Thursday, August 17, 2017

Anti-virus Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke 20


Pada 25 Julai lepas, Kaspersky menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Sempena itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eugene Kaspersky mengumumkan hadiah untuk seluruh dunia.

Kaspersky

Anti Virus Kaspersky Free (percuma) dilancarkan dan boleh digunakan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, anti virus percuma ini dilancarkan secara berperingkat. Yang baiknya, Malaysia termasuk dalam gelombang pertama, dan boleh mula dipasang sekarang.

Anti virus percuma ini juga disediakan hanya untuk komputer, laptop dan tablet berasaskan Windows sahaja.

Ia serasi dipasang dari serendah Windows XP serta Vista, Windows 7, 8, 8.1 dan sistem operasi terbaru Windows 10.

Kaspersky memberi anti-virus ini secara percuma selepas melihat ramai yang tidak mampu membayar premium untuk fungsi keselamatan yang lebih tinggi, dan menggunakan perlindungan percuma lain yang tidak berapa selamat seperti Windows Defender.

Perlindungan percuma Kaspersky ini pasti dapat membantu meningkatkan perlindungan berkualiti kepada pengguna di seluruh dunia.

Kami dapat merasakan langkah yang diambil Kaspersky ini sebagai salah satu dari respon mereka terhadap monopoli yang cuba dilakukan Microsoft.

Kaspersky

Microsoft telah menetapkan Windows Defender secara lalai, sebagai perlindungan di dalam sistem operasi Windows, sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan anti-virus yang lain.

Secara umum, Kaspersky Free ini dilihat bertugas lebih baik dari Windows Defender. Ia memiliki enjin perlindungan yang sama dengan versi berbayar, seperti perlindungan semasa melayari internet, membuka fail di dalam pemacu kilat serta serangan fail malware.

Malah ia juga tidak menayangkan sebarang iklan seperti anti-virus percuma yang lain.

Jika anda masih menggunakan Windows Defender, elok sangatlah muat turun Kaspersky Free dan gantikannya.

Tunggu apa lagi. Ia boleh didapati menerusi laman web Kaspersky Free.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: theskop

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon