Saturday, August 19, 2017

Kesan Ketagihan Pornografi Sama Seperti Mengambil Dadah

Kesan Ketagihan Pornografi Sama Seperti Mengambil Dadah

Bagi mereka yang suka menonton video atau gambar pornografi akan mengalami kesan ketagihan yang sama kepada otak seperti mengambil dadah jenis kokain.

Bahaya Pornografi

Menurut Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir, mereka yang melihat pornografi adalah untuk mendapatkan keseronokan, berbanding ketagihan dadah membawa kepada masalah kemurungan dan kes-kes bunuh diri.

Tambahnya, ketagihan pornografi mengheret pelakunya kepada kejadian rogol selain mencabul maruah wanita.

“Ia memang membawa kepada masalah kemurungan (dan) memberi tekanan. Sebagai contoh bila seseorang ketagih, dia tidak puas dia hendak tengok lagi, dia hendak tengok yang lebih hebat lagi dan bila dia tengok yang lebih hebat pun dia tidak akan puas sampai ada yang cari seks dengan binatang pulak,” katanya.

Penggunaan kemudahan telefon pintar dalam kalangan anak kecil oleh ibu bapa juga harus dipertimbangkan semula.

Katanya, tidak perlu anak-anak kecil dibekalkan dengan telefon pintar, cukup sekadar telefon biasa yang tidak mendedahkan mereka kepada perlakuan gejala sosial dan pengaruh pornografi.

“Sejak seusia umur dua atau tiga tahun sudah ada (telefon pintar).

“Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila ‘pop up’ keluar secara tiba-tiba.

“Budak budak pun akan rasa dia mahu tengok lagi. Kita sendiri pun macam itu.

"Kita akan rasa nak tengok lagi sebab dia memang akan mencetuskan hormon dalam otak yang menimbulkan keseronokan," katanya.

Sementara itu, Nur Izura berkata, golongan wanita lebih ramai menonton pornografi di telefon pintar.

Lelaki (yang ketagihan pornografi) pula lebih menyumbang kepada jenayah seksual sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang lain.

Satu kajian yang dilakukan oleh Utusan Malaysia mendapati 75 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun pernah melihat kandungan yang tidak sesuai yang kebanyakannya berunsur lucah.

Daripada jumlah itu, 94.2 peratus kanak-kanak yang terdedah de­ngan kandungan tersebut segera meninggalkan laman web ber­kenaan manakala 6.4 peratus memaklumkannya kepada keluarga atau guru.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Ogos)

Tanggal 19 Ogos merupakan hari ke 231 (hari ke 232 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 134 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Perang Vietnam
Perang Vietnam.

Hari ini merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Afghanistan (1919), Hari Penerbangan Kebangsaan di Amerika Syarikat dan Perayaan Transfigurasi (Kristian, kalendar Julian).

Peristiwa

293 SM – Kuil Rom tertua yang diketahui untuk Venus diasaskan, memulakan institusi Vinalia Rustica.

1782 – Perang Revolusi Amerika: Angkatan gabungan renjer British dan Indian Amerika menyerang hendap dan menumpaskan anggota militia Kentucky.

1942 – Perang Dunia Kedua: Tentera Pihak Berikat menyerbu angkatan Jerman di Dieppe, Perancis, namun gagal.

1945 – Perang Vietnam: Viet Minh pimpinan Ho Chi Minh mengambil alih kuasa di Hanoi, Vietnam.

1953 - Kerajaan Perdana Menteri Mohammed Mossadegh di Iran digulingkan agensi perisikan A.S dan UK, lalu mengembalikan sistem raja mutlak.

1960 – Anjing angkasa lepas Rusia Belka dan Strelka mula mengorbit Bumi di atas Korabl-Sputnik 2.

1991 – Mikhail Gorbachev diumumkan sebagai "tidak sihat dan dilepaskan jawatannya sebagai Presiden" dalam satu cubaan rampasan kuasa yang gagal.

2008 – Pervez Musharraf meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.

Kelahiran

1878 – Manuel L. Quezon, Presiden Filipina ke-2.

1946 – Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat ke-42.

Kematian

2008 – Presiden Zambia Levy Mwanawasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Ogos)

sumber: wikipedia

Friday, August 18, 2017

8 Tandatangan Gabenor BNM Pada Wang Kertas RM Dari Dulu Sehingga Kini

8 Tandatangan Gabenor BNM Pada Wang Kertas RM Dari Dulu Sehingga Kini

Wang kertas dengan tandatangan mantan-mantan Gabenor kekal sebagai matawang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu.

Trandatangan Gabenor BNM

Berikut dikongsikan informasi, sejarah, gambar, senarai nama dan tandatangan Gabenor BNM (Bank Negara Malaysia) daripada dulu hingga sekarang.

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959-1962)

Mungkin ramai yang tidak tahu Gabenor pertama BNM adalah orang Australia, Tan Sri William Howard Wilcock (WH Wilcock).

Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Malaya sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau pada ketika itu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).

Pada 26 Januari 1959, Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Gabenor pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai "Bank Negara Tanah Melayu" untuk tempoh 2 tahun.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menyambung kontrak beliau selama 6 bulan sebelum beliau bersara pada 25 Julai 1962.

2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980)

Orang Malaysia pertama yang menjadi gabenor BNM adalah Tun Ismail Mohamed Ali. Tun Ismail dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang.

Beliau adalah abang kepada isteri Mantan Perdana menteri Malaysia, Toh Puan Siti Hasmah Mohamed Ali.

Tun Ismail berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff dan telah meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1960 beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu. Beliau mula menjawat jawatan Gabenor Bank Negara pada 26 Julai 1962 sehingga 26 Julai 1980.

Semasa hayatnya beliau telah menetapkan tanda aras kepada nilai-nilai teras Bank Negara dengan menerapkan budaya akauntabiliti, profesionalisme, integriti dan perkhidmatan.

3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980-1985)

Tan Sri Aziz Taha mula menyertai Bank Negara pada tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan.

Beliau yang diketahui umum sebagai anak murid kepada Tun Ismail dilantik mengantikan mentornya pada 26 Julai 1980 dan meletakkan jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985, tempoh perjawatan beliau sepatutnya tamat pada Jun 1985.

Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan Menteri Kewangan pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin.

Bagi beliau, Objektif utama setiap bank pusat adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi, sistem kewangan dan membantu dan menasihati kerajaan mengenai dasar kewangan dan fiskal yang kukuh.

4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985-1994)

Sebaik Tan Sri Aziz melepaskan jawatan, kerajaan telah melantik Tan Sri Jaffar Hussien pada 7 Mac 1985. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1931 di Muar, Johor.

Sebelum beliau dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank.

Ketika beliau mentadbir Bank Negara Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988.

Beliau juga adalah salah seorang yang menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.

Pada pendapat saya, beliau lebih terkenal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian berbillion Ringgit Bank Negara didalam Pelaburan Forex.

Pada tahun 1992, BNM telah rugi hampir RM10billion didalam perdagangan matawang Forex dan pada 31 Mac 1994, sekali lagi BNM mengumumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion didalam pelaburan forex pada tahun sebelumnya.

Menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dan meletakkan jawatan pada 1 April 1994.

5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994-1998)

Tan Sri Ahmad Mohd Don menjadi gabenor kelima Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 1994.

Pada bulan Mei 1994, beliau telah dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun dan pada Mei 1997, beliau telah dilantik semula untuk tempoh tiga tahun.

Ketika beliau mentadbir BNM, Asia dilanda serangan spekulasi mata wang.

Tan Sri Ahmad Mohd Don kerapkali diserang oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana dasar kewangannya yang ketat.

Tun Mahathir kemudiannya mengenakan kawalan modal, menambat Ringgit kepada Dollar US dan juga mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Fong Weng Phak, telah meletakkan jawatan pada 1 September 1998 kerana dikatakan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tersebut.

6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998-2000)

Pada 7 September 1998, Tan Sri Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor keenam Bank Negara Malaysia (BNM).

Dilahirkan di Pulau Pinang, Ali Abul Hassan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh tahun sehingga 5 September 1998.

Apabila beliau mengambil alih sebagai Gabenor BNM, Asia sedang mengalami krisis kewangan. Ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap USD$1 pada September 1998.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau mengamalkan dasar proaktif dan mesra perniagaan untuk memulihkan ekonomi.

Fokus utama beliau adalah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dengan inisiatif khusus bagi merangsang pelaburan domestik dan asing.

Pada 29 Julai 1999, BNM mengumumkan program penggabungan bagi sektor perbankan domestik. Pelan asal pada ketika itu adalah untuk 55 institusi perbankan Malaysia bergabung ke dalam 6 bank utama.

Keperluan untuk Bank tempatan bergabung menjadi penting apabila organisasi perdagangan dunia memberi tekanan kepada negara untuk membuka pasaran kewangan mereka kepada bank asing.

Pada bulan Ogos 1999, penggabungan 6 bank utama di Malaysia bermula. Bank utama ialah Malayan Banking Bhd, Bank of Commerce (M) Bhd/Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Bhd, Southern Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd dan Multi-Purpose Bank Berhad.

Pada bulan Oktober 1999 Semua 58 institusi perbankan domestik, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan telah menandatangani satu memorandum persefahaman berkenaan dengan program penggabungan.

Beberapa bulan kemudian, BNM memansuhkan pelan tindakan tersebut dan membenarkan bank untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri dalam penggabungan dijangka selesai pada Disember 2000.

Tan Sri Ali Abul bersara sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000 dan digantikan dengan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Beliau telah meninggal dunia pada 25 Mac 2013 pukul 4.45 petang disebabkan oleh masalah jantung dan paru-paru di rumahnya di Kemansah Height, Taman Melawati dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kemensah Height.

7. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (2000-2016)

Tan Sri Zeti Aziz adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Pada 13 September 2010, Tan Sri Zeti Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958.

Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.

Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998-2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011 sebelum bersara pada tahun 2016.

8. Datuk Muhammad Ibrahim (2016)

Datuk Muhammad Ibrahim, telah dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada akhir April 2016.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiancoin

Apa Itu Fipronil Dan Bahaya Telur Yang Dijangkiti Racun Ini

Apa Itu Fipronil Dan Bahaya Telur Yang Dijangkiti Racun Ini

Laporan media luar negara baru-baru ini yang menyebut telur ayam di Belanda telah dicemari bahan kimia fipronil yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan manusia.

Apa Itu Fipronil

Berikutan itu, Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland dilaporkan menarik balik berjuta-juta telur ayam dari pasaran mereka selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

Laporan berhubung isu telur ayam di Belanda tersebut turut menjadi tular di Malaysia sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat negara ini.

Kebimbangan itu timbul memandangkan telur ayam adalah antara menu makanan harian.

Jika tidak dimakan begitu sahaja, telur ayam antara ramuan yang digunakan dalam kebanyakan masakan penduduk negara ini.

Apa Itu Fipronil?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan media memaklumkan, Fipronil adalah sejenis racun serangga yang digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.

Pengambilan fipronil pada paras yang tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan manusia berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti menunjukkan kesan kronik dan karsinogenik pengambilan fipronil kepada manusia tetapi langkah berjaga-jaga wajar dipratikkan.

Situasi Di Malaysia

KKM dalam kenyataan sama menjelaskan, orang ramai di negara ini tidak perlu khuatir dengan isu tersebut kerana Malaysia bukan negara pengimport telur ayam dari Eropah.

Perkara itu disahkan berdasarkan semakan ke atas maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di bawah KKM.

Di samping itu, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia juga mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia.

Peruntukan Akta Makanan 1983

Sehubungan itu, KKM mengingatkan semua pihak supaya tidak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual telur ayam yang mengandungi Fipronil di negara ini.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan hukuman tegas keatas mereka yang berbuat demikian kerana ia melibatkan isu makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan dan memudaratkan kesihatan .

Mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual telur ayam yang mengandungi Fipronil boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat.

Mereka boleh juga berbuat demikian dengan melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

sumber: rojakdaily

Fakta Biodegradasi, Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Biodegradasi, Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Yang Anda Perlu Tahu

Setiap kali usaha menyelamatkan alam sekitar semestinya perkataan biodegradasi menjadi bualan paling hangat pencinta alam terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

Biodegradasi

Akan tetapi, kebanyakan kita hanya faham perkataan tersebut melalui kaitannya dengan penggunaan beg plastik.

Perkataan biodegradasi dipercayai mula digunakan sekitar tahun 1961 dalam laporan biologi yang memeprincikan tentang proses penguraian bahan kepada struktur kimia asasnya iaitu karbon, hidrogen dan oksigen.

Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu tentang biodegradasi:

Apa itu biodegradasi?

Biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen penguraian seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi.

Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi.

Proses biodegradasi bukan sahaja penting dalam produk mesra alam, proses ini juga penting dalam bidang bioperubatan, pengurusan sisa dan juga kelestarian ekologi.
Bagaimana ia berfungsi?

Biodegradasi berfungsi sebagai proses menguraikan sesuatu bahan (seperti plastik, kertas, tin dan sebagainya) dijalankan menerusi proses yang dilakukan oleh organisma mikrob ataupun melalui proses tindakan enzim yang akan memecahkan struktur kimia sesuatu bahan.

Proses ini akan memecahkan setiap satu struktur kimia yang ada pada bahan asal kepada bahan yang lebih kecil mengikut keperluan ekosistem tertentu.

Bagi memudahkan kefahaman kita, setiap benda atau bahan yang ada di muka bumi perlu diuraikan menerusi proses biodegradasi untuk kembali menjadi elemen asalnya dalam bentuk yang lebih ringkas.

Perkara yang mempengaruhi proses biodegradasi

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi proses biodegradasi sesuatu bahan.

Ada bahan yang cepat terurai dan ada bahan yang langsung tak dapat diuraikan secara semulajadi.

Salah satu faktor penting yang mempercepat proses biodegradasi ialah suhu sekitar kerana proses kimia untuk menguraikan sesuatu bahan menjadi lebih cepat pada suhu tinggi.

Ini disebabkan oleh proses kimia hanya mampu bertindak dengan kadar yang tinggi melalui suhu yang tinggi.

Selain itu, faktor cahaya, air dan oksigen turut menyumbang kepada peningkatan kadar penguraian sesuatu bahan.

Biodegradasi di Malaysia

Usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap memerlukan komitmen kolektif semua pihak.

Kementerian Wilayah Persekutuan umpamanya menjadi salah satu kementerian penting yang mencetuskan idea menggunakan produk mesra biodegradasi kepada umum.

Seperti juga proses kimia, ada rantaian yang perlu kita teliti bagi membolehkan usaha ini berjaya.

Oleh yang demikian, pemahaman kepada proses biodegradasi amat penting kerana cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadi ekosistem paling efisien dalam proses biodegradasi.

Akan tetapi, banyak cabaran perlu dilihat kerana setakat ini 30 peratus daripada barangan yang dibawa pulang ke rumah oleh rakyat Malaysia merupakan sampah yang pergi ke pusat pengurusan sampah.

Bayangkan setiap sampah ini, jika tidak diuruskan dengan baik (samada melalui proses biodegradasi atau lain-lain proses) bakal menjadikan timbunan sampah ini memenuhi ruang lantas merosakkan pemandangan.

Oleh yang demikian, penggunaan bahan yang 'mesra alam' atau secara saintifiknya mudah urai melalui proses biodegradasi mampu menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih cekap dan sempurna.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Batu Pelik Mirip 'Senjata' Lelaki Di Pulau Burung Indonesia

Batu Pelik Mirip 'Senjata' Lelaki Di Pulau Burung Indonesia

Di Indonesia terdapat sebuah Batu granit yang menyerupai alat kelamin lelaki berbentuk unik di Pulau Burung berdekatan Pulau Belitung, daerah kepulauan Bangka Belitung.

Pulau Belitung

Penemuan batu pelik itu menjadi viral selepas beberapa pelancong merakam gambar kenang-kenangan bersama batu unik tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsi, batu berbentuk zakar lelaki itu berada di tengah-tengah batu di tepi persisiran pantai.

Memetik laporan Tribunnews, gambar batu itu pada mulanya dimuat naik oleh laman web sebuah agensi pelancongan, belitungisland.com yang membawa pelanggannya ke kawasan tersebut.

Malah, difahamkan tidak ramai pengunjung datang ke pulau itu sehinggakan tidak ramai yang tahu kewujudan batu tersebut.

Pulau Belitung

Selepas gambar itu menjadi viral, ramai pelancong dikatakan mula menjadikan Pulau Burung ini sebagai salah satu destinasi.

Bagi yang teringin melihat dengan mata sendiri, bolehlah terokai Pulau Belitung, yang hanya 45 minit terbang dari Jakarta.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

25 Tahun Liga Bola Sepak England (EPL)

25 Tahun Liga Bola Sepak England (EPL)

Liga Perdana Inggeris kini mencecah usia 25 tahun pada Ogos 2017 dengan landskap Liga Perdana dilihat amat berbeza berbanding minggu pembukaan pada awal abad dahulu.

25 EPL

Selepas 9,745 perlawanan dan 25,769 gol melibatkan 47 pasukan sepanjang tempoh 25 tahun ini, pelbagai fakta dan rekod telah menjadi bukti sejarah liga terkemuka di England itu.

Pengurus

Tugas seorang pengurus pada abad ini lebih sukar berbanding tahun 1992.

Ketika itu hanya seorang pengurus yang dipecat sepanjang satu musim iaitu Ian Porterfiel yang membimbing Chelsea.

Dia kehilangan tugasnya selepas 29 perlawanan ketika kempen liga 42 aksi keseluruhan pada 15 Februari 1993.

Di antara Ogos 1994 hingga 1995 terdapat 15 orang pengurus bertukar termasuk lapan daripadanya dipecat.

Kempen 42 perlawanan dengan 22 pasukan dikurangkan dengan format baharu kepada 38 aksi bagi 20 pasukan.

Hanya empat kali dalam sejarah Liga Perdana menyaksikan empat pasukan berdepan dengan penyingkiran pada tahun 1994-95 berbanding era baharu (kini) hanya tiga kelab sahaja yang terkeluar.

Tekanan sehingga pengurus dipecat termasuk John Deehan yang meletak jawatan di Norwich selepas lima aksi, manakala alan Smith meninggalkan Crystal Palace sebaik sahaja disahkan tersingkir.

Ketika itu, Leicester City dan Ipswich Town turut tersingkir daripada aksi Liga Perdana.

Namun beberapa tahun kemudian, situasi pemecatan pengurus lebih 'kejam' kerana bukan sahaja disebabkan faktor penyingkiran tetapi prestasi pasukan.

Ia berlaku kepada Roberto Mancini yang dipecat Manchester City pada mei 2013, setahun selepas membawa kelab menjuarai liga.

Begitu juga nasib Claudio Ranieri dipecat sembilan bulan selepas menjulang trofi kejuaraan musim 2015-16.

Chelsea juga dilihat sensitif dengan prestasi skuad mereka sehingga memecat Jose Mourinho selepas tujuh bulan membawa kejuaraan di Stamford Bridge.

Jumlah pemecatan pengurus dilihat semakin meningkat sejak sepuluh musim lalu.

Seramai 221 orang pengurus berlainan mengemudi pasukan sekurang-kurangan satu perlawanan liga, 154 orang kekal manakala 67 pengurus sementara.

Pemain Luar England

Pada musim 1992, seramai 13 orang daripada jumlah keseluruhan 242 pemain bukan dari Britain atau Ireland.

Manakala pemain luar England yang memulakan sepuluh perlawanan pada hari terakhir liga seramai 112 dari 220 pemain pada musim 2016-17.

Sepanjang 25 tahun, seramai 3,835 pemain telah beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan, melibatkan 13 negara berbeza termasuk Seychelles, Pakistan dan Guinea-Bissau.

Perubahan Wajah Liga Perdana

Ketika di awal liga dimulakan, beberapa pemain dari negara-negara Scandinavia menguasai di kelab utama seperti Liverpool dan Blackburn.

Manakala terdapat empat pemain dari Denmark dan tiga dari Sweden.

Pada tahun 1995, Mahkamah Keadilan Eropah diperkenalkan dan memberi kebebasan pemain untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontrak berakhir.

Penghujung musim 1997-98 peningkatan pemain dari negara lain meningkat seperti Perancis (3017 pemain) dan Itali seramai empat hingga 17 orang.

Sementara itu, pengurus Chelsea Gianluca Vialli merakam sejarah apabila menyenaraikan pemain bukan Britain dalam barisan utama menentang Southampton pada 26 Disember 1999.

Mereka adalah Ed de Goey (Belanda), Dan Petrescu (Romania), Emerson Thome (Brazil), Frank Leboeuf (Perancis), Celestine Babayaro (Nigeria), Albert Ferrer (Sepantol), Didier Deschamps (Perancis), Gus Poyet (Uruguay), Roberto di Matteo (Itali), Gabriele Ambrosetti (Itali), Tore Andre Flo (Norway).

Rekod Kad Merah

Secara rasminya sebanyak 1,477 kad merah dilayangkan sepanjang tempoh 25 tahun EPL berlangsung.

Purata kad dilayangkan adalah 58.08 setiap musim, dengan jumlah tertinggi 72 kad pada musim 1998-99, 2002-03 dan 2005-06, selebihnya 28 kad pada tahun 1993-94.

Manakala pengadil telah melayangkan 54 kad kepada Liverpool dalam 962 perlawanan, melebihi 32 keping yang dikumpul Everton sebelum itu.

Bekas pemain Spurs, Gareth Bale memegang kad kuning terbanyak liga dengan 119 keping.

Dan Chelsea mengumpul kad kuning terbanyak dalam sejarah liga iaitu 1536 keseluruhannya.

Everton direkodkan sebagai kelab yang ramai pemain diarah keluar padang dengan 86 orang keseluruhannya.

Dan Ipswich Town direkodkan sebagai sebuah kelab yang 'bersih' di padang.

Penjaring Terbanyak Sepanjang 25 Tahun

Tujuh orang pemain telah merakamkan lebih daripada 30 gol untuk satu musim.
  • Andy Cole - 34 gol (1993-94)
  • Alan Shearer -34 (1994-95)31 gol (1996-96)
  • Kevin Phillips - 30 (1999-00)
  • Thierry Henry - 30 (2003-04)
  • Cristiano Ronaldo - 31 (2007-08)
  • Robin van Persie - 30 (2011-12)
  • Luis Suarez - 31 (2013-14)

Manakala Shearer merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 260 gol ketika bersama Blackburn dan Newcastle.

Ia diikuti Wayne Rooney dengan 198 gol ketika bersama Everton dan Manchester United.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra

Apa sebenarnya fenomena gerhana bulan penumbra? Fenomena gerhana ini adalah, seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra, namun bulan masih dapat dilihat dengan warna yang agak suram.

Gerhana Bulan penumbra

Jenis-Jenis Gerhana

Pada umumnya, bayang-bayang bumi di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian yang gelap, yang dipanggil umbra. Sementara yang lagi satu dikenali sebagai penumbra.

Berikut adalah beberapa jenis gerhana bulan:
  • Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra dan keseluruhan jasad bulan memasuki umbra.
  • Gerhana Bulan Separa berlaku apabila orbit bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra dan hanya sebahagian sahaja jasad bulan memasuki umbra.
  • Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila orbit bulan memasuki hanya di kawasan penumbra, dan keseluruhan atau sebahagian daripada jasad bulan memasuki kawasan tersebut.

Waktu Melihat Gerhana

Di Malaysia, kita boleh menyaksikan gerhana bulan penumbra jika diamati secara terperinci dan cuaca benar-benar cerah tetapi secara keseluruhannya kita tidak dapat melihat saat dan ketika bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.

Hanya apabila bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.

Penampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra bumi yang lebih gelap.

Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop.

Kenapa Gerhana Penumbra Berlaku?

Gerhana Bulan penumbra

Gerhana bulan penumbra berlaku kerana terhalangnya cahaya matahari oleh bumi, sehingga tidak semua cahaya sampai ke bulan.

Secara umumnya, mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan disebabkan ketika bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Shafiqolbu

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Ogos)

Tarikh 18 Ogos merupakan hari ke 230 (hari ke 231 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 135 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Phobos
Phobos.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Long Tan di Australia (1966).

Peristiwa

684 - Fitnah Kedua: Pihak Umaiyah menewaskan penyokong Ibn Zubair dan mengukuhkan kuasa di Syria.

1572 - Perang Agama Perancis: Marguerite de Valois dikahwinkan dengan Raja Huguenot Henri dari Navarre, dalam percubaan unruk mendamaikan penganut Protestan dan Katolik di Perancis.

1868 - Pierre Janssen menemui helium ketika menganalisis kromosfera matahari suatu gerhana penuh, menjadi unsur pertama yang dikesan di angkasa lepas sebelum di Bumi.

1877 - Asaph Hall menemui Phobos, bulan terbesar planet Marikh, enam hari selepas menemui bulan lagi satu Deimos.

1941 - Program Eutanasia T-4 Jerman Nazi dihentikan sementara kerana tentangan awam.

1965 - "Operasi Starlite": Pasukan darat Amerika Syarikat yang melibatkan 5,500 anggota Kor Marin berjaya memusnahkan kubu Viet Cong di daerah Quảng Ngãi.

1966 - Perang Vietnam: Satu kompeni Royal Australian Regiment bertempur dengan unit Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Utara yang lebih besar dalam Pertempuran Long Tan.

2011 – Aktivis sosial India Anna Hazare bersetuju keluar dari penjara selepas polis Delhi membenarkan mogok lapar 15-hari menentang rasuah.

Kematian

1227 - Genghis Khan, Raja Mongol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Ogos)

sumber: wikipedia

Thursday, August 17, 2017

Anti-virus Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke 20

Anti-virus Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke 20

Pada 25 Julai lepas, Kaspersky menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Sempena itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eugene Kaspersky mengumumkan hadiah untuk seluruh dunia.

Kaspersky

Anti Virus Kaspersky Free (percuma) dilancarkan dan boleh digunakan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, anti virus percuma ini dilancarkan secara berperingkat. Yang baiknya, Malaysia termasuk dalam gelombang pertama, dan boleh mula dipasang sekarang.

Anti virus percuma ini juga disediakan hanya untuk komputer, laptop dan tablet berasaskan Windows sahaja.

Ia serasi dipasang dari serendah Windows XP serta Vista, Windows 7, 8, 8.1 dan sistem operasi terbaru Windows 10.

Kaspersky memberi anti-virus ini secara percuma selepas melihat ramai yang tidak mampu membayar premium untuk fungsi keselamatan yang lebih tinggi, dan menggunakan perlindungan percuma lain yang tidak berapa selamat seperti Windows Defender.

Perlindungan percuma Kaspersky ini pasti dapat membantu meningkatkan perlindungan berkualiti kepada pengguna di seluruh dunia.

Kami dapat merasakan langkah yang diambil Kaspersky ini sebagai salah satu dari respon mereka terhadap monopoli yang cuba dilakukan Microsoft.

Kaspersky

Microsoft telah menetapkan Windows Defender secara lalai, sebagai perlindungan di dalam sistem operasi Windows, sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan anti-virus yang lain.

Secara umum, Kaspersky Free ini dilihat bertugas lebih baik dari Windows Defender. Ia memiliki enjin perlindungan yang sama dengan versi berbayar, seperti perlindungan semasa melayari internet, membuka fail di dalam pemacu kilat serta serangan fail malware.

Malah ia juga tidak menayangkan sebarang iklan seperti anti-virus percuma yang lain.

Jika anda masih menggunakan Windows Defender, elok sangatlah muat turun Kaspersky Free dan gantikannya.

Tunggu apa lagi. Ia boleh didapati menerusi laman web Kaspersky Free.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: theskop