Wednesday, December 11, 2019

SBDJ Siri 118: Kena Serbuk Tulang

SBDJ Siri 118: Kena Serbuk Tulang

Saya tergamam bila melihat Datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya, saya kira Datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim Singasari.

Toyol jadi-jadian

"Bila haji nak pergi?"

"Tiga empat hari lagi."

Datuk menyentuh hujung kening kirinya dengan jari telunjuk kanan. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih tertumpu ke arah saya.

"Begini haji."

Haji Taslim Singasari segera memalingkan wajahnya ke arah Datuk. Mereka bertukar senyuman untuk seketika.

"Apa dia?" soal Haji Taslim Singasari.

"Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah."

"Dah tua-tua begini rindu lagi ke?" usik Haji Taslim Singasari seiring dengan ketawa sinis.

"Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suami yang baik," tutur Datuk.

Saya lihat Haji Taslim Singasari menganggukkan kepala.

"Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam," Haji Taslim Singasari memberikan semangat.

"Hajat tu memang begitu," celah Datuk.

"Saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak," itulah kata-kata yang Datuk nantikan dari Haji Taslim Singasari.

"Awak ikhlas ke Haji?"

"Saya ikhlas."

"Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ. Bila orang kampung bertanya, senang saya nak menjawabnya," tutur Datuk dengan tenang.

Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.

"Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu," dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir Datuk.

"Dua-dua boleh pakai," sahut Datuk.

"Begini," Haji Taslim mengemaskan silanya.

"Saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya."

"Itu saja," wajah Datuk Nampak kesal.

Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati Datuk dan dia terus bersuara lagi.

"Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup."

"Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya," Datuk minta kepastian.

Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.

"Saya tak bergurau, saya tak berbohong," Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. Saya dan Datuk saling berpandangan.

"Hantu apa yang nak ditangkap?" Datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya.

"Nak tangkap hantu susu."

Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri.

"Hei, macam cerita budak-budak je," kali ini giliran Datuk tersenyum sinis ke arah Haji Taslim.

Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan Datuk.

"Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat menentukan sejauh mana benarnya cerita tersebut," Haji Taslim merenung muka Datuk.

Saya lihat Datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin Datuk berfikir, mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.

Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami. Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angin di luar tidak seganas tadi.

Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung hantu.

Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan malam yang kian tua.

"Agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?" Datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.

Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala. Tidak mahu menjawab pertanyaan Datuk.

"Kalau bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya," Datuk terus memancing jawapan dari Haji Taslim.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang Datuk tuturkan. Jerat Datuk mengena, fikir saya dalam hati.

"Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu yang semacam itu."

Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut.

Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap kegelapan malam seketika.

Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah ke arah saya dan duduk bersila di atas lantai.

"Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak, nanti awak melarang dia," kata Datuk.

"Boleh jadi cakap awak betul," balas Haji Taslim dengan tenang.

"Boleh jadi ada orang lain yang mengamalkan ilmu itu," tambahnya.

Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslim membuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya.

Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan cermat.

Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan Datuk.

"Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia," tutur Haji Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.

"Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan," Datuk bertindak membersihkan dirinya dengan sopan.

Semoga tidak ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.

"Saya faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati," Haji Taslim terus menepuk bahu kanan Datuk.

"Cakap awak tu memang ada manfaatnya. Kena fikir bersama, barangkali ada kebenarannya," Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.

"Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutama yang menyesatkan iman," cetus Datuk dengan cara mendadak saja.

"Betul, memang betul," Haji Taslim menjegilkan matanya ke arah Datuk.

"Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabarannya Haji," tingkah Datuk sambil meraba hujung dagunya.

Saya terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan ke situ.

"Tak ada apa-apa, cuma angin saja, kamu cepat sangat takut," Haji Taslim menujukan kata-kata kepada saya.

Rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya.

"Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi," Haji Taslim mengarahkan jari telunjuknya ke arah Datuk.

"Banyak cabarannya, bukan kerja mudah," ulang Datuk lagi.

"Ya, sebab itulah kita memerlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal ni," wajah Haji Taslim nampak riang sekali.

"Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak, hampa melayang," Datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.

"Sudahlah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, tidak juga baik. Sekarang saya dah terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah."

"Nampaknya begitulah Haji," sanggah Datuk.

Mereka berbalas ketawa dan ketawa mereka berhenti secara mengejut. Biji mata mereka tertumpu ke arah tingkap yang terbuka sendiri.

BESAR

Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekati tanah warna kekuningan.

Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas (king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang amat penat.

Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya menggeletar.

"Syaitan apa tu Haji?"

"Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang," Haji Taslim seperti merungut.

Datuk merenung ke arah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya.

"Makhluk peliharaan awak, Haji?"

"Rasanya iman saya belum tergugat lagi."

"Jadi, dia datang ni untuk siapa?" tingkah Datuk.

Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan yang bertalu-talu.

"Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya," nada suara Haji Taslim mula meninggi.

Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu ke arah lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya sekejap terbuka sekejap tertutup.

"Peliharaan arwah, Haji?"

Haji Taslim menganggukkan kepala.

"Masa arwah ada, kerap dia datang," Haji Taslim menganggukkan kepala.

"Minta makanan," soal Datuk lagi.

Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala.

Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, Datuk terus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap.

Saya ikut apa yang Datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu menitik ke atas lantai.

Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah. Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai.

Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung ke arah tangan berbulu yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan hebat.

Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan kerana Datuk ada di sisi saya.

Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran.

"Masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?" soal Datuk pada Haji Taslim. Jawapan yang diperoleh ialah anggukan.

"Darah ayam."

Haji Taslim mengangguk.

"Darah manusia."

Angguk juga yang diperolehi.

"Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak," sambung Datuk.

Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim. Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk.

Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan ke arah Datuk.

"Ambilkan bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak," itu arahan yang dikeluarkan pada Datuk.

Tanpa membuang masa Datuk bangun dan mencabut salah satu bilah buluh yang terselit di dinding. Datuk segera serahkan pada Haji Taslim.

"Rasanya, waktu subuh dah dekat," nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungi harapan yang besar.

"Saya rasa pun begitu, dah dekat benar waktunya," balas Datuk penuh keyakinan.

Haji Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Kedua bilah buluh itu memang sudah ditajamkan. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengan kuku jari kirinya.

"Nak buat apa?" mendadak Datuk menyoal.

Tiada jawapan dari Haji Taslim. Sesekali, saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap.

Wajah itu mengeluarkan cahaya kekuningan, kulitnya berkedut dengan rambut berwarna kemerah-merahan menutup wajahnya.

Dari celah-celah rambut itu terdapat sepasang mata yang memancar cahaya hijau. Bulat sebesar telur burung puyuh. Sorotan cahayanya cukup jauh, macam sorotan cahaya lampu picit.

BERSILA

Haji Taslim kali ini mengubah kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila. Bilah buluh diletakkan di antara kedua tempurung lututnya.

Sepasang tangannya terus memeluk tubuh. Kelopak bibirnya mula bergerak.

"Kita mulakan sekarang," perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya ke kanan, iaitu ke arah Datuk. Mata mereka bertembung.

"Maksud Haji?"

"Menghancurkan apa jua peninggalan arwah. Menjahanamkan semua sahabat-sahabatnya," nada suara yang mengutus kemarahan dari dalam sanubari Haji Taslim.

"Mahu bantuan dari saya, Haji."

"Niat memang begitu, tapi ikhlaskah awak menolong saya. Jangan disalahkan saya kalau ada hal-hal yang buruk datang kemudian," Haji Taslim bersuara tanpa melihat wajah Datuk.

Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendul. Saya mula terdengar bermacam-macam bunyi. Ada suara beruang, kucing dan tempikan gajah.

Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya. Kalau Haji Taslim mendengarnya, pasti dia memberi komen. Begitu juga Datuk.

"Bersedia," cukup lantang suara Haji Taslim.

Pergerakan tubuhnya sungguh pantas. Tahu-tahu dia sudah berdiri dengan bilah buluh di tangan.

Bersedia untuk melunturkan buluh yang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap.

"Apa mesti saya buat, Haji?"

"Melafazkan kalimah Allahu akbar. Biar bilah buluh itu melekat pada daging syaitan itu. Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjil tu, tak payah ucap Allah Huakbar."

"Baiklah, Haji."

Haji Taslim menarik dan menahan nafas. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun dilunturkan ke arah lengan berbulu. Lunturan tepat pada sasarannya.

Bilah buluh lekat di situ, jejari empat saya lihat relai dari tangan. Semua melayang dan meluru ke arah Haji Taslim.

Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang amat sangat. Rumah kembali bergegar.

Datuk saya lihat seperti orang kena pukau. Dia tidak dapat berkata sepatah pun.

Matanya, tidak bergerak melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslim bersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip.

Haji Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. Hanya itu sahaja yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat.

Dalam suasana yang kacau bilau itu, terdengar suara azan berkumandang di udara. Rumah yang bergegar terus berhenti.

Datuk yang terpukau terus tersedak. Suara binatang yang memekakkan telinga saya terus hilang.

Empat jejari yang mahu menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana. Keadaan kembali normal.

“Masih ada bahaya yang lebih besar lagi,” ucap Haji Taslim.

Dia terus mendekati. Gema azan sudah pun berakhir. Haji Taslim menarik tangan Datuk ke arah jendela.

“Tanah, darah dan kain putih,” kata saya dengan rasa terkejut yang amat sangat bila melihat kesan tanah kubur, darah dan kain putih yang terlekat pada bendul jendela.

Saya merenung wajah Haji Taslim, mohon penjelasan daripadanya.

“Kain putih yang melekat pada bendul tu, kain kafan,” jelas Haji Taslim. Darah saya tersirap.

“Tanah tu, agaknya tanah dari kubur,” celah Datuk.

“Memang tanah kubur,” jawab Haji Taslim.

“Darah tu, darah apa, Pak Haji,” tanya saya.

“Itu saya tak tahu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain,” Haji Taslim terus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali.

“Sudahlah, bila hari cerah, kita periksa,” tiba-tiba sahaja Datuk memberikan pendapat.

Ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. Kami segera ke perigi dan mandi.

Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialah Haji Taslim.

Selesai sembahyang Subuh, kami terus berwirid panjang hingga matahari muncul di kaki langit.

SARAPAN

Dan pagi itu, setelah menemani Datuk bermandi embun, saya terus pulang ke rumah Haji Taslim.

“Datuk kamu ke mana, Tamar?”

Itu yang Haji Taslim ajukan, bila melihat wajah saya terjengul di pintu.

“Di belakang,” jawab saya.

“Sarapan dah siap,” sambung Haji Taslim lagi.

Saya anggukkan kepala. Lalu ke ruang dapur mencuci tangan. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidangan pagi.

Hati kecil saya mengagumi kecekapan Haji Taslim. Walaupun sudah tua. Tetapi masih mampu menyediakan sarapan dengan segera.

Dia buat air kopi panas, pisang goreng malah ada tiga pinggan nasi lemak. Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya dan Datuk.

“Berat sangat untuk makan pagi,” tegur Datuk yang muncul secara mendadak. Haji Taslim tersenyum.

"Awak nak berjalan jauh, perut mesti diisi dengan kejap, baru seronok berjalan,” sahut Haji Taslim.

“Memang sudah menjadi kebiasaan, berjalan atau tidak, makan pagi sekadar mengalas perut.”

“Kalau begitu, banyak sangat saya masak ni,” Haji Taslim tuang kopi di dalam cawan.

“Kira-kira begitulah, Haji.”

“Tak apa, boleh buat bekal awak berdua,” Haji Taslim sudah menemui jalan bagi mengatasi masalah tersebut. Datuk terus anggukkan kepala.

Ternyata sarapan pagi itu amat menyelerakan, satu pinggan nasi lemak habis masuk perut saya.

Bila saya mahu menyentuh pisang goreng, telapak tangan Datuk segera jatuh ke atas pergelangan tangan saya. Cepat-cepat saya toleh ke wajah Datuk.

“Kamu sudah cukup kenyang, jangan ikutkan nafsu. Makan sekadar untuk kenyang, jangan berlebih-lebihan.”

“Biarlah si Tamar tu merasa goreng pisang saya,” Haji Taslim minta laluan.

Hati saya riang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya.

“Tak apa, dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu, dalam perjalanan nanti,” ternyata Datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untuk kenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. Dan konsep itu mahu diserapkan ke dalam diri saya pula.

“Mahu mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?”

“Ya, kalau tak dibentuk dari sekarang, bila lagi?” jawab Datuk dan terus menghirup air kopi terakhir.

Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus nasi lemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih.

Alasan Datuk, kenapa dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah, supaya nasi lemak itu terus panas dan bau wanginya tidak mudah hilang.

Rupanya, dalam hal ini, pendapat Datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah.

Selain dari perkara yang disebutkan tadi, ada khasiat lain yang tersembunyi.

Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut dengan daun pisang atau upih, bila dimakan dapat mengurangkan lemak dalam perut serta mengeluarkan angin dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan.

Sejauh mana kebenaran kata-kata Haji Taslim tidak dapat saya pasti. Dan Datuk pula tidak menafikan.

“Selamat jalan.”

Suara Haji Taslim parau. Dia terus berpeluk-pelukan dengan Datuk di kaki tangga. Saya yang nakal terus menuju ke arah jendela tempat lengan aneh tersadai malam tadi.

Saya periksa tanah di kawasan tingkap. Apa yang saya temui ialah kesan darah dan tulang temulang.

Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan Datuk. Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. Saya tunjukkan apa yang saya temui di situ.

“Memang begitu, setiap kali benda ganjil ni datang, dia mesti membawa tulang. Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari,” Haji Taslim terus mencangkung. Matanya menatap tulang-tulang berserakan.

"Kalau tak silap saya, tulang-tulang ni, tulang binatang besar,” Datuk memberikan pendapat.

“Memang benar apa yang awak cakap tu,” pintas Haji Taslim, “dulu saya pernah terjumpa tulang kaki manusia,” tambah Haji Taslim.

Mata saya dan Datuk terbeliak mendengar penjelasan Haji Taslim. Saya jadi seram.

“Serbuk tulang ni, kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh, boleh bawa penyakit,” Haji Taslim buka rahsia.

"Kalau boleh jadi gatal, bila digaru lama-lama akan keluar air dan seluruh badan luka-luka,” lanjut Haji Taslim.

“Macam mana awak tahu Haji?” tanya Datuk.

“Arwah yang beritahu, dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing, bulu kucing terbakar dan kulitnya mengelupas. Tak sampai dua jam kucing tu mati. Ini sebenarnya racun, digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewaskan musuhnya.” Haji Taslim berhenti bercakap. Dia terus bangun dan menatap wajah Datuk.

“Arwah mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak, tetapi, belum sempat saya menahannya, dia sendiri keberatan menggunakannya. Itulah kehebatan awak,” Haji Taslim menepuk bahu kanan Datuk dua tiga kali.

Kemudian dia mengajak Datuk menuju ke kaki tangga. Kerana bimbang saya akan menyentuh tulang-tulang yang ada di situ, saya disuruh Datuk berjalan dahulu. Cakap Datuk segera saya patuhi.

“Macam mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari,” Datuk terus merisik rahsia dari Haji Taslim.

“Arwah ada memberi saya cara dan petuanya.”

“Macam mana?”

“Kenapa, awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.”

“Begini Haji, tahu tu lebih baik daripada tak tahu,” tutur Datuk dengan tenang.

Haji Taslim berhenti melangkah dan mendongakkan muka ke langit melihat matahari pagi yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara.

"Bila sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. Semua tulang-tulang yang kita tengok tadi hancur jadi serbuk,” Haji Taslim kedutkan dahi.

Dia berhenti menatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudut kampung. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga.

“Petua tadi macam mana?” Datuk mendesak.

“Petua apa?” Haji Taslim terkejut, sepasang matanya merenung ke arah tepi sawah sambilkan kedutkan kening dan dahi. Dia seperti mengingati sesuatu.

“Oh! Ya,” Haji Taslim seperti bertempik.

"Saya terlupa, saya terlupa, saya terlupa,” ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya.

Datuk turut tersenyum. Memang Datuk tidak menduga secepat itu, Haji Taslim terlupakan perkara yang diperkatakan.

Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalu menumpukan selurah daya fikirnya pada perkara tulang di bawah rumahnya.

Barangkali, dia mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi, bila dia berada di rumah itu seorang diri. Fikir saya di dalam hati.

“Petua dia, begini,” Haji Taslim merapati Datuk.

Ditariknya tangan Datuk agar duduk di bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga.

Sinar matahari mula menyentuh tulang bumbung rumah. Suara beburung pagi berkicau garang.

“Petuanya, mudah saja, curahkan minyak kelapa masak ke atas serbuk tulang,” kata Haji taslim.

“Itu saja, saya fikir ada perkara lain,” ujar Datuk sambil senyum.

Dan kali ini Haji Taslim arahkan sepasang matanya ke arah muka Datuk. Tiba-tiba dia anggukan kepala seraya berkata.

“Memang betul, bukan itu saja,”

Datuk menarik nafas panjang.

Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginan amat sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. Datuk tumpukan perhatian pada kelopak bibir Haji Taslim.

“Minyak kelapa tu, mestilah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Minyak kelapa itu diisikan dalam botol sesudah dibacakan Yasin selama tujuh malam Jumaat,” Haji Taslim terus membuka rahsia.

Datuk anggukkan kepala.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 118/284

BACA: SBDJ Siri 117: Ilmu Telapak Pasir Merah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 10, 2019

George J Laurer: Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

George J Laurer: Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

Jurutera komputer, George J Laurer, bekas pekerja syarikat komputer IBM yang juga pencipta bersama kod bar yang membantu merevolusi dunia peruncitan dunia pada 1970an, meninggal dunia pada usia 94 tahun dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Wendell, North Carolina.

George J Laurer Pencipta Kod Bar
George J Laurer.

George adalah pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) atau dikenali sebagai kod bar yang boleh mengenalpasti jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bar berwarna hitam dengan pelbagai ketebalan itu dan 12 digit nombor boleh diimbas dan dengan pantas pengenalan produk serta harga dipaparkan.

George dan seorang lagi pekerja IBM, Norman Woodland mencipta kod bar itu pada 1973.

Norman Woodland yang meninggal dunia pada 2012 mendapat idea mencipta kod bar itu berdasarkan kod Morse.

Dia mempatenkan konsep itu pada 1952 tetapi tidak dapat dimajukan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur.

20 tahun kemudian, George mencipta pengimbas yang boleh membaca kod bar secara digital.

IBM melancarkan produk itu pada 1973 dan transaksi kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun 1974 di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.

Produk pertama yang diimbas adalah sepaket gula-gula getah Wrigley’s Juicy Fruit yang kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Smithsonian Sejarah Amerika di Washington.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Kenapa Pokok Gaharu Sangat Mahal?

Kenapa Pokok Gaharu Sangat Mahal?

Pokok Gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria malaccensis, adalah sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi, yang mana semua bahagian pokok ini, iaitu dari bahagian batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya sebenarnya telah digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik.

Daun Gaharu
Daun Gaharu.

Pokok gaharu terbaik didakwa daripada Malaysia dari hutan tebal tropika dimana ia telah menerima permintaan baik dari seluruh dunia.

Terdapat banyak keistimewaan pokok dan hasilan daripada gaharu, namun jumlah pengusahanya boleh dibilang dengan jari kerana tidak ramai yang berani untuk mengambil risiko walaupun diketahui hasilnya mampu memberi pulangan lumayan.

Hakikatnya, sebab tidak sabar menuai hasil adalah punca utama kebanyakan orang kita tidak berani menceburi projek itu.

Teras Gaharu

Apa yang penting bagi penanam pokok gaharu adalah bagaimana untuk mendapatkan teras dan kayu minyak gaharu dituai dan diproses untuk mengeluarkan produk air suling, minyak wangi, sabun, syampu, losen, teh dan kopi.

Proses pertama untuk mendapatkan teras dan kayu minyak gaharu adalah menebang dan meracik kayu minyak hingga nampak teras di bahagian dalam batang pokok gaharu.

Namun, ada kaedah rawatan khas memproses Inokulan untuk mendapatkan teras gaharu yang dipanggil proses ‘mencuci’ kerana perlu mengikis kayu minyak secara manual untuk mendapatkan teras di bahagian tengah.

Jika bernasib baik, pengusaha boleh menemui teras yang mempunyai reka bentuk luar biasa dan nilainya boleh mencecah sehingga RM4,300 hingga RM5,800 sekilogram.

Proses seterusnya adalah dimana batang gaharu yang dikikis tadi dimasukkan ke dalam mesin untuk dikisar dan terus dimasak di atas dapur khas selama tujuh hari.

Kayu minyak Gaharu yang dihancurkan dimasak bagi diproses untuk pengasingan minyak gaharu dan air suling, yang akan berterusan tanpa henti selama 24 jam selama tujuh hari.

Kemudian, selepas selesai proses pengasingan maka serbuk kayu gaharu akan ditapis dan dijemur untuk dijadikan setanggi atau dijual kepad pembeli dengan harga RM1,800 sekilogram.

Tetapi, perlu ada kemahiran khusus untuk melakukan semua perkara berkaitan agronomi dan aktiviti memproses pokok gaharu.

Sebatang pokok gaharu dilaporkan boleh menghasilkan 10 kilogram (kg) serbuk kayu minyak dan 48 mililiter (ml) minyak pati gaharu hasil daripada proses yang dijalankan.

Kemudian, minyak wangi gaharu dihasilkan menggunakan pati minyak gaharu yang sudah diasingkan tadi.

Selain menghasilkan minyak wangi, setitik pati gaharu juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan.

'Lagi Sakit Lebih Baik'

Isi Gaharu
Minyak Gaharu.

Untuk mendapatkan ekstrak minyak gaharu berkualiti, pokoknya perlu dicederakan menggunakan teknik tertentu atau disuntik bahan dipanggil inokulasi.

Lebih lama pokok ini sakit atau dijangkiti penyakit, maka kualiti minyaknya nanti menjadi lebih tinggi. Jika pokok lain memberi hasil apabila batangnya sihat, tetapi berbeza pula dengan pokok Gaharu.

Suntikan inokulasi biasanya dilakukan selepas pokok mencapai usia matang lima hingga 10 tahun ke atas dan mempunyai ukuran lilit pokok sekurang-kurangnya 15 sentimeter.

Lubang selebar enam inci akan ditebuk pada batang pokok untuk menyuntik inokulasi. Jumlah lubang ditebuk bergantung kepada kelebaran dan tinggi pokok.

Selepas setahun disuntik inokulasi, gaharu sudah terbentuk dan boleh ditebang untuk proses seterusnya iaitu mengekstrak pati minyak gaharu.

Karas dalam batang pokok yang diserang penyakit akan menyebarkan sejenis minyak bagi melindungi bahagian terjejas dan lama-kelamaan akan membentuk gaharu.

Ada dua kaedah digunakan untuk mencederakan pokok bagi mendapatkan hasil, antaranya melalui teknik semula jadi (dipanah petir atau ditimpa pokok lain), menakik, mengikat batang menggunakan dawai atau suntikan inokulasi.

Namun, kaedah untuk mencederakan pokok ini yang dinamakan inokulasi, sudah terbukti dapat menghasilkan gaharu dengan cepat serta berkualiti.

Penghasilan gaharu menerusi proses inokulasi adalah 90 peratus lebih berkesan berbanding kaedah semula jadi.

Antara bahan digunakan bagi teknik inokulasi adalah gula merah, air gaharu dan beberapa bahan mentah organik lain.

Bernilai Tinggi

Pokok Gaharu
Pokok Gaharu.

Pokok gaharu amat bernilai tinggi kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan minyak wangi bagi menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman dahulu, dengan harga setinggi RM100,00 sekilogram dipasaran dunia.

Pada masa sama, daun pokok gaharu juga dianggap amat berkhasiat dan boleh dijadikan produk teh hijau kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain khasiatnya untuk kesihatan.

Pati asli gaharu adalah produk yang sangat terhad dan boleh dikatakan hampir tiada persaingan.

Harganya adalah dalam lingkungan RM300 hingga RM15,000 dalam botol kecil.

Mengapa hingga RM15,000? Kerana kualiti, keaslian, ketahanan dan keistimewaannya seperti haruman kekal sehingga tiga hari dengan hanya satu calitan.

Pokok gaharu adalah tumbuhan paling dicari di hutan hujan kerana kulit dan damarnya mendapat permintaan tinggi dalam industri farmasi serta kosmetik.

Setiap pokok gaharu boleh mengeluarkan 30 mililiter (ml) minyak gaharu di mana setiap 12 ml minyak berkenaan dijual dengan harga RM600.

Sementara air suling yang diasingkan daripada pati minyak gaharu bermanfaat menghindarkan penyakit kanser, gout, alahan gatal dan paling berkesan merawat resdung.

Kopi dan teh gaharu turut membantu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan toksik dalam badan, masalah pelawasan dan masalah insomnia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Penyakit Polio?

Apa Itu Penyakit Polio?

Polio atau poliomyelitis adalah penyakit akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat dan lazimnya menjangkiti kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian, namun virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.

Penyakit Polio

Virus liar polio (wild polio virus – WPV) masih endemik di tiga buah negara (Afghanistan, Pakistan dan Nigeria) dan beberapa buah negara lain juga dijangkiti virus ini kerana pergerakan manusia, kerana selagi terdapat negara yang menyebarkan WPV, semua negara masih berisiko dijangkiti.

Agen penyebab

Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enteroviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1988.

Cara jangkitan

Jangkitan berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral, yang bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti.

Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.

Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.

Tempoh pengeraman

7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.

Tanda dan Gejala

Seramai 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat. Manakala 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula.

Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf.

Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.

Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang. Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.

Komplikasi

Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.

Rawatan

Tiada rawatan khusus. Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.

Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.

Pelalian Pencegahan

Jenis vaksin: terdapat dua jenis vaksin polio iaitu Oral Polio Vaccine (OPV) yang dititiskan ke dalam mulut dan Inactivated Polio vaccine (IPV) yang diberi secara suntikan.

Bilangan dos: 3 dos prime dan 1 dos tambahan.

Jadual: diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan (Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia).

Kontraindikasi: Tiada

Pengembara: Mereka yang hendak mengembara ke negara yang endemik atau sedang mengalami jangkitan WPV, dinasihatkan untuk mendapatkan pelalian polio selewat-lewatnya 4 minggu sebelum berlepas.

Langkah berjaga-jaga khusus: Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunocompromised) hendaklah mengambil vaksin IPV.

Vaksin OPV yang mengandungi virus polio yang dinyahaktifkan boleh bertukar menjadi aktif dan menyebabkan penyakit kepada mereka yang immunocompromised ini.

Panduan mencegah jangkitan:
  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.
  • Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik.
  • Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak).
  • Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak).
  • Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang.
  • Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.

SEJARAH POLIO YANG MELANDA EROPAH DAN AS DAHULU

Pada awal abad ke-20, wabak polio menyerang masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat. Ratusan ribu orang dijangkiti dengan angka kematian mececah ribuan orang. Belum lagi dikira mereka yang mengalami kecacatan seumur hidup.

Semua yang mengalami selesema akan sentiasa berharap agar ianya bukan polio. Selepas penemuan vaksin pertama pada tahun 1955, dan seterusnya vaksin kedua pada tahun 1960, mimpi ngeri tersebut berakhir.

Lihat sahaja dua tahun lepas (2016), semasa virus Zika yang berasal daripada Afrika mula masuk ke Malaysia, semua orang, khususnya ibu mengandung, risau dan takut jika terkena jangkitan yang boleh membuatkan bayi cacat. Begitulah mungkin perasaan yang dialami dahulu semasa wabak polio merebak, atau mungkin lebih.

Masyarakat dan profesional harus berinteraksi

Walaupun vaksin telah terbukti secara saintifik di atas kertas dan realiti bahawa ia sangat berkesan dalam mencegah penyakit yang berkaitan serta selamat digunakan, mungkin ada sebahagian dalam kalangan masyarakat tidak mampu memahaminya.

Golongan profesional kesihatan, khususnya, perlu mencari titik temu dengan golongan ini. Ia bukan masalah saintifik, sebaliknya isu sosial.

Di sinilah interaksi antara dua pihak mula berperanan. Segala kebimbangan dan salah faham harus dijelaskan. Dalam masa yang sama, penjelasan tersebut harus sampai kepada mereka yang berkaitan.

Persepsi dan keyakinan kepada sains pun mungkin sedikit sebanyak terjejas dengan kemunculan golongan pseudosains yang jelas tidak saintifik.

Keraguan terhadap syarikat-syarikat farmaseutikal besar daripada Eropah dan Amerika Syarikat juga mungkin membuatkan orang takut dan berwaspada.

Melihat kepada pengurangan pada liputan vaksin serta kemunculan semula kes-kes seperti campak, batuk kokol dan difteria, tindakan perlu diambil. Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Muhammad; 10 Nama Bayi Paling Popular Di AS 2019

Muhammad; 10 Nama Bayi Paling Popular Di AS 2019

Buat pertama kalinya, Muhammad tersenarai sebagai antara 10 nama bayi paling popular di Amerika Syarikat (AS) bagi tahun 2019, menurut data yang dikeluarkan oleh laman web keibubapaan, BabyCenter.

Maksud Muhammad

Muhammad menduduki rangking ke-10 dalam senarai nama bayi popular di negara itu, naik empat anak tangga berbanding tahun 2018 lalu.

"Keluarga Islam sering memilih nama Muhammad untuk anak lelaki mereka.

"Nama itu juga mempunyai beberapa ejaan, dan itu membantu nama itu melonjak ke ranking ke-10," kata Ketua Editor Global BabyCentre, Linda Murray.

Dalam pada itu, Liam mengungguli kedudukan teratas untuk nama bayi lelaki diikuti Jakson (kedua) dan Noah di tempat ketiga.

Bagi bayi perempuan, nama Sophia kekal menjadi pilihan ibu bapa selama satu dekad.

Menurut BabyCenter, data itu diperoleh dari hampir 600,000 ibu bapa yang berkongsi nama bayi mereka dengan pertubuhan itu pada 2019.

Kedudukan turut mengambil kira nama yang mempunyai bunyi sama tetapi ejaan berbeza seperti Mohammad dan Muhammad.

Nama popular untuk bayi lelaki:
  1. Liam
  2. Jackson
  3. Noah
  4. Aiden
  5. Grayson
  6. Caden
  7. Lucas
  8. Elijah
  9. Oliver
  10. Muhammad

Nama popular untuk bayi perempuan:
  1. Sophia
  2. Olivia
  3. Emma
  4. Ava
  5. Aria
  6. Isabella
  7. Amelia
  8. Mia
  9. Riley
  10. Aaliyah

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, December 08, 2019

5 Jutawan Yang Tidak Menamatkan Pelajaran Di Universiti

5 Jutawan Yang Tidak Menamatkan Pelajaran Di Universiti

Tidak menamatkan pelajaran di peringkat universiti, tidak bermaksud anda telah gagal dalam hidup, kerana apa yang paling penting adalah anda tahu apa yang anda minat dan mahukan, dan bekerja keraslah mengejar cita-cita anda.

Jutawan Tiada Pendidikan

Kali ini kami ingin berkongsi senarai individu-individu paling kaya di dunia yang tidak menamatkan pelajaran di universiti.

1. Bill Gates

Berada di tangga pertama senarai ini tidak lain dan tidak bukan, manusia paling kaya atas muka bumi dengan kekayaan RM360 billion, Bill Gates.

Bill Gates melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard pada 1973, selepas mendapat markah SAT 1590 (markah penuh 1600).

Bill Gates yang memilih kursus pra-undang-undang kemudiannya menyambung ijazah dalam komputer sains. Ketika berada di Harvard, beliau mengenali Steve Ballmer.

Selepas 2 tahun di Harvard, Paul Allen meyakinkan Bill Gates supaya berhenti belajar untuk bekerjasama membina syarikat Microsoft.

Bill Gates membuat keputusan meninggalkan Harvard untuk Microsoft, manakala Steve Ballmer menghabiskan pelajarannya.

Steve Ballmer yang mempunyai ijazah, kemudiannya diambil bekerja di Microsoft oleh Bill Gates, yang tidak menamatkan pelajaran. Walaupun tidak menamatkan pelajaran, Bill Gates berkata, :

"Walaupun saya tidak menamatkan pelajaran dan bernasib baik mengejar kerjaya dalam bidang perisian komputer, namun mendapatkan ijazah adalah lebih selamat untuk mengejar cita-cita,".

Kini Microsoft merupakan antara syarikat paling berjaya atas muka bumi.

2. Mark Zuckerberg

Tak perlu diperkenalkan lagi nama ini. Ramai yang sudah mengetahui cerita Mark Zuckerberg melalui filem "Social Network".

Mark mula menggunakan komputer dan menghasilkan perisian komputer sejak usia muda lagi. Individu yang bertanggungjawab mengajarnya dalam bidang ini adalah bapanya yang mengajar Atari BASIC Programming.

Mark kemudian diajar secara persendirian oleh David Newman, sorang pembina perisian komputer. Mark Zuckerberg melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dan di situlah beliau mula-mula membina laman web yang dahulunya dikenali sebagai "The Facebook".

Setelah Facebook semakin berkembang, Mark berhenti dari Universiti Harvard ketika tahun kedua untuk meneruskan projek, yang kini mempunyai 2 billion pengguna di seluruh dunia.

Walaupun tak menamatkan pelajaranya, Mark menerima ijazah kehormat daripada Universiti Harvard pada 28 Mei 2017.

3. Larry Ellison

Larry Ellison terkenal sebagai pengasas bersama dan CEO Oracle Corporation. Larry melanjutkan pelajaran di University of Illinois selepas tamat sekolah menengah. Namun disebabkan ibunya meninggal dunia, beliau telah berhenti belajar.

Larry kemudiannya meneruskan pelajarannya semula di University of Chicago, dan ia hanya bertahan selama 1 semester sahaja sebelum beliau sekali lagi berhenti. Ketika di University Chicago, beliau mula mengenali rekabentuk komputer buat kali pertama.

Pada 1970-an, Larry bekerja dengan syarikat Ampex Corporation di mana beliau membina pangkalan data untuk CIA yang diberi nama "Oracle". Dan pada tahun 1977, beliau mengasaskan Oracle bersama-sama Bob Miner dan Ed Oates.

4. Michael Dell

Michael Dell merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Dell Technologies, antara salah satu syarikat infrastruktur teknologi terbesar di dunia.

Michael Dell menyambungkan pelajaran di University of Texas dalam bidang perubatan. Ketika itu, beliau memulakan bisnes secara tak langsung, dengan menjual peralatan menaiktaraf komputer peribadi, di biliknya di asrama.

Michael mula menyedari bahawa banyak wang dapat dijimatkan dengan menjual komputer terus kepada pembeli, daripada mereka membeli terus dari kedai.

Berbekalkan modal RM4,200 daripada simpanan beliau, Michael Dell menubuhkan syarikat "PC's Limited" pada tahun 1984. Beliau menjual komputer dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai yang dihasilkan sendiri dengan memasang komponen-komponen menjadi sebuah komputer.

Pendapatan Dell Technologies pada tahun 2016 adalah RM258 billion, dan nilai kekayaan Michael Dell menjadikan beliau individu ke-37 terkaya pada Februari 2017.

5. Paul Allen

Paul Allen merupakan rakan baik Bill Gates, yang juga merupakan rakan zaman persekolahan. Selepas tamat sekolah di Lakeside School, Paul yang mendapat markat penuh bagi SAT (markah untuk masuk ke kolej) iaitu 1600.

Beliau diterima masuk ke Washington State University, kemudiannya berhenti daripada universiti selepas 2 tahun untuk bekerja sebagai programmer di Honeywell.

Paul kemudiannya bekerjasama dengan rakannya Bill Gates dan menubuhkan Microsoft pada tahun 1975, yang kini menjana keuntungan RM358 billion setahun. Paul Allen juga merupakan pengasas dan CEO syarikat Vulcan Inc.

Paul meninggalkan Microsoft pada tahun 1982 kerana masalah kesihatan yang serius. Pada Jun 2017, kekayaan Paul Allen merupakan manusia ke-46 paling kaya di dunia.

TAMBAHAN

6. Dustin Moskovitz

Ramai yang mengenali nama Dustin Moskovitz sebagai rakan sebilik Mark Zuckerberg yang membantu membina laman sesawang Facebook ketika sama-sama belajar di Universiti Harvard.

Setelah 2 tahun menyambungkan pelajaran di Universiti Harvard dalam bidang ekonomi, beliau berpindah ke Palo Alto menyertai pasukan Facebook mengembangkan syarikat tersebut.

Namun pada tahun 2008, Dustin meninggalkan Facebook dan mengasaskan syarikat perisian komputer, Asana, bersama Justin Rosenstein.

Berdasarkan 2.3% saham yang dipegangnya dalam Facebook, pada Mac 2011, Dustin menjadi billionaire ke-2 termuda dalam sejarah, menurut Forbes.

7. Ralph Lauren

Jenama Ralph Lauren adalah antara jenama pakaian paling terkenal dan terkemuka di dunia. Ia merupakan hasil idea kreatif pengasasnya, Ralph Lauren. Beliau lahir di Amerika Syarikat dalam sebuah keluarga imigran dari Rusia, yang sejak kecil bercita-cita untuk menjadi kaya, dan mula bekerja dalam bidang pakaian sejak usia remaja.

Ralph kemudian menyambungkan pelajarannya di Baruch College (City University of New York) dalam bidang perniagaan, selepas tamat sekolah menengah. Namun beliau berhenti daripada belajar dan menyertai pasukan tentera selepas 2 tahun di kolej tersebut.

Seterusnya Ralph bekerja di sebuah syarikat tali leher sebagai jurujual ketika berusia 28 tahun.

Kerana segala ideanya ditolak oleh syarikat yang beliau bekerja, akhirnya Ralph menubuhkan Ralph Lauren Corporation pada tahun 1967.

Dan kerana minatnya terhadap sukan, beliau menamakan pakaian lelaki pertama yang dihasilkannya sebagai "Polo". Kini Polo Ralph Lauren terkenal di seluruh dunia.

8. Steven Spielberg

Beliau merupakan antara pengarah paling terkenal di dunia, juga merupakan antara salah seorang individu paling kaya di Hollywood.

Selepat tamat sekolah menengah, beliau memohon untuk memasuki sekolah perfileman di Universiti Southern California, namun ia ditolak disebabkan gred beliau yang kurang memuaskan. Beliau kemudian diterima masuk ke California State University.

Ketika sedang belajar, beliau bekerja sebagai pelatih tak berbayar di Universal Studios di bahagian penyuntingan. Beliau kemudian diberi peluang untuk menghasilkan filem pendek, yang mana ditulis dan arahkan sendiri, bertajuk 'Amblin'.

Ia berjaya menambat hati Naib Presiden Universal Studios dan diberikan kontrak 7 tahun bersama Universal Studios membuatkan beliau berhenti daripada belajar di universiti.

Ia menjadikan Steven Spielberg sebagai individu termuda mendapat kontrak jangka masa panjang bersama Universal Studios.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Khasiat Buah Hawthorn Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Hawthorn Untuk Kesihatan

Buah hawthorn memiliki banyak kandungan berkhasiat dan bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan usus serta meningkatkan kekebalan tubuh kerana kandungannya yang berkhasiat tinggi.

Buah Hawthorn

Buah hawthorn juga dipercayai dapat membantu melangsingkan badan serta meredakan angina, iaitu rasa ngilu di bahagian dada.

Satu kajian terhadap 60 pesakit angina menunjukkan bahawa, selepas diberi 180mg ekstrak hawthorn atau plasebo setiap hari selama tiga minggu, tahap aliran darah ke jantung mereka kembali normal dan tidak lagi menderita ngilu di dada.

Antara manfaat lain termasuklah menurunkan kolesterol tinggi, mengurangkan perut kembung, menghalang penyerapan lemak pada usus dan menghilangkan (detox) racun berbahaya pada tubuh.

KANDUNGAN KHASIAT HAWTHORN
  • Flavonoids : hyperoside, luteolin-7-glucoside, rutin, quercetin, vitexin dan vitexin rhamnosides.
  • Oligomeric procyanidins and flavans: catechin dan epicatechin polymers.
  • Triterpene derivatives: oleanolic acid dan ursolic acid.
  • Organic acids: citric acid, tartaric acid dan ascorbic acid.
  • Simple phenolics: chlorogenic acid dan caffeic acid.

MERAWAT GASTRIK

Semasa di dalam perut, serat Hawthorn berkembang sehingga 10 kali ganda daripada saiz asal dan bertukar menjadi seperti jeli (agar-agar).

Di peringkat ini Sekem Psyllium memainkankan peranan penting. Ia akan memerangkap segala minyak dan lemak yang ada di dalam perut.

Disamping itu, ia juga membantu mencuci kotoran di dinding perut dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka di dalam perut sekiranya ada. Hasilnya, ia membantu merawat penyakit gastrik.

Semasa melalui sistem usus (deodenum, usus kecil dan usus besar), Hawthorn yang telah kembang dan menjadi jeli akan menyental dinding saluran usus dengan membuang lemak, minyak dan kotoran lain yang melekat di dinding usus.

Proses ini selain membantu "Villi", tempat penyerapan zat-zat makanan atau ubatan, menjadi lebih bersih dan bertindak lebih berkesan.

Ia juga akan membantu melicin dan melembutkan saluran usus agar pergerakan peritalsis menjadi lebih kuat.

Menguatkan pergerakan peritalsis ini sangat penting kerana pergerakan sisa makanan di dalam saluran usus bergantung kepada pergerakan ini.

Hasilnya:
  • Zat makanan dapat diserap dengan lebih baik.
  • Memudahkan proses pembuangan air besar.
  • Membantu merawat penyakit buasir.
  • Membantu merawat penyakit usus dan angin.
  • Membantu menyah toksik dalam usus.
  • Membantu mencegah toksik, gas dan bahan kotoran daripada najis masuk kedalam saluran darah.
  • Membantu membersihkan sistem darah.
  • Membantu menguatkan antibodi dalam darah.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.

Peranan buah Hawthorn adalah membantu menghadamkan makanan, melembut dan mengembangkan saluran darah, mengurangkan paras kolestrol (30.8%), melancarkan perjalanan darah (37.5%), meningkatkan imun badan dengan menguatkan antibodi didalam darah.

Ekstrak Buah Hawthorn di peringkat antarabangsa lebih dikenali sebagai herba untuk membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lelah, sakit sendi, masalah penghadaman dan masalah kulit.

JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Khasiat Buah Hawthorn

Sebagai peringatan, Hawthorn berry tidak digalakkan untuk wanita mengandung dan ibu yang menyusu.

Jadi, berapa buah hawthorn boleh dimakan dalam sehari?

Tidak lebih dari 150 gram, kerana ia boleh menyebabkan penurunan tekanan darah dan menurunkan kadar degupan jantung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sukar Tidur Malam Dan Rawatannya Menurut Islam

Sukar Tidur Malam Dan Rawatannya Menurut Islam

Salah satu tanda kita sedang menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur. Kegelisahan yang berlaku sewaktu hendak tidur menunjukkan minda berserabut dengan pelbagai perkara yang masih tidak selesai. Itu juga menunjukkan bahawa kita tidak bahagia dalam hidup.

Sukar tidur malam

Orang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat. Tidur benar-benar dijadikan ruang untuknya berehat.

Sesetengah orang menganggap sukar tidur sebagai fenomena yang tiada penawar. Mengapa ini terjadi?

Bukankah sewaktu kepala diletakkan diatas bantal adalah waktu untuk bertenang dan berehat sepenuhnya? Bukankah apabila kita hendak tidur, memang sebenarnyalah kita betul-betul hendak tidur?

Tetapi Mengapa Kita Sukar Tidur? Mengapa mata tidak mahu lelap?

Jawapan yang mudah dan mungkin diketahui oleh semua orang adalah berpunca daripada cabaran dan tekanan perasaan yang sentiasa dihadapi pada waktu siangnya.

Jadi, jika anda sukar tidur, itu tandanya anda sedang menghadapi tekanan mental dalam hidup anda.

Jika anda terus gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, ada harapan anda akan mendapat penyakit mental.

Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti

Sebenarnya tidur ada dua macam, iaitu tidur yang sekadar tidur dengan tidur yang benar-benar tidur. Dalam perkataan lain, tidur yang berkualiti dengan tidur yang tiada kualiti.

Bukan telur sahaja ada gred A, B, C dan D. Tidur juga ada gred-grednya tersendiri.

Seseorang yang tidur secara berkualiti (Gred A) akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuhnya. Jika dia tidur enam jam, seolah-olah dia telah tidur selama 18 jam.

Wah, beruntungnya dia. Ini bermakna bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.

Tidur berkualiti ini boleh juga diistilahkan sebagai tidur mati. Lihat orang yang tidur mati, alangkah nikmatnya. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman.

Lihat pula orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, mengelasau, mengigau dan mungkin merapu, bercakap dan menjerit-jerit. Lebih kronik, ada yang boleh bangkit dan berjalan-jalan dalam keadaan tidur.

Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Tidur yang tidak berkualiti biasanya akan membabitkan prestasi pada siang hari. Seseorang yang sepatutnya mendapat tidur selama 7 jam, tetapi gagal mendapatkannya, akan rasa agak mengantuk pada keesokan harinya.

Dia kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang bersemangat. Semakin sedikit jumlah tidurnya daripada yang diperlukannya, semakin lemahlah dia daripada garisan kecemerlangan. Mungkin semakin keraplah dia melakukan kesilapan. Akhirnya dia akan dilihat sebagai insan yang tidak bahagia.

Mungkin anda bertanya, jika demikian, tidak bolehkah mengurangkan waktu tidur untuk membina kecemerlangan?

Untuk menambahkan persediaan menghadapi peperiksaan, tidak bolehkan seseorang pelajar itu mengekang mata sehingga lewat malam mentelaah pelajaran?

Untuk menambah pendapatan seseorang pekerja itu menggagahkan diri berkerja lebih masa sehingga syif malam?

Untuk menyiapkan novel, seseorang penulis berhempas pulas menulis hingga untuk bernafas pun tidak berkesempatan?

Jawapannya adalah tidak boleh dan juga boleh.

Tidak boleh kerana tubuh kita memang memerlukan tidur yang mencukupi. Itu hakikat hidup dan rutin biasa bagi seseorang yang normal.

Apapun keadaanya cubalah dapatkan tidur yang mencukupi. Ayam pun perlu tidur, inikan pula manusia.

Boleh kerana kadangkala tubuh kita boleh disesuaikan dengan keperluan-keperluan mendesar, situasi terdesak dan didesak.

***

Maksudnya, ada ketikanya kita boleh terus gagah walaupun tanpa tidur yang mencukupi. Tetapi jangan terlalu kerap dan berterusan.

Sesekali untuk melayan keadaan-keadaan , terdesak dan didesak itu memang patut dan tubuh kita pun memang terbina untuk berdepan dengan suasana-suasana yang tidak diduga seperti itu.

Pendek kata, lihat diri sendiri dan kaji keperluan tidur masing-masing. Tidur seketika pada siang hari.

Produktiviti kita juga akan meningkat apabila tidur sebentar selepas makan tengah hari. Tidurlah sebentar diwaktu siang untuk mengganti tidur malam kita yang hilang itu.

Tetapi kita perlu bijak bila ingin tidur siang. Walaupun tidur siang adalah cara yang baik untuk menggantikan tidur kita yang hilang, terutama bagi mereka yang telah berusia, namun ia juga boleh membuatkan imsomnia kita semakin teruk.

Jika ini adalah masalahnya, pertimbangkan untuk tidak tidur pada waktu siang. Jika tidak boleh dan memang perlu untuk tidur siang, hadkan tidur siang kita itu hanya sekitar 30 minit sahaja.

Doa Agar Mudah Tidur

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya:

"Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa: — bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu Baginda SAW mengajarnya doa di atas.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a. yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Menurut pengarang buku doa dan rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air.

Caranya adalah, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Fungsi Penting Effective Microbe (EM) Dalam Ternakan Dan Pertanian

Fungsi Penting Effective Microbe (EM) Dalam Ternakan Dan Pertanian

Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan 'bakteria baik' hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen atau bakteria jahat yang ada di dalam sistem tumbesaran tanaman dan ternakan.

Effective Microbe (EM)
Gambar hiasan.

EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi tanpa pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia, diakui selamat digunakan dan 100% organik yang digunakan di lebih 120 buah negara.

Tiga jenis mikrob tersebut (LAB, Psb, Yis) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan bermacam-macam antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik.

Kunci utama dalam larutan EM adalah bakteria Fototropik iaitu Rhodopsuedomonas palustris — kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik.

Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol dan mineral-mineral.

Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tidak bermanafaat.

Sifat EM

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM

Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebagainya.

Sejarah Penemuan EM

EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist dan mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik.

Kini, EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya:

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria).
  • Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod.
  • Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

Yis/Ragi (Yeast)
  • Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
  • Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.

Pertanian yang ideal mestilah merangkumi:-
  • Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia.
  • Ekonomi dan memberi manfaat kepada petani dan pengguna.
  • Lestari dan senang dipraktikkan.
  • Aktinomisit dan kulat berfementasi.
  • Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah.
  • Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah.

Kebaikan EM Dalam Pertanian:
  • EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
  • Menggalakkan pembungaan dan pembuahan.
  • Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
  • Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
  • Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
  • Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
  • Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman.
  • Kesan sinergi daripda organisma yang hadir.

Kebaikan EM Dalam Penternakan:
  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
  • Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
  • Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
  • Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
  • Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM Dalam Tasik, Kolam, Air Pancuran dan Akuarium:
  • Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda, juga dapat menaikkan nilai perniagaan.
  • Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kestabilannya(balance).
  • Jika air terbiar statik dalam jangka masa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk.
  • Ruang pengudaraan (water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
  • Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah.
  • EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air (neutralizesalts)— dimana ia bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
  • Kadar dos adalah 1:10,000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 10,000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu.
  • Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda.
  • Jika tinggi bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.
  • Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.
  • EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.

Skop Pengunaan EM:
  • Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
  • Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
  • Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
  • Masukkan EM dalam kolam ternakan.

Kandungan BIM (EM) Tulen:
  • N - 0.5%
  • P - 0.3%
  • K - 2.2%
  • Ca - 2.0%
  • Mg - 0.4%
  • Fe - 0.03%
  • Cu - 0.5%
  • B - 0.2%

Penyedian EM-FPE (Fermented Plant Extract) Sebagai Kawalan Serangga
  • EM-FPE mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral.
  • Untuk merealisasikan perkara ini, kita boleh menggunakan berbagai herba aromatik yang terdapat dipersekitaran kita.
  • Tiada kadar yang tepat dari berat tisu yang akan digunakan.
  • Bahan-bahan seperti daun kesom, neem, limau purut, serai wangi, bawang putih, cili padi dan banyak lagi boleh diuji untuk tujuan ini.
  • Ia akan dapat mengawal dan merenjatkan pembiakan serangga seperti trip, aphid, hamama, pelombong daun, pianggang, kepinding hijau, ulat ratus, kabuh lenting dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan untuk membuat EM-FPE:
  • EM Tulen - 200ml
  • Molasses - 200ml
  • Daun Neem - 200g
  • Bawang Putih - 200g
  • Cili Padi - 200g
  • Air Sungai - 4 liter

Boleh juga menggunakan apa-apa sumber air bersih yang lain asalkan ianya bebas daripada klorin.

Kaedah Penyediaan EM-FPE (Kawalan Serangga):
  • Hancurkan semua bahan-bahan ekstrak seperti daun neem, bawang putih, cili padi dan air sungai dengan mengunakan alat pengisar.
  • Campurkan EM Tulen, molasses dan baki air sungai tadi.
  • Perap kesemua campuran ini selama 1 minggu.
  • Kemudian hendaklah ditapis dan simpan di dalam botol yang bersih.

Nisbah Sukatan (Kawalan Serangga):
  • EM-FPE = 50ml - 70ml
  • Air = 18 liter

Kaedah Penyediaan Pencairan BIM (EM) Tulen untuk Pertanian

Induk (EM Tulen) perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan cara mencairkannya dengan kaedah pemberian cecair dan makanan kepada EM Tulen tersebut pada kadar 5%:
  • EM Tulen = 5ml
  • Molasses (Gula Merah) = 5ml
  • Air (Bebas Klorin) = 1 liter

Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 hingga 5 hari.

Apabila kulat putih telah terbentuk dibahagian atas permukaan campuran diatas, menunjukkan EM tersebut telah aktif dan sedia digunakan.

Kemudian siram ke atas tanah atau lakukan semburan kepada keseluruhan bahagian tanaman seperti daun, batang, bunga, buah termasuk juga di dalam polibag dan kawasan persekitaran kebun.

Kaedah dan Masa Semburan:

Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang. Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com