Wednesday, February 28, 2018

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?


Samsung akhirnya mengumumkan model Galaxy S9 dan S9+ secara rasmi yang merupakan model kesembilangan menerusi siri galaxy sekali gus merupakan smartphone flagship terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun 2017 lalu, Samsung berjaya mengeluarkan Samsung Galaxy S8 yang membuatkan orang ramai lupa dengan insiden Galaxy Note 7 serta berjaya dinobatkan sebagai antara smartphone terbaik 2017.

Pada tahun 2018 ini, beberapa perubahan terbaru telah dibuat Samsung dalam usaha untuk bersaing bersama Apple dan Google dan berikut merupakan perbincangan awal mengenai model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Rekabentuk dan skrin

Melihat dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh Samsung. Perkara ini sudah boleh dijangkakan melihat kepada trend smartphone kini yang acap kali berubah pada setiap tahun.

Pada model Galaxy S9, Samsung telah menyertakan skrin 5.8-inci manakala Galaxy S9+ disertakan dengan skrin 6.2-inci.

Masing-masing disertakan dengan skrin Super AMOLED dengan resolusi 2960×1400.

Berbincang soal Super AMOLED, pengguna pastinya teruja dengan skrin yang terang dan jelas yang sudah lama menjadi trademark Samsung.

Menariknya, Samsung masih lagi memilih untuk mengekalkan port 3.5mm headphone jack yang sudah lama ditinggal Apple.

Placement fingerprint scanner juga telah diubah berbanding model sebelumnya untuk memudahkan capaian pengguna serta mengelakkan daripada tersentuh lensa kamera.

Spesifikasi

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Dari segi spesifikasi, tidak banyak perubahan yang dapat dibuat Samsung berbanding model Samsung Galaxy Note 8 yang sudahpun disertakan dengan spesifikasi terbaru kecuali dibahagian processor.

Model ini disertakan dengan processor Snapdragon 845 bersama RAM 4 GB buat S9 dan RAM 6 GB buat S9+.

Bateri yang disertakan pada Galaxy S9 adalah 3,000mAh manakala S9+ yang tampil dengan saiz lebih besar mempunyai kapasiti bateri 3,500mAh. Masing-masing dilengkapkan dengan teknologi IP68 dimana ianya kalis air dan debu.

Kamera

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Jika terdapat sebuah perubahan besar yang tersedia pada model ini, sudah pastinya ianya adalah kamera.

Samsung sekali lagi berjaya membawa inovasi pada kamera model ini yang membolehkan model ini melaraskan aperture dengan sendirinya daripada f1.5 kepada f2.4 bergantung kepada keadaan.

Kamera yang digunakan model ini adalah kamera 12-megapixel. Dalam pada itu, kuasa pemprosesan yang hebat membolehkan penggunaan mendapatkan rakan 720p sebanyak 960 frame dalam satu saat.

Sesuatu yang belum pernah dibuat oleh pengeluar smartphone yang lain.

Samsung turut menitikberatkan soal pencayaan dimana model terbaru ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan gambar terbaik dalam keadaan cahaya malap.

Ciri-ciri lain

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun ini, Samsung telah mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru yang diinspirasikan daripada Animoji iaitu AR Emoji.

Sepertimana animoji, Galaxy S9 berpeluang untuk mengesan wajah anda serta mengubah kepada watak yang seakan kartun.

Anda juga boleh turut memadankan wajah anda kepada beberapa watak lain seperti watak daripada Disney. Sebuah ciri yang menarik dan kurang releven pada pendapat kami.

Harga

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Harga yang diumumkan buat Samsung Galaxy S9 nampaknya masih lagi sama sewaktu pelancaran model flagship mereka pada tahun lalu.

Samsung Galaxy S9 64 GB bakal mula ditawarkan dengan harga RM3,299 manakala S9+ 64 GB ditawarkan pada harga RM3,799.

Adakah berbaloi?

Sekiranya anda merupakan pengguna Samsung Galaxy S8, mendapatkan model ini mungkin tidak berbaloi berikutan perubahan yang tidak ketara.

Dalam pada itu, sekiranya anda sedang mencari smartphone flagship selain Apple dan Google yang berspesifikasi tinggi serta mempunyai kehebatan kamera yang baik, mendapatkan Samsung Galaxy S9 sememangnya berbaloi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon