Thursday, September 14, 2017

8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu


Apple sebelum ini pernah mengumumkan mereka mahu memperkenalkan sebuah iPhone yang mempunyai rekaan skrin menyeluruh supaya ia menjadi sebuah peranti yang memberi respon setiap sentuhan, suara dan imbasan pandangan pengguna.

iPhone X

Sempena ulang tahun ke-10 iPhone, syarikat teknologi terkemuka Apple Inc memperkenalkan telefon pintar yang dikatakan bakal membawa revolusi tersendiri dalam industri ini, impian itu kini direalisasikan melalui iPhone X.

Berikut adalah lapan perkara yang anda perlu tahu mengenai iPhone X.

1. Skrin menyeluruh

Dengan bingkai yang sangat nipis, iPhone X dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh yang bersaiz 5.8 inci yang kalis air dan habuk.

2. Paparan Super Retina

Selain buat pertama kalinya menggunakan paparan teknologi OLED, iPhone X turut menawarkan paparan Super Retina dengan kadar ketumpatan 458PPI.

3. Tiada lagi butang Home

Butang home pada iPhone X ini bakal digantikan dengan sokongan imbasan muka yang dinamakan sebagai Face ID.

4. Animoji - Revolusi Emoji baharu

Animoji merupakan emoji beranimasi berdasarkan ekspresi wajah dan boleh digunakan melalui iMessage.

5. Kamera hadapan True Depth

Apple memperbaharui teknologi kamera hadapan iPhone, dengan memperkenalkan kamera True Depth, yang mempunyai ciri-ciri imbasan 3D. Ia turut menyokong mod gambar Potrait di bahagian kamera hadapan.

6. Pengecasan tanpa wayar

iPhone X akan menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar universal yang dinamakan Qi, yang telah digunakan di beberapa kafe dan lapangan terbang di serata dunia.

7. Potrait Lighting

Walaupun dalam versi beta, ciri baharu kamera iPhone X iaitu Potrait Lighting mampu memberi sebab kepada mereka yang suka menangkap gambar untuk bagi memiliki telefon pintar ini.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk menyunting pengcahayaan sesebuah gambar yang diambil melalui mod Potrait.

iPhone X turut mengekalkan ciri dwi-kamera belakang dengan 12-megapiksel.

Ia menggabungkan lensa telefoto (ƒ/2.8) dan lensa sudut-lebar (ƒ/1.8) dengan penstabilan imej optikal (OIS).

8. A11 Bionic

iPhone X dijana dengan cip pemprosesan yang baharu yang dikenali sebagai A11 Bionic. Apple mendakwa ini adalah cip pemprosesan yang paling canggih dan berkuasa tinggi bagi telefon pintar dengan teknologi neural.

Apple akan mula menerima tempahan awal bagi iPhone X mulai 27 Oktober depan dan akan dilancarkan pada 3 November 2017 nanti dengan harga kira-kira RM4,200 (USD $999) dengan variasi storan 64GB dan 256GB.

BACA INI JUGA: 4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon