Oct 8, 2015

Gadis Dirasuk Lepas Main Game Panggil Roh Di Smartphone!

Kes dirasuk ‘hantu’ bukanlah kisah yang pelik apabila memperkatakan tentang dunia mistik. Bagaimanapun, ianya jarang berlaku di zaman moden ini.

Gadis Dirasuk Roh

Justeru rakaman video kejadian yang menimpa seorang gadis berusia 18 tahun di Lima, Peru ini menarik perhatian ramai.

Rakaman menunjukkan Patricia Quispe meronta-ronta ketika ditenteramkan anggota paramedik sambil menjerit dengan suara menyeramkan.

Dia didengar menyebut nombor yang sinonim dikaitkan dengan Syaitan iaitu 666 serta “lepaskan aku, lepaskan aku”.

Dia juga dirakam berkata, “Berikan telefon bimbit saya” dan “Mak, doktor ni tak tahu apa yang mereka sedang lakukan. Bawa saya pulang.”

Menurut saksi kejadian, Patricia mula meracau apabila pulang ke rumah selepas bermain dengan rakannya satu permainan memanggil roh menggunakan Papan Ouija menerusi satu aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbit.

Gadis Dirasuk Roh [2]

Patricia dipercayai dirasuk selepas bermain permainan Papan Oiuja yang biasanya dikaitkan dengan amalan memanggil roh di telefon bimbit.

Penduduk tempatan mendakwa mereka benar-benar percaya gadis tersebut dirasuk hantu manakala anggota paramedik yang terlibat ketika kejadian mengakui berdepan tenaga luar biasa ketika cuba menenangkan mangsa.

Selepas lebih setengah jam ‘bertarung’ barulah Patricia berjaya ditenteramkan seterusnya dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad psikiatri untuk pemantauan.

BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Bahaya main permainan begitu..

Terutama buat golongan perempuan, lemah semangat..hehe

kat smart phone pon kena... permainan ni klu kat luar mmg kena bermain dgn roh... bdk pompuan suka main klu zaman sekolah dulu2

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon