Friday, August 18, 2017

Apa Itu Fipronil Dan Bahaya Telur Yang Dijangkiti Racun Ini

Loading...

Laporan media luar negara baru-baru ini yang menyebut telur ayam di Belanda telah dicemari bahan kimia fipronil yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan manusia.

Apa Itu Fipronil

Berikutan itu, Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland dilaporkan menarik balik berjuta-juta telur ayam dari pasaran mereka selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

Laporan berhubung isu telur ayam di Belanda tersebut turut menjadi tular di Malaysia sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat negara ini.

Kebimbangan itu timbul memandangkan telur ayam adalah antara menu makanan harian.

Jika tidak dimakan begitu sahaja, telur ayam antara ramuan yang digunakan dalam kebanyakan masakan penduduk negara ini.

Apa Itu Fipronil?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan media memaklumkan, Fipronil adalah sejenis racun serangga yang digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.

Pengambilan fipronil pada paras yang tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan manusia berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti menunjukkan kesan kronik dan karsinogenik pengambilan fipronil kepada manusia tetapi langkah berjaga-jaga wajar dipratikkan.

Situasi Di Malaysia

KKM dalam kenyataan sama menjelaskan, orang ramai di negara ini tidak perlu khuatir dengan isu tersebut kerana Malaysia bukan negara pengimport telur ayam dari Eropah.

Perkara itu disahkan berdasarkan semakan ke atas maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di bawah KKM.

Di samping itu, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia juga mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia.

Peruntukan Akta Makanan 1983

Sehubungan itu, KKM mengingatkan semua pihak supaya tidak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual telur ayam yang mengandungi Fipronil di negara ini.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan hukuman tegas keatas mereka yang berbuat demikian kerana ia melibatkan isu makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan dan memudaratkan kesihatan .

Mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual telur ayam yang mengandungi Fipronil boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat.

Mereka boleh juga berbuat demikian dengan melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

sumber: rojakdaily

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon