Saturday, March 18, 2017

8 Bahaya Dadah Amfetamin Yang Kita Wajib Tahu


Amfetamin merupakan sejenis dadah peransang buatan manusia dan dadah jenis ini berupaya mengaktifkan sistem tertentu dalam otak sehingga menyebabkan penagih atau pengguna mengalami ketagihan teruk.

Amfetamin

Amfetamin dikatakan cukup terkenali di kalangan para penagih baharu yang menganggap dadah itu ‘selamat’ dari sebarang kesan ketagihan.

Amfetamin akan merembeskan neurotransmiter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekaligus memberikan satu perasaan keseronokan dan keterujaan buat pengambilnya.

Di bawah ini merupakan antara bahaya dan kesan-kesan buruk jika seseorang itu mengambil dadah jenis amfetamin.

1. Pengguna yang baru pertama kali mengambil amfetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan fokus dalam aktiviti yang dilakukan, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.

2. Wujud perasaan yakin pada diri sendiri dan boleh berjaga tanpa tidur selama 2,3 hari.

3. Amfetamin boleh menghilangkan keletihan, menimbulkan rasa kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan berasa gembira. Namun, ia akan diikuti dengan perasaan kecewa atau sugul.

4. Penagih amfetamin akan mula gelisah, fikiran keliru, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala dan suhu badan meningkat.

5. Penagih amfetamin akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah tinggi, kancing gigi dan sawan.

6. Penagih amfetamin juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang siuman), antaranya halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.

7. Penagih kronik amfetamin akan berasa mempunyai kebolehan luar biasa dan akan bertindak ganas dan mampu melakukan aksi berani seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi.

8. Jika terlalu kronik, penagih amfetamin boleh menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Artis-artis Malaysia Yang Pernah Terlibat Dengan Dadah

sumber: rojakdaily

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon