Sunday, April 23, 2017

Bagaimana 'Skim Ponzi' Smartphone USD$4 Akhirnya Terkubur

Sejak dari hari pertama pengumuman harga Freedom 251 yang berpangkalan di India ini, pelbagai spekulasi yang diterima oleh syarikat ini.

Freedom 251

Mana tidaknya, telefon pintar Freedom 251 ini bakal dijual dengan harga serendah $4 USD. Memang tidak masuk akal memikirkan harga sebiji Big Mac juga lebih mahal berbanding sebuah telefon pintar.

Syarikat Ringing Bells yang memulakan operasi dengan pengumuman harga tidak masuk akal ini sekaligus berjaya mendapat ‘free marketing’ setelah harga ditawarkan mengejutkan pelbagai pihak.

Menggunakan sentimen untuk membantu orang ramai serta mengatakan sanggup menyerap kerugian terlebih dahulu sebelum mencapai keuntungan antara yang membuatkan syarikat ini mempunyai ‘peminatnya’ yang tersendiri.

Modus operandi mereka bermula apabila syarikat ini mula membuat pra-pesanan untuk smartphone Freedom 251 keluaran mereka ini.

Mengeluarkan beberapa demo unit serta diberikan kepada beberapa individu tertentu antara yang membuatkan orang ramai mula ‘terpengaruh’ dengan penjualan smartphone ini.

Mana mungkin orang ramai tidak percaya setelah Youtuber terkenal iaitu Unbox Therapy juga antara yang berjaya mendapatkan akses awal kepada smartphone ini.

Freedom 251 Unbox Therapy

Memandangkan harganya yang rendah, dikatakan para pengguna kebanyakannya membuat tempahan lebih daripada satu smartphone setiap seorang.

Kegagalan untuk menampung kos operasi dan material untuk menghasilkan smartphone antara yang membuatkan syarikat ini menjadi kucar kacir meskipun dikatakan menerima ‘dana’ dari pelabur.

Malangnya, modus operandi mereka disahkan gagal setelah pengasas mereka ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan menipu duit pengguna.

Sebelum kejadian ini berlaku, dikatakan seorang pelanggan menerima ugutan bunuh daripada Mohit Goel selaku pengasas Ringing Bells setelah membuat aduan mengenai jumlah telefon yang diterimanya separuh daripada bayaran yang dibuat iaitu sebanyak ₹3 Juta (~RM 199,885).

Situasi yang berlaku ini mengingatkan kita mengenai skim ponzi yang telah dan sedang berlaku di negara kita.

Memberikan tawaran ‘too good to be true‘, testimoni daripada pelanggan awal serta ‘twist‘ yang dibuat antara yang membuatkan orang ramai terjerat.

Mujurlah pra-tempahan telefon ini cuma berharga $4 USD seunit.

Kerugian yang ditanggung tidaklah terlalu tinggi berbanding mereka yang terjerat dengan skim cepat kaya melibatkan puluhan juta ringgit.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

macam-macam cara untuk oranng membuat penipuan..

susah juga tu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon