Friday, August 18, 2017

Fakta Biodegradasi, Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Yang Anda Perlu Tahu

Loading...

Setiap kali usaha menyelamatkan alam sekitar semestinya perkataan biodegradasi menjadi bualan paling hangat pencinta alam terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

Biodegradasi

Akan tetapi, kebanyakan kita hanya faham perkataan tersebut melalui kaitannya dengan penggunaan beg plastik.

Perkataan biodegradasi dipercayai mula digunakan sekitar tahun 1961 dalam laporan biologi yang memeprincikan tentang proses penguraian bahan kepada struktur kimia asasnya iaitu karbon, hidrogen dan oksigen.

Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu tentang biodegradasi:

Apa itu biodegradasi?

Biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen penguraian seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi.

Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi.

Proses biodegradasi bukan sahaja penting dalam produk mesra alam, proses ini juga penting dalam bidang bioperubatan, pengurusan sisa dan juga kelestarian ekologi.
Bagaimana ia berfungsi?

Biodegradasi berfungsi sebagai proses menguraikan sesuatu bahan (seperti plastik, kertas, tin dan sebagainya) dijalankan menerusi proses yang dilakukan oleh organisma mikrob ataupun melalui proses tindakan enzim yang akan memecahkan struktur kimia sesuatu bahan.

Proses ini akan memecahkan setiap satu struktur kimia yang ada pada bahan asal kepada bahan yang lebih kecil mengikut keperluan ekosistem tertentu.

Bagi memudahkan kefahaman kita, setiap benda atau bahan yang ada di muka bumi perlu diuraikan menerusi proses biodegradasi untuk kembali menjadi elemen asalnya dalam bentuk yang lebih ringkas.

Perkara yang mempengaruhi proses biodegradasi

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi proses biodegradasi sesuatu bahan.

Ada bahan yang cepat terurai dan ada bahan yang langsung tak dapat diuraikan secara semulajadi.

Salah satu faktor penting yang mempercepat proses biodegradasi ialah suhu sekitar kerana proses kimia untuk menguraikan sesuatu bahan menjadi lebih cepat pada suhu tinggi.

Ini disebabkan oleh proses kimia hanya mampu bertindak dengan kadar yang tinggi melalui suhu yang tinggi.

Selain itu, faktor cahaya, air dan oksigen turut menyumbang kepada peningkatan kadar penguraian sesuatu bahan.

Biodegradasi di Malaysia

Usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap memerlukan komitmen kolektif semua pihak.

Kementerian Wilayah Persekutuan umpamanya menjadi salah satu kementerian penting yang mencetuskan idea menggunakan produk mesra biodegradasi kepada umum.

Seperti juga proses kimia, ada rantaian yang perlu kita teliti bagi membolehkan usaha ini berjaya.

Oleh yang demikian, pemahaman kepada proses biodegradasi amat penting kerana cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadi ekosistem paling efisien dalam proses biodegradasi.

Akan tetapi, banyak cabaran perlu dilihat kerana setakat ini 30 peratus daripada barangan yang dibawa pulang ke rumah oleh rakyat Malaysia merupakan sampah yang pergi ke pusat pengurusan sampah.

Bayangkan setiap sampah ini, jika tidak diuruskan dengan baik (samada melalui proses biodegradasi atau lain-lain proses) bakal menjadikan timbunan sampah ini memenuhi ruang lantas merosakkan pemandangan.

Oleh yang demikian, penggunaan bahan yang 'mesra alam' atau secara saintifiknya mudah urai melalui proses biodegradasi mampu menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih cekap dan sempurna.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon