Saturday, December 23, 2017

Teknologi Bateri Graphene, Samsung Galaxy S8 Merah Jambu!

Loading...

Samsung telah membangunkan teknologi bateri yang menggunakan 'graphene' untuk meningkatkan keupayaan dan mempercepatkan proses pengecasan lima kali lebih cepat berbanding piawaian sedia ada.

Samsung Galaxy S8 Merah Jambu

Samsung Advanced Institute of Technology berkata, bateri berasaskan graphene akan mempunyai keupayaan lebih tinggi iaitu sebanyak 45 peratus berbanding model bateri yang berada di pasaran.

Graphene, sejenis karbon yang ideal untuk digunakan pada bateri, kerana ia boleh menggerakkan elektrik 140 kali lebih cepat berbanding silikon.

Menurut Samsung, bateri yang mengandungi "graphene balls", mengambil masa 12 minit untuk dicas sepenuhnya, sementara bateri biasa selama sejam.

Memandangkan ia juga boleh mengekalkan kestabilan sehingga 60 darjah Celsius, bateri baharu itu boleh digunakan untuk kenderaan elektrik.

Pemerhati industri mendapati teknologi bateri litium-ion yang pertama kali dikomersialkan pada 1991 kini berdepan had dari segi kapasiti dan kelajuan pengecasan.

Justeru itu, pakar mendapati, penemuan tersebut bakal menempa kejayaan baharu dalam industri bateri global.

Samsung Advanced Institute of Technology berkata, permohonan mempatenkan penemuan baharu itu telah dihantar di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Samsung Galaxy S8, S8+, Note8 kini merah jambu

Sementara itu Samsung Malaysia kini memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ berwarna ‘Rose Pink’ manakala Note8 pula dalam warna ‘Soft Pink’ dengan pemproses teras dan fungsi kamera dipertingkatkan.

Telefon pintar, yang dilengkapi kamera 12 megapiksel dan pengimbas biometrik itu juga memiliki slot kad memori SD tambahan sehingga 265 gigabit, serta kepintaran buatan (AI) Samsung, Bixby.

Sempena perayaan Krismas, Samsung Malaysia Electronics menerusi Galaxy Studio, memberi peluang kepada ​​​​​​pelanggan untuk mengalami ketersambungan mudah alih paling maju Samsung bagi tiga model itu berserta aksesori.

Galaxy Note8 berwarna ‘Soft Pink’ manakala Galaxy S8 dan Galaxy S8+ berwarna ‘Rose Pink’ itu kini boleh didapati di semua outlet Samsung dengan harga masing-masing bermula RM3,999, RM3,299 dan RM3,699 (termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Disebalik Kejatuhan Nokia Dan Pengajaran Yang Patut Dijadikan Iktibar

sumber: sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Merecik la s8 ni.. Harap dengan teknologu bateri baru ni, tak la meletop lagi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon