Thursday, June 14, 2018

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia


Dengan kemajuan teknologi yang sangat canggih dan pesat membangun, kini kita boleh memilih pelbagai jenis jenama komputer riba dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan pada harga yang berpatutan namun, terdapat beberapa model komputer riba yang jauh daripada jangkauan kemampuan orang kebanyakan.

Kami kongsikan 5 komputer riba paling mahal di dunia.

1. Luvaglio

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Berada di tangga pertama senarai ini adalah laptop yang lebih mahal daripada sebuah kereta sport, iaitu Luvaglio.

Luvaglio adalah komputer riba dari United Kingdom dan merupakan komputer riba yang dihasilkan menggunakan tangan pertama di dunia.

Walaupun tersangat mahal, namun ibu pejabatnya adalah di kawasan teres di London Barat.

Spesifikasi komputer riba ini boleh dipesan mengikut cita rasa anda malah, pelanggan boleh memilih sendiri bahan yang digunakan untuk menghasilkan luaran komputer ini termasuklah kayu, logam atau lain-lain.

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Namun kosnya tetap juga sama kerana butang kuasa komputer ini mempunyai berlian yang sangat jarang ditemui.

Luvaglio juga hanya boleh diakses dengan cap jari pemilik sahaja dan hanya boleh dibeli melalui pesanan.

Versi standard komputer ini datang dengan skrin LED 17 inci dengan pemacu Blue-Ray, 128GB ruang simpanan dan salutan silau anti-reflektif yang direka khas untuk imej yang lebih jelas dan cerah.

Harganya? USD$1 juta!

2. Tulip E-Go Diamond

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan harga setinggi USD$355,000 RM1.4 juta, komputer riba Tulip ego Diamond merupakan yang kedua termahal di dunia.

Jika dilihatkan pada luarannya ia tak ubah seperti seutas bag. Tulip dikeluarkan pada hujung tahun 2006 dan mempunyai dua versi iaitu berlian dan platinum.

Apa yang membuatkan harganya mencecah jutaan ringgit adalah kerana ia bertatahkan plat emas putih 80 karat dan berlian. Ia juga dipasangkan dengan dua potongan batu delima pada logo Tulip.

Dan jika ia tidak dipasangkan batu-batu permata ini, ia masih berada di kelas tersendiri kerana penghasilannya menggunakan teknik overmolding yang membolehkan pelbagai jenis bahan digunakan pada badannya termasuklah fabrik, kulit, kayu dan juga logam.

Idea asal adalah untuk menghasilkan produk daripada perspektif wanita yang pada pandangan pertama laptop ini boleh kelihatan seperti satu aksesori fesyen. Ia telah menghasilkan komputer riba berbentuk seutas beg tangan yang elegan.

Dari segi spesifikasinya pula, ia dilengkapi dengan cakera keras berkapasiti 160GB dengan 2GB RAM, sistem audio refleks Bass, pemproses AMD Turion 64-bit, paparan 12 inci dan kad grafik ATI Radeon Xpress 200.

3. Macbook Pro Emas 24 karat

Macbook Pro Emas 24 karat

Di senarai ketiga adalah Macbook Pro emas 24 karat yang dikeluarkan pada awal tahun 2013. Pasti peminat tegar jenama Apple bergetar tulang rusuk melihat laptop ini kan?

Seperti yang dijelaskan oleh namanya, komputer riba ini disalut dengan emas 24 karat di keseluruhan bahagian luar dan sebahagian dalamannya yang menjadikan harganya setinggi USD$30,000 RM119,685.

Bahagian bukan logam seperti papan kekunci dan trackpad dicat dengan warna emas untuk sepadan dengan emas 24 karat ini.

Bagi bahagian logo Apple pula dihasilkan dengan beberapa warna seperti hijau, putih dan lain-lain.

Dari segi spesifikasinya pula, komputer ini sama seperti MacBook Pro yang lain. Ia dikuasakan dengan pemproses 2.4GHz Interl Core Duo dan dilengkapi dengan memori DDR2 4GB 667MHZ, pemacu dalaman 160GB, grafik NVIDIA GeForce 8600M GT dan paparan TFT 15.4 inci.

4. Ego Bentley

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Jika terdapat kereta jenama Bentley, jangan terkejut jika ada komputer riba Bentley.

Pengeluar komputer ini iaitu Ego telah berkolaborasi dengan syarikat kereta mewah Inggeris, Bentley Motors untuk menghasilkan komputer riba mewah berharga USD$19,943 (RM79,560) ini.

Ia kelihatan serupa seperti iBook Clamshell 199 dan buatan tangan. Di bahagian luar, Ego dipasangkan dengan kulit asli bertatahkan berlian dengan logo Bentley di tengah-tengah.

Bingkai Ego disalut dengan emas putih luar dan dalam serta pemegangnya diperbuat daripada krom.

Komputer ke-4 termahal di dunia dikuasakan oleh pemproses AMD 64 dengan paparan 12.1 inci dan RAM 2GB.

Jika dilihatkan pada rupa bentuknya, ia lebih sesuai dengan wanita.

5. Acer predator 21X

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Acer Predator 21x adalah komputer yang paling hebat dari segi spesifikasi, namun berada di tangga terakhir dari segi harga iaitu USD$8,999 (RM35,900) dan mempunyai skrin lengkung dengan saiz paparan yang sangat besar iaitu 21 inci.

Disebabkan saiznya yang lebih besar daripada komputer riba biasa, ia menjadikan komputer ini seberat 8.8 kilogram.

Ia juga diiktiraf sebagai komputer riba paling hebat untuk peminat permainan video, disebabkan oleh spesifikasinya.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-7820HK 2.90 GHz dengan RAM 64GB DDR4 dan paparan 21 inci.

Apa yang lebih dahsyat mengenai komputer ini adalah ia dilengkapi dengan 2 kad grafik Nvidia GTX 1080 yang pasti menjadi idaman semua penggemar permainan video.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon