Wednesday, April 03, 2013

Komputer No 3 Terpantas Di Dunia Berharga RM1 Billion!


Komputer ketiga terpantas di dunia terdapat di Universiti Illinois, Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$350 juta (RM1.08 bilion).

Blue-Waters-super-computer

Ia kini boleh digunakan oleh para penyelidik, saintis dan ahli perniagaan.

Komputer itu yang diberi nama Blue Waters dihasilkan dengan menggunakan peruntukan Yayasan Sains Kebangsaan, syarikat IBM Corporation dan Cray Inc.

Projek pembinaan komputer itu bermula pada tahun 2007.

Menurut laman web top500, kedudukan komputer itu berada di belakang komputer Titan yang dibina syarikat Cray di Makmal Kebangsaan Oak Ridge, Tennessee di AS.

Komputer paling pantas membuat pengiraan ialah mesin keluaran IMB, Sequoia yang terdapat di Makmal Kebangsaan Livermore, California.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon