Sunday, October 01, 2017

7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia


Jika dulu, harga sebuah telefon pintar amat mahal dan hanya orang yang berada sahaja yang mampu memilikinya, namun kini tidak lagi.

Teknologi semakin membangun dan banyak pengeluar-pengeluar telefon pintar kini berlumba-lumba menghasilkan gadjet yang lebih pintar dan semakin murah.

Kebanyakan pengeluar yang memasarkan telefon pintar mereka dengan harga lebih murah adalah pengeluar daripada China.

Kami ingin berkongsi dengan anda 7 telefon mudah alih paling mahal di dunia sehingga saat ini.

7. Vertu Signature Cobra (USD$310,000)

Vertu Signature Cobra

Telefon ini berada di tangga ke-7 telefon mudah alih termahal dunia. Reka bentuknya agak ekslusif dengan kemunculan bentuk seperti ular Kobra pada kelilingnya.

Telefon yang direkabentuk oleh, Bouheron, tukang emas dari Perancis ini mempunyai sebentuk berlian berbentuk pear dan berlian putih bulat, 2 bentuk emerald serta 439 bentuk rubi.

6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot (USD$1 juta)

Gresso Luxor Las Vegas Jackpot

Telefon ini datang daripada keturunan telefon mudah alih yang mewah iaitu Gresso dan diberi nama Luxor Las Vegas Jackpot, dihasilkan pada tahun 2005 di Switzerland.

Percaya atau tidak, ianya diperbuat daripada emas padat seberat 180 gram. Bahagian belakang telefon ini diperbuat daripada kayu daripada Afrika yang berusia 200 tahun dan merupakan kayu termahal di dunia.

Papan kekuncinya pula diperbuat daripada kristal nilam.

5. Diamond Crypto Smartphone (USD$1.3 juta)

Diamond Crypto Smartphone

Direkabentuk oleh pembuat aksesori mewah dari Austria, Peter Aloisson, telefon pintar ini berasaskan Windows CE dan berada di kedudukan ke-5 telefon termahal dunia.

Disempurnakan oleh 50 bentuk berlian yang mana 10 daripadanya sangat jarang ditemui yang berwarna biru, juga mempunyai bahagian yang diperbuat daripada emas rose.

4. GoldVish Le Million (USD$1.3 juta)

GoldVish Le Million

Sekali pandang, langsung tak nampak macam telefon kerana terlalu cantik. Telefon ke-4 termahal di dunia ini direka oleh pereka yang banyak mereka jam dan barang kemas mewah, Emmanuel Gueit.

Ia dilancarkan di Switzerland dan dianugerahkan oleh Guiness World Record sebagai telefon yang termahal di jual di Millionaire Fair di Cannes, Perancis pada September 2006.

Telefon ini dihiasi dengan emas putih 18k dan berlian VVS1 20 karat.

3. iPhone 3G King’s Button (USD$2.5 juta)

iPhone 3G King%u2019s Button

Pelik, walaupun sudah ketinggalan teknologinya, iPhone 3G ini berada di kedudukan ke-3, yang diberi nama King's Button iPhone 3G. Juga direka oleh pereka telefon ke-5 dunia, Peter Aloisson.

Sebanyak 138 bentuk berlian dihiaskan pada telefon ini yang membuatkan harganya melambung setinggi RM10.23 juta.

Manakala home screen button pula disempurnakan oleh sebentuk berlian putih 6.6 karat yang membuatkan telefon ini lebih elegan dan berseri.

2. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB (USD$3.2 juta)

Supreme Goldstriker iPhone 3G

Masih dipegang oleh iPhone sebagai telefon ke-2 termahal dunia, Supreme iPhone 3G ini berharga RM13.65 juta.

Mempunyai casing yang diperbuat daripada emas padat 22k seberat 271 gram dan skrinnya yang dihiasi dengan 53 bentuk berlian 1 karat.

Tidak cukup dengan itu, butang homenya diselaputi dengan sebentuk berlian 7.1 karat yang jarang ditemui.

Untuk menyempurnakan rekaan ini, ia didatangkan dengan sebuah kotak yang diukir daripada batu granit dan emas Kashmir.

1. Diamond Rose iPhone 4 32GB (USD$8 juta)

Diamond Rose iPhone 4

Dinobatkan sebagai juara bagi kategori telefon termahal di dunia setakat ini jatuh kepada pengeluar iPhone, dengan Diamond Rose iPhone 4 32GB yang direka oleh Stuart Hughes.

Keliling telefon ini diperbuat daripada emas rose dan hampir 500 berlian yang sangat mulus.

Bahagian belakang telefon ini juga diperbuat daripada emas rose dan logo Apple dihiasi dengan 53 bentuk berlian lagi.

Butang home telefon ini ialah platinum yang boleh ditukar ganti antara potongan berlian merah jambu 7.4 karat atau berlian 8 karat di bahagian tengah butang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon