak perlu anda risau mengenai model ini adalah Xiaomi Mi 4 sebenarnya masih menyokong versi terbaru MIUI iaitu MIUI 8 sepertimana yang digunakan pada smartphone terbaru Xiaomi iaitu Mi 6.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia

sumber: thevocket

1 comments so far

Fuh terbaik ni.. Rasanya kalau untuk urusan main wassap dan facebook, henpon mampu milik ni la yang patut dimiliki..

Jimat.. Sekarang ni perlu jimat

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon