Sunday, February 11, 2018

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Loading...

Jika anda melalui zaman kanak-kanak ketika awal 80an pasti anda akan menemui konsul permainan video yang terkenal pada ketika itu iaitu Nintendo, satu jenama yang cukup gah dalam menghasilkan permainan elektronik yang memukau seluruh dunia.

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Watak-watak terkenal seperti Donkey Kong, Mario Brothers, Tenis, Wild Gunmen dan lain-lain yang dihasilkan dalam aplikasi 8 bit menjadi ikon permainan pada awal penciptaan konsul permainan.

Tapi, tahukah anda sejarah penubuhan Nintendo?

Sejarah Penubuhan Nintendo

Diasaskan oleh Fusajiro Yamauchi ( November 22, 1859 – January 1940) usahawan jepun yang menubuhkan Nintendo yang pada awal kewujudan menghasilkan dan memasarkan kad permainan yang diberi nama Hanafuda.

Pada mulanya Nintendo dikenali sebagai Nintendo Koppai pada 1889.

Syarikat Nintendo Diawal Penubuhannya

Kad Permainan Hanafuda

Fusajiro Yamauchi bersara pada umur 70 dan menyerahkan syarikatnya pada anak angkat beliau untuk menguruskannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1940.

Sayangnya, Fusajiro tidak dapat menyaksikan syarikatnya itu berubah menjadi pengeluar permainan elektronik dunia 4 dekad selepas kematiannya apabila terciptanya Nintendo Entertainment System.

Makna Nintendo

Nintendo bermaksud "Serahkan Nasib Anda Di Syurga". Ditafsirkan sebagai anda harus bekerja keras tapi serahkan nasib anda pada syurga.

Pengurusan Baru Selepas Fusajiro Yamauchi

Seterusnya pengurusan Nintendo diambil alih oleh cucunya bernama Hiroshi Yamauchi, beliau melakar revolusi baru dalam penghasilan produk syarikatnya.

Daripada penghasilan kad permainan yang berlogo watak Disney dan kewujudan syarikat teksi, hotel dan makanan yang kesemuanya menemui kegagalan sehingga saham syarikatnya jatuh sehingga 60 yen, Hiroshi tidak berputus asa dan cuba mencari peluang perniagaan baru.

Pada tahun 1966, Hiroshi mengorak setapak lagi dalam menceburi alat permainan jepun yang dicipta oleh juruteranya bernama Gunpei Yokoi yang dibernama 'Ultra Hand' dan seterusnya menghasilkan alat permainan popular seperti 'Love Tester' dan 'Ultra Machine', malangnya menemui kegagalan dan tewas kepada syarikat gergasi seperti Bandai dan Tommy.

Era 1974 merupakan era revolusi penciptaan elektronik dunia dan menyedari hal tersebut, Hiroshi mula berfikir bahawa peralatan elektronik juga boleh dijadikan hiburan.

Syarikat seperti Atari dan Magnavox telah mula menjual konsul alat permainan menggunakan televisyen.

Nintendo tidak melepaskan peluang untuk menceburi perniagaan yang sama juga dengan membeli lesen untuk menjual konsul 'The Magnavox Odyssey'.

Nintendo mengupah beberapa pekerja elektronik Sharp, dengan melancarkan 'Color Tv Game 6', konsul permainan pertama syarikatnya.

Seterusnya dengan berkerjsama dengan Gunpei Yokoi, LCD pertama yang diberi nama Game & Watch dicipta.

Walaupun ciptaanya berjaya, Hiroshi tidak berpuas hati kerana baginya ciptaanya mestilah murah dan kekal dalam pasaran.

Game dan Watch

Ciptaan Nintendo yang seterusnya adalah Nintendo Entertainment System untuk hiburan rumah. Jualannya mencecah jutaan unit pada mula ia dilancarkan.

Ketika ini Hiroshi mula menyedari bahawa kepentingan perisian permainan untuk permainan ciptaanya.

Faktor kejayaan Nintendo adalah kerana syarikat ini berupaya menghasilkan sesuatu yang kreatif dan kredit jugak harus diberi kepada Hiroshi kerana pandangan jauh beliau dan kebijaksanaan beliau dalam memacu kejayaan Nintendo.

Hiroshi mampu menafsirkan kehendak orang ramai pada masa akan datang, merupakan faktor kejayaan Nintendo. Beliau juga merupakan pengurus tadbir yang hebat.

Dalam menggalakkan kreativiti, Hiroshi memecahkan tiga kelompok pasukan R&D dan bersaing sesama sendiri.

Dengan ini pereka akan lebih berusaha menghasilkan ciptaan yang hebat dan diterima ramai.

Keunikan Produk Nintendo

Berikut merupakan revolusi permainan video ciptaan Nintendo dimana jualannya mencecah jutaan unit pada masa mula ia dilancarkan.

1. Nintendo Entertainment System

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Nintendo Entertainment System atau NES, adalah sebuah konsol permainan video 8-bit, pertama kali dikeluarkan pada tahun 1985.

Dirilis oleh Nintendo di Amerika Utara, Brazil, Eropah, Asia dan Australia. Versi Jepunnya dikenali dengan nama Nintendo Family Computer atau Famicom.

NES menjadi konsol permainan paling popular saat itu di Asia dan Amerika Utara, NES membantu menghidupkan kembali industri permainan video setelah runtuhnya permainan video pada tahun 1983.

Dengan game Mario Bros yang meledak dipasaran, NES menjadi konsol game yang sangat diminati pada saat itu.

2. Game Boy

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Game Boy merupakan konsol permainan video yang diedarkan pada tahun 1989 pada harga 8,000 yen atau US $89.95. Perancangnya adalah Gunpei Yokoi dan pasukan Nintendo Research & Development 1.

Jika dijumlahkan, Game Boy dan Game Boy Color telah terjual sebanyak 118.69 juta unit di seluruh dunia. Game Boy pada mulanya digabung dengan permainan puzzle Tetris.

3. Super NES

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Super Nintendo Entertainment System, dikenali juga dengan Super Nintendo dirilis pada tahun 1991.

Super NES atau SNES, adalah konsol permainan video 16-bit yang dikeluarkan oleh Nintendo di Amerika Utara, Brazil, Eropah dan Australia.

Di Jepun ia dikenali dengan nama Super Famicom (Family Computer). Di Korea Selatan ia dikenali dengan nama Super Comboy dan dikeluarkan oleh Hyundai Elecronics.

4. Nintendo 64

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Nintendo 64 atau dikenali juga N64 merupakan konsol game generasi ke lima Nintendo yang dirilis pada tahun 1996.

N64 bekerjasama dengan produser workstation Silicon Graphics Inc.

Nintendo 64 sangat canggih pada zamannya dengan memperkenalkan teknologi-teknologi baru yang kemudian diikuti oleh pesaingnya seperti Sony PlayStation dan Sega Saturn.

Teknologi tersebut antara lain adalah teknologi getar Rumble Pak (yang kemudiannya dikenali dalam PlayStation sebagai DualShock) serta memperkenalkan stik analog yang memungkinkan pemain menjelajah ruang 3D dengan lancar.

Teknologi stik analog membuka babak baru dalam pengawalan dari ruang 2D ke ruang 3D dan sangat berjaya sehinggakan pesaing lain seperti Sony PlayStation dan Sega Saturn mengikuti Nintendo dengan menyertakan stik analog dalam konsol game buatan mereka.

Nintendo 64 juga merupakan konsol game pertama yang menyertakan fungsi Anti-Aliasing dengan filter bilinear secara real-time.

Selain itu, Nintendo 64 juga mendapat kedudukan pertama dan terpilih sebagai konsol game terbaik dalam G4 'Top 10 Games Consoles'.

Nintendo 64 kurang dikenali di Asia kerana menggunakan medium cartridge, kaset untuk menyimpan data, yang lebih mahal dan lebih sukar disalin berbanding penggunaan CD yang digunakan oleh PlayStation dan Sega Saturn.

Perkembangan software Nintendo 64 berakhir pada tahun 2001 setelah berjaya terjual sekitar 350 judul game dan 40 juta unit.

5. Game Boy Color

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Game Boy Color yang disingkat menjadi GBC adalah Game Boy keluaran Nintendo dan dirilis pada 21 Oktober 1998 di Jepun, 19 November 1998 di Amerika Utara dan 23 November 1998 di Eropah.

Layar berwarna menjadi sandaran Game Boy selain lebih tebal dan panjang daripada Game Boy Pocket, tetapi lebih kecil daripada Game Boy pertama.

6. Game Boy Advance

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Game Boy Advance (GBA) adalah salah satu dari konsol-konsol terakhir siri Game Boy dan penerus Game Boy Color yang popular.

GBA dirilis di Jepun pada 21 Mac 2001, di Amerika Utara pada 11 Jun 2001 dan di Eropah pada 22 Jun 2001.

7. GameCube

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

GameCube dirilis pada 14 September 2001 di Jepun, 18 November 2001 di Amerika Utara, 3 Mei 2002 di Eropah dan 17 Mei 2002 di Australia.

Ketika dilancarkan, Nintendo GameCube dikenali sebagai Dolphin namun, Nintendo GameCube rasmi disingkatkan menjadi GCN oleh Nintendo Amerika.

GCN merupakan konsol permainan video generasi keenam, satu generasi dengan Sega Dreamcast, Sony PlayStation 2 dan Microsoft Xbox.

8. Game Boy Advance SP

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Game Boy Advance SP adalah konsol permainan genggam merupakan kesinambungan model dari Game Boy Advance.

Game Boy Advance SP dirilis pada Februari tahun 2003 dan “SP” adalah singkatan dari “Special”.

Pelancaran Game Boy Advance SP diikuti dengan rilisnya Nintendo DS (yang dilancarkan pada November 2004) dan Game Boy Micro (dilancarkan pada September 2005).

9. Nintendo DS

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Nintendo DS adalah konsol permainan genggam dilancarkan pada tahun 2004. Ia mudah dikenali dengan reka bentuk lipat horizontalnya, mirip Game Boy Advance SP dan adanya dua jenis skrin di mana skrin bawahnya berfungsi sebagai skrin sesentuh.

Di dalamnya juga tertanam sebuah mikrofon dan menyokong standard nirkabel 802.11b (Wi-Fi) yang memungkinkan pemain saling berinteraksi dalam jarak dekat (30-100 kaki, bergantung pada keadaan), melalui layanan Nintendo Wi-Fi Connection.

Nama “DS” merupakan singkatan dari “Dual Screen”.

Selain itu ia juga merupakan singkatan dari “Developers System”, merujuk pada fungsi-fungsi dalam konsol ini yang direka untuk merekod idea-idea sistem permainan yang inovatif antara para pereka dikenali sebagai Project Nitro.

Pada 11 Jun 2006, Nintendo melancarkan DS dengan model yang direka semula, Nintendo DS Lite.

Nintendo DS Lite telah dilancarkan ke pasaran Amerika Utara, Eropah dan Australia pada Jun 2006.

Model yang direka semula dari Nintendo DS ini lebih nipis, ringan dan memiliki skrin yang lebih terang daripada Nintendo DS.

10. Nintendo Wii

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Wii adalah konsol permainan video kelima Nintendo yang merupakan penerus Nintendo GameCube.

Konsol game ini diperkenalkan dalam Tokyo Game Show 2005 pada 16 September 2005 dan dilancarkan pada November 2006 di Amerika dan Disember di Jepun.

Berbeza dengan Xbox 360 dan PlayStation3, Wii lebih menitik beratkan pada keasyikan bermain dibandingkan tampilan grafik beresolusi tinggi seperti yang dimiliki kedua konsol tersebut.

Wiimote merupakan kontrol baru yang unik (dilengkapi sebuah Nunchuk sebagai kontroler tambahan untuk beberapa jenis game), bentuknya yang kecil serta harga yang murah merupakan perkara yang menjadi keunggulannya.

11. Nintendo 3DS

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Nintendo 3DS dilancarkan di Jepun pada 26 Februari 2011, di Eropah pada 25 Mac 2011, Amerika Utara pada 27 Mac 2011 dan di Australia pada 31 Mac 2011.

Nintendo 3DS adalah konsol game portabel dengan perangkat autostereoscopic dan menghasilkan efek 3D tanpa aksesori tambahan.

12. Nintendo Wii U

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Wii U merupakan konsol game yang merupakan lanjutan Nintendo Wii yang dilancarkan pada tahun 2012 dan dirasmikan pada ketika Electronic Entertainment Expo 2011 pada 7 Jun 2011.

Konsol ini telah digambarkan sebagai generasi ke lapan yang baru.

Wii U adalah konsol Nintendo Home keenam dan konsol Nintendo pertama yang menghasilkan grafik resolusi 1080p dan fungsi kendalian baru dengan layar sentuh.

Kontroler ini memungkinkan pemain untuk meneruskan sesi permainan dengan menampilkan permainan bahkan ketika tv dimatikan.

Sistem ini akan sepenuhnya serasi dengan Wii dan Wii U game menyokong kompatibiliti dengan peripheral Wii, seperti Wii Remote dan Wii Balance Board.

13. Nintendo Switch

Sejarah Hebat Permainan Elektronik Nintendo!

Nintendo melancarkan permainan konsol Switch terbaharunya pada awal tahun 2017 yang boleh digunakan di rumah atau semasa sedang bergerak.

Pelancaran itu dilihat boleh mengimbangi jualan Wii U yang mengecewakan, di samping memberi saingan sengit kepada permainan PlayStation 4 (PS4) keluaran Sony yang amat terkenal.

Peranti hibrid itu muncul di kala prestasi Nintendo merosot teruk dalam pasaran permainan mudah alih selepas memperoleh kejayaan besar menerusi Pokemon Go.

Permainan konsol terbaharu itu dipenuhi 'DNA hiburan' Nintendo dengan elemen peranti terdahulu, termasuk peranti boleh pegang 3D dan pengesan pergerakan Wii.

Bagaimanapun, Switch berhadapan permulaan yang tidak begitu baik pada Oktober 2017 lalu apabila tayangan ringkas yang diadakan untuk penganalisis permainan meninggalkan pelbagai persoalan yang tidak dijawab.

Switch mempunyai skrin boleh alih yang membolehkan pemainnya menggunakan peranti berkenaan di rumah atau komputer tablet dengan alat kawalan boleh tanggal di kedua-dua bahagian. Ia juga menggunakan katrij berbanding cakera.

Pelancaran Switch dilihat penting kepada Nintendo yang memerlukan produk hit bagi mengimbangi kegagalan Wii U dan 3D kerana pesaingnya Sony semakin menunjukkan peningkatan jualan PS4 yang sehingga kini sudah mencecah jualan 50 juta unit di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2013.

Selepas bergelut untuk memperbaiki kelemahan kewangannya, Nintendo mengabaikan polisi hanya mengeluarkan permainan konsol dan mula memasuki pasaran permainan telefon pintar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Alat Mainan Paling Mahal Di Dunia

sumber: mirzannintendo | masirul

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon